Thursday, November 27, 2008

A,B,C,D ...

A

HUJAN

Bila hujan malam-malam macam ni ... sangat seronok bergebar tebal sambil baca buku berunsurkan melankolik, love story. hahahahhaa ... lama kaedahnya aku tak praktikkan. Pastu ditemani secangkir nescafe atau koko panas. Milo tak cukup kick. Perlu minuman koko yang dibancuh sendiri.

Seronok juga kalau dapat menghirup sup tomyam atau ayam panas-panas. Tapi yang paling nikmat ... semangkuk megi kari atau tomyam super duper pedas yang dicampur cili padi, sayur-sayuran, cendawan, ayam atau daging dan telur yang dipecahkan. YUmmmmmm .... Ahhhhhhh asyikkkkk ....


B

KANVAS
Anak itu adalah anugerah Allah yang umpama sekeping kanvas putih untuk ibubapa corakkan mengikut kehendak naluri atau agama.

Sepetang di sebuah pasaraya besar di Shah Alam. Anak-anak seronok bermain ditaman permainan di dalam pasaraya. Terlihat aku kelibat seorang anak lelaki. Dalam lingkungan 5 tahun mungkin. Sawo matang. Berbahasa Melayu jadi Melayu bangsanya. Islam, sudah tentu sebab ini Malaya. Bercelana denim pendek. Ranggi penampilannya. Lasak dan cergas. Rambutnya mengikut perkembangan fesyen dan zaman. Tegak-tegak. Macam Naruto pun ada.

Ahhhh ... sebutir anting-anting kecil permata biru di cuping telinga kiri. Ohhh bukan pada telinga ibunya. Di telinga anak itu.

Ahhhh ... bergelang perak juga. Di leher, ada rantai ... perak juga. Agak besar.

Terasa anak-anak aku kelihatan amat 'kolot' dan tidak mengikuti peralihan zaman :P

C

BENDERA

Jalan-jalan utama ke arah Stadium Malawati, Shah Alam sudah penuh dengan bendera. Warna biru dan putih .. biru latarnya, lebamnya putih pula. Ohh .. bendera negara Si Jalur Gemilang pun ada juga.

Aku tenung. Aku telek. Aku perhati. Ehhhh ... tak ada la. Patutnya ada.

Ohhh ... lupa. Dah jadi parti yang memerintah, tak perlu lagi ikut peraturan. Kalau dulu bising disuruh bendera merah keris diturunkan sepanjang Lebuh Mahameru tiap kali nak bersidang bersembang bertemberang. Kononnya tidak dapat izin dan permit pihak berkuasa kota. Kini?

Ohhh ... tidak mengapa. Mereka boleh, kenapa kita tidak? Kalau tak boleh, mana aci kan? Betul? hehehehehehe ...

D

MAIN
Dung Dang Dung Dang. Seawal pagi sudah kedengaran. Bunyi lantunan bola yang disepak mengena dinding. Ditegur. Keluar dia. Bersambung bunyi bingit itu diluar rumah pula. Tiba-tiba senyap. Ohhh ... sudah di tepi pagar. Elok mencangkuk. Di tangan ada alat segi empat berwarna biru. Kedua-dua ibu jari begitu pantas bergerak. 10 min. 15 min. 30 min. 1 jam. Tidak bergerak. Setia bercangkung. Asyik. Tanik. Sekali-kala berbalas sembang dengan rakan disebelah pagar. Juga bercangkung. Asyik dengan alat yang hampir sama tapi berlainan warna. Bertukar-tukar pendapat mereka.

Dipanggil. Tidak menyahut. 3, 4, 5, 6 kali. Suara memanggil sudah meninggi. Akhirnya menyahut. Nanti, katanya. Kejappppp je. 15 min masih berteleku begitu. Dipanggil lagi. Kali ini dengan sedikit ugutan. Ahhhh .. baru bergerak. Muka kelat. Nyata tidak puas hati. Dipanggil bukan untuk membantu kerja-kerja yang ada, tapi untuk makan.

Selesai makan ... dalam diam keluar semula. Maklumlah sang singa sudah ke dapur menyambung kerja yang tak pernah langsai. Sampai ke tengahari begitu lah. Jika dibiarkan, tak makan tengahari pun tidak berkeroncong perutnya.

Dibiar ... terus hilang dari kawasan rumah. Sudah kesebelah rupanya. Hmmmm .... boleh bawa ke petang jika tidak ditegur.

Disuruh balik. Berteleku di muka pintu. Tak sampai hati. Disuruh naik ke atas. Godek pula komputer di atas mencari game. Berjam pun tak mengapa.

Begitulah. Pening. Tidak dibagi, muka kelat. Bila dibagi, ambil kesempatan melampau pula. Katanya, orang tu ada itu, ada ini. Orang tuanya tidak kisah pun main sampai bila pun. Malah orang tuanya main sama.

Aku kata ... bukan tidak mahu dibelikan. Aku kenal anak aku. Hak orang sudah lalai jadinya. Apatah lagi jika sudah memiliki sendiri. Apa akan jadi?

Bila ditegur .. dibebel sedikit ... kelat, masam muka. Bosan katanya. Aku kata, dulu sebelum kenal permainan itu, tiada perkataan bosan dalam kamus hidup. Pandai pula berkreatif melukis, membuat word puzzle sendiri, mewarna, berimaginasi, berorigami, berkebun, mencari belalang. Macam-macam aktiviti pandai direncana.

Kini? Terus sudah tidak pandai. Terus mati akal. Sengaja buat perangai supaya ibu kata .. takpelah .. pergilah keluar main game.

Macamana keputusan periksa tak begitu memberangsangkan. Bila keputusan begitu, tahu pula muka sedih. Tapi, usaha makin kurang walaupun hari-hari diingatkan. Sudahnya aku diam, hanya mengingatkan sekali-sekala.

Anak ibu sayang,
Sekarang kamu bosan. Kamu bentak. Kamu lawan. Walaupun kamu kata kamu tidak bermaksud berbuat demikian. Kamu kata buat itu tak boleh, buat ini tak boleh. Nak itu tak boleh, nak ini tak boleh. Itu tak ada, ini tak ada. Orang lain buat boleh, kenapa kamu tak boleh.

Sudah ibu jelaskan. Sudah ibu rasionalkan. Tapi minda kamu sukar menerima walaupun kamu tahu ada logiknya. Ibu tahu jiwa kamu kini sedang memberontak. Kamu mahu seperti apa yang orang lain ada.

Fahamilah ... setiap keputusan ibu, setiap bebelan, setiap nasihat ibu ... semuanya untuk kebaikan kamu. Sekarang kamu nampak keburukan ibu. Ibu tidak sporting. Tapi bila ibu sporting, kamu pula lain bicara.

Ibu hanya kamu menjadi manusia yang kenal Allah, kenal Rasul, kenal Agama. Itu panduan hidup kamu. Penyuluh terang jalan kamu. Penjaga kamu bila ayah dan ibu sudah tiada. Supaya kamu tidak sesat dan lalai. Hiburan sekali sekala tidak mengapa tapi jangan sampai lalai, sayang. Jangan hiburan pula menjadi makan minum kamu.

Kamu kata susah menjadi abang. Banyak tanggungjawab. Kena jaga adik-adik. Kena lindungi adik-adik. Ahhhh .. sayang. Itulah kelebihan dan keistimewaan kamu yang kamu hanya akan tahu bila kamu sudah mengerti nanti.

Ibu sayang teramat sangat pada kamu. Ibu takut kamu lalai. Kamu conth pada adik-adik. Adik-adik pandang tinggi kamu. Mereka sayang kamu.

Kamu pandai. Kamu bijak. Kamu berakal. Ibu tahu kamu tahu mana yang baik, mana yang buruk. Doa ibu hanya yang terbaik untuk kamu, sayang.
Nota kecik-kenot:
Gambar-gambar hiasan diatas adalah dicari dan diambil tanpa izin dari simpanan gambar yang banyak oleh Cik Google. Terima Kasih Daun Keladi, Nak Guna Nanti, Gua Curi Lagi. Muahahahahahah :P

7 comments:

ńĕĕń said...

Salam...

insya Allah, Irfan memahaminya... cuma biasalah bebudak, sering tak puas hati boleh tengok orang lain boleh kenapa dia tak boleh...

kingbinjai said...

kesian mamat tu kerja sepanjang masa

AL-BIMA SAKTI said...

salam.

lentur buluh biar dari rebungnya...

salam singgah...

zwitterion said...

cabaran mendidik anak..

khairyn said...

dan ibu...

selamat hari lahir

izinni said...

king,
kesian kan kan kan. gaji pun zero. hehhehe

Al-Bima Sakti,
terima kasih kerana singgah :)
cabaran dan dugaan itu menjadikan setiap ibu bapa itu lebih peka, insyaAllah.

zwit,
jangan takut nak beranak pulak ek. hehehhe

khairyn,
ohh ya .. pagi tu, anak2 tak bagi turun awal. rupanya dok kecah2 dapur. memang kecah sungguh la. rupanya hiaskan kek marble yang ayah depa belikan dengan buatkan air oren perah sendiri. huhuhuhu .. nanti aku kongsi gambar :)
anyway thanks a million .. selain ko, anak2 dengan krol .. takde sapa yang ingat .. termasuk aku .. hahahahhaa

Mak Su said...

a b c d kehidupan :)