Wednesday, April 22, 2009

Aku yang malas ...

Seminggu ini, aku adalah seorang ibu yang malas. Asyik dok buat kerja kerja kerja ... sampai kain 2 hari tak sidai. Yang dah angkat, tak berlipat dan sudah menghasilkan Gunung Everest ke-2. Masak pun ala kadar je. Tengahari pun tak masak. Setakat buat nasi goreng dari lebihan nasi semalam. Rumah bersepah jangan cakaplah. Ibu dok sibuk kejar dateline, bos kecik dua orang tu dok geledah segala barang. Habis rumah tunggang langgang. Bila bos yang lagi 4 balik petang, baru terhegeh-hegeh masuk dapur nak masak. Malam lepas bos semua tidur, sambung buat kerja lagi.

Jadi, ingatkan hari ni sudah boleh jadi ibu yang 'rajin' balik tapi tak boleh lagi. Baru dapat satu lagi kerja semalam dan kena hantar 28hb nanti. Jadi, ada alasan untuk jadi ibu malas untuk seminggu lagi. Ada peluang rumah ni jadi bak tongkang pecah untuk beberapa hari lagi.

Yieehaaaaaa .... hahahahhahha

Errrr .... Sebenarnya aku rimas rumah bersepah tapi pandang suku mata je laaaa ....

5 comments:

Rozita said...

yea..1st pengomen

he he kalu kau rimas tengok umah bersepah..ko kena jd ibu yg rajin

Pa'chik said...

tak yah masak... hohoho...

izinni said...

ree,
ya ya. tapi sekala sekali jadi malas takpe kan kan kan. hehehhe
lagipun .. malas macamana pun kita ni, last2 kita jugak yang langsaikan segala kerja kan ;)

pa'chik
tak masak .. tak makan ler jawabnya. mana larat nak makan luar. 7 kepala woooo ...

kingbinjai said...

boleh upah maid yang bayar ikut jam tu

izinni said...

saranan yang sangat baik dan praktikal dari king.

errr ... queen dalam pantang, king upah maid ke kemas2kan rumah? ;)