Thursday, July 05, 2007

Lapar. Rindu. Sakit. Mahal. Sedap.

Sebenornya aku rindu nak makan makanan yang mak masak. dah berbulan rasanya tak merasa. kali akhir bila ya .... hmmmm wow! lama sangat sampai aku sendiri tak ingat. Mak kalau ke sini, aku tak bagi masak. Kalau dia ke rumah adik atau kakak aku, dia pun jarang sangat masak sebab adik ngan kakak aku suka beli.

Hujung minggu ni mak datang lagi tapi mesti tak masak jugak sebab dia gi kenduri. hmmmm .....

Hari ni aku balik cepat dari biasa. Pukul 3 aku dah balik. Naik taxi gi stesen komuter putra dalam keadaan pening lalat sebab tak makan. Aku tak drive sebab tangan kanan sakit. Torn muscle kat lengan. Suffer gila sebab tak buleh nak angkat tangan. Nasib baik masih boleh menaip dan menulis. Masak pun tak boleh semalam ... Alhamdulillah, suami banyak sangat membantu sampai aku rasa helpless, hopeless. Dia masak, dia layan anak-anak makan, dia basuh pinggan, dia masukkan kain baju dalam washing machine, dia tengok-tengokkan homework anak-anak, dia pakaikan baju untuk aku. hehehhee ... *maluuuu*

Hari ni dah a bit better. Dah boleh basuh pinggan. Cuma nak masak tu tak boleh lagi. So kitaorang ramai-ramai gi pasar malam flat proton. Beli makanan. Makkkk aiiiii .... paling murah RM2. Nasi lemak biasa dengan meehoon goreng lambak seciput dah RM2 setiap satu. Lepas ni kalau harga tak naik, mesti makin sikit portion makanan yang dijual terutama makanan nasi .. maklumlah harga beras dah naik.


Dalam banyak-banyak makanan yang dijual, aku berkenan pulak dengan Yong Tau Foo. Syabil pun nak. So beli lebih sikit. Aku pilih yang besar-besar. Kalau tak habis boleh simpan dalam fridge, esok-esok boleh buat je.

Dengan gembiranya memilih .. tak ingat dunia sekejap. Budak pompuan tu potong dan potong dan potong. Dia bungkus ... "RM25.50 kak" sambil tersenyum manis. Makkkkk aiiii ... first time aku beli makanan kat pasar malam harga macam tu. Aku tak bagitau suami. Takut kena marah. hahahhahaha

Sampai rumah, lepas maghrib kami pun menjamu selera. Masa amik yong tau foo tu tak ingat apa dah .. bila time makan, secoit je aku jamah. hehehehe ...

Last-last aku makan tembikai satu pinggan sorang-sorang. hahahahah ... nikmattttt. Super-duper-wooper-zuper juicilicious!


sedap?

ni lagi sodapppp ...

16 comments:

akirasuri said...

nak tembikai tu. pos sini sikit :D he he he.

uh! laparlah malam-malam buta ni. oh!

Pa'chik said...

dua puluh lima kak... hahaha...

masa kat machang dulu aku selalu pi masa dekat nak tutup.. hehe.. mesti dapat lebih ah... tak sampai sepuluh inggit makan lima orang.. kadang tak larat nak perabih...

kemat said...

yong tau fu tu sebelum potong memang nampak ckit.. ilusi optik la kan..bestnyer..nyam..nyam..

~~~***aZaHygCoMeL***~~~ said...

dah lama tak mkn yong tau fu :((

mudin001 said...

haha!

suami tak baca blog ni ker? :>

izinni said...

akira san,
uiksss .. takan kat bangi takde jual tembikai kot. hehehhe ..

pa'chik,
telan air liur aku masa dia cakap rega yong tau foo tu. heheheh
hang bujang buleh la nak gi time tutup ... hehehe ... aku berderet2. hahahah

kemat,
betui tu. pastu benda2 macam tu memang rasa macam tak kenyang bila makan .. tapi sebenarnya memang kenyang pun. suka makan dengan sup :)

aZaH,
kat klang kan banyak pasar malam .. gi la cari :) ni dok nak makan kat chilis je. hehehhe

najmudin,
dia tau tapi tak berminat nak baca pun. bagi dia blog ni privacy saya. dia hanya baca blog irfan :)
tu yang dia cakap .. tak tau la plak kan belakang saya ... hehehehe

acciaccatura said...

yum,yum... yong tau foo peria dengan terung, sedap!

tembikai tu, teringat bulan puase.

izinni said...

accia,
saya kalau beli yong tau foo mesti ada peria, cili hijau, terung, bendi + kangkung. sangat sedap.
dulu masa kat sekolah ada 3 jenis kuah. kuah warna coklat dengan sambal, clear sup atau kari ayam. saya suka yong tau foo sup atau kari ayam.

tembikai pulak dah jadi antara makanan ruji sekarang ... apa lagi cuaca panas menggila sekarang ni.
yum yum ...

13may said...

mak aiii....mahai betoi!!!

pasai rokok naik harga kot....tu yg jadik mahai sgt tuh...

hahha

izinni said...

ahmay,
hahahaha .. agaknya la kot.

Anonymous said...

Dah lama teringin nak p makan kat ampang yong tau foo katanya sedap bebenor kat situ. Kalau takpun kita p ke OCTOPUS yer tuan rumah. hehehhehe.
Tembikai??? eeiiii phobia den.

izinni said...

cik anonz,
huhuhuhu ... tak nak ampang yong tau foo. OCTOPUS tu nak sangat2 .. hahahahaha .. bila kita nak gi ek? dah terbayang rice noodle tomyam dengan beef rice noodle dia ... asyikkkk ...

apsal hang phobia tembikai yang sedap itu?

Anonymous said...

tembikai..... huhuhu. malu nak citer kat sini. Nanti2 la yer.

khairyn said...

aku lambat masuk

nafsu ko lebih besar dari tembolok hahahaha

achik said...

saya pun penah kena camtu.. masa pilih nampak skit je.. sekali sebut harga.. adoi!!! ;p

Si B*ntang said...

kat swak xde yong tau foo melainkan apek yang jual :(

tembikai itu sexxy =p~