Orang muda ...
Kronologi perjalanan Muhammad Irfan untuk menjadi seorang 'ORANG MUDA'.
Hujan di petang Sabtu ...
Senyum .. macho! Jauh mengelamun ... Minuman terakhir sebelum berpantang ...
Awan (kiri) cerita tentang mimpi ... Ohhh ... panjang langkah lepas berkhatan ...
Berbaringlah ... Masing-masing mengenang nasib ... tak boleh nak melompat seminggu ...
Ohhh .. arwah moyang dia, Haji Hamzah Basri memang panggil dia 'orang muda' sejak dia bayi lagi sampailah arwah pergi mengadap Penciptanya 3 tahun lalu. Sebelum subuh, dalam perjalanan ke masjid untuk berjemaah, dia akan singgah di rumah anak bongsunya mengejutkan semua orang. "Orang mudaaaaa ...." itu panggilan pertamanya tiap kali masuk ke rumah. Begitulah rutin arwah itu tiap kali kami pulang ke kampung. Irfan memang cicit kesayangan walaupun dia ramai lagi cicit dari cucu-cucu yang lain. Maklumlah, ayah irfan cucu kesayangannya. Sekarang tiada lagi panggilan 'orang muda'. Cicit yang seorang ini sudah pun menjadi ORANG MUDA.
Untuk ORANG MUDA, ibu doakan perjalanan hidup kamu selepas ini penuh kesabaran, tawaduk dan kematangan. Perbaiki yang tidak baik. Yang sudah baik, baguskan lagi. Belajar rajin, tekun mengaji ... cari ilmu dan amalkan. Jaga iman. Jaga akidah. Sesungguh garisan kelabu itu semakin lebar. Pilih dan buat keputusan yang terbaik. Jika salah langkah, betulkan dan jangan ulangi. Lalui hidup dengan penuh kegembiraan. Ibu sentiasa mendoakan. Hanya yang terbaik untuk kamu. Aminnn ...
5 comments:
huhuhuhu..
irfan menantu ku.. :))
Salam...
Tahniah Muhammad Irfan... dah jadi org muda... :)
dah selamat bersunat ye? moga jd org muda yang berguna...
anak ree yg sunat aritu dah baik dah...seronok sgt dia sbb dah boleh pakai seluar.
Amin!
[utk du'a itu]
Anak muda yang bakal menjadi pemimpin. Syabas. :]
muka ceria je nak jadi orang muda.. hehehe.. :)
Post a Comment