Sah! ...
Sah! Aku kerajinan.
*
Sah! Calon yang lagi satu untuk pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ialah YB Wahid Endut. Siapa itu?
*
Sah! 242 saman sudah dikeluarkan khas untuk mereka yang gagal mengenakan tali pinggang keledar belakang.
Minggu depan, kalau anak-anak aku beralasan macam-macam, akan aku berhentikan kereta dimana ada polis trafik. Suruh gertak.
*
Sah! Negara-negara arab semakin kebengongan. Alasan paling 'logik' yang mereka boleh fikirkan kenapa Israel serang Gaza sesuka hati mereka. Prince Saud Arab Saudi kata sebab Hamas tidak berbaik dengan Fatah. Logik sungguh kan?
Kemudian, PBB kata rancangan genjatan senjata tajaan Liga Arab berat sebelah, tidak adil.
Sementara itu, ribuan yang cedera, ratusan yang mati. Kanak-kanak, wanita, orang tua.
Senjata paling canggih dalam dunia VS senjata buatan sendiri, batu.
Adil kan?
*
Sah! Aku rajin sangat masak akhir-akhir ini. Masak makanan yang aku tidak pernah buat. Bereksperimen. Seronok.
Dua minggu lepas. Ada inti kentang berkacang almond dengan daging cincang. Patutnya hendak dibuat karipap tapi sangat-sangat membosankan pula. Jadi aku buat quiche, walaupun quiche aku tidak se'quiche' yang orang Peranchis buat. Quiche yang dimakan dengan black pepper gravy.
Aku teringin hendak belajar buat roti sendiri. Resipinya sudah digodek dari internet berbulan lamanya. Cuma masa tidak mengizinkan. Jadi aku nekad. Mesti buat juga. Suami aku pun sudah lama bagi 'hint', cuma ketiadaan oven.
Jadi dari hari itu, ada roti daging gulung, roti sausage, roti bun. Abaikan kehangusan itu. Itu hasil dari 'kerja tangan' Nisaa' yang memulas-mulas butang suhu di oven.
Ohhh ... ini Syabil. Dia mahu buat roti juga.
Lama tidak menjamah lauk gulai lemak daging salai dengan kembung bakar cicah sambal ikan bilis tumbuk perah asam limau. Bila masak lauk-lauk ini, teringat pada arwah mak. Semalam buat satu lagi kegemaran arwah. Asam rebus kembung dengan batang keladi.
17 comments:
Salam...
rajin Syabil tolong ibu...
tak pernah lagi makan apa2 yang dimasak dengan batang keladi...
pak2 arab tu tah apa2lah yg dia org fikir... emas hitam yang dikurniakan disalahgunakannya... manalah puak2 kafirun tu nak takut...
salam kembali.
syabil rajin sebab nak main tepung :P
ohhh batang keladi kalau dimasak gulai lemak dengan udang pun sedap.
pak2 arab dok fikir pasal duit, perempuan.
Sah! Kamu masih belum bosan. Tak macam Pakchik sorang tu... :D
mudin,
bila bosan nanti bersawang balik blog ni :)
pa'chik sorang tu dah tutup blog ek? ehehhehe
waaa... rajin dah nih... heheh...
apa ke bahgal tak kasik kat si syed azman ek?
mustapa ali takut syed azman potong dia kat pas pusat kot...
ko nak benti kat pulisi tu... kang dia saman dulu baru gertak kang... ekekek...
pa'chik,
rajin gitu2 je sebab kurang penat. hehehe ..
ehh .. pa'chik lagi?
aku punya teori .. biar semua yang diwar2kan tak dapat. bagi kat underdog, local yang kurang berpolitik sakan macam wahid tu. kita nengok je la percaturan tu nanti jadi ke idak.
suami aku kata wahid tu tak berpolitik sangat, ok orgnya, tak kontroversi.
suami aku kata apa ke halnya nak takutkan anak dgn polis. nanti phobia takut polis pulak. ekekeke ...
weiii ... mu tutup blog jadi VIP tak jemput aku ekkk?? nak majuk laaa :(
taik kambing bulat-bulat... semalam aku tanya himel tak cakap... saja nak suh test kutak kumen... heheh...
blog tu tutup terus la.. mana ada bagi sapa-sapa masuk pun... haha...
para pertama aku tak faham. amendanya taik kambing, himel tu? huhuhuhu
macamana nak masuk mu buat lagu tu. bukak la wei ..
mu rajuk ngan sapa weiii sampai tutup tak bagi warning? ekekekek
ke nak lari dari orang ke apa .. hahahaha
bukan setakat sah! INI adalah sohih!
selamat berjaya membuat roti :)
eh, dah berjaya dah pun :D
hakhak...
emel laaaa....
maksu,
seronok maksuuuuu ... roti jadiiiii .. hehehehe ... lenguh2 tangan 3 hari sebab menguli sepenuh jiwa dan raga. ekekekkee
pa'chik,
mu ada emel aku ka? gmail ke yahoo? kekadang aku malas nak check sebab banyak junkmail. hehehe ... sat2 aku baca naaaa
alahaiiii ... lain kali kalau bagi email mu offline msg ym kat aku la naaa
sah.. akak mmg rajin.. nampak sedapnya Quiche tu.. bila nak jemput datang rumah?? ekeke.. ;p
uish pa'chik dah tutup blog ke??? ala tak rock la camni pa'chik..
achik,
nak makan kenalah rajin. hehehhe ...
ohhhh .. jemputlah datang ke rumah bila ada kelapangan ... insyaAllah ada. email je.
pa'chik memang teruk .. tutup blog tiba2 je. pastu kata ada bagi email .. takde pun. tah sapa2 dia email tu. huhuhuhu ...
kecik hati dengan pa'chik ni .. huhuhu
aku ym ko la... semalam tengok id ko duk online je sampai kul pat lebih kot...
mana aku dapat pun ym tu. isyyy ... sampai dekat 3 pagi aku online. ko ym pukul berapa?
lam kul 4 kot... tak ingat laa....
Post a Comment