Thursday, November 06, 2008

Apalah nak jadi ...

1)
Tadi bila pulang dari jemput Syabil dari kelas membaca, lalu di roundabout seksyen 15, Shah Alam. Kereta tidak banyak. Mungkin sebab sudah 9.45 malam. Ada sebuah Wira. Wira itu diparkir betul-betul di laluan dalam bulatan itu. Tiada lampu signal kanan diberi. Jika rosak, pasti lampu kecemasan dipasang. Pintu bahagian pemandu terbuka luas. Apa pulak masalahnya? Lampu di bulatan tidak semua terpasang jadi agak gelap. Rupanya ada pemandunya. Sedang berdiri. Berdiri di kaki siar bulatan. Kepala agak tertunduk. Kedua tangan di seluar bahagian depan.
Cheh!! Mangkuk ayun! Kencing rupanya. Mencurah banyak pulak tu macam air paip. Siap terdengar bunyi kencing yang mencurah. (Sebab tingkap ku buka luas. Maklumlah malam, kurang kenderaan, angin lebih nyaman dan sejuk.)
Tiada sivik langsung! Aku hon kuat, panjang!

===================================================

2)
Aku jarang ambil tahu kisah dunia hiburan. Dunia itu tidak banyak membawa faedah kecuali melalaikan. Ya. Sebab aku pun adakalanya terlalai juga. Tapi, satu kisah ini menarik minat aku pula disebabkan kependekan akal pelaku-pelakunya. Sudah bagai drama. Malah lebih sensasi dan menarik dari drama. Yang suka mengambil kesempatan pastinya media. Tapi aku tidak salahkan media sepenuhnya. Yang empunya-empunya diri patutnya lebih menggunakan akal dari emosi.
Ya. Marah. Terluka. Malu. Geram. Tapi perlukah diceritakan segalanya di depan satu Malaya? Bukankah bercerita kisah hal rumahtangga tidak elok dalam agama. Apatah lagi perkara yang buruk.
Tidak kira siapa yang betul atau salah. Allah lebih mengetahui. Yang pasti, kesannya pada anak-anak. Kasihan. Kisah buruk keluarga mereka dijaja sedemikian rupa. Banyak lagi jalan yang berakal dan bijak yang boleh diambil.
Yang sepatutnya membimbing, lepas bebas pula buat perangai. Kalau iya pun teringin mahu buka cawangan baru, berpada-padalah. Buatlah elok-elok. Macam mana nak memimpin jika diri sendiri tidak terpimpin?
Masih teringat kisah sang suami yang pernah dipetik mahu membimbing keluarganya dan menjadikan keluarganya sebagai contoh mengikut Islam Hadhari. Sampai sambut hari lahir anak pun secara Islam Hadhari.

====================================================

3)
Manusia semakin mengarut. Ada ke nak kahwin dengan watak kartun?!

====================================================

4)
What is it with some people about having more than 3 or 4 kids? Kenapa sesetengah orang pandang 'pelik' atau 'sinis' kalau ada 5, 6 atau lebih orang anak?
Kalau perempuan dikatakan kilang buat anak.
Kalau lelaki, amboiiiii bukan main puji kononnya power.
Ikut sedap mulut je ya!
Tolong laaaa ... zuriat itu ANUGERAH Allah yang sangat dan amat bernilai. Mungkin sekarang sesiapa yang ada ramai anak dilihat macam sengkek harta benda wang ringgit. Di kemudian hari? Bukan kah rezeki kurniaan Allah.
Aku pernah tanya Irfan, apa perasaan dia ada ramai adik-beradik. Manalah tau kan. Kot-kot segan pula.
Irfan kata dia ok je. Malah katanya, ramai kawan-kawan yang ada lebih dari 5 adik-beradik. Ada yang 6, 7, 8, 9, 10. 12 pun ada. Alhamdulillah. Walaupun kebanyakan yang menghantar anak-anak di sekolah itu memang berharta-benda, berduit dan berpangkat besar, tetapi 'harta' (baca anak-anak) mereka pun ramai juga. Pada aku, itulah harta yang tidak ternilai dan paling berharga.
Jadi ... come Saturday, kalau ada yang sinis sambil tersengih-sengih memperli aku pasal hakikat yang aku sudah beranak 5, siaplah korang. Dah lama tak laser ni!

=====================================================

5)
Bicara teknologi.

----------------------

"Al***. On way balik dari ambil Im***, tolong singgah M*D belikan bubur ayam untuk Ayah. Demam-demam tu, dia lalu makan itu je. Dah beli satu tengahari tadi. Malam ni an*** takut tak sempat nak hantar sebab kena hantar anak ke kelas."

"Al*** tak lalu situ. Terus masuk hiway. Nak elak jem."

-----------------------

"Ayah demam."

"Ada apa dalam frigde? Boleh nak masak."

"Tak ada apa. Jarang beli sebab jarang masak."

"Abih ayah makan apa selalu?"

"Ayah beli sendiri pastu masak. Kadang-kadang ayah beli je."

-----------------------

Hmmmmm ..... buat aku teringat pada Mak.
Al-Fatihah buat Mak. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Mak. Moga Mak tenang di sana.

11 comments:

-our- said...

perkara pertama.. ape le nk jadi sivik org msia ni ek

perkara dua..kes minah & mamat ni mmg dah uat kitorg gempak..tu le pada saya dua2 pihak tentu ada prob yg mnyebabkan diorg jadi gitu

perkara tiga..dia nk kawin ngn kartun ke dia nk kawin ngn pompuan pakai cm katun..diorg kn suka macam tu..ape pun mmg biol dh org jepun ni.mengarut2 dah thinking diorg..

perkara empat..saya jelez ngn izinni sbb Allah anugerahkan banyak 'harta' x ternilai..

perkara lima...Al-Fatihah buat mak Izinni.. sian org tua2 ni.. time2 camni dia cuma harap ank2 jenguk/ziarah je.cam mak abah our..selalu harap anak2 selalu balik jenguk2.. leh tgk riak muka diorg smbut anak2 blik..

Pa'chik said...

saja nyinggah... hahah...

ada orang gelak ko ada anak lima ke? langgar je orang tu ngan lori.. hahaha...

Zuraini said...

Salam ...

salah ke kalau ada anak ramai?

adik beradik saya sendiri lebih dari 5 org (had yg dibenarkan utk cuti bergaji... arwah emak surirumah sepenuh masa) dan bila abang2 berkeluarga mereka sendiri memiliki anak2 yang ramai...

itulah juga yg kekadang kita org bincangkan... setiap anak2 tu ada rezekinya memasing... kita ni yang kekadang terleka dgn rezeki yang Allah berikan... cthnya: dari pakai kancil nak tukar rusa, dari rusa nak tukar kijang, lepas tu tah apa2... mmglah tak cukup2... dan utk mencukupkannya sangguplah bekerja tak kira masa, hingga lupa pada 'rezeki' di rumah, sehingga mereka terabai... itulah punca masalahnya...

suka tengok gambar Ali Qa'id yang bertopi oren tu ... cute jer...

khairyn said...

1. tak senonoh.

2. Aku pun terfikir benda yang sama. Bukak pekung di dada. Nanti sapa yang malu?

3. Sapa tu nak kawen ngan aku? hahaha aku rasa aku pun dah macam katun.

4.Anak buah aku ada 5 orang. Dari satu induk. Laser je. Bukan dorang yang bagi makan, jaga pakai, pening kepala.

5. Kau bengang lagi ek?
Dah itu yang dia pilih.

izinni said...

our,
1. aku rasa dia mabuk.
2. laki bini sama je. maklumlah ..pelakon.
3. kawin dengan katun senang .. tak payah fikir nafkah. bini sentiasa muda.
4. alhamdulillah ... errr awak tu bila la lagi. lama tak makan nasik minyak ni. hehehhe
5. insyaAllah kita cuba yang terbaik untuk mereka sementara mereka masih ada.

pa'chik,
ooo ada lagi ek? ingat dah sampai langit ke-7! hahahaha

belum kena gelak lagi la. bukan takat lori, dengan bulldozer aku lenyek nanti. ekekekke ...

neen,
gitulah bila dah moden. anak ramai mungkin dikira kolot macam orang dulu2. zaman sekarang orang moden maitain 2 je .. satu lelaki satu perempuan gitu.

izinni said...

khairyn a.k.a miss pink! hahahhaha

1. Malaysia boleh!! baghal tu mabuk aku rasa sebab kencing dia banyak sungguh! hahahahah

2. aku rasa pompuan tu dah terdesak nak sangat cerai. sebab tu pulun abih bukak segala citer dalam kain. dia guna strategi tekan tekan sampai dapat. hehehhe ...

3. ko katun yang kena jaga makan minum pakai segala jenis nafkah. nak buat apa?! kahkahkahkah ...

4. depa sekarang dah pangkat besor2. manager segala. metropolitan parents gitu. kekkekeke .. jangan risau .. part laser adalah kemahiran aku.

5) aku bengang la sebab macam tak terjaga je. pastu telinga aku yang mendengor segalanya. dah jadi burung belatuk aku ni. hehehhe
tu la orang kata mak bapak buleh jaga 10 orang anak. anak2 belum tentu boleh jaga mak bapak kan kan kan.

(pssstt weiii ... aku jumpa sikuehpau isnin hari tu. bestttt ... aku rasa ko boleh bayangkan sesi 'bual bicara; kitaorang ... sangat happening ... hehehhehe)

Anonymous said...

1. Hoh! Sungguh hampagas itu orang.. Sungguh tak sivik.. Sangatlah servik beliau itu.. Huhu..

2. Sungguh tidak malu mereka-mereka itu, nampak sangat terlalu jahil.. Alahai.. Kesian anak-anak mereka itu..

3. Saya panda, ada tak orang nak kawen dengan saya? :p

4. Ada anak-anak ramai la besh.. Sikit sangat tak besh.. Raya tak meriah.. Huhu..

5. Watak-watak itu dapat diteka siapa gerangannya.. Huhu..

Moga ayah cepat sembuh.. Amin.. :)

achik said...

ikut dan je nak kencing merata.. haih..


ala kakak saya ada anak 7 orang.. lantak pi la orang nak kata apa kan.. dah Tuhan nak bagi.. pensyarah saya ada 11 org anak.. ada title Dr tu.. x kisah pun anak ramai.. oh2 saya yg ada 6 adik beradik ni, bila dah besar2 rasa cam x ramai pun.. ;)

izinni said...

sipandayangngantuk,

1. hampagas pun ada gunanya. buat sedut habuk. ekekeke
2. kasihan kan kan kan.
3. ada ada ada. beruang kutub! :D
4. Ya. errr tapi kan ..kalau semua balik time raya takpe .. bantai sekerat dua je ... hehehhe
5. Begitulah adanya ;)

Ayah masih demam. Tak tau kenapa. Results darah dan urine semua clear. No infection whatsoever. hmmmm ...

achik,
manusia tu mabuk kot ..

tu la .. seronokkan anak ramai. meriah je.

-our- said...

perkara 4...erk! lupa ke saya dah kawin...(konpius ni) Doakan lah saya dapat bahagian itu dari Allah ye..duk jaga anak sedara nak juga rasa ada anak sendiri..sama ke x ek..
perkara 4 juga.. terkadang bila pk, mmg le kan mak bapak jaga sampai selamat kita pulak jadi mak bapak.tp anak2 jaga mak bapak jadi cam mak bapak tu dianaktirikan. tp kalu pk2 mak bapak tu pun anak2 pada atuk nenek anak2 tu..kenpa ye bila dibezakan cara anak2 ngn mak bapak x sama..

LadyTiz said...

sy ade 5 org adik beradik. memang best. walaupun org kate 5 tu cam dah oke... tp kadang2 rumah rasa sunyi jugak bila masing2 pergi sekolah.