Monday, July 09, 2007

SuperIbu

Aku superIBU. Superwoman. Ya. Sungguh.

Jumaat lalu. Dengan gembiranya aku pulang dari pejabat jam 4 petang. Sungguh seronok dapat balik awal. Jalan tidak sesak. Meluru aku memandu. 100km sejam sepanjang lebuhraya Mahameru. Asyik!

Tiba-tiba ada seorang pemandu yang memandu sebuah lori kecil telah menghon aku. Huh! Sungguh kurang asam. Aku benci orang yang suka hon-hon ni. Aku hon .. tidak mengapa. Sebabnya aku hon ada sebab ... orang potong barisan, masuk jalan tak bagi signal, bawa kereta tengah dua lorong atau sebab aku nampak orang yang aku kenal dalam kereta. Jadi, ada sebab aku hon. Orang lain hon .. aku tak suka sebab aku sentiasa berhemah diatas jalan raya. hehehehehe

Aku telah tidak memperdulikan hon pemandu lori kecil itu. Aku terus memandu. Tiba di jalan Bangsar, aku berhenti sekejap di bus stop dekat dengan bangunan biru itu. Nak buang sampah. Aku kan rakyat marhaien yang tidak suka membuang sampah merata-rata. Jadi sampah aku buang di tempatnya .. iaitu di Tong Sampah.

Aku sambung perjalanan selepas membuang sampah. Rupanya pintu kiri tidak tertutup rapat. "kelepek! kelepek! kelepek!" Agak kuat juga bunyi itu. Makin aku laju, makin kuat bunyi kelepek itu. Aku hentikan kereta sekali lagi. Aku mahu tahu punca bunyi tidak sedap itu.

Oh! NO! tayar kereta pancit!! adehhhhh ....

"Yang, tayar kiri belakang pancit la. Macamana ek?"
"Takpe .. park mana-mana yang selamat. Tunggu sampai k*** datang."

Huh! Tunggu sampai dia datang. Impossible. Dari Pinggiran USJ ke Bangsar, walaupun dengan motor, paling-paling ambil dalam 30 ke 40 minit juga. Boleh ke aku tunggu?

Aku pandu kereta sampai ke stesen LRT Abdullah Hukum. Bawah stesen tu memang aman damai. Banyak parking. Angin pun sepoi-sepoi bahasa dalam sinar mentari yang memeritkan. Aku nekad. Pandai bawak kereta, mesti usaha untuk pandai tukar tayar sendiri.

Jadi, aku bukak boot kereta. Keluarkan spare tyre dan segala peralatan yang diperlukan. Aiyoooo! Banyak sungguh keluarga lipas bersarang kat spare tyre tu. hahahahaha .. Akira San mesti melompat-lompat macam beruk kalau dia nampak! hahahahaha

Dengan yakinnya aku mulakan operasi bukak tayar kereta yang pancit. Aku naikkan sedikit kereta pakai jack-jack. Pusing dan pusing dan pusing. Pastu giliran skru-skru yang berempat. Skru pertama .. berjaya!!

Skru yang lain. Hampeh! Sangat ketat. Jenuhlaaa aku panjat .. aku henjut tapi tak bergerak. Satu je kesimpulan aku masa tu. AKU TAK CUKUP BERAT! hahahahhah .. jadi tiada alasan untuk diet! Malah kena menambah berat badan lagi! YEAH! huhuhuhuhuhu ...

Penat henjut, aku berhenti rehat sambil minum air dan dengar lagu. Lagu "Seribu Harapan" Jac pulak tu. Bertambah semangat dan harapan aku. hehehehhee

Lebih setengah jam .. akhirnya kesemua skru berjaya ditanggalkan dari tayar. Aku bertepuk tangan. Sangat gembira. Aku keluarkan tayar yang pancit dan pasangkan tayar yang satu lagi. Skru-skru pun dipasangkan semula. Bila suami sampai, skru dah dipasang. Dia bawakan air 100Plus ... hehehhee

"Tolong ketatkan je la. Takut tak ketat." Aku sengih.
"Huh! Tererrr ... lain kali tak yah nak risau dah!"
Aku sengih. Sengih. Sengih.

Bangga tidak terkata. Rasa macam dah buat satu benda yang sangat gah! Sepanjang drive balik, aku sengih. Sampai kat tol NPE nak bayar, budak tol tu tegur aku.

"Kenapa pipi tu ada calit hitam?"

Hahahahahaha ...

Nota kecik-kenot: Aku bangga dengan diri aku. Bukan selalu diri sendiri nak bangga dengan diri sendiri. kan? kan? kan?

---------------------------------------------------------------------------------
MV ini tidak ada kena-mengena dengan kisah diatas. I just love the song ;)

21 comments:

DiaHarris said...

selamat kan...

*saya juga tidak suka di hon semasa memandu. ini adalah kerana saya akan termencarut dan terkejut!

**salam..

izinni said...

diaharris,
salam kembali. heheheh cute ... kaki latah rupanya. hehehhee

13may said...

wah! tahniah tahniah...kagum kagum...

tapi nak tanya..

"Kenapa pipi tu ada calit hitam?"

Hahahahahaha ...

Anonymous said...

assalamualaikum supermom!

Syabas!!!

erk.. kamu tinggal kat Pinggiran USJ ker? :>

Pa'chik said...

blasher pesen baru ke?

MakcikMuda said...

azah pon da ketinggalan dlm bidang mekap2.

upernyer kak has agik advance.

haha!

sesungguhnya,wanita itu tidak lemah kann :)

khairyn said...

Ok bersedialah superwoman;

1. She has to be a wife to her husband.
2. She has to be a mother to her children.
3. She is a teacher, teaching her children between right and wrong.
4. She is a tutor, assisting with homework.
5. She is a psychologist, using her intellect in daily struggles with husband and children.
6. She is a counselor, counseling the children when a bully hits them.
7. She is a financier, budgeting the household expenses.
8. She is a chef, preparing the meals.
9. She is a baker, baking on special occasions.
10. She is a tailor, mending clothes.
11. She is a driver, ferrying the kids to and from school.
12. She is a buyer and store clerk, ensuring that all basic necessities are in the house.
13. She is a switchboard operator, answering the constantly ringing phone.
14. She is a receptionist, answering the door and receiving guests and visitors.
15. She is a waitress, feeding everyone at mealtime before she feeds herself.

Iman Mawaddah said...

Ooo akak ke yang dok baiki tayar kete hari tu. Nampak gak dari jauh. Dok gigih berusaha. Ingatkan sape.

achik said...

wah2 cayalah supermom!!!

kalau tgh merempit org hon, adoi sakit dada saya.. terkujat.. huhu

Kemat said...

tahniah..mesti husband bangga kan akak leh berdikari...

zwitterion said...

mmg bangganya..
kira dah bagus sy tau tayar spare kat mana.lain2 hampeh, reti bawak je..hehe

Girl A said...

*ada gak nak kene budak rynakkk ni :-w*

hehehe...syabas...syabas...
last week masa tayar pancit kat klang, azah call jer adik suwuh dia datang tukar..
sbb takut nak kuar dr keta sowang2...
kawasan merbahaya...

Mak Su said...

wah...tabik hormat ler..... tabik tabik springggggg

pB said...

TAHNIAH TAHNIAH ...

cayalah izzini boleh tukar tayat pancit..

pB tahu , tapi tak pernah pulak cuba ...

tapi kalau kena, mula mula mesti gelabah jugak ...

Tahniah

akirasuri said...

adeii.
sakit perut gelak.
adeii.
ha ha ha ha ha ha ha.
dan gelak lagi.
ha ha ha ha ha ha ha ha ha.
gelak lagi sekali
ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha.
adeii.
entri ni membuatkan saya sakit perut tengahari buta ni.

apapun. terre la kak has. bravo!!
jap nak gelak balik.
ha ha ha ha.

Farahz said...

wah hebat2..
sbenarnye kn perempuan kena blajar ni semua. tukar2 tayar. in case jadi apa2 still boleh hidup.

Anonymous said...

Perghh.. kagumnya aku. *clap* *clap* *clap*. Opis aku dekat je kat situ, tapi kalo ko panggil aku rasanya aku setakat tengok je la ek.. tak reti. takpun jalan depan sikit, p makan kueteow goreng lagik. hahhahhahahhhaha. hampeh.

izinni said...

ahmay,
terima kasih. terima kasih. rasa macam dapat award ler plak. hahahaha
kenapa ada calit hitam? lagi mau tanya ka? hehehehehee

najmudin,
waalaikumsalam. terima kasih :)
Ya. Kenapa? kamu kat area tu jugak ke? ;)

pa'chik,
errr blasher tu amenda? hehehe

ryn,
amboiiii .. sempat lagi nak nyakat azah ek.
kenyataannya wanita memang sedikit lemah dari segi fizikal TAPI dari segi emosi dan mental, adakalanya wanita lebih kuat dari lelaki. ;)

khairyn,
ya. ya. bukan mudah nak jadi superwoman. adakalanya akan di taken for granted. sebab dah independant. hehehehe .. sebab tu dalam sesetengah perkara, walaupun mampu, kena buat2 tak mampu gak. hehehhe

iman,
ha ah. aku ler tu. sikit punya ramai jantan yang lalu, depa pandang je. hehehhe

achik,
aku selalunya lawan hon balik. hehehhe

izinni said...

kemat,
terima kasih. selama ni dah terlebih2 berdikari pun. hehehhee .. perempuan boleh uruskan rumahtangga dan anak2 sendirian tanpa suami tapi suami ... belum tentu lagi. ;)

zwit,
kena belajar zwit. lelaki sekarang tak ramai yang gentleman. hehehehe

aZaH,
kalau tau tempat bahaya dan waktu malam, elok la tu panggil adik tolongkan. berani pun kena bertempat. maklumlah kita perempuan :)

Mak Su,
uikss tak perlulah sampai tabik hormat. hehehhee .. apa pun terima kasih :)

pB,
terima kasih. kena tau pB. lelaki kan selalu kutuk perempuan tak reti buat semua tu .. so kena buktikan la. hehehhe

akira san,
errr sakit perut lagi? dah gi berak? hahahahaha

Farahz,
salam farahz. betul tu. :)

cik zAnonz
errr entah kenapa aku tak teringat kat ko langsung! hahahahaha ... isyyy bawak2 ler bertenang ... nanti2 kalau aku lalu bangsar lagi aku singgah beli 2 bungkus terus untuk ko ek. hehehhee

Anonymous said...

kita berjiran ker? :>

LadyTiz said...

inilah br digelar superwoman... wuhuuu~~

terbang menyelamatkan dunia!!