Maka Bertitahlah Baginda ...
".... seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat secara terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu.
.... tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja adalah satu perbuatan "menyalakan api dalam sekam" yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara."
Jangan pertikai apa-apa.
Jangan mengadu domba.
Nanti dimurka, mengundang marabahaya.
Jangan jadi bengap kepala.
Jangan jadi bodoh sombong pula.
Mudah sangat terpengaruh minda.
Mudah sangat dihasut jiwa.
Jangan akal pula diguna.
Berfikir pun jangan juga.
Dengar dan ikut dan iyakan sahaja.
Demi sejahtera.
Demi bangsa.
Demi raja.
Demi negara.
Demi agama ... kemudian pun tidak mengapa.
Perlembagaan itu paling utama.
Penting dan terulung hingga akhir dunia.
Tiada siapa berhak mempertikaikannya.
Itulah undang yang satu menyelamat rakyat dan negara, juga raja-raja kita.
Jadi ... berhenti berfikir.
Berhenti bersuara gundah gulana.
Usah diminta penjelasannya.
Kerana kamu tidak layak menerimanya.
Kamu itu siapa?
Cuma rakyat marhaen sahaja.
Layak diminta tukar cara hidup dan melihat gemilang hidup mereka-mereka.
Jadi, terimalah seadanya.
Bergembiralah semua.
Dengar, ikut dan berkatalah YA!
Kerana titah sudah bertinta.
Nota kecik-kenot:
Selebihnya bacalah kat sini haa --->> http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/4/19/mstar_berita/20090419124238&sec=mstar_berita
9 comments:
Salam...
nak komen pasal ni sebenarnya kat en3 bawah, dah post baru teringat...
kebetulan tertengok berita ni jam 1.30pm semlm... kat luar masa tu... kalau kat rumah jgn haraplah... nak tergelak sungguh... tulah bila dirasakan dirinya lebih tahu dari yang lain...
cuma satu jer yang menjadi tandatanya, kan puak depa ada hantar org ke London untuk mendapatkan pandangan daripada penasihat undang2 di sana... almaklumlah perLEMBAGAan kita kan mengikut sana... sampai sekarang tak der dengar pun ulasannya, ke saya yang dah tertinggal keretapi... tapi kebiasaannyalah kan, kalau sesuatu perkara tu menyebelahi puak depa, mesti dah dicanangnya ke serata benua, tapi ni senyap & sunyi... mesti ada yang tak kena tu kan...
eleh... sekarang buleh laaa...
nanti balik sana... terima la!!!
saya sgt sgt tidak bersetuju
neen,
nampak sangat yang bertitah tu sangat-sangat defensive. kasihan sangat.
ada la yang tak kena tu. kalau tak, takan senyap je. takpe .. kita tunggu je sidang DUN bulan 5 nanti. pasti ramai badut. hehehhe
pa'chik,
alaaa ... itu disana. 'lambat' lagi. yang penting sekarang disini sebab disini dia yang paling atas dari kita2. hehehhe
king,
tidak bersetuju? kamu memang sah sudah dihasut ... hahaha
apa sangat la setakat yang kat sini... abis-abis pun mati.. itu dah semua pun kena lalu gak...
tapi... ada sorang tu kan... buatnya anak dia yang gi dulu... mau meroyan tak abis...
penat lelah khianat sedara mara... alih-alih... tak dapat jugak...
pa'chik,
kita je fikir gitu. orang lain .. lain pikir depa. kalau semua pikir mati, idak ler teruk umat Islam sekarang ni.
errr .. sapa sorang tu? hehhe
Salam...
betul tu... kiranya semua fikir ttg kehidupan di negera sana, kita cuma perlu fikir utk mempertahankan agama kita dari amcaman non-muslim... tp ni bila yg muslim pun dok mengancam agama sendiri... cam na tu?...
tu lah kan... kan dia ada saudara yang lebih tua dari dia, cam na dia lak yang boleh jadi raja ek?... tahulah ada sistem penggiliran... kira ni dah potong barisan...
Post a Comment