Kisah
Kisah dalam kereta.
Irfan: Kenapa kak timah tak solat tadi?
K.Timah: Kak timah uzur la.
Irfan: Uzur? Nampak sihat je. Boleh jalan-jalan.
K.Timah: ...................
Kisah bersambung di rumah. Ketika semua sedang menjamu hidangan mee goreng mamak.
Irfan: Kenapa letak sayur kat tepi? Tunggu makan last ke?
K.Timah: Tak suka. Tak sedap.
Irfan: Sayur pun tak nak makan. Sebab tu la uzur.
K.Timah: Laaa budak ni .. dari tadi asyik tanya pasal uzur.
Irfan: Ibu. Kak timah tak makan sayur sebab tu dia uzur kan. Ibu suka makan sayur. Tak pernah uzur pun.
Ibu: *Sengih*
Irfan: Uzur tu apa bu? (right infront of everybody .. ayah, opah, opah su etc)
Ibu: Sakit orang perempuan. Ada setengah perempuan sakit bila uzur, ada tak sakit macam kak timah.
Irfan: Sakit macam mana?
Ibu: Sakit perut, sakit kepala.
Irfan: Kenapa pulak tak boleh solat? Kan ke kita kena solat jugak walaupun sakit. Tak boleh diri, boleh duduk, baring. Ni sakit perut je pun tak boleh solat.
Ibu: Sakit ni tak boleh solat sebab darah keluar banyak.
Irfan: Kak timah elok je tak ada pun nampak darah kuar banyak.
Ibu: Ada. Tapi tak nampak sebab dah balut betul-betul.
Irfan: Oooooo ... macam pakai plaster?
Ibu: Lebih kurang macam tu la .... (cepat-cepat lari masuk dapur sebelum dia tanya darah tu kuar kat mana pulak! hehehhee)
Kisah ketika sekeluarga bersantai didepan peti bodoh sambil berusaha untuk tidak jadi bodoh sama.
Zinnirah: Ibu. Pelacur tu apa?
Ibu: Errrr .... (pandang ayah minta simpati)
Ayah: (Tiba-tiba dukung Nisaa' yang tak minta didukung. Isyarat tak nak terlibat)
Zinnirah: Pelacur tu apa?
Ibu: Pelacur tu kerja tak elok. Allah benci. Berdosa sangat.
Zinnirah: Oooooo ... kerja tu buat apa?
Ibu: Jual diri pada orang lain.
Zinnirah: Mahal ke? Kalau dah jual tak boleh dapat balik?
Ibu: Ada mahal. Ada murah. Dah jual tak boleh dapat balik maruah diri.
Zinnirah: Oooooo ... maruah diri tu apa?
Ibu: Harga diri. Contohnya kakak tengah mandi pastu ada orang intai. Orang tu kiranya dah memalukan diri dia sendiri sebab buat perkara yang tak baik. Sebab tu kalau mandi kena pakai kain, tak boleh bogel.
Zinnirah: Oooooo .... ibuuu .... (soalan demi soalan demi soalan ........ )
Kisah dalam kereta lagi.
Syabil: Ibuuu ... antara syaitan dengan Allah siapa lagi kuat?
Ibu: Mestilah Allah.
Syabil: Kereta F1 dengan Allah, mana lagi laju?
Ibu: Mestilah Allah.
Syabil: Dinasour tyrex dengan Allah. Sapa paling besar dengan kuat?
Ibu: Allah.
Syabil: Semua-semua Allah paling bagus sangat dalam dunia?
Ibu: Ya.
Syabil: Ibu pandai kan. Ibu dengan Allah, sapa lagi pandai?
Ibu: Mestilah Allah paling pandai, paling terror, paling kuat, paling laju. Kita tak boleh banding Allah dengan makhluk. Makhluk pun Allah yang buat. Sebab tu tak boleh samakan Allah dengan benda-benda lain dalam dunia ni.
Syabil: Abis kereta F1 pun Allah buat?
Ibu: Kereta F1 bukan Allah buat. Manusia yang buat. Tapi, Allah beri manusia otak dan akal untuk buat kereta F1 tu. Kalau Allah tak beri manusia akal, manusia tak pandai buat apa pun.
Syabil: Abis Yahudi yang suka bunuh-bunuh dengan tembak-tembak orang tu pun Allah buat? Kenapa Allah buat Yahudi jahat tu? Allah tak sayang orang yang kena tembak tu?
Ibu: Sebab tu Allah beri manusia akal. Yahudi tu pun Allah bagi akal tapi dia tak guna akal dia untuk buat baik. Dia dengar cakap syaitan. Orang yang kena tembak tu Allah sayang. Orang yang kena tembak dengan Yahudi tu nanti boleh jumpa Allah kat syurga.
Syabil: Kenapa Allah buat Syaitan? Kan syaitan suruh kita jadi jahat?
Ibu: Allah jadikan syaitan sebab nak bagi ujian kat kita. Kita nak dengar cakap Allah atau cakap Syaitan. Syaitan nanti Allah masuk dalam neraka. Kalau kita dengar cakap syaitan, kita pun masuk neraka jugak.
Syabil: Oooooo ... Syabil tak nak dengar cakap syaitan la. Syabil nak dengar cakap Allah, ibu dengan ayah.
Ibu: Ok.
Syabil: Tapi ... syabil tak pernah dengar pun syaitan cakap?
Ibu: ..... (here we go again ...)
---->>
Dari umbut kelapa ---->> gulai cili padi umbut kelapa dengan udang.
--------------------------------------------------------------------------
Nota kecik-kenot: Baru 3. Tak lama lagi Nisaa' pula. Makin banyak buku laa aku kena baca. Itulah antara soalan-soalan yang anak-anak ajukan bila bersama. Macam-macam.
Nota enot-enot:
Sejak hari selasa aku bercuti untuk menghabiskan masa bersama mereka. Mentelaah bersama Irfan dan Zinnirah sebab peperiksaan pertengahan tahun akan mereka duduki rabu nanti. Jenuh memahamkan Irfan jalan kerja kira-kira bahagi. Zinnirah, seperti biasa, a good student. Mudah faham, mudah hafal.
Mengajar Syabil mengira dan membaca. Cikgu di tadika Syabil kata syabil masih tidak pandai membaca. Dah berapa banyak nota dikepil cikgu meminta kami beri perhatian pada pencapaian Syabil yang agak lambat berbanding kawan-kawannya yang lain. Jujurnya aku tidak begitu risau. Kenapa? Syabil hafaz semuanya. Dia mungkin lambat mengenal huruf dan angka serta tidak cekap menulis, tapi dia cepat menghafal. A-Z, 1-100, Alif-Ya, kesemua surah-surah lazim, doa-doa harian termasuk doa tengok cermin dan apa yang ada dalam buku bacaannya.
Aku hairan kenapa cikgu tak melihat kelebihan syabil disitu sedangkan aku sudah acap kali memberitahu Syabil bukan lambat, cuma perlu sabar dan galakan dan jangan sesekali bandingkan dia dengan kawan-kawan yang lain sebab setiap anak itu berbeza penerimaan mereka terhadap pembelajaran. Syabil mudah bosan. Dia tak boleh duduk lama di satu tempat. Dia perlu bergerak setiap masa. Aku yakin tahap pembelajaran Syabil akan makin meningkat. Usianya pun hanya akan mencecah 5 tahun dalam sebulan lagi. Bagi seorang anak yang baru menginjak ke usia 5 tahun, pencapaian Syabil ku kira amat memberangsangkan.
Aku faham kerisauan cikgu. Dia perlu membuat laporan prestasi murid. Mungkin dia risau jika prestasi Syabil yang tidak begitu baik pada pandangannya akan membuatkan dirinya dikatakan tidak berjaya dalam mengajar. Mungkin.
Esok aku akan berjumpa cikgu. Aku mahu cikgu tahu yang Syabil is doing just fine. Kalau tidak dia boleh dapat nombor 6 dalam kelas yang ada 15 murid.
* Cepat sungguh masa berlalu. Kini aku kembali kerja. Rindu pada hari-hari bersama anak-anak dan karenah mereka.
21 comments:
dialog seorang kawan aku ngan seorang pelacur...
ko ni ni tak rasa bodoh ke jual tubuh... kat keling pulak tu...
err.. aku tak jual.. aku bagi sewa saja...
melayan anak-anak..satu cabaran!..;)..belajar2x
setiap anak tak sama pencapaiannya, betul2x..
wah zwit... betul agaknya sangkaan aku tuh.. haha...
selamat kembali bertugas izinni. anak-anak saya yang perempuan tak de mood nak ke sekolah hari ni.masih dalam mood cuti agaknye. yang lelaki pulak suka nak jumpa kawan-kawan lepas dua minggu cuti.
apa pun izinni, kalu kita sendiri selalu monitor perkembangan anak-anak,pastinya kita sendiri tahu samada to worry or not.
mak aiii..jenuh nak jawab soklan...
hahha...
spekulasi pa'chik tak betul..sibuk je dia..haha
pa'chik,
'pandai' pelacur tu .. hehehhe
zwit,
betul tu. saya pun selalu belajar perkara baru dari anak-anak.
pa'chik lagi,
bersangka baik takpa .. jangan bersangka buruk udah ler. hehehe
accia,
sebenarnya takde mood nak kembali bertugas tapi nama pun tanggungjawab. InsyaAllah saya tak risau. ironinya saya pula yang kena fahamkan cikgu dan yakinkan dia supaya tak terlalu risau.
ahmay,
sebab tu pada pendapat aku .. jadi mak lagi jenuh dari jadi engineer. hehehhe...
zwit,
spekulasi pa'chik tu doa sebenarnya. hehehehe ....
:)
nota enot-enotnya sama panjang dengan kisahnya.
:)
najmudin,
hehehhe .. nasib enot-enot. kalau tak lagi panjang dari kisahnya. diboldkan sebab takut ada yang ngadu susah nak baca plak.
budak2 kalau dah start tanya.. huhu.. jenuh nak jawab.. ;p
ala kiutnya depa :D
ni yang buat saya nak jadi menantu kak has ni! ha ha ha.
adeii. gambar umbut cili padi sedapnya. nak masak tapi si umbut tak de. alahai.
ibu, kenapa kita teringin nak makan laksa hahahahahaha!!
panas la kat sini dah macam tanah malaya. cuma siang sangaaaaaaaaatla panjang.
ha ha agaknya kalau anak saya dah pandai cakap, soalan macam ini nanti dia tanya
achik,
memang jenuh nak jawab. ilmiah abis soalan2 depa ni. ayah depa plak asik ngelat. dia jawab soalan2 mudah dan kurang sensitif je. hehehhe
akirasuri,
kiut ek? nak jadi menantu ek? hmmm maknanya kena suntik botox bebanyak laa .. hahahaha
hang pi tebang pokok kelapa .. dapat ler umbut. ekekeke
khairyn said...
kenapa? sebab ibu buat laksa seperiuk besar minggu lepas. pastu tengah makan, ibu sms hang bagitau tengah pekena laksa kaw! sebab tu la hang teringin2. hahahhaa ..
oit! bekas aku dulu pun hang tak pulang balik. ada kat sapa?
panas tanah malaya humid ... panas sana kering. sini sekarang tengah 'winter'. hahahaha .. habis 'salji' warna cekelat tompok2 atas jalan! ekekekke
king,
satu hari nanti akan tiba masa kamu dan queen kamu. heheheh
hahaha, macam berpeluh dan terlekat kahak kat anak tekak nak jawab...
haih, dulu sy pernah tanya ibu, kelamin tu apa.... terkejut dia smpai 2, 3 kali kata, "haaa?? apa?? haa??" sambil buat2 tengok TV.
ekeke...
trex,
dulu berpeluh gak. sekarang ni cool je. ehehehe ...
kelamin? suami isteri la .. apa yang susah benor nak jawab? ekekkeke
lain ler tanya penyakit kelamin, hubungan kelamin .. berpeluh ler sikit tu.
Zinnirah: Ibu. Pelacur tu apa?
Ibu: Errrr .... (pandang ayah minta simpati)
Ayah: (Tiba-tiba dukung Nisaa' yang tak minta didukung. Isyarat tak nak terlibat)
hahah kaum bapa memang itulah caranya kan
sy tanya lebih kurg cmnih,
"Ibu, dalam ni dia kata rahsia tahi lalat dekat alat kelamin, kelamin itu apa? tak pernah dgr pun..."
Ibu kata,
"err... er... emm... cm ni... er.."
sy kata,
"Alat kelamin itu dia tulis apa ibu?"
Ibu kata,
"oh, alat elamin tu tempat kencing la."
sy kata,
"lah, kenapa sebut kelamin, cakap la, K*** ke P**** ke..."
Mungkin dia dh melayang fikir lain kut..
div,
biasalah. yang susah2 ibu yang kena tanggung. hehehhe
tyrex,
hahahah .. itulah kepala orang tua .. dah corrupted.. termasuk yours truly. anak2 tanya straight forward, kita je yang selalu fikir bengkang bengkok. sebab tu sekarang saya cuba berfikiran macam anak2 juga .. mudah sikit nak explain dan tak akan menerewang fikir bukan2.
setuju dgn sang diva berdasarkan pemantauan saya terhadap abah dgn mama kat umah :))
comelnyer anok kak has =))
Post a Comment