Ohhh 8 lagi ...
Ohhh ... Lepas fikir sederhana panjang ... aku buat keputusan untuk meneruskan hayat blog ni. Mana la tau tetiba datang meroyan nak menulis nanti ... ada gak tempat aku nak lampiaskan kan kan kan. Jadi, pada yang masih berminat nak meneruskan aktiviti menjenguk ke sini .. dipersilakan dengan senang hati. Pada yang dah meluat tu dan dah tak kuasa nak baca tulisan tah apa-apa aku tu ... dipersilakan jugalah.
Ohhh ... Since aku ada la mood banyak sikit malam ni ... nak meraban lebih sikit jugak la.
Ohhh ... malam ni malam terakhir tahun Masihi ek. Ohhh oleh kerana itu ... aku nak ucapkan Selamat Meneruskan kehidupan di tahun Hijrah 1430 ini. Kejap lagi berlumba-lumbalah orang nengok bunga api. Mungkin ada jugak la satu, dua percikan bunga api di angkasa akan dapat aku saksikan dari tingkap rumah aku ni. Selalunya bunga api dari Bandar Sunway nampak jugak laaa ... pastu kalau cuaca cerah ... nun yang kat puncak genting highland pun buleh nampak.
Ohhh ... baru dapat berita. Anak-anak aku dapat adik sepupu baru. Lelaki. Baru je lahir 9.15pm tadi. Baru sangat lagilah. Tah-tah masa aku menaip ni pun ... misi-misi kat Hospital Serdang tu dok mandikan baby tu. Baby tu anak no.3 abang suami aku. Kira abang ipar aku lah kan. Jauh jugak jarak usia baby tu dengan kakak dia. 8 tahun. Alhamdulillah ... semuanya selamat. Aku tumpang gembira untuk biras aku tu. Dia tu punyalah penyegan ... mengandung pun tak bagitau aku. Tup-tup balik raya hari tu .. baru la aku tau dia mengandung. Itu pun dah masuk 7 bulan. Punyalah dia sorok perut .. letak beg nak cover. hehehhehe ... dia segan sebab umur dah nak 40. Ok la tu kan ... aku seronok sangat sebab dah 2 kali dia keguguran.
So esok ... nak gi Hospital Serdang. Hehehehhehe ... BEST! Nanti amik gambar tayang kat sini. Sah-sah muka baby tak ada iras anak-anak aku. Muka-muka anak buah suami aku dari abang-abang dia semua ada gene mamak. Hensem dan lawa-lawa ...
Ehhh .. anak2 aku pun hensem dan lawa gak apa ... walaupun sepet. hehhehehe
Ohhh ... Minggu depan sekolah dah nak mula kan. Huh! Sekejap je 2008 dah habis. Irfan masuk darjah 5, Zinnirah darjah 3. Yang paling aku tak sangka ... Syabil akan masuk darjah 1. Teruja dia. Buku, baju dah beli. Kasut tak beli sebab pakai kasut kakak yang masih elok.
Syabil tak sekolah sama dengan abang dengan kakak. Dia terpaksa kami masukkan ke sekolah lain yang jumlah pelajarnya tidak seramai sekolah integrasi. Masih ke sekolah agama berbayar. Syabil ada sedikit masalah pembelajaran. Disebabkan dia sangat aktif, dia mempunyai tahap tumpuan yang sangat terhad. Mudah bosan, mudah mengelamun, mudah kebosanan. Syabil perlu sentiasa bergerak. Kalau suruh diam ... tertidur la dia kebosanan. Disebabkan attention span dia sangat terhad, dia susah nak mengikuti pembelajaran. 2 tahun di taska, Syabil masih belum boleh membaca dengan lancar. Masih merangkak-rangkak. Hinggakan sepanjang cuti sekolah ni kami masukkan dia ke kelas Cepat Membaca, sebab dia tak boleh belajar dengan ibu dia ni. Kalau belajar dengan ibu, kesudahannya mesti tangisan merajuk. Adehhhh ...
Alhamdulillah ada perkembangan positif ... tapi dia perlukan guru yang boleh berikan tumpuan yang lebih untuk dia. Itu sebabnya dia tak boleh sekolah sama dengan abang dan kakak. InsyaAllah ... tahun 2 nanti, dia akan dimasukkan disekolah yang sama.
Doakan Syabil ya ...
Ohhh ... Ali akan masuk 11 bulan, 6 hari lagi. Ali dah berjalan jatuh. Jika dilepaskan, 4,5 langkah dia berjalan. Dah boleh berdiri. Dah pandai mengacah ajak bermain. Manja dengan ayah. Pantang nampak ayah, minta didukung. Ali dah pandai makan. Ali makan banyakkkkk ...
Ibu buat bubur nasi macam-macam perisa untuk Ali. Bubur ayam kentang carrot, bubur ikan, bubur kacang badam, bubur aprikot, bubur epal dengan madu, bubur daging, bubur labu ...
Ali paling suka bubur labu dan bubur epal sebab manis. Ali makan nasi 2 kali sehari. Lepas makan 3 senduk bubur, Ali akan minum susu dan terus tidur nyenyak.
Ohhh ... gigi Ali dah ada 6 batang :D
Ohhh ... aku berhenti dulu la. Bila rajin, aku tulis lagi, InsyaAllah.