Wednesday, December 10, 2008

Macam-macam cerita ...

Macam-macam cerita.

Samada benar atau sekadar omongan penglipur lara semata. Ada yang kata anggota penyelamat dan petugas-petugas serta para sukarelawan yang terlibat di kawasan tragedi Bukit Antarabangsa habis disumpah seranah dek 'mangsa-mangsa' tragedi. Ada yang cakap, cara 'mangsa-mangsa' itu meminta tolong petugas-petugas dalam urusan mengangkut barang tak ubah seperti menyuruh kuli membuat kerja. Ada juga yang bilang, nasi-nasi bungkus yang disumbangkan untuk 'mangsa-mangsa' itu dibuang begitu sahaja tanpa dijamah. Ada yang cerita 'mangsa-mangsa' lebih rela memesan pizza melalui khidmat penghantaran dari menjamah nasi bungkus.

Macam-macam cerita.

Dengar cerita, sebuah tabung telah dibuka untuk mengumpul sumbangan untuk mereka yang terlibat dalam tragedi hari Sabtu itu. Dengarnya ramai juga para pemimpin menyumbang ribuan, malah berpuluh ribu ringgit untuk tabung itu. Baguslah. Memang prihatin pemimpin-pemimpin ni.

Aku bukan mempertikaikan musibah yang melanda mereka. Aku juga bukan berkata mereka itu tidak layak mendapat simpati masyarakat. Aku juga tidak akan kata mereka bodoh sebab beli hartanah di situ sedangkan sudah maklum kawasan itu sangat berisiko tinggi.

Pada aku, mereka masih lagi beruntung. Memang kediaman banglo mereka habis ranap. Begitu juga kereta-kereta mewah mereka. Harta benda jangan dikata. Memang tiada yang selamat. Pada yang terpaksa berpindah jenuh juga berfikir. Rumah terpaksa ditinggal. Hendak dijual siapa yang hendak membeli. Hutang di bank belum tentu sudah langsai.

Tapi mereka masih beruntung. Mereka dikategori golongan senang. Golongan berada. Pasti ada simpanan. Kalau tidak masakan ramai yang menetap di hotel. Jika golongan biasa-biasa yang ditimpa musibah begini, pasti ditawarkan menetap sementara di dewan orang ramai atau unit-unit PPRT terdekat. Tapi, mereka ditawarkan penginapan hotel dan diberi diskaun 50% oleh kerajaan negeri. Apa kelas hendak menetap di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Hulu Klang tu. Ya tak?

Bagaimana dengan belasan ribu mangsa banjir di belah pantai timur tanahair? Mereka pun ditimpa musibah juga. Harta benda pun banyak yang rosak. Bukan berada sangat pun. Ada tabung untuk mereka? Ada pampasan untuk mereka? Ada tawaran tinggal di hotel untuk mereka? Berminggu mereka bersesak di dewan orang ramai atau di bilik-bilik darjah sekolah. Nasi berlauk ikan masin pun sudah disyukuri teramat sangat.

AidilAdha pula disambut cukup meriah dan mewah. Sepadan dengan nama taman perumahan itu. Pihak hotel menaja makanan. Alhamdulillah ... merasa juga petugas-petugas yang bertungkus lumus bekerja, makan makanan yang disediakan chef hotel lima bintang. Patutnya semua hotel di Pantai Timur ikut jejak langkah kawan mereka itu. Taja makanan raya untuk mangsa-mangsa banjir. Ya tak? Apa pun, rezeki manusia berbeza-beza.

Banyak pula cerita.

Sudah hampir seminggu. Hampir setiap hari berita tentang Bukit Antarabangsa memonopoli setiap sudut akhbar dan laporan warta media elektronik. Dewan Rakyat turut membahaskannya. Hampir kesemua yang dilapor, perkara dan isu yang sama yang diulang-ulang sejak 15 tahun dulu. Sejak salah satu blok Highland Towers tumbang.

Tragedi banjir tidak mendapat perhatian besar. Alahhhh .... banjir tiap tahun melanda. Tanah runtuh di kawasan perumahan mewah bukannya selalu.
Hinggakan tragedi kemalangan maut di Tangkak yang mengorbankan 9 nyawa sebelum AidilAdha pun tidak cukup mendapat liputan. Alahhhh .... hari-hari ada yang mati sebab kemalangan. Apa yang hendak dihairan? Tanah runtuh yang melibatkan golongan VVIP bukannya setiap minggu terjadi.
Itu belum lagi tragedi tanah runtuh di Ulu Yam. 2 beradik meninggal. Rumah pun ranap juga. Alahhhh ... Ulu Yam ... nama pun sudah membantutkan selera. Ulu ... apa kelas jika mahu dibandingkan dengan Bukit yang begitu 'international' yang terletak di Hulu Klang. Lagipun sebuah rumah sahaja yang terlibat, bukan berbelas buah banglo. Ya tak?

Macam-macam cerita.

Ohhhh ... ada artikel ilmiah yang amat menarik tentang tugas para penyelamat ni. Sila-silalah baca di sini -->> http://oshthejourney.blogspot.com/2008/12/memahami-fungsi-dan-tugas-anggota.html

15 comments:

Rozita said...

orang kaya-kaya mana biasa susah...kita juga yang dikuli kan nya. biar pun musibah melanda...masih tk ingat tuhan kot..nauzubillah..jgn ler bongkak begitu eh..

Zuraini said...

Salam...

inilah juga yang dibualkan waktu rehat thari tadi... kesian, kesian gak kat depa2 ni, tp lebih baik lah lg memberi pada yang kat belah pantai timur & Ulu Yam tu... kat pantai timur tu dah biasa berlaku tu yang pihak2 ni semua buat tak kisah jer... masa Johor di landa bah 2 thn lps... kecoh gak...

tp tulah kan, asyik2 citer depa jer yang keluar... citer yang lain tak der ke?...

apa pun yang berlaku, ini tanda Allah masih sayangkan kita semua sebab tu Dia beri kita peringatan sebelum kita semua semakin jauh dari Nya... insya Allah...

Pa'chik said...

errr.. malas nak nulis entri pasal ni... nanti nampak cam suka benor aku ni mencarut... ekekek...

kalau aku lah kaja'an... aku arahkan je semua petugas tu keluar segera dari kawasan tu... bior je derang tu selamatkan diri sendiri... hahahah... dulik ahh kalau dikatakan kejam... ekekeke...

ni siap ngan pejabat pos pun ada... mujur tak bawak disko bergerak, takut ada yang gian...

Kemat said...

saya tertarik ngan kata2 salah seorang penduduk di Bkt Antrabangsa yang perlu berpindah

"Sebelum nie tak pernah pun bertegur sapa ngan jiran, hari ini kami sama-sama angkat barang"

lukmanw@gmail.com said...

Salam

Satu entry dan pandangan yang menarik.

Mohon dipetik artikel ini dan akan disertakan rujukannya.

Lukmanw
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

izinni said...

ree,
dugaan untuk kita juga tu. kadangkala kita ni yang tak ditimpa musibah pun dah lupa diri.

neen,
tak tau nak cakap apa kengkadang tu .. cakap lebih nanti bunyi lain. tak cakap lain pulak jadinya ...

pa'chik,
takpe .. carut la. aku dah biasa. hahahahhaa

tapi kan .. kalau blah .. nanti next election lagi kalah besor wei! since otak aku ni suka buruk sangka kan .. aku dok terfikir duit yang kumpul ribu riban tu kan kan kan ... mana arah sebenarnya nanti ... kan ke by-election KT tak lama lagi ... ekonomi plak tengah meleset ... hmmmmm jauh benar menerawang kepala otak aku ni.

izinni said...

kemat,
menarik kan. masih ada segelintir yang dapat lihat hikmah disebalik musibah ni. Alhamdulillah.
pada yang tak nampak?! ...

salam lukman,
hanya pandangan orang luar yang tiada ditempat kejadian dan tidak ditimpa nasib seperti mereka.

sila kan ... terima kasih juga :)

Anonymous said...

Waaa! Kak Has! Ada orang yang berbudi bahasa la.. Saya respect beliau.. :D

izinni said...

ati,
orang berbudi kita berbahasa ...
hehehhee akak ni kan boleh jadi orang yang palingggg baik ;)
bagus beliau itu kan :)

DeeN said...

Itu yg saya selalu fikirkan, kak Has. Nampak sangat tak bersyukur dan tak menghargai jasa org. Macamlah diorang jer yg kaya raya. Saya tak nak mencarut, tp rasa nak marah sangat neh. Dah naik lemau telinga dan mata neh mendegar dan melihat berita pasal kes tuh. Bukan tak kesian, tp.. isk, tah la.

DeeN said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Haha. Itulah... semakin hari, semakin hilang simpati aku...

:>

izinni said...

DeeN,
Ya. Itulah budi bahasa mereka. Tadi baru je nonton berita di NTV7. ada sorang pakcik yang kata tak nak pindah. dia dah standby generator katanya. pastu kalau letrik dgn air dipotong sebab nak suruh dia keluar, dia kata, "that's going to be another suit! you here me!"
tak tau nak sedeh ke ketawa dgn telingkah gitu.

mudin,
rasanya ramai yang berperasaan gitu sekarang ...

Zuraini said...

Salam...

kekadang terfikir, adakah depa2 ni terlupa pada YANG LEBIH MAHA KAYA dpd depa2, YANG LEBIH MAHA BESAR dpd depa2... YANG LEBIH MAHA BERKUASA dpd depa2 mahupun suku sakat depa2, YANG MAHA MEMILIKI ... pada DIA SANG PENCIPTA...

apa yang berlaku sekarang adalah secebis ujian dari NYA jua, di ambil sedikit nikmat kerana DIA mahu menggantikan dgn nikmat yang lebih besar... tapi mengapa masih lagi ada yang mendabik dada membanggakan diri dengan harta yang dipinjamkan itu...

moga kita semua dilindungi daripada bersikap sedemikian... LINDUNGI KAMI YA ALLAH DARIPADA MENGINGKARI NIKMAT MU ...

dah naik menyampah nak ikuti perkembangan depa2 tu... lantak depa2 lah nak jadi apa pun...

Rozita said...

heheh betul tu izinni..peringatan buat semua umat manusia di muka bumi ini..kekadang kita tak sedar akan keterlanjuran kita..semoga kita tidak tergolong di dlm umat yang mudah lupa..nauzubillah..

p/s...out of topic..izinni, kanda daisy ada blog tak? apa add dia ye