Redha
Assalamualaikum,
Dah lama sungguh tak menulis di sini. Dan lama juga tak menjelajah blog rakan-rakan yang lain serta meninggalkan jejak.
Banyak perkara yang berlaku. Banyak perkara juga yang tidak mampu nak diucapkan. Banyak juga yang tak tertuliskan.
Hari ni rasa terpanggil untuk berbicara. Semuanya kerana Cik Puan acciaccatura. Tulisannya mengenai 'Mati' sangat menyentuh dan begitu dekat dihati. Thanks accia :-)
Tak sangka sungguh ada yang seperti saya. Sering berbicara tentang kematian. Berbicara tentang kematian pada suami dan anak-anak. Rupanya Accia turut begitu.
Anak-anak .. terutama Muhammad Irfan, Zinnirah dan Syabil Iman ... semua saya dah ingatkan tentang kematian. Kematian yang akan menjemput ibu atau ayah. Pada mulanya mereka tak faham. Mereka tak faham kenapa ibu atau ayah akan pergi.
Saya jelaskan. Semua manusia dalam dunia ini adalah milik Allah. Hanya Dia yang kekal. Makhluk Allah yang lain juga akan pergi. Binatang. Pokok. Semuanya pinjaman semata-mata. Ibu dan ayah pun begitu. Bila tiba masanya, ibu akan pergi untuk selama-lamanya. Mereka menangis. Saya katakan jangan menangis. Yang penting mesti jadi anak yang soleh. Mesti doakan ibu, sebab doa anak-anak yang soleh akan bantu ibu yang banyak dosa ni.
Saya katakan. Mereka pasti akan ada ibu baru. Mesti hormat ibu baru. Mesti sayang ibu baru. Mereka kata, ibu baru tak sama dengan ibu betul. Saya katakan. Betul. Tapi ayah perlu ibu baru untuk tolong didik dan besarkan anak-anak untuk jadi anak yang soleh. Saya katakan. Saya akan pastikan ayah mereka cari ibu baru yang terbaik.
Saya pesan. Kena pandai jaga diri. Muhammad Irfan mesti jaga adik-adik. Zinnirah mesti dengar dan patuh cakap abang. Mesti jaga Syabil Iman. Syabil Iman mesti dengar cakap abang dan kakak serta jaga Nisaa' Az-Zahraa. Mesti jaga satu sama lain. Mesti sayang satu sama lain.
Malah pada suami saya dah beritahu apa yang perlu dilakukan. Bagaimana anak-anak perlu dididik dan dibesarkan jika saya pergi. Pendidikannya. Kewangannya. Segala-galanya. Tempat persemadian pun sudah ditentukan. Semadikan saya dimana saya meninggal. Tak perlu nak bersusah payah berbelanja ribuan ringgit untuk kembalikan jenazah saya ke tanahair jika ditakdirkan saya mati diluar negara .. errr New Zealand, perhaps?!! ;-)
Selain kematian. Ada satu lagi perkara yang saya selalu sediakan mereka. Apa dia? hehehhehe
Saya sediakan mereka untuk terima hakikat jika ayah mereka 'terpanggil' untuk bernikah satu lagi. Tentu ada yang kata saya gila dan seperti meminta-minta.
Sungguh. Jikalau ditakdirkan saya dimadukan .. insyaAllah saya redha. Malah saya katakan pada suami, pastikan madu tu lebih baik, solehah dan mendengar kata dari saya. hehehehhee ...
Nak suruh saya pinangkan pun boleh. InsyaAllah. Yang penting anak-anak mesti terima juga.
Kenapa saya redha? Saya sendiri tak tahu dari mana datangnya itu semua. Saya fikir jika saya terima hakikatnya sekarang dan satu hari nanti hakikat itu benar-benar menjadi realiti, saya tidak akan terkejut atau kecewa sangat. Sebabnya ... saya sudah bersedia. Bila difikirkan balik ... suami itu sendiri adalah pinjaman semata-mata. Ketika ini dia menjadi 'hak' saya. Tapi dia bukan 'hak' mutlak saya.
hmmmm ... khairyn mungkin nak komen banyak nanti bila dia balik dari jalan-jalan di Edinburgh. hehehhehe .. but i think i've told her. Hopefully she still remember what this friend of hers' used to mumble about. hehehhehe ..Oit! dah check ke berapa hang kena bayar untuk satu tapak yang kena korek 6 kaki tu? :-p
Kematian adalah satu kemestian. Semua yang ada didunia ni adalah pinjaman semata-mata. Bila kita redha dengan hakikat itu, insyaAllah kita redha untuk tinggalkan dunia ini tidak kira samada kita sudah terima notis dariNya atau tidak. Pucuk pangkalnya ... adakah kita bersedia untuk berjumpaNya dengan amal kita? InsyaAllah .. InsyaAllah .. InsyaAllah.
Allahua'alam.
:-)
26 comments:
a'a, pasal kawin lagi satu pun dah jelas pada suami. tapi bila cakap kat dia masa tu, saya nangis-nangis yang sangat-sangat. jangan pulak bila masanya sampai saya marah-marah pulak, inshaAllah.
hari tu rasanya dalam cerekarama kot... pasal bini suruh laki kawen lagi satu, ujung-ujung, dia pulak yang jeles...
aku tak tengok, dengar saja... mak aku bukak voliyum kuat sangat malam tuh...
mati itu pasti.
accia,
come to think of it ... macam tak betui je kita ni ek? hehehehe .. masa cakap macam tu kat suami .. dia ingat saya ngigau.
budakkeciktutaknakkathang,
perempuan. mana ada perempuan yang nak berkongi kasih. jeles tu sudah pasti. dengki yang tak elok.
alaaa apsal sayu je semua ni?
ya..ya setuju!
part izinkan suami kawin lagi tue... sangat setuju!
haha!
king,
sebab hari2 hujan tapi tak jugak banjir-banjir KL kot. tu yang sayu semacam tu. hehehehe
najmudin,
errr ... ummu adam setuju ke? kekekekkee
pastikan madu tu lebih baik, solehah dan mendengar kata dari saya. hehehehhee ...
tang ni yang aku tak larat nih!! hahaha.. oit bossy bossy tak main laaa hahaha.
Aku tau kalau aku terus kat sini, rumah permanent akan kat Castlemilk. Aku dah war war kan. Kalau nak duit, aku dah sediakan no pin kad bank kat diari.
Macam mak aku kata dulu, kalau dia mati, aku takkan sempat jenguk dia sebab jauh. Tapi bila aku kata, kalau aku yang mati, dia jawab, tak kisah. wakakaka brutal sungguh bondaku itu.
kau redha kalau kau mati, tapi boleh tak ko redha kalau Allah ambil Nisaa? Syabil Zinnirah atau Irfan lebih dulu dari kau?
*I look at love on both sides now...*
err saya slalu gak fikir camtu.. dulu2 masa kat asrama saya terfikir kalau la saya atau sape2 meninggal kat asrama mcm tgh2 tido ke.. agak2 pastu bilik tu kena kosongkan tak?? mesti org 'takut' nak duk bilik yg penah ada org mati.. hehe.. ;p
kdg2 terfikir nak kena bg password utk blog.. huhu..
“If I die tonight
Will I be forgiven
For all the people I've been slackin' with when i was livin'
Those who I've hurt their hearts
Took advantage of and even lied to
Hug you one last time for forgiveness
Yea, I would like to
If I die tonight
Would you feel the loss
Tomorrow would you dial my number by accident
And then suddenly paused…. “ ( if I die tonight by Too Phat )
mati memang benar.
semua akan merasakan kematian.
tapi antara sedia dengan tak saja.
kadang-kadang bila kita sudah melaluinya.
maksud saya kita benar-benar berada dalam situasi itu.
barulah kita sedar adalah sukar mahu redha, mahu menerima hakikat dan kita tidak sekuat mana.
kita belum berada di situ, merasainya....
sungguh!
khairyn,
errr tak boleh bossy ek? hehehhehe .. tak kira .. nak gak! hahahaha
sebab tu aku SUKA mak ko. hahahaha .. hanya dia yang boleh buat ko terkedu hilang kata-kata. woohhoooo!!
Sungguh. Jika ditakdirkan Allah ambil permata2 hati aku dulu ... sudah pasti aku nangis, patah hati, luluh jiwa raga .. but one thing yang akan buat aku terima .. mereka dah ditentukan syurga, insyaAllah .. kalau perginya sekarang ni la.
bunyi macam sombong tapi aku sedang belajar untuk terima ...
achik,
kekadang terfikir .. kita ni lebih takut pada yang dah mati. hehehe
akira san,
memang betul. tak semua sudah atau benar-benar berada dalam situasi nak mati .. dah tau akan mati. tapi mati tetap depan mata. yang tak tau nak mati entah2 mati lebih dulu .. tak sedia satu apa pun. compared to those who already know .. they can actually be prepared. i may sound crude but that's the reality. yang pentingnya ... nikmati hidup dan redha dengan segala ketentuan Allah. Adakalanya kesihatan yang baik itu juga satu ujian besar dariNya untuk kita .. samada kita benar2 hargai anugerah kesihatan yang diberiNya atau kita abaikan. tak semestinya sakit je ujian. sihat, gembira, ada segalanya .. itu pada aku satu ujian yang lebih besar sebab mudah melalaikan.
for all you know .. i am the one who will die in a day or two .. who knows? Allah Yang Maha Mengetahui.
ceria-ceria selalu ya cik ati ;-)
he he he.
saya sokmo ceria kak has :p
hahak.
sehat ke dak ni :D
*apsal termenangis baca komeng ni. ha ha ha.
errr nk komen pasai en tayo keta pecah... err.. aku plak kalu hon pasai aku dah ada hon.. heheheh
:P
Mati..
MATI itu pasti. Bila2 saja masanya akan sampai cuma tanyalah diri... bersedia atau tidak?
Madu..
Kepada bakal suami akan ku khabarkan sebelum bernikah, andaikata satu hari dirinya ingin bernikah satu lagi, akan kuizinkan malah akan kupinangkan untuknya. InsyaAllah... tapi siapa bakalnya???? uwaaaaaaaaaaaaaa...
Err khairyn.. dah pk belum tawaranku? hahahhaha.
Errr tuan rumah.. sihat ke?
oittt .. khairyn madu aku. ko kena berlawan keris dengan aku dulu sebelum ko dapat dia. hahahahahaha
errr .. tuan rumah sihat, alhamdulillah :D
budaktingkapsebelah,
ko ni asik nak nangis je. adeh laaaa ...
sunan,
ko suka hon awek kan kan kan? hehehhee
woi woi!
tak baik aaaa... korang berdua doa aku jadi madu korang! Oi tak aci laaa.. aku nak bujang gak hahahaha
errr... lagipun, sanggup ke?????
adeh
ya Allah ya tuhanku cepat2 la aku dapat jodoh seorang Single Muslim Caucasian Jarman errr or Dutch. Amiinn... hahahaha
salam. lompat2 blog ;)
sy kalu fikir pasal mati... cepat2 rasa nak kawin. wakakak!
kalu fikir pasal bermadu... huh! gatai sungguh laki aku neh!
oh... mati itu pasti. soalnya, cukupkah bekalan kita ni :)
Salam,
Seorang sahabat baik saya yang juga merupakan seorang yang alim pernah bagi tahu yang umur saya tidak berapa panjang. Ketika itu saya menangis. Apabila kembali tenang, saya terfikir ada rahmat Allah untuk jangka hayat pendek yang dipinjamkan kepada saya ini. Apa guna hayat panjang jika semuanya hanya sia2. Sejak itu saya mula berubah dan masih dalam proses perubahan. Dan iman mawaddah..adalah salah satu persiapan saya menuju ke arah Dia yang Maha Esa..kelu.
wa.. berebut khair eh.. kekekek...
ko nak berkeris ni.. anak raja bugis jugak ke? kekekek....
khairyn,
hahahahaa ... ko ada kualiti untuk jadi madu untuk aku ngan zurd je. sebab kitaorang je yang sanggup jadi madu ko! hahahahhaa
errr .. sejak balik dari belanda, terus tambah satu lagi bangsa ke? hahahaha
warganegara
Cik Kema,
salam melompat.
cepat kawinnnn ... nanti nyesallll. hehehehe
Ya. Mati itu PASTI. :)
iman,
Salam. Sama-sama kita bersiap-siap dan saling memberi peringatan, ya :)
konakanakkokawinbuatanaksendirilaa,
lebih baik berebut khair dari berebut lelaki! hahahahah
errrr ... aku anak raja goreng pisang .. hehehehe sebab dulu ayah aku jual goreng pisang power! huhuhuhu
:)
nak pi new zealand ker???
Saya cuma nak kata; Syahdu, insaf, kagum!
sungguh sukar mencari manusia yang boleh redha awal untuk suami bermadu...
macam izinni cakap, bayu teringat pasal guru bayu, syeikh nuruddin... beliau berkahwin untuk dengan isteri ke dua, semuanya diuruskan oleh isterinya yang pertama.. dari awal sampai ke sudah...
tapi, yang terkesannya.. para pelajar.. ramai juga yang tak paham :)
kenaper aku sedih baca n3 ni ha? ha? huwwaaaa
bukan pisang raja goreng?
salam,
moga izinni c hat slalu...amin.
Post a Comment