Friday, July 06, 2007

Kongsi

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmanni rrahim"
Tafsirannya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walamyu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad. ) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga." (Demikian diterangkan dalam adzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
"Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?" Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timurhingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang manakesemuanya membaca surah Al-Ikhlas."
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."

Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota kecik-kenot:
Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

----------------------------------------------------------------------------------------------
"Anak aku tu aku suruh mintak polis ke askar lepas SPM tapi mengada-ngada nak sambung belajar. Dia mintak universiti, dapat pulak tu. Sampai bila la dia nak belajar. Aku ni nak merasa duit dia tapi sekarang aku nak kena tanggung dia belajar lagi. Aku nak juga merasa joli pakai duit anak aku bagi tiap bulan. Memang la duit tak boleh nak bawak kubur tapi Al-fatihah, doa tu sesapa pun boleh sedekah, bukan takat anak je. "

Itulah 'luahan' hati seorang ayah yang bengang anak dia nak sambung belajar. Hmmmmm ....

17 comments:

Mak Su said...

hai.. tima kasih kongsi info tu... biarler anak tu belajar ek... untuk masa depan dia. tapi yang penting nanti, duit raya utk ayah jgn ler lupa, kad raya untuk ayah, call ayah, jenguk ayah.. jangan ler lupa, kan.

CerminDiri said...

salam kehidupan,

kenapa dihalang perkara yang baik, mungkin ada rezeki dari situ nanti, siapa yang tahu?....

Azhar Ahmad said...

Peringatan yang atas tu, terima kasih sangat. Sebarkanlah ajara Muhammad junjungan besar kita walaupun hanya satu perkataan...

Yang ayat di bawah tu...

Apa sahaja yang kita lakukan mestilah mendapat redah Allah dan keluarga. Sebaik mana pun amal yang kita lakukan, tanpa restu dari ibu dan ayah, tiada gunanya...

Pa'chik said...

oit.. ko dah kenyang belum neh...


sila jawab soalan aku semalam... selain dari webtibi tu.. kat mana lagi berita korang tu keluar... takkan situ saja... baru tiga pat berita... sikit sangat.

khairyn said...

bagus! Peringatan yang sangat bagus.

errr... ingat masa aku baru dapat panggilan keja, pak aku kata 'mari sini duduk kat sini, abah nak pesan' bla bla bla jangan ikut buat tohmah kat orang bla bla bla jangan buat gossip bla bla bla duit haram bla bla

Alhamdulillah, satu famili merasa gak duit aku nih hahaha.

kata aku; aku galakkan orang bekerja lepas SPM sebab bagi aku orang tu dah dewasa. Tapi, kena tetapkan hati lepas kerja kumpul duit belajar sendiri. Part-time pun merata sekarang ni. Kalau nak belajar lepas SPM pun boleh tapi kurangkan susahkan mak bapak - macam ko dulu hahaha

Anonymous said...

Alhamdulillah. Membaca entri ini pun dah dapat pahala. Yang menulisnya lagilah.... Apatah lagi mengamalkannya..

"Berpesan-pesanlah kita...."

:)

achik said...

makasih berkongsi ilmu.. :)

Iman Mawaddah said...

Terima kasih atas perkongsian ilmu yang cukup berguna.

Ibu bapa sekarang tak nak anak dia jadi polis, askar lagi dah..baik jadi penyanyi terus, macam entri akak sebelum ni..nauzubillah

kingbinjai said...

laaa kenapa nak suh jadi polis? padan la dia nak sambung belaja

akirasuri said...

termeremang bulu tengkok baca entri ni. terima kaseh atas perkongsian. saya banyak khilaf dan dusa. oh!

emmm. erk! bapa macam tu pun ada ek sekarang. hampehnya. :(

banggugar said...

salam,

terima kasih kerana sudi berkongsi untuk amalan bersama..

luahan tu.. ada betul2 ke..

ada ke patut..

(",)

Anonymous said...

a'a izinni, harap-harap anak-anak kita sendiri akan selalu sedekah untuk kita bila kita dah mati nanti, tak perlulah kita berebut-rebut dengan sedekah orang.

izinni said...

Mak Su,
sama-sama. minta2 anak2 kita pun tak lupa kat kita :)

CerminDiri,
salam kembali,

Wallahualam ... luahan didengar ketika ziarah bonda hari tu. mungkin ada sebab si ayah ...

Azhar,
Sama-sama.
Betul.setiap apa yang kita bua mesti atas restu serta redha Allah, ibu dan ayah. tetapi sebagai ayah dan ibu, kenapa nak menyukarkan anak-anak terutama jika ingin mencari ilmu. Wallahualam .. cuma pendapat seorang ibu :)

pa'chik,
dah kenyang tapi mud aku lari lah .. tak larat nak kejor. hahahaha
errr nak banyak? nak banyak buat story sendiri! hahahahaha

khairyn,
budak sekarang kena gi PLKN. ni pandangan aku as a mother la kan. kalau anak2 aku nak sambung belajar lepas SPM, adakah aku perlu menganggapnya satu beban? pada aku seorang anak yang berakal boleh berfikir apa yang terbaik untuk diri dia. ingat tak aku pernah bagitau ko yang jika ditakdirkan irfan nak jadi lorry driver pun aku redha. yang penting dia happy dan dapat rezeki halal dan bawak pun mesti lori besor! heheheheh
and surely you remember my husband, right? ;)

sijowopinter,
Alhamdulillah. sama-samalah kita saling berpesan-pesan ke arah kebaikan :)

achik,
sama-sama kasih :)

izinni said...

iman,
Sama-sama.
Unsur material sangat menebal sekarang ni. sampai ada yang bertuhan harta benda.

king,
hehehehe ... pakcik tu yakin kot anak dia buleh dapat. hehehhe

akira san,
oh. Sama-sama kaseh.
macam-macam jenis bapa ada sekarang ni. yang makan anak sendiri pun ramai. takde apa yang pelik pun sekarang.

gugar,
salam kembali. Sama-sama.
Betul. Terdengar ketika ziarah bonda yang mendengar luahan seorang jirannya. Siap cakap kat adik ipar yang kebetulan sambung belajar suruh berenti belajar ... hehehhehe

accia,
betul tu. Sebab tu la kena didik depa dari sekarang. saham kita tu.

khairyn said...

ya ya setuju.

anak2 kalau dah dididik dengan sempurna, walaupun drebar lori, dia akan jadi drebar yang amanah.

bercakap berdasarkan pengalaman kau aku dan dia. hahaha.

MakcikMuda said...

mekaseh,kak has.

leh lew ryn amal2kan :)

13may said...

:)

ps: wah! luar imaginasi sungguh pemikiran ayah itu...hahha