Monday, December 15, 2008

Malas ... Dah besar ...

MALAS!
====================================================

Malas nak upload gambar sebenarnya. Nantilah malam-malam sikit, kalau aku rajin aku upload ler gambar apa yang sempat snap tu. Kalau kemalasan tu melebihi tahap kerajinan, lambat ler sikit. Aku cerita-cerita dulu la. Panjang ler jugak ... kalau nak baca sampai abih .. baguslaa .. kalau malas tu ... takpe .. aku paham. Memang jenuh nak baca benda panjang-panjang ni. :D

Cerita budak-budak nak masuk jawi ni macam-macam sebenarnya. Dengar depa bersembang sesama sendiri pun dah buat kita senyum sampai ke telinga. Kreatif sungguh daya imaginasi depa ni. Semuanya sebab nak tutup kalut dan takut. Dalam hati, depa je la yang tau. Kan Kan Kan Pa'chik? hehehhehee

Yang berkhatan hari Ahad baru ni 3 orang. Anak bujang aku, Irfan dan 2 orang adik sepupu suami. Yang sorang tu baya Irfan, nak masuk Tahun 5. Yang sorang tu adik dia, nak masuk Tahun 2. Yang kecik tu la yang paling banyak mulut. Kecoh jugak ler pot pet dia tu. Maklumlah anak bongsu. Manja dan keletah tu lebih sikit.

Hari Sabtu tengahari, keluarga suami buat kenduri nak meraikan yang 3 orang ni. Dalca, ayam masak merah, kurma kambing, sambal belacan, ulam-ulam, ikan masin goreng bawang, sayur campur. Ada bahulu, ada wajik yang sangat sedap. Memang sangat elaborate menu kalau kami berkenduri. Kalah kenduri orang berwalimatus urus. Oh ya ... gambar benda makan, aku tak sempat snap sebab aku sibuk buat kerja .. kang kena tegur plak dek mak mertua. Orang sibuk buat keje, aku sibuk nak ngambik gambor le pulak :P.

"Irfan takut tak?" aku tanya malam Sabtu sebelum dia nak tido. Kekononnya cuba nak mendalami hati anak aku tu la. Nampak relax semacam je.
"Takut sikit-sikit je." Dia tunjuk macho beb!

Paginya aku tanya lagi. Yang sebenarnya aku yang lebih-lebih gelabah. hehehehe .. maklumlah anak sulung. Yang pertama. Dah sunat ni maknanya anak aku dah besor ler kan. Dah jadi anak muda. A young man. No longer a kid. He's going to be 11, next year May.

"Macamana pagi ni."
"Takut jugak. Mesti sakit."
"InsyaAllah tak sakit sangat. Banyakkan zikir, ingatkan Allah. Ready sungguh ke ni?"
"Boleh la kot. Alif kan bu, dia kata dia takut tapi dah ready nak sunat sebab dia nak kawin."

hahahahahahhahahaha ....

"Alif bangga bu. Dia kata ada 2 girlfriend."

hahahahahhahahahaha .... adeh laaaaa ... itu cerita Irfan pasal adik sepupu suami aku yang sepatutnya dipanggil pakcik.

Kalau petang Sabtu depa seronok lepas bebas mandi hujan, pagi tu depa dimandikan dengan air limau. Kemudian disiapkan dengan pakaian baru, pelikat baru. Tapi Irfan tak mahu berpelikat baru. Dia nak pakai pelikat ayahnya. Melihat Irfan berkain pelikat dah nak buat aku sebak ... huwaaaaaa .. anak aku dah pakai kain pelikattttt!!!!

Suami aku kata aku tak payah ikut sekali ke klinik. Isyyyyy mana boleh!!! aku mesti ada sana. It's an important thing for me. I have to be there to witness my boy turning into a man.
Itulah kan ... lelaki ni ambil mudah je apa yang ibu ni rasa dan fikir kan kan kan. Jangan gitu, anak masuk jawi tu macam nak lepaskan anak dari pelukan seorang ibu tau. Mana tau lepas ni Irfan dah tak mahu dipeluk-peluk, dicium-cium. Kesian aku ... huhuhuhuhu

Dalam kereta Irfan banyak bermenung. Aku biarkan. Biar dia layan perasaan yang bercampur baur tu.

Jam 10 sampai ke klinik di pekan Tapah. Agak lama juga menunggu. Rupanya hari Ahad memang hari berkhatan 'sedunia'. Lima, enam orang budak-budak lelaki yang membondong kain pelikat lalu depan kami. Ada yang sengih, ada yang kelat, ada yang nak menangis, ada yang berkerut. Macam-macam reaksi muka.

Irfan, Alif dan Wan akan disunatkan secara moden. Guna Smart Clamp. Dikatakan ianya cepat, mudah, sakit yang minima, kurang pendarahan, tidak bernanah dan cepat sembuh. Clamp yang berbentuk cincin itu pun ada macam-macam saiz bergantung kepada errrr ... ehhh korang tau-tau je la kan :P ekekekkeke

Sementara menunggu tu, Wan si kecik debab tu pun bercerita tentang mimpi dia. Sadis sungguh mimpi yang mungkin juga idea imaginasi yang terlebih kreatif.

"Awan mimpi ... awan kena sunat dengan mesin potong rumput, alif sunat dengan parang, Irfan pulak dengan gergaji ... sakittttt ... darah memancut-mancut macam air paip. Betulllll ..."
Dipendekkan cerita, Alif masuk dulu. Abang-abang dia yang menemankan. Tak dengar eheh! pun. Dalam 15 minit, Alif keluar dengan sengih senget. Laju woooo dia jalan keluar sampai kena tegur dengan mak dia. ekekekekkeke

Pastu si mulut kecoh pulak masuk. Tiba-tiba dengar dia menjerit .. "Adoiiiiii! Sakitttt!!!! Makkkkk tolonggggg sakittttt!" hahahahhahahaha .. tu la .. orang yang kecoh selalunya yang penakut sebenarnya.

Lepas tu senyap. 10 minit lepas tu dia keluar dengan senyum lebar .. jalan laju macam takde apa-apa. Rupanya jeritan bukan pasal bersunat tapi pasal kena suntik ubat bius :P
Kata abang-abang dia, depa terpaksa tekan kepala Wan sebab sibuk nak nengok apa yang doktor tu buat. Pastu mulut tak abih bising tanya macam-macam .. pakai parang ke, pakai pisau ke, pakai mesin potong rumput ke .. ekekekkekeke

Tiba masa Irfan, ayah masuk sekali. Ibu nak masuk tapi rasa macam tak sopan la pulak kan. Buat segan je anak aku nanti. hehehhehe ...

Pun senyap. Ibu yang detak detuk. Sebak ... tak tau nak explain kenapa ... tapi itulah ... sebak je hati ni. Irfan keluar ... senyum jugak. Cuma dia lebih slow and steady masa berjalan ;) .. ibu sempat snap gambar lagi tu! heheheh .. pelik orang Tapah nengok aku! ekekekeke
Dipendekkan cerita yang sudah sedia panjang ... petang tu lepas Asar aku bersiap-siap nak balik. Irfan dan Zinnirah tinggal di Tapah untuk seminggu. Kalau bawak balik, Irfan kata nanti dia kebosanan. Sebab tu tinggalkan dia ... boleh la 3 orang muda itu berteman-teman dan membanding-banding. hehehhehe

Call tadi Irfan dengarnya ok. Cuma kerinduan katanya. Rindu ibu, ayah, Syabil, Nisaa' dan terutamanya Ali. Takpe ... hari jumaat ibu balik Tapah, insyaAllah. Kalau dah baik ... sebelum balik USJ ... ibu dengan ayah bawak mandi sungai kat Batu 7 ... errr kalau tak hujan lerr ... hehehehhe ...
Nota kecik-kenot:
Ohhhh ... anak ibu dah besar ... I'm missing my baby ... :(

14 comments:

Zuraini said...

Salam...

macam2 kan gelagat bebudak lelaki ni bila nak masuk jawi... masa E (anak abg long no 2) & Helmi (anak Cik Hab, no 2 & bungsu), dua2 ni mmg manja... bukannya dia org risaukan sakit, tp risau apa yang boleh di makan lepas dah kena kerat tu... kartun sungguh... macam terus tak leh makan lak tapi kerana nak cepat baik sanggup berpantang makan & minum... kesian lak tengok letih jer... masa tu lum secanggih sekarang ni... maklum awal & hujung thn 90 an...

Pa'chik said...

errr.... memang yang sakit pun masa cucuk nak bius tu je... lepas tu manade rasa apa dah... hahah...

jangan tersepak tangga dah laaa...

Anonymous said...

neen,
irfan nak wajik lepas abih pantang nanti. hehehe

pa'chik,
errr ... mu pun kena bius ke? bukan guna pisau atas batang pisang ke? hahahahha

ohhh insyaAllah tak ... semua kanak2 tu distesenkan depan tv kat ruang tamu :D

Pa'chik said...

err... tak kasik makan aruan ke?

Anonymous said...

pa'chik,
ada la kot tu sebab aku tak dapat nak jaga. makcik suami yang jaga.

err ... mu berapa lama kena ikat terbaring dulu po'chik?

Pa'chik said...

mana de lama... seminggu je... haha... kalau kat sini... kat lam sepital pun ada orang gi jual ikan aruan tuh... siap ada yang bawak anak-anak aruan yang kecik kaler oren tu... hohoho... otak meniaga sungguh...

akirasuri said...

Hahahahaha! Irfan dah besar..

Aritu saya usik dia kata nak jadikkan dia menantu saya.. Dia gelak jek.. Kakaka!

Anonymous said...

pa'chik,
ooooo tak lama ek bergantung-gantung. ehehehhe

kat sini mana ada gitu. nak cari haruan pun susah gak la .. kena gi pasar tani tapi haipermarket pun sekarang ada jual .. yang dalam tangki tu.

errr ... sakit tak masa kena sunat, pa'chik? mu ada rasa macam nak lari terjun tingkap tak masa tu? hehehhee

ati,
ya ya .. anakanda sudah besar. tapi sebelum ibundanya balik .. peluk kuat ooooo .. hehehhe

kamu nikah pun belum ... hehehhee

errr ... apa kata kamu nikah je dengan po'chik ... boleh ler jadi keluarga blogger ... mak, anak, menantu, mertua ... semua blogger. hahahahhahha

khairyn said...

hahaha setuju!

eh!

hahahaha ya lepas ni mesti dia tak nak ibu peluk dah. malu :(

blackpurple @ jowopinter said...

Selepas ini Irfan mesti pecah suara dia. He he he!

izinni said...

khairyn,
huwaaaaaa ....

blackie,
ohh suara dia memang dah besar dan garau sejak baby. hmmm ... bila pecah nanti makin besar la sora dia kan ...

Mak Su said...

mesin potong rumput? giler seram

nightmare on elm street pun tak seram macam tu :p

huhuhu

DeeN said...

HeHe..
Dulu pernah jadik bodigad abang masa dia masuk jawi. Er..tolong jaga duit je sebenarnya.
Oo..macam tu ker perasaan sorang ibu.

izinni said...

maksu,
sangat kreatif keseraman tahap otoman nexus! heheheh

DeeN,
oooo accountant ler kira-kiranya ek. ekekekkee
Ya ... gitulah perasaan ibu yang sorang ni. Mungkin ibu-ibu yang lain jugak.

Nanti bila tiba masa anak dara naik bendera merah ... datang la lagi perasaan ni .. huhuhuhuhu