Thursday, May 29, 2008

Permainan jiwa ...

Permainan jiwa ni memang menyesakkan.
Entah kenapa sejak akhir-akhir ini emosi dan jiwa aku diuji sungguh-sungguh.
Samada hendak dilayan atau diabaikan. Akal juga yang perlu main peranan.
Emosi sedih dan lara aku sudah berjaya aku atasi. Perasaan itu aku jadikan dorongan untuk menjadi lebih baik.
Tapi aku kan manusia. Tidak mampu nak puaskan hati semua. Dalam masa yang sama hati sendiri perlu juga dijaga untuk tidak menjadi gila.
Seperti biasa ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja yang tak puas hati dan gemar adu domba. Gemar bermain api menyemarakkan rasa yang sudah terkilan.
Aduuhhh ... tiap aku juga yang jadi mangsa. Kenapa aku? Kenapa masih tidak puas hati?
Aku sudah menjauh diri. Aku tidak ganggu hidupnya lagi. Sebolehnya aku beralah dalam segala hal dan perkara.
Tapi tidak puas hati juga. Cari juga salah walau sekelumit cuma.
Mahu aku berdepan dan bertanya?
Tapi apa sudahnya?
Pasti berkerat arang pula nanti.
Jadi apa jadinya ... beralah terus?
Aku boleh ... tapi sampai bila hati terus dikacau gugat?
GILA!

Nota kecik-kenot:
Pada yang rajin jengah blog waris-waris aku ... silakan la ... dah ada entri baru :)

Sunday, May 25, 2008

:'(

* imejan diambil tanpa izin dari sini






Orang kata tangisan bisa meredakan kepedihan dan kesedihan
Tapi mengapa tangisan kali ini makin membarahkan kesayuan
Hingga tidak terdaya lagi hati ini menahan sebak di dada
Merobek jiwa dan perasaan
Ya Allah! Berikan aku kekuatan dan ketabahan dalam menerima ujianMu kali ini
Aku perlukan kekuatan itu ... sehingga tiba masanya ... masa yang akan menerjah
Bila dan ketika Kau menetapkannya ...

Dan pabila ketika dan saat itu tiba ... permudahkanlah Ya! Rabbi, permudahkanlah ...

Nota kecik-kenot:
:'(

Friday, May 23, 2008

BODOH!

Pengarah Eksekutif Womens Aid Organisation (WAO) Ivy Josiah tidak bersetuju dengan saranan PKPIM agar polisi pakaian seragam sekolah pelajar perempuan disemak semula. Ivy berkata yang perlu adalah untuk menyemak semula 'tanggapan-tanggapan salah' berkenaan pakaian wanita. Kata beliau kes rogol berlaku bukan kerana pakaian, ianya akibat kuasa yang si rogol rasakan ia miliki terhadap mangsanya.

*Sumber dari The Star. Cari sendiri la artikel pasal ni. Aku tak daya lagi ni ...

Kenapa yang bukan Islam sibuk? Suruh je la anak-anak perempuan korang pakai pinafore tu. Jangan pakai baju kurung sekolah. Isyyy .. nanti aku pulak dikatakan racist. hahahahah .. pedulik apa!?
Kalau macam tu baik semua perempuan kat Malaya tak payah pakai baju. Berbogel je ... sebab kes rogol bukan sebab pakaian kan kan kan ... duhh!!???!!!

Bodoh-bodoh kat SIS pun makin bengap! Ada ke nak kaitkan baju seragam putih tu dengan baju berkabung perempuan Melayu. HALOOOO!!! Masa arwah tok wan aku meninggal aku pakai baju merah lagi! Masa arwah atok suami aku meninggal, aku pakai baju warna warni tau!! Sejak bila berkabung pompuan melayu pakai baju putih semata??!! Pastu terus membodohkan diri sendiri dengan mengaitkan dengan nenek-nenek dan makcik-makcik dalam amno pulak dahh. adehhhhh .... sempitnya akaiiii ....

The Star dari hari ke hari nak mencabar Islam. Apa??!! Korang tau sangat ke pasal Islam? Bagi cadangan sikit dikatakan Taliban la, itu la ini la. Korang yang bukan2 Islam dalam Star tu jaga la agama korang sendiri. Sibuk nak campur hal ehwal orang Islam dan hukum hakamnya.

Aku ni dari dulu lagi dok terfikir kenapa kat Malaya ni takde satu pun NGO Islam yang betul2 kuat dan berwibawa. Yang boleh sangkal mangkuk-mangkuk hayun yang suka sangat sibuk hal orang Islam. PAS pun senyap je .. apa cerita?? dah menang terus jadi bisu?!

Dah la aku tak kebah demam lagi ni .. buat aku ngamuk je sampai terpaksa lepas geram dalam blog!?! huh!! &%*^#$%&#)_@(_)$#$*^$ ..

ok la ... nak sambung baring balik .. adehhhhh ...


UPDATE (8.50pm):

Mereka sering berkata, orang lelaki mesti jaga mata dari pandang yang bukan-bukan. Memang betul. Aku setuju sangat. Islam sendiri menyuruh umatnya lelaki yang beriman supaya menjaga pandangan mereka. Perkara yang sama termasuk untuk perempuan. Kan Islam saksama.

Jadi .. diandaikan lelaki-lelaki Islam kat Malaya ni semuanya beriman dan betul-betul jaga pandangan dari melihat perkara yang haram ... ALHAMDULILLAH. Tapi HAKIKATnya ... berapa kerat yang betul-betul macam tu??

Jadi .. diandaikan semua lelaki-lelaki beriman ini dah tunduk abih dan paling abih bila ada perempuan bukan muhrim lalu didepan atau ditepi depa ... adakah ini memberi lesen kepada perempuan-perempuan ini untuk lepas bebas berbuat dan berpakaian sesuka hati mereka?

Mereka boleh pakai coli dan seluar dalam sambil jalan-jalan di bandar ... boleh berbogel bila bershopping .. ehhhh .. kalau dah gemar berbogel tak perlu bershopping lagi. Budaya nudism di Eropah boleh dipraktikkan di Malaya. WOW!! pasti tiada jenayah seks termasuk rogol sebab semua lelaki Malaya sungguh-sungguh beriman dan menjaga nafsu mereka.

Tolonglah... setiap satu umat Allah ada tanggungjawab masing-masing. Kita memang boleh salahkan orang lain bila terjadi sesuatu musibah tapi adakah kita lihat dan peduli salah diri kita sendiri?

Biarlah orang Islam jaga agama Islam. Orang bukan Islam JANGAN dan TIDAK BERHAK campur sebab orang Islam tidak pernah dan TIDAK HINGIN nak campur agama kamu semua, sebab agama kami sudah cukup sempurna. Agama kamu, kamu punya ... jadi jaga bebaik. Agama aku .. ISLAM .. aku punya dan suka hati aku nak buat apa pun berlandaskan syariat yang telah ditetapkan agama aku.

Kalau masih tak faham .. belajar. Kalau tak nak belajar .. duduk diam-diam jangan menyibuk!

Tuesday, May 20, 2008

Saturday, May 17, 2008

Jalan-jalan

Ya. Ya. Patutnya bukan ini yang patut keluar. Isen yang sepatutnya disambung terbengkalai sekejap. Sebab satu hari sibuk dengan anak-anak. Kemas rumah. Suruh anak-anak basuh semua bilik air sementara ibu mop lantai satu rumah. Satu projek gotong-royong raksasa gitu.

Tengahari buat kek. Untuk harijadi Irfan (17hb) dan Zinnirah (14hb). Pastu masak untuk makan malam. Special la sikit. Sup daging, bawal sweet sour, ayam goreng, sayur sawi kicap. Lepas makan, potong kek. Lepas tu tapau lauk untuk hantar pada mak dan ayah di Alam Megah. Lepas Maghrib, bergerak ke Alam Megah.

Bersembang-sembang. Anak adik Aqil Najmi masuk hospital di Melaka. Adik yang keberatan untuk berpantang di rumah mertua terpaksa mengalah sebab suami beria-ia menyuruh. Aqil suka nangis malam. Bila Aqil nangis tak nak berenti walaupun dipujuk, didodoi, diberi susu ... adik pun nangis sama. Bila Aqil tetap dengan tangisnya, adik dah tak tau nak buat apa. Dia minta tolong pada mertua untuk belikan nestum. YAAAA ... budak belum sebulan dah nak dibagi nestum .. adehhhhh. Adik yakin anaknya lapar walaupun dah minum susu ... sebab Aqil asyik menangis.

Pergilah mertua membelikan setin nestum untuk Aqil. Adik bancuh campur dengan susu. Aqil pun hisap. Diam. Kemudian menangis. Lagi. Kali ni lagi teruk. Tangis bagai kesakitan. Adik periksa perut Aqil. Dah tegang. Dah keras perut Aqil. Adik nangis. Rupanya nestum yang dibeli sudah tamat tarikh luput. Adik panik. Beritahu mertua kenapa beli nestum tak periksa tarikh luput. Mertua selamba berkata .. "Tak tau pulak." Adik sudah bengang. Telefon suami yang ada di Lembah Klang, bekerja. Suami bergegas jemput Alya Qaisara dari rumah pengasuh dan terus pecut balik Melaka.

Aqil dibawa ke hospital. Kena tahan ..... Adik kata, x-ray semua ok. Darah ok. Kencing ok. Berak ok. Takde keracunan. Cuma perut tu je keras dek kekembungan. InsyaAllah, esok mungkin keluar hospital.

Aku menyaran supaya balik aje ke Lembah Klang ni. Mudah. Aku ada. Abang dia ada. Mak dan ayah pun ada. Bukan apa. Mertua rupanya tak pernah menjaga budak. Rupanya, masa mertua bersalin anak-anaknya, semuanya dibela dan diuruskan orang tuanya. Mertua hanya menyusu anak sahaja. Mungkin kerana itu, mertua tidak tahu nak buat apa bila sudah bermenantu dan bercucu.

Dipendekkan cerita .. lepas basuh pinggan mangkuk lepas ayah makan, aku pun berangkat nak balik. Anak-anak tak mahu balik. Nak jalan-jalan. Nak tengok Masjid Shah Alam dengan Masjid Negara. Aku turutkan. Sekali-sekala, apa salahnya. Nak bawa siang, panas. Malam sedap sikit berewang. Sejuk. Jalan tak sesak.

Singgah isi minyak distesen cengkerang. Sebab pam stesen ni laju. Tak macam pam stesen titisan hijau tu .. slow ya amat. Lepas isi perut kereta sampai separuh kenyang, perjalanan diteruskan menghala ke Shah Alam. Destinasi Masjid Negeri Selangor. Tiba di bulatan selepas Istana Shah Alam, terpampang masjid biru itu. Cantik.

Perjalanan terus ke Lebuhraya Persekutuan menuju ke ibu kota. 15 minit kemudian sampai di Kuala Lumpur. Aku tunjukkan Muzium Negara, Stesen KTMB dan akhirnya Masjid Negara. Gaya pelancong pula. Maklumlah dah berbulan tak masuk Kuala Lumpur. Itu aku. Anak-anak lebih lama dari aku.

Bila menuju ke arah dataran, aku kaget .. laaa jalan tutup la pulak. Ada lampu-lampu laser dan khemah berwarna ungu di atas padang Dataran. Kemudian teringat, malam ni malam Ahad .. memang ler jalan depan Dataran tu tutup untuk beri peluang pada manusia untuk berendek dan berpeleseran. Sungguh aku lupa .. sebab dah bertahun tak ke situ. Ada dalam 10 tahun kot tak ke pasar malam Jalan TAR. huhuhuhuhu ....

Ramainya umat. 95% Melayu yang mungkin beragama Islam. Mana yang duduk lepak ditepi bahu jalan, berjalan-jalan berpelukan sambil leher teleng ke bahu, mana yang duduk mengangkang di atas kapcai sambil upacara raba dan sentuh berjalan dengan lancar, mana yang keluarga membawa anak-anak kecil ..... hmmm macam tak sesuai sebab pandangan anak-anak kecil itu dinodai dek pemandangan yang jijik dan memualkan. Salah satu sebab aku sendiri tak pernah membawa anak-anak aku ke situ. Kasihan mata mereka.

Lepas pusing dan anak-anak dah puas jadi pelancong dengan ooooo dan aaaaahhhh .... destinasi seterusnya adalah .. RUMAH. Syabil dah ngantuk tapi katanya tak nak tidur sebab nak teman ibu. Yang lain semua dah pengsan, terlentuk. Aku bawak laju sebab kesian kat syabil. 10 minit dari Istana Negara hingga ke Plaza Tol Batu 3. Walaupun laju tapi masih berhemah dan berhati-hati.

Sampai di rumah jam tepat 11.06pm. Kepenatan. Lepas pastikan anak-anak semuanya selesa tidur di katil masing-masing, aku mula membuka fail dokumen kisah mentari merah. Jari-jemari mula menaip ... hmmmmm .... taip dan padam .. taip dan padam ... akhirnya aku tutup fail dan taip isen ini. hehhehehe

Esok-esok malam ajelah disambung cerita tu yea ....

Friday, May 16, 2008

Mentari Merah Nakba-Shatila

Wajah itu kusam tapi masih mampu tersenyum tatkala melihat sekumpulan anak-anak bermain di lorong sempit itu. Wajah itu jelas sekali telah dimamah usia. Wajah itu tersirat dengan pelbagai cerita suka dan begitu banyak duka. Garis-garis kedut di wajah seakan bercerita akan setiap detik kehidupannya. Sudah hampir 32 tahun pemilik wajah tua itu tinggal di penempatan daif itu. Tiada yang istimewa dan gah pada setiap rumah-rumah di sepanjang lorong sempit itu. Ada ratusan lorong-lorong kecil di daerah itu. Ribuan rumah biarpun seperti kotak yang sempit berbumbungkan atap zink, ianya syurga dunia bagi orang-orang sepertinya. Syurga Shatila. Syurga pelarian. Syurga bagi anak-anak itu.

Sana. Ya. Itu namanya. Biarpun wajah yang makin dijamah usia dan ketika itu nampak kelam dan kusam, masih terpampang iras kejelitaan ketika mudanya. Sinar mata itu. Sinar yang tidak dapat dinafikan mampu menusuk hati sesiapa sahaja yang memandang. Sinar yang garang. Sinar semangat yang tidak pernah luntur walaupun sesaat. Semangat mahukan keadilan. Semangat mahukan semula haknya. Haknya yang sudah dirampas dengan begitu kejam. Tanpa belas. Tanpa kasihan.

Sana Muhammad. Helaian rambut putih yang terkeluar dari hijab hitam yang dipakainya dihela perlahan. Dia masih lagi duduk diluar rumah kotak itu. Dia masih lagi duduk di atas bangku kayu yang ditukang sendiri anak lelakinya, Hussin. Hussin, satu-satunya zuriatnya. Anak yang dikandungnya ketika terpaksa meninggalkan kampung halaman. Anak yang lahir dibumi pelarian ini. Anak yang membesar di rumah kotak di lorong sempit ini. Anak yang hampir mati kerana tidak cukup makan. Anak yang sentiasa sakit kerana kurangnya zat dan ubat. Anak yang tidak dapat bersekolah dengan sempurna dek segala kekurangan. Anak yang sentiasa berlari ketakutan lalu menyorok dibawah satu-satunya katil di dalam satu-satunya bilik di rumah kotak keluarga itu, tiap kali mendengar bunyi letupan atau bedilan.

Ya. Dalam segala kepayahan itu, Hussin hidup. Dengan kuasa dan izin Allah, Hussin kini sudah pun mencapai usia 34 tahun. Hussin yang masih tidak berumahtangga. Hussin yang kini menyara mereka berdua selepas suami Sana meninggalkan alam fana ini 5 tahun lalu. Tidak banyak yang Hussin terima tapi memadailah dapat menjamah sedikit makanan sekali sehari. Rezeki Allah tidak pernah putus untuk mereka biarpun hanya sekeping roti yang dikongsi dua.

Sana tidak merungut. Dia malah bersyukur. Bersyukur kerana diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk terus hidup. Peluang untuk melihat anak-anak yang sedang seronok bermain itu. Seolah-olah tiada yang menghantui mereka. Seolah-olah kepayahan tiada dalam kamus hidup mereka. Gelak tawa mereka mengubat perit dihati yang tidak pernah pun sembuh.
Sana masih ingat. Ingatan pada peristiwa itu tidak pernah dan tidak akan padam sehingga Allah mencabut nyawanya.

Hari Ahad. Tengahari. Sana yang sedang sarat 8 bulan sedang berada di dapur. Biarpun hari itu suaminya tidak pulang makan tengahari seperti lazimnya kerana perjumpaan dengan pelanggan di pejabat, Sana menjamah beberapa butir tamar bagi mengisi perutnya. Makin sarat, makin kurang selera makannya.

Gelas yang berisi air suam dicapai dari atas meja. Dengan sekelip mata, gelas itu terjatuh dari genggaman. MasyaAllah … dentuman itu begitu kuat. Memang sudah lazim dentuman demi dentuman terjadi sejak kebelakangan ini.

“Yahudi jahanam betul-betul mahu mengusir umat Palestin dari tanahair tercinta ini. Ya! Allah berikan kami kekuatan. Ya! Allah selamatkan Palestin. Ya! Rahim selamatkan umatMu. Ya Allah! selamatkan suamiku. ” Doa tidak lepas dari bibirnya. Sana berjalan ke arah tingkap. Dari jauh kepulan demi kepulan asap kelabu di kaki langit Jaffa. Di salah satu bangunan di kota itu, suami Sana, Ahmed sedang berada. Hatinya berdebar-debar.

Sana mencapai talifon untuk menghubungi pejabat suaminya tapi talian sekali lagi telah mati. Pasti letupan itu telah mematikan semua talian komunikasi, detik hati Sana. Sana masuk ke bilik. Dicapainya radio kecil terletak dimeja kecil ditepi katil. Siaran radio Jewish Clandestine sedang ke udara. Seperti biasa sejak beberapa bulan yang lalu, siaran yang dalam bahasa Arab itu seolah-olah mengingatkan atau lebih tepat memberi amaran agar penduduk Jaffa segera meninggalkan kota itu.

“Tinggalkan Jaffa sebelum rumah-rumah kamu diletupkan. Tinggalkan Jaffa kerana apabila ianya berlaku, hanya sekumpulan gagak-gagak hitam yang akan meratap kemusnahan kediaman kamu.” Begitu angkuh.

Sana duduk di tepi katil. Tangannya mengurut-ngurut perut yang semakin membesar. Setelah 5 tahun menanti, anugerah inilah yang ditunggu-tunggu Sana dan Ahmed. Doa dan harapan mereka hanya pada bayi ini. Bayi yang bakal menyambung keturunan keluarga mereka. Suara amaran penuh angkuh dari radio masih lagi terngiang-ngiang di telinga Sana. Terus ingatan Sana terhambur pada apa yang berlaku beberapa minggu lalu.

250 saudaranya dibunuh kejam. Saudara Palestinnya dirobek badan mereka, ditikam, ditembak. Mayat mereka bergelimpangan. Ada yang dibuang ke dalam parit. Dicampak ke dalam perigi desa. Ada yang sudah tidak berkepala. Anak-anak kecil. Wanita muda. Wanita tua. Wanita hamil. Tiada pilih kasih. Tiada berkecuali. Semuanya dikorbankan demi cita-cita besar Yahudi. Kampung kecil Deir Yassin dipinggir bandar Jerusalem musnah. Penduduknya dicabut nyawa mereka seolah-olah tiada harga nyawa mereka itu. Tanpa perikemanusian, mahupun perikebinatangan. Dan salah seorang dari mereka, adik perempuan Sana yang sedang hamil 3 bulan. Rania telah diperkosa dan dibunuh. Perutnya robek. Mayatnya dibiar terperosok dibawah dapur. Anak perempuan Rania, Wadha berusia 3 tahun. Sama nasib anak kecil itu. Setelah ditembak, mayatnya dihumban ke dalam parit depan rumahnya. Suami Rania, Abdullah sehingga hari ini masih lagi hilang.

Lamunan Sana tersentak tatkala mendengar ketukan kuat di pintu unitnya yang berbilik 3 di tingkat 2, apartment bertingkat 5, dipinggir bandar Jaffa itu. Air mata yang mengalir laju ketika mengenang kejadian yang menimpa satu-satunya keluarganya yang tinggal, disapu menggunakan hujung tangan baju. Ahh ... pasti Ahmed, detik hati Sana sambil memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi. Berlari dia ke arah pintu.


bersambung….

Thursday, May 15, 2008

Hadiah untuk Zinnirah ...

Memandangkan ibu kekurangan pitih .. ibu telah memerah daya kreativiti otak dengan menggunakan barangan terpakai dan apa yang ada dalam rumah untuk menghasilkan sebuah hadiah ulangtahun ke-8 yang ibu harap Zinnirah akan suka dan gunakan selalu.
Resepinya:
Halaman white board terpakai (bukan yang keras tu)
Super Glue
Kertas-kertas warna warni (dibentuk mengikut kesukaan hati)
Kertas Manila untuk border
Gunting

Hasilnya lebih kurang cenggini la:

*Message board Zinnirah*


Nota kecik-kenot:
Lepas ni nak kena perah otak lagi untuk hasilkan something untuk Irfan pulak. hmmm .. ANY IDEA what to make for a 10-year-old boy?

Tuesday, May 13, 2008

13 Mei - 39 Tahun Sudah Berlalu (Akhir)

Bab X
Mabok "Kemenangan"

Muka 87
... Sebagaimana yang telah saya sebutkan di-atas tadi, keputusan2 pilehanraya pada kali ini telah memeranjatkan semua pehak parti2 politik. Saya perchaya mereka yang se-habis terperanjat sa-kali ia-lah DAP dan parti baru Gerakan di-atas kejayaan2 yang mereka sendiri tidak sangka. Mereka terus merasa sombong dan bongkak.
Dengan kelakuan sombong yang mereka tunjokkan itu, maka tidak-lah boleh hendak disalahkan jika pelawat2 dari luar negeri menyangka bahawa parti2 itu-lah yang telah memenangi pilehanraya2 itu pada keselurohan-nya. Parti2 itu dengan tidak berlengah2 lagi mengatorkan perayaan2 menyambut 'kemenangan' mereka.
Pada pagi Ithnin, 12hb Mei, Dr Tan Chee Khoon yang telah memenangi kerusi dalam kawasan Batu, Selangor dengan kelebehan undi yang besar, telah meminta kebenaran Polis untok mengadakan satu perarakan kemenangan oleh anggota2 Parti Gerakan-nya. Satu permit telah di-keluarkan dengan sharat perarakan itu melalui jalan2 yang telah di-setujui oleh polis. DAP pula telah membuat keputusan hendak mengadakan perarakan pada hari esok-nya, hari Thalatha, 13hb Mei dengan tidak mendapatkan kebenaran polis. Chadangan ini tidak di-teruskan. DAP telah champor sama dalam perarakan Gerakan.

Muka 90
...Sa-telah perarakan yang berlesen itu tamat, perarakan2 haram yang penoh dengan perbuatan dan kelakuan biadab dan samseng telah di-adakan. Mereka telah melanggar perentah2 polis, dan melalui jalan2 yang tidak di-beri kebenaran sa-hingga menggendalakan lalu lintas. Perasaan gila kemenangan telah memunchak dan tidak terkawal lagi, dan pehak Komunis pasti pula mengambil kesempatan menghasut dan menghangatkan perasaan mereka. Orang2 yang menang pilehanraya itu telah membuat satu kekhilapan yang besar, sa-kali pun mungkin mereka tidak bertanggong-jawab atas kejadian itu.
Perarakan haram ini telah masok ka-Jalan Campbell dan Jalan Hale, ia-itu jalan2 menghala masok ka-Kampong Baharu di-mana tiga puloh ribu orang2 Melayu telah hidup dengan rukun damai dalam kawasan mereka sendiri yang terletak di-tengah2 bandar Kuala Lumpur dari semenjak bertahun2. Jalan Hale ia-lah sa-batang jalan besar di-Kampong Baharu. Di-sapanjang2 jalan itu mereka telah bertempek sorak, dan apakala mereka berada di-kawasan orang2 Melayu itu, mereka telah mengejek2 dan menunjokkan kebesaran mereka untok menaikkan perasaan marah orang2 Melayu.

Nota: Ada gambar dalam buku ini yang menunjukkan orang2 Cina yang menyertai perarakan 'kemenangan' pada 13 Mei telah menunjukkan batang-batang penyapu kepada orang-orang Melayu yang membawa maksud "penyapu untok menyapu orang2 Melayu."

(Gambar diambil tanpa kebenaran dari sini)

Menarik kan ... saling tak tumpah macam Khir Toyo yang anugerah penyapu pada staff dia sendiri.

Bab XI
Api Menyala Malam

Muka 98
... Dia (KSU sulit Tunku) telah memberitahu saya bahawa Umno akan mengadakan satu perarakan untok merayakan kemenangan parti, dan mereka yang akan mengambil bahagian akan berhimpun di-rumah Menteri Besar Selangor, Dato' Harun bin Haji Idris di-Jalan Raja Muda.

Muka 99
... Tunjok2 perasaan yang di-lakukan oleh Gerakan pada 12hb Mei bukan sahaja telah menimbulkan perasaan marah orang2 Melayu bahkan juga telah menyakitkan hati mereka. Saya sendiri bimbang perarakan yang akan di-adakan oleh Umno itu mungkin membawa kapada kekachauan.

Muka 100
... Dalam masa kami (Tunku dan Tun Sambathan) melanjutkan perbualan2 itu, satu panggilan talipon telah di-terima pada jam 6.45 petang, meyatakan bahawa satu kejadian yang ngeri telah berlaku di-Jalan Raja Muda dalam mana beberapa orang China telah di-serang.

Muka 101
Tidak lama kemudian, Enche' Mansor, Ketua Lalu Lintas Polis Kuala Lumpur, dan satu dua orang lagi telah datang berjumpa saya dan memberitahu bahawa beberapa kejadian pembunohan telah berlaku. Bandar Kuala Lumpur terus di-letakkan di-bawah perentah berkurong mulai 7.00 petang. Pasokan2 Keselamatan telah keluar mengawal dan ashkar2 telah di-panggil untok membantu.

Muka 106
... Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran2 dan dapat di-lihat dengan jelas daripada rumah saya yang terletak di-atas bukit. Ini-lah satu pandangan yang sangat meyedehkan dan saya tidak sangka saya akan menyaksikan kejadian yang saperti itu sa-masa hayat saya. Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha2 saya dalam beberapa tahun yang lepas untok menjadikan Malaysia sa-bagai sa-buah negara yang bahagia dan aman, dan juga menghanchorkan impian saya hendak menjadi Perdana Menteri yang sa-habis2 bahagia sa-kali di-dalam dunia.

Muka 109
... Ketika mereka sedang berhimpun di-halaman rumah Dato' Harun, tiba2 perkhabaran telah di-terima yang menyatakan bahawa orang2 China telah menyerang orang2 Melayu di-Setapak, kira2 satu atau dua batu hala ka-Utara, sa-masa orang2 Melayu itu sedang dalam perjalanan hendak mengabil bahagian dalam perarakan yang akan bergerak dari Jalan Raja Muda. Perkhabaran itu segera menaikkan berang orang2 Melayu yang sedang berhimpun, dan mereka terus mengamok dengan tidak dapat di-kawal lagi. Dua orang China yang melalui jalan itu dengan menonggang motosikal telah di-serang dan di-bunoh. Dengan itu bermula-lah rusohan 13hb Mei yang meletuskan kekachauan yang belum pernah berlaku saperti-nya dalam sejarah Malaysia.

------------------------------------------
Begitulah sedikit sebanyak petikan-petikan tulisan Almarhum Tunku dalam bukunya. Buku yang setebal 259 muka ini memang amat menarik dibaca, sementelah bahasa dan tulisan rumi Melayu lama yang sangat unik. Secara peribadi buku ini aku anggap lebih kepada satu tulisan propaganda.



Pada yang berminat, eloklah cari dan baca buku ini. Memang menarik dan secara tidak langsung banyak pengajarannya juga.

Nota kecik-kenot:
Sempena usia rusuhan 13 Mei telah mencapai 39 tahun hari ini .... aku ingin mengucapkan SELAMAT HARIJADI kepada 13May. hehehehhee ....

Selingan ...

Selingan 10 perkara ...

1) Lupa nak war-warkan. Adik yang bongsu baru dapat baby baru 25 April lalu. ya ya .. dah nak sebulan baru nak bagitau. hehhehehe ... Aqil Najmi namanya. Boleh la berkawan dengan Ali Qa'id.
Adik lelaki yang nikah bulan 12 tahun lepas, zaujahnya dah mengandung 3 bulan lebih. Hujung tahun ni InsyaAllah dapat anak penakan baru lagi.

2) Syabil tanya Batu putih yang jadi hitam tu siapa punya dan macamana boleh ada kat Mekah. Aku jawab Batu tu namanya Hajratul Aswad. Allah punya dan asalnya dari Syurga. Allah yang turunkan.
Logik akal Syabil berkata ... kenapa ada SATU je. Kan bagus kalau ada one hundred .. senang orang nak tengok dengan cium. Tak payah beratur-atur.

3) Zinnirah dan Irfan mula peperiksaan pertengahan tahun hari ni. Aku yang nervous. Ya Allah .. bukakan hati dan akal mereka. Permudahkan mereka untuk menjawab setiap butir soalan. Berikan mereka ketenangan dan kelapangan hati dan fikiran pada anak-anakku Ya Allah .... Aminnnn ....

4) Ali dah 3 bulan lebih. Sekejap je masa berlalu. Dah pandai "Auwww .. Gooo Gaaa ..." Suka bersembang. Pandai gelak dan senyum bila diagah. Sedih mencebik bila dengar Nisaa' menangis.

5) Ya. Ya. Patutnya dah lama aku tayang gambar budak2 tapi ... hmmm susah benor nak explain. Aku cuba ikhtiarkan la ya ...

6) Hari Ibu aku disambut dengan berspring cleaning. Dan YES!!! Semua 'harta khazanah' suami aku telah berjaya aku singkirkan dari stor. Adalah dalam 6 kotak yang berjaya aku buang. hahahhahaa ... termasuk satu plastik besar yang penuh dengan botol-botol plastik yang berbentuk seperti buah pear. Memang comel tapi menyemak!!
Errr ... ada satu lagi kotak plastik besar yang masih tidak berjaya diungkai 'misterinya'... bilalaaa nak sambung ...

7) Hanya Nisaa' seorang yang panggil adiknya dengan panggilan nama penuh Ali Qa'id. Tapi dia sebut .. Ali Ku'id. hehehehehe

8) Esok, Rabu 14hb .. harijadi ke-8 anak gadis aku Zinnirah. Dah besar anak ibu ....

9) Selang 2 hari ... 17hb .. ulangtahun ke-10 Muhammad Irfan pula. Dah besar tinggi menjulang anak teruna ibu ...

10) Errrr ... siapa tahu tajuk lagu Awie yang lirik dia ada "Satu .. kasih nan abadi .. tiada tandingan DIA yang satu .. Dua .. sayang berpanjangan membawa ke syurga kasihnya Ibu .. Tiga .. lapar dan dahaga .. rela berpayahan kasihnya Ayah ... bla bla bla ... "

Sunday, May 11, 2008

13 Mei - (2)

Rasa syak parti pemerintah terhadap rakyat sendiri memang telah terpupuk sejak zaman berzaman. Jika rakyat secara 'tiba-tiba' membuat keputusan untuk tidak menyokong parti yang memerintah, secara melulu rakyat akan dikatakan telah disogok dan sudah ditipu. Sentimen perkauman terus dimainkan.

Adakah rakyat betul-betul bodoh, lurus bendul dan tidak boleh berfikir secara waras?

Sejak dari mula lagi prejudis itu menebal terhadap parti pembangkang terutamanya PAS. Bukan itu sahaja, pemikiran dan kepercayaan mereka bahawa mereka 'sepatutnya' terus dibiar memerintah kerana telah 'berjasa' kepada rakyat dan negara, sangat menebal sehingga kini.

Muka 31
... Mungkin mereka telah menerima arahan daripada pehak2 tertentu, atau pun mereka telah di-ugut dan mereka mengundi Parti2 yang menentang Perikatan kerana takut. Apakala salah sa-orang daripada mereka itu di-soal kenapa mereka telah pergi ka-pondok chalun PAS, ia telah menjawab bahawa tidak ada sebab bagi orang2 China takut kapada PAS di-Kedah atau di-mana2 tempat yang lain sekali pun Parti itu mempunyai dasar anti orang2 China, kerana orang2 China di-Kelantan tidak teraniaya sekali pun Parti itu berkuasa di-negeri itu.
(Sangat prejudis andaian Tunku. Satu pemikiran yang telah berakar umbi dalam Amno sehingga kini.)

Muka 32
... Allahyarham Dato' Onn dengan sa-chara tidak langsong ada-lah bertanggong-jawab melahirkan PAS semasa beliau menjadi Yang di-Pertua Agong Umno. Ketika itu Badan yang tersebut di-namakan Jawatankuasa Ugama yang mempunyai tujuan untok menasehatkan Umno dalam segi ugama.
Bila Dato' Onn meninggalkan Umno, ahli2 Jawatankuasa Ugama itu kemudian-nya telah menukarkan chorak ugama kepada politik supaya dapat-lah ia-nya bertanding di-dalam Pilehanraya2 di-atas nama-nya sendiri.

Bab VIII
Pengundi2 Membuang Undi

Muka 73
... Mungkin juga boleh difahamkan bahawa pada hari itu saya bukan-lah sa-orang Perdana Menteri lagi tetapi sa-bagai sa-orang chalun yang menyerahkan nasib-nya kapada pengundi2 untok mendapat-kan persetujuan mereka menurut asas2 demokrasi.
... Surohanjaya Pilehanraya telah mengambil tanggongan yang penoh untok mengawal Pilehanraya itu, dan sa-belum pengundi2 memberi mandat mereka, dan sa-belum laporan2 di-terima menegani pengundian itu, tidak ada siapa pun yang dapat meramalkan hasil Pilehanraya itu.
Sunggoh pun terdapat kempen2 yang liar yang belum pernah saya alami di-masa yang lepas, saya merasa bagitu yakin bahawa Parti Perikatan akan menang sa-kali lagi dengan kelebehan dua pertiga sa-bagaimana dalam Pilehanraya2 yang lalu.

Bab IX
Hasil2 Yang Mengejutkan

Muka 80
...Perikatan boleh merasa yakin bahawa dengan jasa2 yang telah di-buat oleh-nya itu, ia akan mendapat sokongan daripada pengundi2, dan sa-kali pun boleh diramalkan keputusan2 Pilehanraya itu dengan berdasarkan kapada sambutan yang bagitu kechil terhadap parti2 lain di-masa2 yang lepas, tetapi puak2 pembangkang menggantongkan harapan-nya di-atas kemungkinan2 berlaku-nya sikap berpaling tadah di-kalangan pengundi2.

*Untuk rekod, waktu mengundi dulu sampai 8 malam.

Muka 82
... Sa-bagaimana yang telah berlaku dalam Pilehanraya2, keputusan pengiraan undi bagi kawasan2 dalam bandar telah di-ishtiharkan lebeh awal dari keputusan2 bagi kawasan2 luar bandar yang pengundi2-nya berselerak. Dari keputusan2 awal yang telah di-ishtiharkan sa-lepas sahaja dari tengah malam, maka terbayang-lah bahawa Perikatan di-Pulau Pinang akan hilang kuasa-nya.

... Pengundi2 di-Pulau Pinang, ia-itu sa-buah negeri yang terkenal sa-bagai sarang puak2 pelampau di-masa yang lepas, tidak lagi mempunyai Parti Buroh untok di-sokong, tetapi kejayaan Parti Gerakan, ia-itu sa-buah parti yang baru yang sa-orang demi sa-orang chalun2-nya telah berjaya di-perengkat negeri, ada-lah menunjokkan bahawa sikap berpaling tadah telah berlaku di-negeri itu. Sa-lepas daripada beberapa keputusan lagi di-ishtiharkan, maka makin jelas-lah bahawa Perikatan tidak ada harapan lagi untuk memegang kuasa di-Pulau Pinang.

... Keputusan2 yang memeranjatkan telah di-siarkan melalui radio dan talivishen. Parti2 Gerakan dan DAP telah mendapat kejayaan2 yang besar dalam kawasan2 Negeri Selangor, dan sa-lepas itu saya merasa amat terharu kerana keputusan2 di-negeri Kedah juga telah menunjokkan kekuatan Umno di-negeri itu juga telah goyang.

Muka 83

... Umno telah mengalami beberapa kekalahan di-dalam negeri saya sendiri sa-kali pun sa-tengah2-nya dengan kekalahan undi yang sangat kechil. Mithal-nya Menteri Penerangan dan Penyiaran, Enche' Senu bin Abdul Rahman telah tewas hanya dengan kekurangan lapan puloh lapan undi sahaja. Kira-nya beribu2 orang China memberi undi mereka kapada-nya, tentu-lah dia telah berjaya. Bagitu-lah juga keadaan yang terjadi di-atas diri Dr. Mahathir dan Enche' Mohamed Zahir.

.. Perbuatan berpaling tadah ini telah timbul dengan bagitu besar sa-hingga saya sendiri chuma dapat kelebehan undi kira2 tiga ribu, walhal di-masa yang lepas saya sentiasa-lah mendapat kelebehan undi sa-banyak sa-belas ribu atau pun lebeh.
(Sindrom menyalahkan orang lain daripada melihat kesilapan diri sendiri telah lama wujud dalam diri mereka-mereka ini. Sudah menjadi sifat yang diwarisi.)



.... bersambung.

Thursday, May 08, 2008

13 Mei - Countdown (1)

Dengan izin Allah s.w.t .. bermula malam ini aku akan memetik rangkap-rangkap nukilan Perdana Menteri Malaysia yang Pertama Tunku Abdul Rahman dari naskhah tulisannya "Sa-belum dan Sa-lepas Mei 13" terbitan Penerbitan Utusan Melayu, Kuala Lumpur.


Buku ini ditulis ketika Tunku berada 'sa-lama sa-puloh hari dan sa-puloh malam' di Hospital Universiti, Kuala Lumpur ketika menerima rawatan dan pembedahan mata, bermula 6 Jun 1969. Buku diterbitkan pada September 1969 dalam 3 edisi Inggeris, Rumi dan Jawi. Buku ini Ayah yang 'turunkan' untuk aku. Dia pernah menjadi totok parti keris itu. Malah pernah menjadi salah seorang anggota kumpulan koir parti itu setiap kali mereka bersidang lapang. Sekarang ...

Oh ya ... coretan tidak akan dibuat 5 hari berturut-turut tapi mengikut kelapangan waktu ibu beranak 5 ini. Harap maklum ya :-D

Diharap di hari negara ini akan menyambut 'ulangtahun' ke 39 peristiwa berdarah itu, diharap aku dan mungkin kamu dan kamu dan kamu yang membaca akan sedar akan bahayanya lakonan yang kini sedang dimainkan 'mereka-mereka' itu. Kamu dan kamu dan kamu tahu siapa 'mereka-mereka' itu. Jadi, tidak perlu aku menerangkan dengan terang.

Naskhah Tunku ini ditulis beberapa bulan selepas berlakunya peristiwa kekacauan kaum yang terjadi akibat parti GERAKAN yang ketika itu bertindak sebagai parti pembangkang, menang besar dalam pilihanraya umum pada tahun itu. Kekacauan antara 2 parti utama ketika itu - Gerakan sebagai pembangkang dan Umno sebagai parti tunjang dalam Perikatan.

Apa yang terjadi sekarang hampir serupa seperti apa yang terjadi pada tahun 1968 hingga 1969. Peristiwa-peristiwa yang berlaku dulu seolah terjadi lagi kini. Dan jangan terkejut jika mereka-mereka akan menggunakan alasan-alasan ini untuk memulakan apa yang tidak sepatutnya.

Bab II - Bayangan Masa Lampau

Muka 15
... Terdahulu daripada kejadian itu, tahun 1968 boleh-lah di-katakan aman di-dalam gelanggang politik sa-takat yang mengenai dengan Parti2 Pembangkang. Satu sahaja perkembangan yang baharu yang telah berlaku, ia-itu pengishtiharan bagi menubohkan sa-buah Badan Politik yang baru dalam bulan April, ia-itu Parti Gerakan, yang terdiri dari mereka yang menggelarkan diri mereka bijak pandai dan orang2 terpelajar yang pendirian-nya tidak sesuai dan menentang dasar2 Kerajaan Perikatan.
(Sekarang PKR?!)

Muka 16
... Tiba2 Parti Buroh telah meniru satu lagi perbuatan Barisan Sosialis, ia-itu satu langkah yang belum pernah terjadi di-dalam Negara kita yang demokratik dari semenjak merdeka. Mereka telah mengishtiharkan bahawa mereka akan menarek keluar dengan serta-merta kesemua ahli2-nya dari Parlimen atau Dewan2 Undangan Negeri. Dalam Parlimen mereka mempunyai dua orang ahli, ia-itu Dr. Tan Chee Khoon dan Enche' Lim Kean Siew.
Keputusan itu telah menimbulkan keadaan kelam-kabut dan perpechahan di-kalangan ahli2 mereka sendiri.
(Ura-ura Anwar untuk menarik ADR untuk lompat parti demi untuk jadi PM?!)

Bab III - Pilehanraya Umum

Muka 18
... Parti2 Politik pun mula-lah melipat-gandakan kempen2 yang telah pun mereka jalankan terdahulu dari ini sa-chara bersulit2. Dari perkembangan2 yang berlaku sa-lepas dari itu, maka dapat-lah di-duga bahawa Pilehanraya pada kali ini akan menjadi sunggoh hebat. Gerakan2 politik bertambah2 kuat dijalankan, dan apabila Hari Penamaan Chalun hampir tiba, berbagai2 tekaan di-atas pemilehan chalun telah timbul; dan Parti2 lawan pula sekali lagi telah chuba bersatu untok menentang Perikatan. Usaha mereka itu telah gagal, tetapi persetujuan terchapai di-kalangan beberapa buah Parti untok tidak bertanding antara satu sama lain.
(Agak sama kan suasana semasa PRU-12 yang lalu. Pakatan pembangkang yang kini membentuk PR)

* Untuk rekod, Perikatan pada ketika pilihanraya 1969 telah ditentang 6 buah parti pembangkang iaitu PAS yang ketika itu berkuasa di Kelantan, Gerakan, DAP, PPP (yang kini diterajui Kayveas) , Parti Rakyat dan Pertubohan China Malaysia Bersatu (UMCO).

Muka 21
... Dari permulaan kempen itu, PAS telah memainkan sentimen2 perkauman dan ugama untok mendapat sokongan dari orang2 Melayu di-Negeri2 selain dari Kelantan di-mana mereka telah pun memegang kuasa. Di-satu pehak lagi yang juga menjalankan kempen dengan bersunggoh2 ia-lah DAP, Gerakan dan PPP yang telah mengapi2kan perasaan dan sentimen orang2 China, dengan mengatakan bahawa mereka akan merampas hak2 orang2 Melayu sebagaimana terchatit dalam Perlembagaan; dan menekankan bahawa mereka akan mengamalkan dasar berbilang-bahasa di-Malaysia jika mereka menang dalam Pilehanraya itu.
(Lihat! Apa yang didakwa Tunku dulu, kini turut diapi-apikan oleh mereka-mereka itu! Seolah-olah mereka TIDAK langsung bermain sentimen sehingga keris bogel dijulang ke langit demi Ketuanan Melayu!)




... insyaAllah akan bersambung.

Wednesday, May 07, 2008

Kalau ...

Sungguh aku merasa seolah-olah negara ini akan 'berperang' semula. Maksud aku, berpilihanraya semula. Semua isu-isu yang dimainkan dan dicanangkan lebih canggih dari masa pilihanraya.

Buat aku terfikir ... seronok juga kalau aku masih lagi wartawan di masa-masa begini. Seronok pulangkan soalan-soalan batu buah keras. Melantun-lantun gamaknya ...
Bayangkan ... di sidang akhbar TPM yang membuat kenyataan tiada siapa patut pertikai keputusan Sultan Perak. Terus aku akan angkat tangan untuk bertanya soalan ...

"Datuk Seri ... bagaimana pula dengan tindakan 23 ADUN Terengganu yang terang-terangan mempertikai keputusan pemangku Sultan mengenai perlantikan Menteri Besar Terengganu? Dan apa pula tindakan yang telah diambil PDRM terhadap kumpulan yang merentang kain menggelar Sultan sebagai Natang atau Binatang? Minta Datuk Seri komen juga kenyataan Perdana Menteri yang turut mempertikai perlantikan berkenaan dengan menyatakan ianya tidak mengikut perlembagaan, sama seperti apa yang diutarakan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam."

Apa rasanya komen anak sulung bekas perdana menteri Malaysia ke-2 yang tak pernah hidup susah dan tak pernah berjimat tapi suruh rakyat yang susah papa kedana untuk berjimat cermat, ketika isteri dia boleh pergi ke luar negara berbelanja ratus ribu tak ingat dunia akhirat.

Pada aku yang tak berapa nak reti pasal perlembagaan ni .... the sultan has the right to do what he 'thinks' right within his rights. There might be a wisdom as to why he had asked the Menteri Besar to reinstate the joker. I refuse to speculate what was in his mind.

Yang lawaknya, semua habis kecoh pasal hal ni. Menyalak. Sungguh. Kalah salakan anjing liar. Sebetulnya aku bukannya suka si Benggali tua tu. Dia dah nyanyuk bagi aku dan suka buat statement yang mengarut semata-mata mahu dilihat masih relevan dalam dunia politik negara. Sepatutnya dia dah lama bersara. Biar anak dia si YB Puchong tu pulak melompat-lompat dan meroyan kat parlimen.

Semua sekarang dah pakat lupa dan buat-buat tak ingat apa yang jadi kat Terengganu dan Perlis yang pada aku lagi parah dari apa yang jadi kat Perak. Sah-sah MB Perak tak bantah titah sultan dia. Cuma si benggali tua tu je yang buat teguran berdasarkan tafsiran perlembagaan yang dia faham. Lagipun, teguran dia tu secara tak langsung membela gak puak-puak yang kurang ajar dan membinatangkan sultan terengganu yang juga Agong Malaysia ni.

Sekarang kemungkinan pendakwaan akan dibuat. Rajin si Ghani ya. Yang kat Terengganu tu dah terang lagi bersuluh menghina tak pulak didakwa. Padahal berlambak laporan polis dah dibuat. Lawak sungguh depa ni.

Hah! Ada pulak sorang manusia bengong yang kononnya lulusan UITM dah buat laporan polis pasal dakwa dia kerajaan negeri Selangor yang baru masih tempoh pantang 2 bulan tak tunaikan janji-janji yang dibuat dalam manifesto pilihanraya. Dia kata, "Tipah tertipooooo ....". Dia rasa diperdaya.
Lagi satu bengong. Buka pekong di dada. Mengaku lulusan universiti tapi boleh tertipu dan terperdaya. hahahahhahahaha
Kalau aku jumpa budak lulusan universiti tu aku nak tanya ... errr kalau aku masih wartawan laa kan ...

"Saudara/Saudari tidak berhasrat untuk ambil tindakan yang sama terhadap kerajaan persekutuan yang banyak juga membuat janji sejak 50 tahun dulu tapi banyak juga tidak menepati janji?"

Rasanya apa agaknya lulusan universiti tu nak jawab ya?!

Itu belum lagi apa si Chedet cakap tadi. Wahhh! Katanya kalau negara dipimpin pembangkang, depa akan mempertikaikan hak-hak sultan melayu sebab sekarang pun dah macam tu. Huh?!
Gamaknya siapa yang mula plot pertikaian hak dan kuasa sultan-sultan ni? Bukan dia ke?
Apa rasanya aku nak tanya kat dia kalau aku wartawan lagi ...

"Bukankah kerajaan BN yang memulakan pertikaian mengenai hak dan kuasa raja melayu sepertimana yang Tun lakukan selepas 2 tahun menjadi Perdana menteri pada tahun 1983 dengan meminda perlembagaan bagi menghadkan kuasa2 raja melayu. Jadi mengapa teguran pihak lain selain parti pemerintah dianggap satu aksi penderhakaan dan penghinaan terhadap raja-raja melayu sedangkan pindaan yang dibuat pada zaman Tun berkuasa tidak membolehkan raja-raja melayu terlibat secara langsung dalam politik dan pengendalian pentadbiran kerajaan?"

Wahhhh ... seronok berangan tapi itulah ... sekadar angan yang penuh dengan kalau itu dan ini .... macam la kalau aku masih wartawan ... depa akan bagi aku tanya macam tu .. mesti kena halau punyalah ... hahahhaha

Hmmmm .... Lepas ni lawak apa pulak badut-badut tu nak buat. Elok juga ... hilangkan sikit stress aku dengan banyak ketawa. Bak kata orang putih ... Laughter's the best Medicine.
hahahahahahahhahhahahaaaaachhhhoooooommmmmm! .... adehhhhhh

Nota kecik-kenot:
Rujuk artikel di sini berkaitan apa yang berlaku di zaman Tun mengenai hak dan kuasa raja-raja melayu. It is really a good read.

Monday, May 05, 2008

Maaf (2)


Lokasi: Ruang makan
Masa: 9.15am

Ibu sedang memakaikan baju si kecil yang baru selesai dimandikan. Sambil dipakaikan pakaian, si kecil teragah-agah sambil ketawa.
Gadis kecil yang masuk mencecah usia 2 tahun awal bulan April lalu sedang menyuap kepingan roti ke dalam mulut. Sambil makan, sambil menyanyi. Lagu kegemarannya ketika ini ialah lagu Negaraku. Walaupun lirik telah diubahsuai mengikut seleranya sendiri, irama lagu kebangsaan itu tidak sedikit pun lari.

Nisaa':
Taja tita ima nini talaaaa .....

Ibu:
Nisaa'... masa makan tak baik nyanyi.

Nisaa':
Okey .... taja titaaaaa ima nini talaaaaa ...

Ibu:
Syabil ... ibu nak tanya ni. Syabil kena jujur ya .. tak boleh tipu nanti Allah marah.

Syabil:
Mesti nak tanya pasal sabin kena denda kan. Allah marah kita boleh mintak maaf kan?

Ibu:
Boleh .. tapi lagi bagus tak buat Allah marah. Kita orang apa?

Syabil:
Orang Islam. Orang Islam tak boleh bohong.

Ibu:
Ok. Cuba syabil cerita balik pasal syabil kena denda kurung dalam stor semalam/

Syabil:
Kan sabin kata sabin nakal dengan bising. cikgu denda la sabin.

Ibu:
Ok. Syabil buat apa sebenarnya?

Syabil:
Iya laaa ... sabin sembang2 dengan kawan. Kononnya cikgu nak solat. Cikgu cakap tak boleh bising. Sabin sembang jugak dengan kawan-kawan. Bising. Cikgu marah la sabin.

Ibu:
Kenapa syabil sorang je yang kena denda? Kan sembang sama2 dengan kawan.

Syabil:
Eh! kawan sabin pun kena denda la.

Ibu:
Masuk stor jugak?

Syabil:
Ya la. Stor tu dekat dengan kantin.

Ibu:
Masa cikgu bawak syabil nak kurung dalam stor, syabil ikut je ke ... syabil tak nak?

Syabil:
Sabin tak nak tapi cikgu tarik kerusi. Kononnya ini kerusi sekolah kan .. cikgu pegang kat sini kat tempat sandar sebab sabin tak nak bangun. (dalam waktu yang sama dia membuat demonstrasi bagaimana cikgu menarik kerusi.)

Ibu:
Pastu?

Syabil:
Pastu dia tarik tangan sabin.

Ibu:
Masa dalam stor tu sorang ke dengan kawan?

Syabil:
Sorang .. eh! sat .. sabin lupa ... luqman pun ada la.

Ketika ini ibu sudah merasakan ada yang tidak kena. Terlalu banyak kontradiksi dalam fakta yang diberi.

Ibu:
Takut? Buat apa?

Syabil:
Takut. Kitaorang sembang2.

Ibu:
Lama?

Syabil:
Entah ... lama kot.

Ibu:
Dah berapa kali syabil kena denda?

Syabil:
2 kali kot ...

Ibu:
Kenapa tak bagitau ibu?

Syabil:
Entah .. lupa pulak sabin ... hehehhee

Ibu
Ok .. ibu nak tanya ni. Syabil sayang ibu tak?

Syabil:
Iyaaa .. sayang la.

Ibu:
Syabil bagitau ibu betul2 .. betul ke cikgu denda kurung dalam stor? Kena jujur kan ...

Syabil:
.............. errrr .... sebenarnya sabin saja-saja je. Sabin main-main je.

Ibu:
Kenapa buat cerita macam tu? Tak baik .. kesian cikgu.

Syabil:
Entahhh .. tak tau. Sabin tiba-tiba je ingat macam tu ...

Ibu:
Tak baik buat cerita tak benar. Kesian cikgu. Dia ajar syabil nak bagi syabil pandai tapi syabil buat cerita tak bagus macam tu. Nasib ibu atau ayah tak pergi tanya cikgu ... kalau pegi, mesti cikgu syabil sedih. Ibu sedih syabil buat cerita macam tu ...

Pada ketika itu, Syabil sudah berubah air muka. Dari ceria bercerita ... wajahnya bertukar mendung. Mungkin baru terlintas difikirannya apa yang dibuatnya sebenarnya tidak betul. Ada riak mahu menangis.

Ibu:
Syabil kena minta maaf kat cikgu sebab syabil buat cerita bohong macam tu.

Syabil sudah mula menangis.

Syabil:
Ibuu .. sabin mintak maaf. sabin sedih sangat ...

Ibu:
Ok. Lain kali jangan buat macam tu lagi. Nanti takde siapa nak kawan dengan kita sebab kita bohong.

Syabil:
Sabin tak buat lagi ... sabin tak sengaja ...

Ibu:
Nanti pergi sekolah ... mintak maaf kat cikgu ya?

Syabil:
sabin takut ... nanti cikgu marah sabin

Ibu:
Nak takut kenapa? Ibu ada .. ibu temankan ...

Syabil:
Sabin tak tau nak cakap apa ...

Ibu:
Cakap .. Cikgu, saya minta maaf sebab selalu nakal.

Ketika itu, Syabil berjalan ke arah ibu sambil menangis teresak-esak dan memohon maaf berkali-kali. Dipeluknya ibu seerat mungkin.

Tengahari ketika didalam kereta menuju ke tadika, terkumat kamit mulut Syabil menghafal apa yang perlu diucapkan pada cikgunya nanti. Setibanya di sekolah, dia dengan ceria seolah tiada apa yang terjadi, turun dari kereta dan berlari anak masuk ke perkarangan sekolah. Awal-awal lagi sudah berpesan pada ibu supaya tidak menemankannya masuk ke sekolah. Katanya dia boleh minta maaf pada cikgu tanpa perlu ditemani ibu.

Dari jauh, ibu melihat Syabil menuju dengan penuh yakin ke arah cikgu yang sedang menunggu di perkarangan sekolah. Tangan kanan cikgu disambut Syabil untuk bersalam. Dia mendongak memandang ke wajah cikgu sambil berkata sesuatu. Selesai berkata-kata, tangan cikgu dicium. Cikgu tersenyum dan mengusap kepala anak muridnya yang berkopiah putih.

Ibu yang memerhati dari dalam kereta tersenyum lega. Setelah mengangguk ke arah cikgu, dia memandu kereta kecil berwarna jingga berlalu pergi ....

Nisaa':
Taja titaaaaa ima nini talaaaaa .... cicakmannnnn .... ibuuuu nak tchu-tchu ....

Saturday, May 03, 2008

Berlengas ... malas ...

... dek kerana cuaca yang panas sangat sekarang. Oleh kerana itu, aku jadi sangat sangat sangat sangat sangat sangat sungguh sungguh kemalasan. Malas sungguh nak menulis. Aku gi ziarah blog2 je dah melekit2 tangan aku. hehehhehe .. lagi ler malas. Aku memang ler nak ngabihkan citer Syabil tu tapi itu laaa ... MALASNYAAAAAA