Kasihan
Besar sungguh agenda mereka. Sangat besar. Hingga tidak tercapai dek akal yang rasional. Hanya yang tidak rasional boleh menerima agenda besar itu.
Teliti perancangan mereka. Namun tidak cukup pandai untuk menutup kelemahan yang terserlah di sana dan di sini dan di merata-rata. Tercicir-cicir ketulan-ketulan besar kedangkalan mereka.
Agenda mereka. Berhenti beramai-ramai. Kenapa? Kononnya tidak berpuas hati dengan dua orang yang diberi amanah untuk memberi arahan kepada mereka sehari-hari. Tidak puas hati dengan cara 2 orang itu berkomunikasi. Macam-macam ketidakpuasanhati.
Mereka rupanya ada pemikiran mereka sendiri tentang bagaimana 2 orang itu perlu memberi arahan kepada mereka. Yang menariknya, ini pekerjaan pertama mereka. Pertama kali bekerja. Pertama kali merasa ada ketua. Sesungguhnya mereka itu tiada pengalaman pekerjaan langsung. Malah, mereka tidak tahu selok-blok kerja dibidang ini. Setiap apa yang mereka tahu sekarang hasil dari apa yang diberi oleh 2 orang yang mereka tidak gemari itu.
Oleh kerana tidak berpuas hati, mereka sepakat bergabung untuk mengugut meletak jawatan secara beramai-ramai. 3 orang dulu. Kemudian, disusuli dengan 3 yang lain. Sungguh cantik perancangan mereka.
Akal yang rasional ini tergelak. Tidakkah dengan bertindak demikian, mereka hanya akan melumpuhkan syarikat, bukan 2 orang itu. Apa kesannya pada 2 orang itu pun kalau mereka berhenti beramai-ramai? Syarikat bukan milik 2 orang itu. 2 orang itu pun bekerja untuk syarikat. Bukankah agenda mereka itu hanya akan menjatuhkan syarikat yang mereka anggap sebagai satu wadah perjuangan umat dan agama?
Adakah mereka sangka dengan membuat agenda berupa ugutan demi ugutan hingga memporak-perandakan perjalanan syarikat, 2 orang itu akan mengalah dan berhenti kerja? Silap. Mereka SANGAT silap.
Tidakkah mereka tahu yang 2 orang itu sangat "tough" dan tidak akan terpedaya dengan ugutan-ugutan mereka itu? hahahahahhaha
Sungguh tidak rasional. Sungguh keanak-anakan. Sungguh tidak professional. Sungguh menggelikan hati.
Sekarang 2 orang yang mereka tidak suka itu, masih lagi bernafas. Masih lagi bekerja seperti biasa. Masih lagi menyumbang tenaga setakat yang terdaya.
Mereka?
Satu sudah pergi kononnya untuk mencuba bidang baru. Pergi begitu sahaja. Meninggalkan tanggungjawab. Meninggalkan amanah yang sepatutnya dibuat sebelum berundur. Pergi sebagai pengecut. Pergi dengan tidak berani berhadapan sebagai seorang anak jantan. Pergi dengan malu kerana tahu diri bersalah. Pergi dengan kekalahan.
Satu lagi masih ada. Sedang berjuang. Bukan berjuang untuk meneruskan perjuangan yang panjang ini. Berjuang untuk menegakkan kepercayaan yang bodoh. Sebulan tiada menyumbang apa-apa. Namun diakhir bulan, gaji masih diterima dengan tiada malu dihati. Terbaru, dengan penuh yakin meneruskan ugutan-ugutan untuk melepaskan jawatan. Apa harapannya? Gaji lebih? Ketua baru? Syarikat tutup? Hanya dia yang tahu. Surat tunjuk sebab telah dihantar. Seminggu untuknya menjawab. Sekarang hanya tunggu dan lihat.
Seorang lagi pun masih ada. 5 petang waktu akhir untuk dia memenuhi tuntutan tugas yang terbantut selama lebih seminggu. Jika masih tiada, surat tunjuk sebab akan dilayangkan. Jelaskan mengapa tindakan disiplin tidak perlu diambil ke atasnya.
3 yang lain masih menggunakan akal. Alhamdulillah. Masih bekerja dengan penuh dedikasi. Biarpun yang seorang perlu dipujuk, dirayu hampir setiap minggu. Alhamdulillah kerja-kerja 'kotor' memujuk tidak perlu dilakukan oleh 2 orang yang tidak disukai itu.
2 orang itu? Tersenyum. Sebab segala masalah yang hampir menjatuhkan syarikat bukan berpunca dari mereka. Bekerja seperti biasa. Bila tiba masanya untuk mereka berundur, mereka akan berundur dengan baik. Jalinan Silaturrahim yang terjalin tidak akan dibakar dengan perkara-perkara yang bodoh.
Kata kunci untuk berjaya dalam apa jua pekerjaan adalah PROFESIONAL. Baik sebagai buruh kasar, doktor, jurutera, guru, pensyarah, juruhebah, jurukamera, wartawan, pengarang atau apa sahaja. Jika tidak professional dan tidak bersedia menerima arahan dengan baik dan bekerja dengan niat yang betul iaitu "kerana Allah", dimana-mana pun tidak akan berjaya. Tidak akan hidup.
Kasihan pada orang-orang yang berfikiran dangkal seperti mereka.
Nota kecik-kenot: Bilalah aku nak kaya ni? Baik jadi bos anak-anak dari jadi bos anak-anak orang ... huhuhu ...
10 comments:
saja suka2 main tarik tali nak test market macam la kalau dia xde kampeni tu bankrap kot..
oit, budak ko bikin masalah eh?
sapa yang dah pegi? lelaki beruban yang ko tak suka tu ke??
kata nik abduh, kena jadi pejuang Islam dulu, baru buleh nak berjuang neh...
kadang2 mereka terlupa.. mereka bukanlah yang terbaik sebenarnya.. dan dunia ini masih ramai lagi uamt manusia...
kesian...
hmmm.
macam-macam...
assalamualaikum...
salam pagi rabu....
mulakan kerja mu dgn bismillah...
hehehe
:P
hmmm...menarik sungguh entri ni.
apsal depa tak mogok lapar???
hahha
Biarlah depa tu pegi. Tak rugi apa pun kalau depa takde....
achik,
main tarik tali kalau menang takpe .. ini sendiri putuskan sampai tergolek anjing.
pa'chik,
sorang dah blah. 2 orang lagi termasuk yang beruban tu akan dapat surat sack esok.
yang lawaknya depa ni .. ngaku pejuang dan kerja semata-mata untuk Allah. juang apa pun aku tak tau.
macam aku .. aku keje untuk duit. hehehehhe .. yang penting aku buat keje yang orang bagi .. supaya anak2 aku tak makan duit haram.
kemat,
bak kata atok mahathir .. melayu mudah lupa.
kingbinjai,
kesian dan menyedihkan.
akirasuri,
itulah dunia ...
sunan,
Waalaikumsalam ...
InsyaAllah ... terima kasih :)
errr .. aktiviti mengebom tangguh dulu ke? hehehhee
ahmay,
elok buat kamikaze terus! hehehehe
anon,
memang tak rugi tapi geram aku sebab aku dah bertambah keje. huhuhuhuhuhu ....
arrgghhhhhhh ... nak resignnnnnnn!
testing ni.. saya belajar sabar dengan belajar menilai setiap perkara, sebelum dapat keputusan/kesimpulan saya akan terus bersabar... dan kesimpulan yang saya cari adalah yang logik dan positif.. susah? mmmm cubalah...
Post a Comment