Tuesday, May 08, 2007

Hutang

Entri kali ini adalah untuk mengingatkan aku akan kepentingan melunaskan hutang. Tanpa aku sedari hutang-piutang aku makin berlonggok sehingga aku kesuntukan masa untuk memastikan setiap satu daripadanya dilangsaikan. Aku takut nanti tidak kesampaian masa. Walaupun setiap mereka yang memberi hutang itu tidak memberi sebarang tarikh akhir untuk aku melunaskan hutang-hutang mereka, aku tetap menjadi tidak tentu arah memikirkan tanggungjawab yang tidak selesai. Jadi, aku akan cuba sedaya upaya dan kudrat aku untuk memastikan segala hutang dilunaskan satu persatu.

Senarai hutang yang perlu dibayar:

1) Pemberi hutang - Bayu Senja
Tag meminta diterangkan mengenai kesihatan, fizikal, gaya hidup, pemakanan, sikap serta kesalahan paling besar yang pernah aku lakukan. Memang amat personal.

2) Pemberi hutang - pa'chik
Didalam satu sembangnya disebalik tingkap, dia ada bertanya dan mahu tahu kenapa aku jadi wartawan.

3) Pemberi hutang - Dr So'od
Pop culture madness. Aku diminta memberi senarai lagu-lagu popular yang memberi makna ketika aku berusia 18 tahun, tidak kira aku suka atau tidak lagu-lagu itu. Dia kata dia nak tahu samada tahap kebrutalan aku selari dengan lagu-lagu yang aku minati. Another request which i feel was quite personal.

4) Pemberi hutang - Iman Mawaddah
Yang ini hutang baru. Iman nak resipi ayam adobo dan nasi daging. Mudah untuk dilangsaikan sebab tidak perlu memerah kepala memikirkan segala macam nostalgia dan rasa hati.

5) Pemberi hutang - pB
Baru juga. Mahukan resipi nasi ayam hainanese dan nasi daging. InsyaAllah.

6) Pemberi hutang - izinni (errrkkk aku la tu!)
Finale "Meeting Barata". Aku sendiri tidak pasti bila aku dapat menukilkan pengakhiran bicara aku dengan Duta negara Cuba ke Malaysia yang sudah lama tertangguh. Dua episod bersama Barata mengambil sekurang-kurangnya 1 jam lebih untuk setiap satu untuk aku sempurnakan. Segalanya ada dibalik minda ini masih terngiang setiap butir bicara bersama Barata. Namun untuk menzahirkannya memerlukan konsentrasi yang jitu.

Wah! banyak juga hutang piutang dalam senarai. Ada lagi ke?




Nota kecik-kenot:
“Semua dosa orang mati syahid akan diampuni kecuali masalah hutang piutang.” (Hadith riwayat Muslim); namun ...
"Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

11 comments:

Pa'chik said...

aku pun mintak gak resepi nasik ayam tu.. haha...
mana tau satu hari aku nak bukak kedai nasik ayam ke... kalau sedap buleh la pakai resepi ko tu. hehehe...

kingbinjai said...

ooooo

akirasuri said...

huhuhu. saya juga ada hutang. lupa!! ha ha ha.

oh oh. nak resepi ayam adobo :D

13may said...

errr....hang ada utang ngan aku dak???

takpa la...aku halalkan....hehhe;)

ps: ayam adobo tu hapa???

Anonymous said...

aku nak menumpang bayaran hutang no. 2 dan no. 6, berminat nak tahu :)

hutang resepi tu... aku tak gheti tengok resepi, kalau tengok makanannya, tahulah apa aku nak buat!

haha!

pB said...

Tertarik dengan nota kenot tu..

Buat pB terfikir...

ada dua orang berhutang wang dengan pB..

perlukah pB halalkan sahaja??

Fikir fikir fikir

Anonymous said...

nasib baik terbaca pasal ni. skarang saya nak ke maybank 2u, nak bayar bil. lupa, patutnya bayar tadi lagi.

so'od said...

xde lagi hutang2.. tag tu dah expired.. hutang org lain jgn lupa bayar ye..

Achik_Sufi said...

ish...ish...banyaknye, achik nak tambahkan satu lg hutang untuk izinni boleh x?

LadyTiz said...

nak berhutang jugak!!!
*hentak-hentak kaki*

eh, lupe... utang pose tak bayaq lagi...

*larikkkk

MakcikMuda said...

kak izinni..:">

utang nasik lemak ayam dara patposen bile nak bayar..
*siul2*