Monday, July 02, 2007

Biasalah tu ...

"Syukur Alhamdulillah. Pakcik dan makcik berbangga dengan pencapaian anak kami. Dia dah bekerja keras untuk mencapai cita-citanya. Pakcik dan makcik memang mendorongnya dari dulu lagi."

"Makcik tak kisah apa orang kata. Makcik tau kebolehan anak makcik. Makcik tau dia akan berjaya. Makcik akan sokong dia."

"Doa pakcik untuk anak pakcik tu. Semoga Allah akan makbulkan doa dia untuk berjaya dalam perjuangannya."

Demikian antara doa-doa serta harapan yang dipanjatkan oleh kedua ibubapa demi ingin melihat kejayaan anak-anak mereka. Besar hajat mereka agar anak-anak mengendong kejayaan tinggi.

Berjuraian airmata anak-anak dan ibu bapa apabila ada yang berjaya. Meleleh sayu juga air mata itu jika anak-anak mereka kecundang. Berpelukan memberi dorongan dan kata semangat. Terharu dengan kejayaan. Sedih dirundung kegagalan.

Apabila berjaya, satu dunia dia yang punya. Bukan setakat wang, harta benda turut menjadi milik peribadi.

Biasalah tu.

Kejayaan bukan setakat memiliki wang dan kebendaan. Kejayaan juga bermakna persahabatan turut terjalin. Persahabatan yang tiada taranya. Persahabatan yang seperti ikatan persaudaraan.

Sepanjang perjalanan menuju ke puncak jaya, semua ilmu dijelajah. Ilmu lentok, ilmu pegang, ilmu kangkang, ilmu rapat, ilmu peluk, ilmu lonjak, ilmu tangkap. Semuanya. Segalanya. Tiada yang terkecuali. Semuanya demi ilmu.

Biasalah tu.

Jadinya disebabkan ikatan itu, tidak salah untuk berpeluk, bercium antara bukan muhrim. Itu semua perkara biasa. Tidak salah. Lagipun bukan dibuat ditempat tertutup. Bukan berkhalwat pun. Semua orang nampak. Satu negara nampak. Mak dan ayah pun nampak juga. Jadi tiada salahnya. Berpeluk-ciumlah dalam tawa, dalam tangis.

Biasalah tu.

Kemudian anak-anak kecil pulak menjadi buruan. Habis semua anak-anak kecil berbakat diarah menjalani ujibakat. Berduyun-duyunlah ibu dan ayah memakaikan pakaian terbaik pada anak-anak mereka. Dihurung ke tempat ujibakat sambil memberi kata dorongan agar membuat yang terbaik. Mereka yakin anak merekalah yang dicari-cari selama ini untuk menjadi generasi pelapis bagi barisan idola yang ada sekarang ini.

Tibalah masa kejutan dibuat. Setiap satu anak-anak kecil ini dilawati dan diberitahu yang mereka berjaya meneruskan cabaran. Wah!! menangis, terharu ibu dan ayah mereka.

Biasalah tu.

Nota kecik-kenot: Aku kasihan ... amat kasihan. Sedih melihat generasi akan datang yang bakal menjadi pemimpin semakin dilekakan dengan hiburan melampau. Sedih apabila ibu bapa turut bersekongkol dan beria-ia memberi dorongan tanpa berfikir. Sedih apabila kesemua itu dilihat sebagai satu kebiasaan .. seolah tiada salah. Semuanya biasa ....

18 comments:

Anonymous said...

biasalah tue...

(faham 'biasalah tu' inilah yang merbahaya. sama bahayanya dengan faham islam hadhari)

izinni said...

najmudin,
apabila sesuatu yang luar biasa (maksiat etc) dulu dianggap biasa kini ... dan apabila yang biasa (akhlak baik, alim etc) dulu, kini dianggap luar biasa .. itu tanda kiamat sudah dekat.

13may said...

kesian sungguh....!!!

dan aku MALU!

Azhar Ahmad said...

Entahlah, masyarakat semakin ke arah hiburan... Segalanya hiburan yang menjadi tunjangan....

Pa'chik said...

kebetulan.. baru je dengar ceramah ustaz azhar dan ustaz nik zawawi yang ada kaitan ngan benda neh... bukan secara langsung.. tapi dari hal perkara yang menarik orang Islam jauh dari Allah.

achik said...

kalau arwah atok saya dulu mmg x ngaku cucu..

so'od said...

oh sy ade tgk rancangan bintang si kecil tu..
kelakar tgk mak bapak diorg..
diorg lak yg lebih bersemangat :)

LadyTiz said...

laa... xpelah... dah minat nak melalak... kenalah support... orang kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

eksploitasi budak-budak sambil menghancurkan masa depan... dah elok2 kanvas budak2 menuju warna-warna cerah, tp telah digelapkn oleh org yg tidak bertanggungjwb... anti sungguh!

Kemat said...

terpaku dengar ayat tyrexia..

"eksploitasi budak-budak sambil menghancurkan masa depan... dah elok2 kanvas budak2 menuju warna-warna cerah, tp telah digelapkn oleh org yg tidak bertanggungjwb... anti sungguh! "

setuju bangat

banggugar said...

salam,

tanpa kita sedari.. sebenarnya kitalah yg melakukan apa yg dikatakan tanda2 akhir zaman..

sbbnya kita hanya katakan..

"biasalah tu.."

(".)

CerminDiri said...

salam kehidupan,

kata hati, perkataan "biasalah tu" tidak wajar digunakan. kenapa?.....ada sebabnya.

zwitterion said...

huhu..bangga benar ibu bapa bila anak mereka dapat menyertai pertandigan tu..

Anonymous said...

emmmm.
errrk.
ihhhh.
nak taip apa ek?
ha ha ha.

trend terkini ibubapa. mengucap syukur di atas maksiat yang anak-anak sendiri buat. ha ha ha. sedar ke tidak mereka-mereka itu sebenarnya? budak-budak pula diacu ke arah hiburan, dan akhirnya makin lemah dan hidup dalam fatamorgana. alahai.

khairyn said...

ibu bapa sekarang lebih bangga kalau anak2 semuda 3 4 tahun pandai nyanyi lagu anwar zain dari hafal surah-surah juz amma Kalam Allah.

Girl A said...

samalah dengan kes "saya mencari rezeki yang halal" dengan cara goyang sana goyang sini terlonjak sana terlonjak sini menyanyi...pastu gi haji guna "rezeki halal" mereka...

dari abiskan duet mengsms idola2 tu, baik tolong saya bayarkan hutang...hahaha

izinni said...

ah may,
tapi depa bangga ..

Azhar,
sindrom hedonism semakin menebal. dah menjadi sebahagian hidup.

pa'chik,
dan semua itu salah satu tanda besar PILIHANRAYA dah sangat2 dekat. depa nak budak2 muda leka sampai tak kisah isu2 yang babitkan masyarakat.

achik,
atok2 sekarang pulak .. berebut nak masuk tv ngaku cucu :)

Am,
semangat nak rosakkan anak? memang kelakar kan .. hehehhee

izinni said...

t-rex,
sokong .. betui tuh! :p bior depa jadi beluh betung. hehehehe

eksploitasi inilah yang tidak disedari akan hancurkan generasi akan datang. sebab tu banyak kes cabul kanak2 etc ... tapi ada yang kata semua tu takde kaitan.

kemat,
jika setuju .. kita pula usaha supaya anak2 kita jangan pulak dijadikan bahan eksploitasi. Amanat Allah tu .. uiksss penat nak menjawab kat akhirat nanti.

gugar,
salam kembali.
tapi ramai yang tak sedar perkataan "biasalah itu" amat merosakkan.

CerminDiri,
salam kehidupan kembali,
apa kata kongsi sama sebabnya :)

zwit,
masih tak paham kenapa mereka bangga sangat.

izinni said...

akira san,
mereka masih tidak faham konsep syukur. kasihan. pastu bila anak2 muda sekarang lemah jatidiri, tiada identiti .. mulalah sibuk nak cari jalan penyelesaian. tak pernah nak mencegah dulu. asyik nak carik ubat je.

khairyn,
bangga satu hal ... ini siap canang satu malaya lagi tuh. adehhhh ... sakit hati wooo ... bila mungkin ada yang tegur, kata jangan campur. idak ke depa sedar anak2 depa tu akan masuk masyarakat dan bercampur dengan anak2 orang lain .. dan mungkin juga akan jadi pemimpin di peringkat apa sekali pun .... adehhhhh ....

aZaH,
hehehehe .. kesian kan. sampai tak tau nak cakap apa lagi. last2 terpacul ayat "biasalah tu!" adehhhh ...

errr .. ko dah abih bayar hutang ke belum? kakakakaka