Ronda-ronda Pulau Ketam
Ke mana ya cuti sekolah ni? Pasti ramai yang bercuti di tempat peranginan indah-indah di dalam dan luar negara. Ada yang ke Langkawi, Pangkor, Pantai timur, Sabah, Sarawak, balik kampung dan sebagainya.
Aku tidak mampu lagi setakat ni nak bawak anak-anak ke tempat yang mungkin akan melenyapkan beberapa ribu ringgit Malaysia. Aku lebih suka bersikap realist. Tahun depan, seorang lagi akan masuk sekolah 'betul'. Banyak wang yang perlu digunakan. Mana dengan perkakas sekolah, buku-buku, baju, yuran dan macam-macam lagi.
Jadi, Pulau Ketam destinasi ronda-ronda sehari kami.
Ya Ya. Apa la yang ada kat Pulau Ketam tu kan kan kan? Bukan boleh bermandi manda pun. Tapi anak-anak aku gembira dapat naik komuter, bot feri, berlari atas jeti dan lorong-lorong comel di sekitar pulau nelayan itu, mengira berapa ekor helang yang berterbangan, melihat aksi orang mengail ikan belanak dan menghirup udara nyaman laut tanpa sebarang pencemaran.
Jom layan gambar.
Kami naik bot feri ni dari Port Klang. Dekat je jeti dari stesen komuter Port Klang. Sejuk air-cond diaaa ... Tu tengah posing dalam bot feri sambil makan jajan.
"Selamat Datang di Balai Islam Pulau Ketam" untuk tetamu yang singgah. Bersih tempatnya. Banyak risalah tentang Islam dalam 2 bahasa utama - BM dan BC. Balai Islam ni 2 tingkat. Tingkat bawah digunakan untuk aktiviti kariah. Tingkat atas, surau. Kalau ada yang nak pergi ke Pulau Ketam, elok bawa air sama dalam sebotol dua (Bukan air minum). Sebab catuan air memang selalu dibuat di sini. Kalau tak ada pulak kencing tak cebok .. hahahhaa
Meninggalkan jejak di buku tetamu. Jejak yang aku tinggalkan masa aku ke sana dulu entah kat mana. Selak banyak kali mencari dalam buku tu tapi tak berjumpa.
Pekan kecil Pulau Ketam. Penuh dengan kedai makan yang makanannya kita tak boleh nak makan. Ada balai polis, ada balai bomba, ada pejabat alam flora dan syabas, ada klinik kerajaan. Pusat khidmat masyarakat YB pun ada. Tu kat sebelah restoran (hehehehehe tak masuk dalam gambor rupanya).
Yang pasti, bersih tempat ni. Sepanjang kami berjalan di lorong-lorong kecil tu, takde satu pun sampah berterabur di sana sini. (Tapi pendapat yang sama tidak aku kongsi untuk pesisir pantainya yang berbatu dan berlumpur :( )
Masa aku ke sana lebih kurang 4 tahun dulu, memang tiada langsung kedai makan untuk Muslim menjamu selera. Kena bawa bekal atau makan kenyang-kenyang di Port Klang sebelum ke sana. Tapi kali ni, ada sebuah kedai makan betul-betul bersebelahan Balai Islam. Anak muda dari Sabak Bernam yang berkhidmat sebagai guru di pulau berkenaan mengusahakan kedai makan dua tingkat ini sejak awal tahun ini bersama teman-teman. Katanya tingkat atas akan dibuat motel untuk pengunjung Muslim.
Kedai ini cuma dibuka di waktu petang dalam 3pm hingga ke malam. Menjual burger, roti canai, nasi lemak, mee kari dan minuman. Semua menu mengikut kesukaan masyarakat setempat. Kata pemuda itu, kedai-kedai makan terdahulu yang diusaha Muslim tidak dapat bertahan kerana menjual makanan tidak mengikut selera masyarakat setempat. Baru aku tahu, masyarakat Cina Pulau Ketam tak suka makan tomyam dan makanan yang seangkatan dengannya. Lagi pun kat sana banyak kedai makan untuk kaum itu. Jadi perlu ikut selera mereka kalau mahu bertahan.
Bot pengangkut barang. Segala jenis barangan harian dipunggah di jeti ni setiap hari. Tepung, beras, gula, telur, air mineral, buah-buahan, sayur-sayuran dan pelbagai lagi. Diangkut dari jeti menggunakan kereta sorong. Untuk makluman, kenderaan bermotor adalah DILARANG sama sekali di Pulau Ketam. Basikal yang bermotor pun tak boleh. Jadi kenderaan rasmi di sini adalah basikal. Ya. Dikayuh oleh hampir semua penduduk disini. Maklumlah lorong-lorongnya sangat comel. Pengunjung boleh sewa basikal untuk ronda-ronda. RM5 satu basikal.
Berlatar belakangkan bot-bot dan perkampungan nelayan. Sangat mendamaikan. Kalau ada yang nak tour pulau pun ada khidmat jelajah pulau, hutan paya bakau dan kelong penternakan ikan. Boleh beli ikan segar bawa balik :)
Jeti Pulau Ketam. Damai kan? :)
InsyaAllah. Ada rezeki ... ditahun-tahun mendatang ... akan ke sana lagi :)
Nota kecik-kenot:
Hmmmm tengah fikir minggu depan nak bawak kemana pulak sebelum 'diangkut' balik kampung untuk sesi 'cantas-mencantas'. hahahhahaha
9 comments:
errr.... dekat ke ngan isketambola... ekekekek....
Salam...
gambar Ali Qa'id tak der ke???
saya x penah gi pulau ketam tu w/p dekat je ngan kg saya.. ;p
pa'chik,
oohhh dekat sangat sangat dah tu. hehehe
neen,
Ali Qaid tak ikut. Dia baru kebah demam. Tinggal rehat dengan ayah dia. Nasib jugak tak ikut. Petang hujan tersangat lebat. tapi saja letak nama kat buku .. on behalf ler kira-kiranya. hehehhe
achik,
pegi la .. boleh beli ikan masin, udang kering. hehhehe .. akak beli ikan gelama masin .. balik terus goreng bawang. tak berapa masin ... just nice .. lauk lain tak pandang dah! sedappppppp ....
bila last aku pi pulau ketam ek? oh tak pernah hahahahahaha
Tu aaa aku bab pulau-pulau ni tak berapa mesra alam sebenarnya. Bila kena naik feri ni ler yg buat aku risau. Mabuk kakakaka
eh eh lupa nak bagi tau, Marina and Abang Annis dah nak terbang buat haji tomorrow/sunday ke gitu. :)
cheh. ko dan mabuk ko. hehehhe .. dalam mabuk2 tu merata pelosok gak la ko merayap. hehhehe .. hikmat mabuk2 masa kecik2 dulu ek.
errr ... tempat ko sekarang ni bukan pulau ke? ekekkeke
Alhamdulillah .. kejelesan aku sesangat. bila la time kita ek. nanti korang gi hantar tak kat airport?
Kirim salam aku kat marina dengan abang annis. Moga perjalanan depa selamat pergi dan balik. Moga dapat haji mabrur. Doakan kita semua cepat kaya .. dalam erti kata apa pun ... kaya duit, kaya harta, kaya kasih sayang, kaya iman ... AMINNNN ...
Kak Has.. Nak merajuk la sbb tak ajak saya.. Huwaaa!!! :((
errr merajuk ke?!
pedulik apa aku .. hahahahah .. gi duduk ceruk mana2 ... merajuk la sampai naik uban! hahahahah :P
datang ler ke pulau ketam, ajak rakan-rakan kesini, pas tue singgah jap kat restoran abang tue.bukan senang orang melayu boleh hidup dekat tempat orang cina, kalau orang cina boleh berjaya dalam masyarakat melayu, kenapa tidak abang tu, wa tabik lu
Post a Comment