Wednesday, November 26, 2008

Manusia apa AKU ....

Ada masanya aku terfikir. Adakah aku seorang manusia yang baik? Manusia yang membawa kebaikan kepada orang-orang disekelilingnya. Atau sekadar membawa kebengangan kepada orang lain sedar atau tanpa disedarinya. Dan mana tahu, secara tidak sedar aku bisa membawa ketenangan dan kebahagiaan pada orang lain pula.

Aku boleh jadi manusia yang sangat baik pada keluarga dan kawan. Aku boleh jadi manusia yang paling pelindung. Aku boleh jadi manusia yang paling sabar. Aku boleh jadi manusia yang paling bertimbang rasa. Aku boleh jadi manusia yang paling mendengar segala kegundahan dan kegelisahan. Aku boleh jadi manusia yang paling sopan dan santun. Aku bisa juga jadi manusia yang paling adil dan baik sangka. Aku boleh jadi manusia yang paling penyenyap.

Aku boleh juga jadi manusia yang paling jahat. Aku boleh jadi manusia yang punyai mulut yang tiada lesen atau insuran. Aku boleh sahaja jadi manusia yang punyai jari-jemari yang menaip lebih laju dari akal waras. Aku juga boleh jadi manusia yang paling tidak stabil. Aku bisa sahaja menjadi manusia yang pemarah. Aku sudah pasti boleh menjadi manusia yang paling tidak adil. Aku boleh menjadi manusia yang paling sinikal dan prejudis. Aku juga boleh jadi manusia yang amat lantang.

Siapa AKU?

Terpulang pada yang mengenali dan yang tidak mengenali untuk meletak tafsiran tentang aku. Hipokritkah manusia AKU ini? Mungkin juga. Lagipun kata hipokrit itu terlalu 'overrated' ditengah-tengah dunia yang serba lakonan ini. Mana ada manusia di zaman ini yang tidak hipokrit? Siapa AKU terpulang juga pada hormon-hormon yang bercelaru di badan ini dan dengan siapa AKU berdepan.

Apa pun. AKU inilah seadanya. Tidak sempurna. Sangat jauh dari sempurna.

7 comments:

akirasuri said...

Hahak! Dirimu adalah berharga.. :D

izinni said...

hahaha .. teringat kat iklan yang .. "kerana dirimu begitu berharga"! iklan apa tu ek? ehehehhee

kingbinjai said...

kita adalah kita

izinni said...

ya. yang penting jaga diri kita :)

zwitterion said...

sesiapa pun tidak sempurna..cuba yang terbaik!
pesan buat diri sy jugak.

Mak Su said...

hhmmm, shapa aku? who am i?

izinni said...

zwit,
ya. :)

maksu,
hmmm ... i know who you are. you are maksu :D