Friday, April 24, 2009

Hidup Melayu!! ...

PM baru sudah mengumumkan yang status bumiputra sebanyak 30% dalam beberapa ekuiti perkhidmatan perniagaan terpilih telah dihapus.
Rasanya ramai yang sudah tahu melalui berita di televisyen mahupun suratkhabar.
Dia juga kata usahawan bumiputra tidak akan hilang apa-apa dan yakin mereka akan terus hidup dan dapat bersaing.

Aku bukan 'big fan' isu bumiputra. Pada aku isu bumiputra ini telah dimainkan sekeji-kejinya demi kepentingan pihak-pihak yang berkehendakkan keuntungan supaya sentiasa berada disebelah mereka.

Aku berpendapat dalam hampir 60% rakyat Malaysia yang berstatus bumiputra, termasuklah aku dan keluarga aku, bukan semua yang menikmati status itu pun. Hanya sekelumit sahaja yang betul-betul mendapat keistimewaan itu. Jadi pengumuman PM baru itu tidak banyak memberi aku apa-apa kesan negatif atau positif. Mungkin belum lagi.

Tapi yang aku hairankan kenapa mereka-mereka yang menjerit terlolong terpekik tentang ketuanan melayu tidak bersuara? Mungkin belum lagi. Mungkin masih dalam 'denial mode'? Bak kata seorang sahabat ... seseorang itu pada mulanya tidak akan merasa apa-apa, malah hampir tiada perasaan apabila sesuatu peristiwa yang besar dan hebat menimpa diri mereka, terutama jika ianya sesuatu yang bersifat negatif. Tapi lama-kelamaan kenyataan akan tetap terus menjadi kenyataan. Muncul simptom 'denial mode" itu. Kemudian barulah mereka sedar dan merasa sakitnya. Dan mungkin selepas beberapa ketika, mereka akan bersuara. Bersuara menerima secara paksa atau rela. Bersuara menentang sambil menjerit ketuanan Melayu.

Hidupkah Melayu sekarang? Lebih-lebih lagi pada mereka yang merasakan jika kumpulan satu lagi memerintah, negara akan terus menjadi sebuah republik. Aduhhh ... sungguh lucu. Nampak sangat perlembagaan negara sangat-sangat lemah dan tidak mampu dipertahankan.

Itulah bahananya mengagungkan ciptaan manusia. Kafirun yang cipta pula.

Ohhh ... siapalah aku ... aku hanya rakyat marhaen. Dengar dan ikut sahaja ..... hmmm lepas ini apa pula ya?

3 comments:

Pa'chik said...

mana berahim ali dan kumpulan nak telanjang hari tu??
mana kumpulan yang nak mati demi raja...
semua ilang dah..... kecut la tuh...

Zuraini said...

Salam...

kan M'sia Boleh!!! tu yang semuanya boleh kalau puak depa lah yang buat, kalau pihak yang lagi satu, semuanya tak betul...

ada yang saya send kat e-mail, tak tahulah dah pernah terima ke sebelum ni...

nnt letaklah gambar anak2...

izinni said...

pa'chik,
errrr ... depa gi jomheboh kot. kat sana kan banyak peluang ekonomi untuk orang melayu. hahahahha

neen,
ohhh saya akan check.
gambar ada tapi bateri kamera kong .. heheheh ... nanti beli bateri baru untuk upload gambar ya. :)