Friday, November 21, 2008

Baju oren, Ihtifal, Konvo, Rewang, Semadi, Penat ...

Sepanjang sepuluh hari tidak berblog adalah hari-hari yang sungguh sibuk. Sibuk dengan kerja dan sibuk dengan aktiviti sosial bersama anak-anak dan keluarga. (AWAS! Entri ini adalah panjang ..)

Rabu malam minggu lepas. Zinnirah tanya. Ibu tau tak PKNS dan tau tak kompleks PKNS kat mana. Ibu kata tau dan tanya kenapa tanya. Zinnirah kata, "ohhhh kakak nak beli baju." Adehhhhh .. anak dara aku pandai minta belikan baju. Aku yang dah kahwin 11 tahun dengan ayah dia pun tak pernah minta beli baju. hehehhehe :p

Zinnirah kata nak beli baju kurung atau jubah oren khas untuk persembahan masa Majlis Ihtifal sekolah. Katanya, cikgu tak benarkan ikut serta persembahan kalau tak pakai baju oren. Wahhhh ... sangat kijam! Tapi demi anak, aku turutkan kehendak kakak. Nanti merajuk, tak kuasa aku nak pujuk. hehehehehe ...

Jadi, pagi Khamis, ibu telah ke kedai kain di Subang Jaya cari kain ela warna oren. Dapatlah yang murah. Kain bertanah putih dengan bunga-bunga besar warna oren. Terus hantar rumah Mak Ngah yang memang terima tempahan buat baju. Dah call awal-awal mintak terima tempahan kecemasan cucu sedara dia.
Jumaat tengahari lepas hantar Syabil ke Taski, kami bergegas ke rumah Mak Ngah. Jubah kakak dah siap. Wahhhh ... cantik bila dah jadi baju. Sangattttt oren anak dara aku. Terus pakai .. elok padan tak perlu ubah apa-apa. Yang paling best ... tak payah bayar upah jahit. Mak Ngah hadiahkan kat Zinnirah baju tu. Kemudian terus hantar ke sekolah sebab Zinnirah dan Irfan akan ke lokasi Ihtifal dengan rombongan sekolah.

Irfan dan Zinnirah yang berjubah oren baru, di perkarangan sekolah.
Malamnya, aku dengan Syabil, Nisaa' dan Ali ke Majlis Ihtifal abang dan kakak. Wahhh memang ramai ibubapa dan keluarga yang hadir. Aku juga sorang dengan anak-anak. Ayah ada meeting di PD yang tak boleh ditangguh. Cuak jugak ... hehehhehe. Mujur la aku dah biasa kemana-mana dengan anak-anak secara sendirian berhad. Kalau tak .. jenuh jugak nak jaga, layan anak-anak yang sedang melasak ni.
Kakak bergembira dengan jubah oren ... buat persembahan dengan kawan-kawan diatas pentas. Irfan pun sama seronok dengan kawan-kawan. Tahun ni kakak dan abang tak dapat hadiah. huhuhuhu ... keputusan mereka kurang menarik sebab banyak main. hehehhehe


Sampai rumah dari Ihtifal .. jam 12 tengahmalam. Ohhh sangat penat.

Esoknya ... pagi-pagi dah keluar sarapan di luar sebab tak sempat buat sarapan. Lepas sarapan, terus ke dewan Sek 11, Shah Alam. Majlis konvo Syabil Iman. Dah habis taska dia. Tahun depan masuk darjah 1. Ohhhh sorang lagi anak ibu dah makin dewasa. Adehhhhh ...

huh! pedulik ngan chemua owang .... ichak nak susun botol ni manyak-manyak ...

Selesai majlis konvo hampir jam 1 petang, kami terus ke Hospital Serdang. Ya. Keluarga Shaari bertambah lagi seorang. Adik yang lelaki selamat dikurniakan anak sulung. Widad Hafzan diberi nama. (ohhhh nama manja Nisaa' tu :D)


Dan ohhhh ... mata sepet juga :D dan dia adalah lelaki walaupun nama seakan perempuan. ;)


Ini cucu-cucu En. Shaari Mohd Yunus.

Dari hospital, aku ingatkan nak balik terus tapi aku terus lencong ke Putrajaya. Bawak anak-anak rewang sana kejap. Takde niat nak turun dari kereta pun. Cuma bawa ronda dan lihat kota pentadbiran negara tu dari dalam kereta sahaja. Lagi pun cuaca hujan rebas. Tapi, anak-anak nak turun jugak sebab nak bergambar berlatarkan Masjid Merah Jambu. Teruja sangat tengok Jambatan Wawasan. Nantilah ... ibu janji ibu akan bawa ke sana lagi. Masa tu kita akan berkelah ok?! hehehhe



Dari Putrajaya, sekali lagi ingat nak balik terus sebab semuanya dah kepenatan. Penat yang semalamnya pun tak hilang lagi. Tapi masa lalu Putra Heights, aku teringat mak. Mak ada kat sebelah je. Jadi, aku buat pusingan U, terus menghala ke Persemadian Mak.
Kami bacakan Al-Fatehah. Bacakan doa. Irfan tiba-tiba sebak. Dia nangis. Irfan rindu nenek, mungkin. Dia tanya ... "Ibu, kenapa Irfan sedih pastu nangis?" Aku kata, mungkin sebab Irfan rindu nenek dan Irfan kan cucu sulung nenek yang nenek sayang. :)

Kami pun pulang. Hampir senja.

Ibu masak. Makan. Anak-anak kepenatan dan tidur.
Ibu penat, tapi ibu tak tido. Ibu sambung kerja ...

12 comments:

akirasuri said...

Ah! Kak Has ni buat saya jeles! :((

akirasuri said...

Lupa.. Tahniah kt sabin.. hehe..

Kakak comel la pakai baju tu.. Nak pinjam.. :D

izinni said...

isyyy kamu ni .. tak abih jeles sebab aku rewang-rewang. ekekekek ..

sabin muka monyok sebab penat .. suruh senyum pun susah. hehehehe
nisaa' gak relaks .. buat hal sendiri ..

kakak sangat suka jubah itu. hehehhe .. irfan kata kakak cantik. hahahhahaha .. susah nak dengar irfan puji adik dia. ekekekke

akirasuri said...

Haha.. Irfan ni kelakar la.. Teringat saya dia cakap dekat bangi ramai pakai tudung betul-betul.. =))

Zuraini said...

Salam...

tengok dari gaya Irfan, dia amat melindungi adik2nya...

alhamdulilah pada khamis lepas 20hb., dlm jam 12.10 pm, saya pun baru dapat cucu sedara sepupu (betul ke sebutannya, anak kepada sepupu saya), kali ni perempuan, kira ni cucu perempuan pertama pada Enggal saya tu, sebelum ni Enggal dah ada 4 org cucu, kesemuanya lelaki... tapi sungguhlah sedara mara saya mmg ramai lelaki dari perempuan...

khairyn said...

hehehe dah jadi anak bujang dah irfan ek. Tak lama lagi habis sekolah rendah masuk sekolah menengah, tup-tup kang kau dah nak terima menantu kekekekeke

sejak dah berkamera baru dan berlaptop baru rajin mengambik gambar kekeke.

kakak nampak ayu ngan baju orennya. Terserlah dari yang lenlain. Tapi sebab ibu pun fokus kat dia kan :)

kingbinjai said...

kesian tak dapat hadiah, tahun depan cuba lagi ek

zwitterion said...

ibu yang komited..:)

Pa'chik said...

ishh... che'gu mana punya idea bagi budak-budak tu pakai bunga kat kepala weh... isshhhkkk....

ada je budak lain tak pakai baju oren.... buleh pulak...

-our- said...

chomel semua...inilah contoh ibu Ibu Prihatin + Ibu Mithali...

izinni said...

ati,
irfan tu bila bagi komen sangat spontan. pada yang dengar mungkin ada yang terasa hati. hehehhe
tapi dah cakap kat dia .. pakai tudung betul pun tapi tang pakaian kat badan yang ditutup aurat dengan sempurna, tak guna juga. sekarang ni .. komen dia .. haaa orang tu pakai baju dengan tudung betul. hehehehe
cucu-cucu ayah pun ramai lelaki. perempuan 3 je :)

khairyn,
menantu? huwaaaaaa ... nanti la. aku nak manja-manja dengan anak bujang aku tu. huhuhuhu ...

abih .. kemudahan dah ada .. gunakan la. nanti dikata dah ada itu ini tapi tak reti nak guna pulak. hehehhehe .. at least ada gak idea nak berblog bila ada gambo.

dah tentu fokus kat dia. heheheh apa ke hal plak nak fokus katanak dara orang lain. hehehehehe

king,
ohhh budak2 ni bukannya depa kisah sangat. dapat buat persembahan dah seronok sangat. tapi depa dah janji next year tak nak main2 lagi :)

neen,
dia memang sayang adik-adik dan dalam waktu yang sama suka mengusik, menyakat sampai nangis :D. nisaa' manja dengan irfan sebab abangnya rajin layan rajuk dia.

izinni said...

zwit,
haii pengantin baru ;)
ohhh rasanya semua yang bergelar ibu adalah komited pada anak-anak. zwit pun macam tu nanti.

pa'chik,
hahahhahaah .. isyyy itulah tema flora tau. jangan dipertikai kehendak cikgu. budak2 tu seronok dapat tiara munga-munga. hahahha

alaaa ... budak-budak, pa'chik oiii ... dah cikgu kata itu, itu jugak la yang depa nak. cakap cikgu lagi dengar. hehehhehe
semua pakai oren la tapi dalam pelbagai tona .. dalam gambar nampak lain sebab gelap .. hehehhe

our,
awak pun bakal ibu yang prihatin dan mithali. sungguh!
ohh ya .. dapat email D pasal plan nak geder-geder tu?