Sunday, January 04, 2009

Kisah 2 hari ...

Esok Sekolah

Dua hari ini memang sangat sibuk.
Semalam beli barang sekolah, mana yang tiada lagi.
Hari ini balut buku lebih dari 50 buah termasuk buku tulis, jahit lencana dan tanda nama, gosok baju.
Baru tadi sebelum tidur, anak-anak siapkan beg, kasut, stokin.
Yang paling teruja, Syabil. Tahun pertama dia ke sekolah betul. Seluar biru tua, baju ungu muda dengan songkok baru.
Esok jam 6.30am sudah kena keluar dari rumah. Hantar abang dan kakak dulu sebab hendak 'chop' tempat duduk. Kalau lambat, terpaksalah duduk belakang.
Kemudian, kena lari ke sekolah Syabil. Hari pertama sekolah ... entah macam mana dia pula. Dari sejarah masuk ke tadika selama 2 tahun, dua tiga hari pertama muka masam kemudian pasti menangis tidak mahu ke sekolah.
Harap-harap kali ini Syabil ok.

Hilang

Semalam di Mydin, Nisaa' hilang dua kali. Aku rasa dia ingat Mydin itu macam rumah dia agaknya. Aku sibuk mencari barang Syabil. Ayah sibuk menggelek Ali yang tidak betah lama di dalam 'stroller'. Abang dan kakak sudah diamanahkan melayan Nisaa'. Rupanya, abang dan kakak sibuk menonton CD promosi 'Bola Kampung". Nisaa' sudah entah ke mana. Ayah, abang melilau mencari dalam keramaian yang padat itu. Hampir 1/2 jam, Nisaa' ayah jumpa sedang menyusun troli di bahagian luar tempat membeli belah. Ayah kata Nisaa' senyum-senyum seronok sambil menyusun troli.

Kali kedua ketika kami semua berjalan ke arah kaunter bayaran. Nisaa' sedang menggendong minuman berkultur. Tidak mahu dipegang jadi aku suruh abang ikut dari belakang. Dalam pada itu pun dia hilang juga. Sampai ke barisan yang panjang untuk membuat bayaran, Nisaa' sudah entah ke mana. Ahhhh! Sudah! Hilang lagi!

Aku dan abang pula mencari. Aku ke kanan, abang ke kiri.
Lepas 15 minit, aku balik ke barisan. Abang sedang mendukung Nisaa'. Abang kata jumpa Nisaa' di rak minuman berkultur itu. Sedang asyik menyusun minuman itu sambil bercakap sendiri.


Gila-gila

Tadi petang sambil buat kerja, aku tonton gambar Melayu "Gila-gila Remaja" di kotak bodoh. Walaupun tajuknya sedemikian, bahasa Melayunya tidak gila-gila.

"Kita jangan jadi seperti mereka."
"Remy. Tenang, tenang"

Itu antara dialog yang aku ingat. Jika wayang itu dikeluarkan di era kini, pasti lain dialognya.

"Kita tak macam diaorang."
"Remy. Relax aaaa, Cool beb."

Segila-gila zaman itu, dialognya masih tertib nahu dan perkataannya.

Menu

Ini menu makan malam tadi. Gulai lemak udang dengan batang keladi, kembung goreng cicah sambal tempoyak.

9 comments:

akirasuri said...

Lapar.. :|

izinni said...

hahahahhahaha ...

alahaiiiii kesiannya dia.

Pa'chik said...

lapar semedang dak tuh... hahah...

nasib baik jumpa... tidak musa asan mesti 'berair muluk' nak tangkap ko... :P

bagi aku... cite tu tak beh pasal dialog dia la... tak real... hahah...

p/s: berair muluk tu... rujuk salivate

DeeN said...

Mungkinkah Nisaa' bakal jadi tokey supermarket nanti, kak? Heheee...

Bila didengar dialog zaman dulu2 memang rimas dibuatnya. Macam baca buku teks. Tp memang dari segi nahu / tatabahasa sedap didengar. :]

izinni said...

pa'chik,
sementara tengah nak lapar .. biorlah dia. nanti bila dah takde selera nak lapar ... mu gakkkk yang susah kan kan kan? hehehhe ...

aku pun tak tau la budak tu ... berani benor. jalan tu macam bagus je ... tak nak dipimpin langsung. menonong je. adehhhh ... buat kecut perut aku jekk ... dah ler comey.. ahahahhaa

citer sekarang ni dialog je real ... keseluruhan filem hancus!

p/s: musa asan? siapa itu musa asan? :P

izinni said...

DeeN,
ohhhh .. moga doa kamu diperkenanNya. Dapat gakkk ibu dia shopping free sakan. hehehehe ...

walaupun rimas .. kebaikannya ada. filem sekarang udahlah tidak membina pemikiran dan kemahiran bahasa ... merosakkan budaya dan bahasa jugak. lagi haru.

Pa'chik said...

ko dah baca blog abang musa asan tu?

Mak Su said...

ish, risaunyer, ilang sekejap, ilang sekejap.

gila gila remaja tu? arwah hussein kata, "budak-budak liar".

sekarang apa panggilan yang sesuai agaknya?

achik said...

uish, bahaya tul.. seb baik la jumpa..

dulu2 suka bangat cite gila2 remaja tu..