Sunday, April 19, 2009

Lawak jenaka yang sadis ...



Makin mengarut lawak jenaka ini. Sadis sungguh.

Setiausaha tukang cakap yang sudah digantung tugas, keluarkan notis yang sidang DUN akan diadakan 7 Mei.

Tukang cakap (baca: Speaker) kata dia tak tahu menahu pasal notis dan dakwa dia yang terakhir tahu pasal notis sidang DUN yang dijadualkan 7 Mei itu.

Tukang cakap lagi sekali gantung tugas setiausaha tukang cakap.

Setiausaha besor negeri (baca: Setiausaha kerajaan negeri) kata perlantikan setiausaha tukang cakap adalah bawah peruntukan kerajaan negeri. Maknanya setiausaha tukang cakap itu orang kerajaan, bukan orang dibawah Tukang cakap.

Jadi Setiausaha yang satu lagi tu kata dia akan keluarkan surat melantik setiausaha tukang cakap yang sudah digantung untuk kembali bertugas.

Lepas ni semua setiausaha tukang cakap kat negeri-negeri lain TIDAK boleh dengar dan ikut arahan tukang cakap yaaaa. MESTI dengar cakap Setiausaha yang satu lagi yang besor sikit pangkat dia. Masa bersidang, sebelum ikut kata tukang cakap ... sila sms Setiausaha besor negeri tanya boleh ikut arahan tukang cakap ke tak boleh. Kalau Setiausaha besor negeri tak jawab sms, setiausaha tukang cakap BOLEH bubarkan sidang DUN. Setiausaha tukang cakap pun boleh beri arahan supaya Tukang cakap tidak boleh bercakap semasa sidang. Lebih menarik, bila ada usul tidak percaya nanti, setiausaha tukang cakap BOLEH BANTAH tukang cakap kalau tukang cakap kata tak terima usul itu sebab tidak 'urgent'.

hahahhahaha .... betul-betul lawak jenaka yang sangat-sangat sadis ....


10 comments:

Pa'chik said...

sejak kepulangan KERAla kawan sikorekorek tuh... makin jadik bodoh orang mahkamah...
sampai semua benda abis bertukar jadik macam lain.... sikit lagi... s/u lagi power dari soltan, dari agung... sultan nak gi kencing pun kena mintak ijin ngan s/u... hohoho... tapi... cemana pun... mesti nak kena KERAla juga yang paling atas.... apa dia cakap itu wahyu... mesti ikuttttt....

mudin001 said...

lawak. tapi aku tak gelak.

izinni said...

pa'chik,
aku pun nak jadi setiausaha la. nyesal pulak tak belajar secretary masa sekolah atas bukit dulu. hehehhe

mudin,
Aku gelak sadis. hati berdarah sakit.

Zuraini said...

Salam...

lepas ni kita tengok cerita lawak apa pulak yg depa nak persembahkan...

depa ni buat cam org lain tak tahu law kan...

Pa'chik said...

KERAla tu semakin galak berbunyi sekarang... semua nak kena ikut cakap dia la nih... kalau tak... mesti merajuk lagi... kuar lagi... hohoho... rokibru pun mesti kutuk balik meno masa tu... hohohohoho...

izinni said...

neen,
tak payah tunggu. sentiasa ada. naik muak pun.
tapi kan hikmah dibalik kejadian semua ni buatkan semua ramai rakyat malaya yang mula selak perlembagaan dan 'lulus' law. kalau takde yang peduli.

pa'chik,
dia dah jadi likuanyu. sengeh je sekarang ni.
pasal siroki tu .. sebenornya masa mula2 dia bukak blog dok kutuk itu ini, dedah itu ini ... aku dengan khairyn dah tau perangai dia sebenor. lawak bila nengok ramailah dok puja puji mamat tu. sekarang baru tau belang tompok dia .. ramai yang dok kutuk. hehehhee ... aku gelak je la.

Zuraini said...

Salam...

masa belajar dulu adalah belajar gak law... Business Law... masa baru kerja, sibuk kes murtad... belajarlah gak artikel2 yang berkaitan dengannya... nampak sangat kelemahan kat situ...

lah ni, puak2 depa yang meletakkan perlembagaan lebih tinggi dari Al Quran, puak2 depa gak yang dah tak ikut... tu nnt mulanya nak ubah sana ubah sini...

bila ada yang bersuara, sesekali saya jawab ... alangkan undang2 yang Allah dah tentukan pun puak2 depa boleh ubah2 sesedap rasa... ni kan pulak undang2 yang depa buat...

bila tengok keadaan sekarang ni mmg nak tergelak jer...

Pa'chik said...

rokiah tu kan memang orang madei... sama je level jilatan dia ngan braim katak... hohoho...

izinni said...

neen,
tadi sultan perak dah bersuara. siap sindir lagi. tu tau undang2 tu.

pa'chik,
memang pun. tak lama lagi masuk balik ler nst tu. hehhehe

Pa'chik said...

ingat dia nakkan bernama kot... tak pun jadik menteri penerangan ke... hohohoho....