Thursday, December 11, 2008

Positif ...

Positif. Memang sukar untuk berfikir secara positif jika dikelilingi juak-juak yang tidak positif. Apa lagi bila disogok perkara negatif didepan mata.

Kali ini aku cuba untuk berfikiran positif. Mana tahu sikap aku boleh berubah menjadi lebih baik terhadap orang lain. Tapi agak sukar untuk menjadi positif jika dilayan seperti tidak berharga.

Tidak mengapa ... layan sahaja.

Ohhh bercakap tentang Bukit Antarabangsa. Banyak perkara negatif yang terpa ditelinga. Naik bosan pun ya. Tapi, mari kita lihat dari sudut positif. Negara kita perlu dibangunkan. Bila berkata tentang pembangunan, kawasan perumahan dan perniagaan perlu diujudkan. Jadi peluang pekerjaan dan tempat tinggal yang sesuai dapat ditawarkan kepada rakyat.

Tidak salah membangunkan kawasan Hulu Klang/Bukit Antarabangsa itu. Bencana boleh berlaku dimana-mana pun atas kehendakNya. Bukan di Bukit Antarabangsa sahaja. Tapi apa usaha kita untuk memastikan apa pun musibah kita dapat menghadapinya dengan tenang tanpa tuding menuding?

Kenapa kita tidak mencontohi Hong Kong misalnya. Pulau itu muka buminya berbukit bukau juga, tapi jarang atau hampir tidak dengar tentang kisah tanah runtuh di sana. Apa kelebihan mereka berbanding kita?

Jepun pula. Ohh ... negara pulau itu sering dilanda gempa. Perkataan 'Tsunami' itu sendiri berasal dari sana. Gempa bukan kecil-kecil skala ritcher. Tapi bangunan-bangunan yang mereka bina tetap utuh. Tidak banyak yang runtuh menyembah bumi. Apa kelebihan mereka berbanding kita?

Mungkin kita alpa. Kita selalu riak. Ohhh ... gempa, tsunami, ribut tropika, puting beliung, dentuman gunung berapi .. semua itu tidak akan terjadi kepada kita. Kita berada diluar lingkaran bencana alam.

Sampai bila kita mahu berfikiran begitu? Allah, jika mahu menimpakan bala dan musibah, mudah sahaja ... Kun fayakun. Sekelip mata atau tak sempat mata berkelip, jadilah apa yang telah ditentukanNya.

Tapi adakalanya bila kita ditimpa musibah, kita lupa diri juga. Mula mahu merengek-rengek dan bertanya kenapa aku, bukan orang lain. Mulalah mahu dipujuk dan dirayu. Kononnya, aku sedang bersedih ni ... aku ditimpa musibah ... kasihanilah aku ... aku sedang susah. Bila perhatian diberi, senyap seketika. Hati mula senang, mungkin. Ohhh ... ramai yang menyokong aku. Aku tidak bersendirian.

Tiba masa diri sudah keluar dari musibah ... sudah kembali seperti sediakala ... apa lagaknya pula. Lupa segala pujukan. Lupa segala simpati. Ohhh ... aku sudah tidak perlukan semua itu lagi. Aku sudah temui apa yang menyenangkan hati.

Diharap mereka-mereka di Bukit Antarabangsa sedar diri mereka. Aku enggan lagi bicara tentang ini selepas ini. Aku hanya akan memerhati dari sudut sendiri. Melihat dan tersenyum sendiri. Senyum kelat atau senyum jijik. Terpulang pada apa yang dihidangkan ...

Ohhh ... rasanya bicara itu tadi sudah tidak positif. Lihat ... aku memang susah untuk positif. Sudah sebati. Positifku bila dengan orang-orang terdekat. Tapi sampai bila kan ... jadi aku perlu positif pada semua. Tidak boleh memilih-milih. Tidak baik ...

Pengakhiran bicaraku yang cuba jadi positif tapi kurang positif ... InsyaAllah ... mereka akan lebih menghargai :)

14 comments:

Pa'chik said...

kontrekte pakai bahan murah-murah, enjiniyar lulus mudah-mudah... hahah...

macam kat machang dulu... tingkat atas tu.. kalau kita hentak kaki kuat sikit pun leh kuar pasir-pasiran... pasal simen nya nipis sangat.. huhuhu... mujur tak runtuh taim aku lam kelas.. hehehe...


tambah ngan penguasa pulak tamak haluba...

macam kes yang pompuan bising bila orang kata dia bodoh beli umah atas bukit... betul jugak dia kata... dulu masa beli... kerajaan jamin selamat... takde maksalah, dan takde lagi pembangunan baru nak dibuat kat situ...

izinni said...

banyak benda kat malaya ni main tangkap muat je. pastu tanah mahal pulak ... nak buat rumah kena la baloi kan bila jual walaupun harga mencanak. nak bagi orang beli kenala berirama berlagu semua ...

ni semua kes tak jujur pada diri sendiri, pada orang lain. yang penting lepas ... cukai masuk. tak masuk, sita.

kalau aku jadi pompuan tu mungkin aku akan bising jugak .. hehehhe ...

Pa'chik said...

ko memang laa... mujor bukan latipah koya tu... lagi bising kot... cina batu gajah tu ke.. ekekke...

err... satu lagi pasal jepun dan ongkong tu kan... aku agak je lah ye... kita ni.. orang Islam.. buat jahat ke baik ke... ada balasan dunia dan akhirat... tapi orang kapirun... balasan jahat derang, mungkin ditimbal balik ngan kebaikan derang kat dunia nih... yang mana takkan dibalas di dengan syurga di akhirat...

Rozita said...

kadang2 mereka yg bercakap itu lupa, bahawasanya..tuhan itu maha kaya, maha berkuasa..kita tk mmpu nak menghalang kehendaknya..setiap yg berlaku jd kan ikhtibar..

izinni said...

pokcik,
latipah memang dah bising pun. ekkekee ... pasal sorang yang mati tu, yang doktor hewan tu kawan dia. banyak benda katanya yang hanky-panky kat situ. heheheh ..malas ler nak citer. kkekekeke .. nanti kena ISA. hahahahaha

aku pun kira-kira setuju la ngan ko tu pasal orang kafir tu. masalahnya, kita orang islam ni tak amik iktibar akan kebaikan orang kafir buat. mentang2 ler kita time akhirat nanti akan dapat masuk syurga jugak walaupun kena masuk neraka dulu (nauzubillah .. meremang bulu roma aku ngingat pemikiran macam ni .. macam neraka tu penjara kat dunia pulak!).
cerr ikut benda yang baik ... sekurang jika musibah jadi juga, kita udah berusaha. idak ler terkilan ke apa .. pastu start tuding jari kat semua.

ree,
masalahnya kita susah nak jaga mulut. sekarang kita takut dan nak jadikan iktibar. nanti bila dah ok .. lupa segalanya. terus iktibar entah ke mana. bukit jugak ditarah ...

Pa'chik said...

dulu ada ketua bahgian yang bagi ucapan cam tu ooo... kita masuk neraka kejap je... nanti masuk sorga gak... huhuhu... benok sengoti...

akirasuri said...

no komeng.. *mcm artis*

Haha! :))

izinni said...

po'chik,
gamaknya sebab tu la ramai yang buat jahat jugak kan kan kan. asalkan ngucap 2 kalimah, buat jahat takpe kot sebab nanti masuk syurga jugak.

ok pachik .. jumpa isnin .. aku nak balik kampung .. sunat anak bujang. kekekeke

ati,
hehehehe ... kamu memang artis pun. ekekeke ..

thanks ler sms ucapan selamat tu. jumpa isnin wokeh! byeeee

achik said...

byk sgt bina apartment kat lereng2 bukit.. tgk pun takut.. huhuhu..

DeeN said...

Hmm..saya sedang cuba berfikir positif..sedang cuba...sedang cuba...

:]

kingbinjai said...

betul juga tu

Anonymous said...

a'a ye izinni, kalau hidup bermewah-mewahan, tak tanya pun "mengapa aku?"

Zuraini said...

Salam...

Irfan dah nak jadi org bujang ye... alhamdulah...

dah tak tahu nak komen apa... dah komen kat en3 bawah...

Mak Su said...

mcm akirasuri, *no komeng*, saya artis jugak, oops!