Maka bulan dan bintang pun tersenyum ...
Aku patah balik. Aku panggil Abang dan Kakak. Suruh keluar dan masuk kereta. CEPAT! aku kata. Gelabah la jugak. Kenapa la ibu seolah orang gila. hehehehe
Aku pandu dan suruh abang dan kakak tengok ke kiri. Mereka nampak wajah ceria yang tersenyum itu. Mereka kata mereka dah tau .. dari berita. "Cantik sangatlah .. kan ibu."
Yang bibir tersenyum manis itu bulan
Di sini, di Autralia, di Nepal, di Thai ... semua nampak wajah senyum itu.
Tapi di sana, di Eropah, di Amerika ... yang nampak hanya wajah suram sedih (terbalik).
Ohhh .. rupanya 10 tahun lalu ada juga fenomena ini.
April 1998.
Cuma yang berbeza .. bukan senyuman :), tapi kesedihan :(
updated 3/11/08: image taken from http://www.flickr.com/photos/shywriter55/3075228373/in/pool-911908@N25 without permission :D
Nanti nak cari maklumat macamana jupiter dan venus yang masing-masing sangat kontra kedudukannya dari bumi, satu di depan dan satu lagi di belakang bumi ... boleh nampak sedemikian. Senang nak jelaskan kat anak-anak nanti :)
Kun fayakun. Itulah kebesaran Allah.
Nota kecik-kenot:
Gambar2 tu dari blog kujie (nanti cari semula linknya) dan dari web sydney observatory
14 comments:
bintang...wah... sesuatu yg saya juga minat..dulu kenal juga buruj2.. tapi sekarang dah lama x nampak bintang, so dah x ingt.. faveret majalah pun is Kosmik.namun 29/12 itu ari balik kg, naik lori (keta hubby rosak, guna lori kompeni). bukak tingkap..hubby ikut jalan kg.. pandang kiri tgk bintang bersinar cerah..terpusing2 pala cari bulan.. mybe dibalik awan yg tipis.. nmpk dua cahya terang itu juga rupa2ny jupiter & venus ye..ralit & hubby lak diam je.. myb dalam kepala dia "wife aku ni minat bintang rupanya".sampai rumah trus dia kata "cantik sgt ek?"..me smile & start to miss that view again.. (entah kenapa umah kuchai ni susah nk tgk bintang even ada balkoni)
Salam...
semlm mlm keluar jer dari ofis, tengok gak ke langit... tak nampak pun bulan... sebenarnya dah beberapa hari ni mmg tak nampak pun bulan kat atas tu, dilitupi awan kot, tak der rezeki nak tengok, dapat tengok kat blog ni pun alhamdulilah, ciptaan Allah tu memang teramat indah...
tak nampak semalam... ujan lebat oooo....
our,
kat bandar memang susah sikit sebab dah overshadow dengan cahaya neon.
saya kat sini alhamdulillah boleh nampak jelas cuma tak sempat snap gambar je sebab bateri abis. hehehhe
neen,
tu la .. ramai jugak yang tak nampak. lagipun fenomena ni tak lama sangat. beberapa jam je. masa keluar amik syabil nampak, balik dari ambil dah takde. so syabil tak nampak. sian dia.
pa'chik,
banjir sana macamana? last year mu tunjuk gak kat gambar. dengarnya teruk gak ek.
takpe tak dapat tengok kat sana .. kat blog aku ada. ekekekek
teringat lak masa zaman sekolah.lepas subuh dan siap pakai baju sekolah, mesti sy berdiri kat koridor asrama tu tgk bintang2..
pemohong je... belah rantau panjang tu memang lah... orang kata, kalau kat rantau panjang banjir hapus kepala pun... pekan golok lum naik air lagi... derang lagi tinggi... tu yang air penuh belah kita... huhuhu...
lagi satu... sungai kelantan tu kan sungai delta pertanian... memang la dia tetiap tahun mesti melimpah ke tebing... kata orang mesti tiga kali setahun....
cer tengok kat blog kikdepela... dia suka ada letak banjir di jeli dan rantau panjang...
lagi 10 tahun tentu akan ada lagi mcm ni, tp mgkn dia sour plaks ek
hi izinni..lama tk dengar cerita..
ini Ree lah..still remember me? akhirnya dpt add blog u
Hahak! Inilah yg disuruh2 oleh kakakku untuk ditengok2 ek.. :D
Salam...
tadi dalam jam 9.30 mlm, keluar jer dr ofis terus pandang ke langit (aktiviti setiap malam sebenarnya, sama ada balik cepat mahu pun lambat)... alhamdulilah, langit cerah hari ni, bulan yang tersenyum tu jelas kelihatan, cuma matanya tak nampak... U** tanya kenapa happy bila tengok ke atas... Mestilah kan, rasanya dah hampir seminggu tak nampak bulan kat atas tu... Dalam taksi asyik pandang ke kiri jer, kat tangan dah ready ngan kamera, tiba rumah lum sempat masuk rumah, dah berklip2 flash kamera, jiran dok pandang jer... apa taknya dahlah jarang nampak kat rumah, sesekali nampak tah apa2 yang dibuatnya... nak email malam ni tak boleh lak, cablenya tinggal kat ofis, card reader pun... Elok pula gambarnya, selalu tu ada jer yang tak kenanya... alhamdulilah :) ...
salam kehidupan,
betul ke?.... atau sdri main tembak aje.
zwit,
best kan tgk bintang. kita sangka dekat tapi jauh sangat2 :)
pa'chik,
besa la. selagi tak dapat takluk negeri mu tu selagi tu ler depa meroyan. hehehehe ...
errr .. aku nak nengok gambor mu, kick tu tamo la. kekeke
maksu,
ha'ah mungkin. kita tunggu je la. insyaAllah panjang umur nampak lagi tak kira la senyum ke sour ;)
ree,
sungguh terkejut!! mcmana jumpa? hehehe .. apa2 pun welcome ke blog ngarut ni. hehehe ..
ati,
hehehe ... ini ler dia. comey kan kan kan ..:)
neen,
2, 3 hari lepas tu mmg bulan cantik berbentuk sabit. 2 planet tu dah jauh tapi masih terang benderang. anak2 teruja sampai bentang tikar di laman. hehehe
cermindiri,
apa yg betul ke? tembak apa?
kamu tu tak membaca pastu kata aku pulak tembak ... apa ke hal??!
Salam Aidil Adha :)
Post a Comment