Wednesday, November 19, 2008

Pesta ...

Pesta 1

Banyak perkara yang jadi selama lebih seminggu aku abaikan blog ini demi nak melangsaikan kerja. Banyak juga yang nak dikongsi sama. Tapi aku mulakan dengan hari ni. Sebab hari ni hari aku mula 'bercuti' sebelum kerja datang lagi.

Sebagai meraikan selesainya kerja yang menjadikan aku zombie selama 2 bulan lebih, aku pun berpesta. Ya. Pesta.

Pesta apa? Ohhh .. pesta cara aku la. Pesta yang tiada tarian mahupun bercampur lelaki perempuan bukan muhrim. Pesta anjuran ibu ini pesta dengan muhrim sahaja. Pesta masak dan makan. Bila hati suka dan gembira, apa yang aku jarang sajikan pada anak-anak walaupun makanan itu yang depa suka sangat, aku ikutkan saja.

Ya. Tengahari tadi aku masakkan mee segera. Mee segera jenama bercinta-cinta yang menjadi lebih berkhasiat setelah ditambah tauhu, ayam, sayuran campur dan lebihan cekodok ikan bilis sarapan pagi yang aku hiris nipis-nipis.

Untuk makan malam, aku masak ini.
+ +
Red sauce with minced beef layered with pasta (macaroni as the grocery shop didn't sell lasagna pieces), with another layer of white sauce and the entire layering processes were done all over again until the caserole is filled with it. No cheese in between. Sebab tak kuasa aku nak gi hypermarket semata-mata nak beli mozarella cheese yang mahal itu.

Selepas selesai melapis-lapis ... letak ler kepingan keju cheddar. Ok ler tu, dari takde langsung kan kan kan....
Bakar at 200 degree selama satu jam sebab pasta ini sangat sangat sangat tebal. 3 kali tinggi dari bekas caserole sampai perlu guna aluminium foil untuk menampung ketinggiannya. huhuhuhu ...
So this was what for dinner just now ...

Nota kecik kenot:
Makanan diatas tidak sesuai dimakan oleh mereka yang sedang gigih menjalani rejim sihat seperti Tyra. hehehehhehe


Pesta 2

Petang tadi hujan sangat lebat. Jadi, ibu dengan murah hati telah mengizinkan 4 orang kanak-kanak riang ria yang kebosanan untuk berpesta-pesta gumbira juga ... sambil membasuh kasut sekolah.

Seronoknyaaa ... lari pusing pusing pusing pusing .. pastu posing peace .. pastu basuh kasut kat laluan deras kat tepi jalan ...
Pastu kawan-kawan join bergumbira .... kasut-kasut ditinggalkan ....

7 comments:

Zuraini said...

Salam...

makan & hujan... seronoknya...

masa kecik2 dulu, memang tunggu hujan lebat... adalah chan dpt main hujan... masa tu sesorang jerlah... lepas tu mesti arwah emak masakkan air panas utk dibuat mandi...

13may said...

waaa...bestnya main ujan :D

Anonymous said...

ikan ko pun sibuk main air gak ke?

achik said...

sedapnya.. saya penah try buat sekali tapi x berapa jadi [bajet try sekali dah berjaya ngan jayanya]..

dah lama x mandi hujannnn.. bestnya.. dulu2 masa merempit, dapat gak merasa main hujan.. err dah la tgh hujan ni, rasa nak je kuar main hujan.. ;p

izinni said...

salam neen,
ya .. hanya dibenarkan main hujan kalau betul2 lebat dan lama. kalau lebat kejap je, jangan harap dapat. hehehhe ..
yang best pasal main hujan ni, selain makan ... tidur lena je lepas tu.

maymay,
ajak ler awek main hujan sama. hahahhaha ... itu baru 'tangkap' basah! ekekekek

pa'chik,
errrr aku blur ... ikan?

achik,
cuba sekali lagi. tak berapa nak terbentuk pun takpe. yang penting lembab2 dan sedap ;)

akak semalam gedik je nak join sama .. hehehe tapi nanti dikata tebiat la pulak. hahahhaah ...

Pa'chik said...

kelisa daaa...

izinni said...

hahahhahaah ... sorry. tahap kebluran aku makin tinggi semenjak dua ni. maklumlah semua askar ada kat rumah. ehehheheh ...