Saturday, April 25, 2009

Pandainyaaa ...

Sultan-sultan berada atas politik kan?
Sultan-sultan penjaga agama Islam kan?

Jadi buatlah apa yang patut! Jaga Islam. Pedulikan politik yang menyebabkan Islam sekarang makin diperkotak-katik. Kalau dalam politik dikata Sultan tidak boleh campur dan tidak boleh bagi sebarang penjelasan, dalam hal agama tidak boleh juga?

Asyik disuruh bersatu, tapi agama anutan rakyat terbanyak yang disuruh bersatu tidak dijaga. Pandai sangat.

Huh!

Kabinet sudah pandai agama sangatkah? Apa yang Koh Tsu Koon dan Subramaniam tahu pasal Islam? Kenapa isu Islam yang dibincangkan, pengerusi mesyuaratnya si Tsu Koon? Bangang apa si Jamil Khir dan Shahrizat?

Kenapalah menteri-menteri yang kononnya dilantik untuk menjaga hal-ehwal Islam semuanya kurang cerdik.

Yang perempuan sukahati keluar fatwa tidak mengapa melacur kalau darurat. Yang lelaki sibuk hendak merawat budak perempuan yang melacur di Tanah Ratu. Siap kata tadika Islam jadi tempat menghasut. Yang sekarang ini? Makin 'advance' kekurangan cerdik yang empunya jawatan. Pandai sangat.

Oppssss ... lupa pula. Mereka kabinet rakyat dan mereka juga tidak mengamalkan prinsip 'government knows best" lagi seperti dulu. Jadi marilah sama-sama kita dengar, angguk dan ikut. Cakap Sultan dan kabinet rakyat adalah benar belaka .... tiada yang benar melainkan benar belaka.

Lihat! Aku tidak menghasut kan? :)

4 comments:

Pa'chik said...

si jamel masa lam sojar dulu ngan sekarang... jauh beza wehhh... dulu sanggup je bertegangurat... hohoho...

satu lagi tu... hahah.. ko nak suh tibai artis buleh laaa...

Rozita said...

auww..kabinet baru ni lebih ramai yg cerdiknya kureng..

Rantong said...

Salam ziarah. Sekadar pemberitahuan demi kesejahteraan hidup.

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

ńĕĕń said...

Salam...

cam tak caya lak, dah bayar denda tetap di hukum penjara... katanya sebagai pengajaran pada yang lain... boleh terima lah kut... kira ni nak tunggulah juga yang kes kat Selangor tu... kalau dah suami sendiri tunjuk segala bukti, kalau tak didapati bersalah tak tahulah kan... nak tengok gak kut lah kena penjara gak ke?...

memang kelakarlah undang2 manusia ni, boleh ubah ikut suka...

masa PAS menguasai T'gganu, bila Hudud diluluskan dewan, ada yang bersuara, sanggup ke Sultan nak gi pancung kepala org yang dijatuhkan hukum bunuh, menyebat org yang didapati berzina, potong tangan mereka yang mencuri?... Nak tergelak pun ada gak masa tu... nampak sangatlah buta sejarah, masa zaman khalifah yang berempat tu pun mereka tak lakukan hukuman tu sendiri, bukan ke ada yang telah dipertanggungjawabkan yang mahir dalam bidang kerja mereka utk melaksanakannya, tu pun tak boleh fikir ke?

Ada pula yang berbunyi khalifah yang empat tu lainlah, sebab mereka dapat terus didikan dari Rasulullah saw., kita ni siapa? Ok, ikutlah contoh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, beliau kan tak jumpa langsung2 Rasulullah saw., kira lebih kurang cam kita lah juga kan... Kalau dah tak nak ikut tu macam2 alasan kan...