Wednesday, April 29, 2009

Berdosakah?

There goes my plan not to write about anything except for posting pictures for the next few days. Sighhhh ...

I've not been wanting to write about this particular issue as I see it as a non-issue but I just can't help myself especially after reading so many dumb postings in several blogs about the matter. So, here goes ...

Sekarang sibuk sana sini orang memperkatakan tentang perbalahan yang kononnya berlaku antara dua tokoh pimpinan tertinggi dalam PAS. Apa yang kalut sangat pun aku tidak pasti. Tapi yang pasti kekalutan itu semua muncul bukan dari dua tokoh berkenaan tapi mereka-mereka disekeliling mereka dan orang-orang yang berada di sekeliling mereka-mereka itu.

Apa salahnya jika berbeza pendapat? Ulama'-ulama' besar Islam sebelum ini pun ramai yang berbeza pendapat. Jika tidak masakan ada mazhab-mazhab dalam Islam. Biarpun berbeza pendapat tentang sesuatu perkara, yang paling penting perkara yang pokok dan utama tiada perbezaan. Solat tetap wajib. Menutup aurat lelaki dan wanita tetap wajib. Puasa wajib. Zakat dan haji juga wajib. Judi, arak haram. Zina berdosa besar. And the list goes on ...

Jadi apabila TG Nik Aziz dan TG Abdul Hadi Awang berbeza pendapat tentang sesuatu perkara, adakah itu suatu kesalahan besar hingga ramai yang melatah dan terus buat spekulasi itu dan ini? Sampaikan orang-orang yang rapat dengan mereka galak menulis itu dan ini. Masing-masing hendak memberitahu dunia yang merekalah yang lebih tahu tentang kedua pemimpin ini lebih dari orang lain. Semua perlu tahu yang merekalah yang lebih arif tentang perangai, akal dan tutur kata kedua pemimpin itu. Hinggakan individu-individu yang sepatutnya tidak berkata apa pun bukan main seronok menulis itu dan ini tentang apa yang berlaku. Seolah-olah mereka tiada kepentingan. Padahal merekalah puak-puak yang ada macam-macam kepentingan itu dan ini. Tapi bila menulis ... amboiiii ... bukan main lagi.

Sehingga hari ini tidak sepatah perkataan pun yang aku dengar dari kedua pemimpin ini yang menunjukkan yang mereka berbalah besar. Sedangkan suami isteri yang tidur sekatil pun boleh berbeza pendapat, inikan pulak dua ulama' besar itu.

Sehingga kini juga aku tidak faham kenapa orang yang sepatutnya menjalankan tugas tidak menjalankan tugas mereka yang sepatutnya sepertimana yang telah dipertanggungjawabkan. Asyik sibuk berpolitik. Bukan tidak boleh berpolitik tapi dengan tanggungjawab yang dipikul, tidak sepatutnya sebegitu aktif sehingga bersikap berpihak-pihak.

Sepatutnya inilah masanya memperjuangkan apa yang patut. Islam yang diinjak-injak sepatutnya diperjuang. Bahasa yang diperlekeh sepatutnya diperjuang. Perjuangkan hak rakyat miskin lagi tertindas. Ini tidak habis melabel orang itu ini. Seolah orang yang melabel itu sesempurna manusia.

Sungguh. Jika orang-orang yang banyak menulis ini lebih banyak bekerja dan mendekati rakyat, insyaAllah perjuangan itu tidak dipandang remeh orang lain. Bukan begitu caranya mendekati rakyat.

Aku sebenarnya muak. Sikap sesetengah pemimpin PAS kini macam kaduk naik junjung. Lebih kurang sama sahaja dengan pemimpin umno. Masing-masing ada kroni. Masing-masing ada kepentingan. Bila dapat jawatan sikit, bukan main tunjuk lagak. Kereta yang dulunya kecil, sekarang sudah besar dan menjalar. Sikap hendak membantu mereka-mereka yang susah dan tertindas hilang entah kemana. Maklumlah sudah berkuasa.

Paling aku sedih, tiap kali menonton berita berkenaan krisis perlembagaan di Perak. Aku tidak pasti jika ini cuma perasaan aku. Nampak sangat Nizar keseorangan berjuang cuba menegakkan perlembagaan yang sudah dicabul. Seolah Nizar bukan ahli PAS. Mana pergi pemimpin-pemimpin PAS? Mana pergi orang-orang yang pandai menulis itu? Mana pergi orang-orang yang kononnya pandai menulis betapa mereka berdiri teguh dibelakang Nizar dan menyokongnya?

Mana tidak Nizar dikata boneka DAP. Elok pula orang-orang kuat DAP yang berdiri teguh dibelakang Nizar. Kalau tidak ada orang-orang DAP itu, terhegeh-hegehlah Nizar memperjuangkan hak rakyat Perak yang sudah dicabuli.

Oh! lagi satu. Aku paling meluat dengan gelagat sesetengah pemimpin PAS baik yang terkenal ataupun yang kurang terkenal, yang bukan main pandang tinggi pada media aliran perdana. Kalau ada wartawan-wartawan dari akhbar atau televisyen media perdana, bukan main lagi beri bermacam-macam kenyataan tanpa memikirkan kesan dari kenyataan yang dibuat. Bukan tidak tahu cara media berkenaan akan memainkan kenyataan mereka. Tapi tidak ... peluang berbicara dengan media berkenaan pakai pucuk dicita ulam mendatang. Bangga sungguh. Maklumlah, media besar mengenali mereka dan sanggup cari mereka untuk mendapatkan sepatah dua kata. Bukan senang tu.

Hinggakan media dari kalangan mereka sendiri dipandang rendah dan enteng. Seolah tiada status. Pandang pun sebelah mata dengan senyum dan kenyataan sinis. Aduhhhhh ... sangat menyakitkan hati.

Aku tahu bukan semua sebegitu. Tapi hakikatnya ramai begitu. Aku pernah ada di media perdana dan pernah ada di media alternatif. Jadi aku boleh bandingkan sikap dan bahasa tubuh mereka apabila berdepan dengan wartawan-wartawan dari kedua belah pihak. Sangat berbeza.

Bulan depan muktamar. Dekat sahaja dengan rumah aku. Tidak pasti samada aku berpeluang menghadiri terutama ketika pemilihan. Ohhh ... sah! Aku tidak boleh hadir. Aku ada kursus selama 2 minggu yang tidak boleh ditangguh lagi. Aku harap pemimpin-pemimpin PAS buka mata dan telinga apa yang ahli-ahli mereka mahu. Jangan membelakangkan ahli sebab tanpa ahli-ahli itu, jangan harap dapat duduk di atas pentas saf kepimpinan. Kalau tidak sedar diri juga, layak sangat ditendang keluar. Ahli-ahli PAS pada aku adalah ahli-ahli yang matang dan tahu apa yang mereka mahu dalam memperjuangkan Islam. Jika pemimpin PAS masih berangan berebutkan jawatan dan macam-macam lagi, bersedialah untuk dibuang ke tepi.

Ingat seperkara ... ISLAM lebih penting dan utama dari Melayu! Jika konon merasakan dengan perpaduan Melayu akan memperkasakan Islam, memang itulah tanggapan yang paling dangkal dan bodoh. Melayu tidak akan kemana tanpa ISLAM. Islam adalah unsur utama perpaduan, bukan Melayu. Kalau ada yang masih bodoh untuk faham walaupun dalam parti Islam, baik keluar dan ucapkan selamat tinggal.

Dari aku yang bukan ahli PAS! ;)

2 comments:

Pa'chik said...

kikiki... cap ayam semua tuh... gila dan mabuk...

nik beduh tu... kemaruk dah... husam kena tendang balik ke salor tu pun... pasal duk gila nak kan dun kijang tu... sekali ayahanda tak kasik... hohoho...

elok la sekarang ni duk kawan ngan musuh-musuh husam yang gila balak tu...

patut ajar semua kat atas tu... biar terkulat-kulat macam selan esemes yang kalah tuh... padan muka...

nik beduh tu pun.. kata orang yang aktip la... nyombong ahhh... pegi kat mana-mana tak berapa nak nulung-nulung wat keje pun...

patut ahli bawahan ni wat petisyen... senaraikan nama pemimpin bangang... dan kebangangan mereka...

ramai sangat pemimpin bangang yang tatau benda, tapi cakap ikut suka...
tu pasal aku tak penah join pas... kikikiki...

izinni said...

tapi cara tulis tu .. aduhhh pijak semut pun tak mati.

suami aku ada la citer pasal benda2 ni ... aku takat geleng kepala je la. adehhhh