Tuesday, April 28, 2009

Biar foto bercerita ... (Siri I)

Untuk beberapa hari seterusnya bermula hari ini, aku akan upload gambar-gambar yang diambil sejak bulan February tapi malas hendak diupload ke laptop.

Hari ini sebagai permulaan ... biar gambar bercerita tentang ... MAKANAN!! hehehhe

Mari Makan Nasi Lemak
Sambal Sotong Golek

Telur Rebus Togel & Rakannya Si Ayam Goreng Togel



Masak Asam Tempoyak Ikan Keli
Masak Lemak Sotong Sumbat Pulut
Sup Sayur Campur Bebola Daging


Moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, bahagia sentiasa ... Aminnn

26hb April, 2008 ... genap usia Ayah 38 tahun. Ibu belikan kek coklat sebab anak-anak hendak buat 'surprise' untuk Ayah. Semua lampu dalam rumah dipadam, kami bergelap. Bila dengar motor Ayah mengaum menandakan Ayah dah balik, anak-anak tutup tv, ibu ke dapur nyalakan lilin.




Diketuai Irfan yang membawa kek, adik-adik ikut dari belakang ... Ayah buka pintu, anak-anak menjerit "Suprise!" dan terus nyanyi lagu Eppi Bertdey....
Apa-apa pun ... anak-anak yang paling seronok sebab dapat surprise ayah dan makan kek coklat!


Sekian untuk hari ini....

2 comments:

Mak Su said...

togel pun togel ler, sedap tu!

happy birthday buat ayah yg ke 38.

ńĕĕń said...

Salam...

semua lauk2 tu ok, cuma 1 jer, ikan keli & adik beradiknya saya mmg tak makan...

suka tengok anak2 ceria... puas gak tengok tarikh kat gambar tu, tp bila tengok Ali, tahulah ni gambar terbaru... thn lps Ali kecik lagi kan...