Tuesday, July 03, 2007

Daulat

Ada banyak perkara yang berlaku disekeliling aku yang hendak aku ceritakan tapi aku tertarik dengan satu headlines ni.

"Sultan Kedah sedih."

Aku pun bacalah. Kenapa pulak manusia ni sedih. Sedih pasal ada rakyat yang tak makan, tak berumah ke?

"Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sedih, sepanjang 49 tahun menjadi Sultan Kedah, ini merupakan kali pertama baginda menerima layanan sebegitu," kata Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Itu mukadimah dimuka depan. Huh! Sangat menarik. Dia sedih bukan sebab ada rakyat sengsara tapi sebab diberi layanan tak memuaskan. Apa yang telah terjadi? Dia kena makan bersila atas tikar mengkuang kat majlis rasmi ke?

"Itulah perasaan Sultan Abdul Halim yang diluahkan Menteri Besarnya selepas insiden yang memaksa baginda berjalan kaki sejauh dua kilometer untuk menonton perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kedah dan Perlis di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, Sabtu lalu."

Lorrrr .... pasal tu rupanya. Hampeh punya Sultan. Itu pun jadi isu besar ke? Menyampah aku. Ada rakyat yang terpaksa berjalan berpuluh kilometer untuk cari rezeki halal, takde komplen pun. Kalau berjalan 2km sebab melawat rakyat kat kampung hulu-hulu yang susah tu aku respect jugak. Mangkuk ayun. Aku marah ni.

Ada orang Kedah yang nak marah aku sebab aku maki Sultan depa, pedulik apa aku. Daulat?!? Sooodaaaaalaaaaa ....

Nota kecik-kenot: Semua Sultan yang ada kat Malaya ni hampeh! Perabih duit rakyat je! :P

22 comments:

Pa'chik said...

ada sorang yang baek... soltan muzaffar tuh.. hahahahah....

weh.. bini soltan kami baik apa... kehkehkeh... macam setan...

Azhar Ahmad said...

Hummmm jangan salahkan pangkatnya. Personalitinya bermasalah. Saya berikan conoth dua sultan. Almarhum Sultan Salahuddin, dan Sultan Ahmad Shah. Sultan Salahuddin, boleh bermain sepak raga dengan rakyat, dan turun ke jajahan, melawat orang miskin tanpa escort.

Sultan Pahang, saya menjadi saksi hidup. Satu tahun tu, banjir besar di Kuantan. SUltan turun. Jadi segala YB Pahang turut sama turun. Bezanya, sultan pahang turun dengan track suit, dan YB lain turun dengan bush coat!

Diherdik oleh sultan pahang

"Ada function ke?"

Selepas itu, sultanlah orang pertama, meranduk air memindahkan barang-barang penduduk.

"Saya marah betul, kalau orang datang, tengok bencana macam filem"

Hummm.. sekali lagi, personaliti menjadi ukuran...

Anonymous said...

tak takut kena tulah? haha!

izinni said...

pa'chik,
Oooooo gitu ek :D

azhar,
aku angguk-angguk :)

najmudin,
tulaaahhhhh ... hahahahah

MakcikMuda said...

lawak la :))

x tahan ryn :))

ingatkan mati bini.

adehhla !

arap2la sultan2 xde blog.

maunyer mati kite2 neh.

baikknyew sultan pahang tuh.

achik said...

mak saya slalu kata "nak ikutkan manade sultan2 ni dulu.. kan asalnya nabi adam.. bila masa plak ada darah2 raja ni???" huhu.. ;p

Unknown said...

(berdasarkan pengalaman mak saya waktu dia skolah dulu)

mak kata, anak2 pompuan sultan selangor sumer tak pandai...diowg tak penah buat keje skolah...diowg duk upah budak2 lain buatkan keje skolah diowg...

tapi kengkadang kita tengok sultan tak berfungsi pon kan....hmmm

so'od said...

biasa lah <<--- kata keramat neh..

bila diorg buat bende yg mengarut, abis dikutuk dicela..

bila diorg buat bende yg mulia, buat2 x nampak.. kdg2 duk pertikaikan..

xtau lah.. x suka sgt kutuk2 nih.. bagus reflectkan kat diri sdiri dulu..

sokong sgt kesimpulan incik har tu!

khairyn said...

oh oh enchek Azhar,

saya bangga jadi anak pahang. Saya suka bapak sultan tu hahaha. Bila banjir sama-sama dia makan nasi kawah dengan rakyat.

izinni,
sekarang aku takde sultan.
aku ada permaisooooriiiieeeee

dey! podey!!

khairyn said...

jap sambung sket,

kalau tak nak sultan, kita jadi republic tapi kan... kebanyakan pemimpin tak kirala sultan ke raja ke president ke pm ke bukan ke kerja dia perabiskan duit rakyat??

Kemat said...

suka tagline nie..cis...kau bersultan dimata, beraja dihati... err..ada kaitan tak nie

Anonymous said...

hmm... sultan berjalan 2km sambil menghayun mangkuk!
hee...

Pa'chik said...

oit.. dia baca blog ko ni kot...
dah masuk sepital dah petang tadi...
sini!! sini!!

zwitterion said...

banyak2 sultan..sy memang suka sultan pahang..berjiwa rakyat..
rank kedua adalah sultan Azlan Shah..sebab ensem sket..hehe.

Sy sbg anak kedah kan..sy rasa sultan xde la dok pok pet pun sangat..menteri besar yang mungkin lebih2 bg up sket citer ni..sbb nak tunjukkan sikap ambil berat terhadap sultannya...owh..inilah pandangan dr patik yg hina..:)

izinni said...

hehehe seronok .. seronok .. bukan sebab sultan masuk spital ek .. seronok sebab ada yang bagi komen positif dan juga negatif. :)

izinni said...

ryn,
dah ceria kembali? ;)

achik,
manusia ni kan sukakan pangkat dan suka angkat diri sendiri lebih baik dari orang lain. masa dulu, sapa yang kuat dan berharta, dialah ketua, dialah raja.

aZaH,
sebab tu orang cakap .. sebab nila setitik rosak susu sebelanga. apa lagi kalau dah bertitik-titik.

fungsi depa untuk majlis rasmi.

Am,
biasalah tu .. ;)

khairyn,
uikss .. bukan anak melaka ke? ekekekkee
oppsss .. lupa plak .. dah jadi anak sekotlen :D

khairyn lagi,
betui!

izinni said...

kemat,
ada la kot :)

accia,
penangan bola sepak memang menakjubkan .. hehehehe

Pa'chik said...
Moga dia segera sihat. Nanti nak gi tengok bola piala asia pulak. :)

zwit,
teringat masa tingkatan berapa tah ... kitaorang dihidangkan video tentang sultan azlan .. dari dia muda sampai dia dilantik agong. waaaaaa .. semua terlopong sebab itu sultan sangat hensem! hehehehee .. lagi hensem dari anak dia raja nazrin.
btw ... respect mereka anak beranak :)

part sultan kedah tu .. yang lawaknya sampai dibahaskan kat parlimen .. hehehehhe

akirasuri said...

ha ha ha.
keretapi saya lambat sampai sikit kat blog kak has. wahahaha.

oh oh! sultan? siapa tu? ngeh ngeh ngeh. duduk-duduk senang lenang dapat uwang? muahahaha. erk! sultan selatan tanah air tu lagi hampeh rasanya. ngah ngah ngah.

ups!

13may said...

hahha...

oit! aku org kedah woittt!!!

tapi sungguh, mlm tu aku ada kat stadium....lgsung tatau berita pasai sultan kena jalan kaki....dok asyik layan bola saja...

rasa cam lawak plak...hahha hahha

kingbinjai said...

ntah aku pun marah. setakat jalan 2km sampei masuk wad nampak sangat tak pernah excercise. baru 2km! belum nak jalan kat padang masya' lagi pooodah!!!

Anonymous said...

aku rasa diaorang ni bodoh pun yer, kelakar pun yer gak.. Mcm pemangku raja perlis tu, at least terpikir la jugak nak naik motor orang tapi sultan kedah n pengiring dia ni bengap sikit kot. erkss bukan sikit, banyak.
Tapi aku marah sesangat sebab FAM n lain lain2 tu nampak apa yang jadi kat sultan jer. Siap beriya-iya mintak maaf umum satu donia. Tapi yang orang biasa yang kena mercun ka, jem ka... depa tak peduli pun. Raja/sultan kalau sakit sikit tu depa byk duit. Orang biasa yang kena mercun tu kalau buta, luka parah camana? sapa nak bertanggungjawab tu? hmmmmmm... budus.

izinni said...

akira san,
abis minyak ek?
oh. sultan kat selatan yang suka bagi penampor jepun tu? tu sultan khairyn tu .. hehehehe
oppsss ...

ahmay,
hahahahaha
hang ghalit nengok marka .. mana hang tau apa jadi. hehehehe

king,
poodaahhhh dia kan?

cik anonz,
entah kenapa aku setuju sangat ngan hang. hehehehe ... FAM memang bodoh .. mentanglah orang atas depa kerabat gak .. tu yang jadi naik daun tu.