Tuesday, April 24, 2007

Maaf

Pagi ini, pagi Isnin. Cuaca mendung. Semendung hati ini. Mungkin tidak lama lagi akan gugur hujan menyirami bumi. Air mataku dah pun gugur dulu. "Aku jahat."

Apa yang terjadi malam tadi begitu meruntun jiwa yang kononnya keras ini.

"Ayah, ibu. Jangan masuk bilik fan. Biarkan fan. Biarkan fan tidur. Jangan pedulikan irfan. Biarkan irfan bersendirian."

Itu bukan nota kecik-kenot, tapi ditulis dengan huruf-huruf yang besar bulat oleh Muhammad Irfan, anak teruna aku. Dia gunakan sepotong kertas berwarna kuning dan ditampal di pintu biliknya. Bilik dikunci dari dalam. Pintu aku ketuk perlahan-lahan. Kesal bersarang di hati. Muhammad Irfan tidak menjawab. Aku senyum sayu. Muhammad Irfan lupa aku seorang ibu. Seorang ibu tidak akan berputus asa selagi apa yang telah ditekad dalam diri tidak dipenuhi. Aku ambil kunci biliknya yang aku sorok di dalam laci bilikku. Pintu bilik Muhammad Irfan aku buka.

Muhammad Irfan sedang memeluk bantal peluk dan memalingkan muka ke dinding.
"Jahatnya ibu," kesalku dalam hati.

"Irfan, ibu minta maaf."

Irfan mendiamkan diri. Matanya pejam. Aku tahu dia merajuk. Aku tau dia sengaja memejamkan matanya.

"Irfan, ibu minta maaf. InsyaAllah ibu tak marah Irfan lagi." Aku tertinggikan suara pada Irfan ketika aku menyusukan Nisaa'. Tidak sepatutnya aku berbuat begitu.
"Jahatnya aku."

Irfan terus tidak mengendahkan aku.

"Takpe lah. Anak ibu tidur ya. Esok pagi kita jumpa. Ibu sayang Irfan banyak-banyak. Assalamualaikum." Aku usap rambutnya. Aku kucup kening dan dahinya.

Aku beredar dari kamar tidurnya. Aku masuk ke bilik dan meneruskan acara melipat kain yang sama tinggi dengan Nisaa'. Aku anggarkan pasti hampir 3 jam aku akan duduk melipat kain. Semua permata hatiku telah lena dibuai mimpi. Mungkin mimpi Muhammad Irfan sedikit berbeza ... dia berjauh hati denganku. Menitis air mata ....

Aku tidak tahu apa terjadi dengan emosi aku sejak kebelakangan ini. Berkecamuk. Pemikiran diselubungi dengan emosi yang tidak menentu. Pelbagai yang bermain di benak fikiran.
"Am I a good friend? Am I a good mother? Am I a good wife? Am I a good daughter? Am I a decent person?"

Ahhhh ... kenapa harus aku lampiaskan kegusaran hati pada anak. "Jahat sungguh aku ni!"

Nota kecik-kenot: Aku akan bercuti dari mewarnai rumah ini untuk seketika. Aku juga akan berhenti seketika dari bertandang ke rumah-rumah yang lain. Banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Bertimbun masalah kerja yang perlu dirungkai. Aku mahu berteleku seketika. Aku mahu ......hmm abaikan apa yang aku mahu.

Pada yang rajin membaca dan meninggalkan komen di tingkap rumah, aku hargai sangat-sangat. Jaga diri kalian baik-baik. Jaga kesayangan kalian baik-baik juga. Aku minta maaf jika ada terkasar bahasa, tersinggung perasaan. InsyaAllah aku akan kembali dengan semangat dan perasaan yang lebih ceria. InsyaAllah .... :)

Nota enot-enot: Especially to a friend who i care like my own brother, if you are reading this .. please forgive me ya. I was being immature. I was supposed to give you support but I acted like a foolish child. I feel like I had deserted you and give you more burden. The truth is you are not at fault. I just want you to know that I regretted my way. My doa is always with you. I apologised .. deeply, truly.

Nota enot-kenot: Khairyn ... wish you were here. Not for a shoulder to cry on but i need someone who can drum senses into this brain of mind. I need a friend to put a hand on my shoulder and said that everything would be just fine. I need a friend who I can confide my inner feelings to ... argghhhhh!! I think I need to be alone and think la .. hehehhe
You may not be able to contact me via google talk for while. I'll be extremely busy for the next few days. Study bebaik naa .. my doa is always for you. I'll read your tigris during this hybernation period from blogging. hehehhehehe


Saturday, April 21, 2007

Politik

A little boy goes to his dad and asks, "What is politics?"

Dad says, "Well son, let me try to explain it this way: I'm the breadwinner of the family, so let's call me capitalism. Your Mom, she's the administrator of the money, so we'll call her the Government. We're here to take care of your needs, so we'll call you the people. The nanny, we'll consider her the Working Class. And your baby brother, we'll call him the Future. Now, think about that and see if that makes sense."

So the little boy goes off to bed thinking about what dad had said.

Later that night, he hears his baby brother crying, so he gets up to check on him. He finds that the baby has severely soiled his diaper. So the little boy goes to his parents' room and finds his mother sound asleep. Not wanting to wake her, he goes to the nanny's room. Finding the door locked, he peeks in the keyhole and sees his father in bed with the nanny. He gives up and goes back to bed. The next morning, the little boy says to his father, "Dad, I think I understand the concept of politics now."

The father says, "Good son, tell me in your own words what you think politics is all about."

The little boy replies, "Well, while Capitalism is screwing the Working Class, the Government is sound asleep, the People are being ignored and the Future is in deep poo." hahahahhahaha

Jokes aside. Seriously what is politics? Academically politics is the process by which groups make decisions.

It is the authoritative allocation of values. Although the term is generally applied to behavior within government, politics is observed in all human group interactions, including corporate, academic and religious institutions. However, as muslim I believe politics and Islam cannot and should not be separated as Islam is the way of life.

In its most basic form, politics consists of "social relations involving authority or power".

In practice, the term refers to the regulation and government of a nation-state or other political unit, and to the methods and tactics used to formulate and apply government policy.

In a broader sense, any situation involving power, or any maneouvring in order to enhance one's power or status within a group, may be described as politics. This form of politics "is most associated with a struggle for ascendancy among groups having different priorities and power relations."
Now, let's see what happened in Ijok.

1) Acara baling botol, kayu bendera, batu serta ejek-mengejek. Ini terjadi apabila adik-beradik tiri bersua muka.







2) Jalan-jalan dari jalan utama hingga ke jalan kampung, estet dan taman perumahan habis ditar sampai ada pulak penduduk yang merungut kerana segalanya dilakukan dalam tempoh beberapa hari seperti terkocoh-kocoh hingga menyebabkan kesesakan yang melampau.
Lepas ni kena tunggu semua jalan dah jadi jalan tanah merah atau wakil rakyat mati baru la jalan diturap semula.

3) Ada lebih 1,000 polis kini berkampung di Ijok, ketika masyarakat kecoh dengan peningkatan kadar jenayah terutama di ibu negara.
4) Jutaan ringgit diperuntukkan pada masjid-masjid dan surau-surau, sedangkan dah berbelas tahun diminta peruntukan dari wakil rakyat yang tidak pernah turun padang berjumpa rakyat berketurunan melayu. Makin nyaman dan selesa jemaah bersolat. Alhamdulillah.

5) Peruntukan ratusan ribu untuk menambah bangunan sekolah jenis kebangsaan tamil.

7) Tapak pelupusan sampah ditutup pada 7 April, 2007 - 2 hari selepas kematian wakil rakyatnya.

8) RM36juta peruntukan untuk pelbagai projek pembangunan yang diminta rakyat Ijok lebih 10 tahun akhirnya dilunaskan tidak sampai seminggu selepas wakil rakyat mati. Kesemua wang itu akan dibelanjakan dalam tempoh 2 minggu. Menurut MB Selangor, wang berkenaan memang sudah lama diketepikan untuk penduduk Ijok tetapi tidak sempat diberi ketika wakil rakyatnya masih hidup. Jadi peruntukan 36juta itu adalah sebagai memenuhi janji seorang wakil rakyat yang sudah mati kepada pengundinya.
Selepas ini semua rakyat di DUN dan kawasan parlimen yang tidak diendahkan wakil mereka akan berdoa hari-hari agar wakil mereka mati supaya mereka akan dapat segala yang mereka pinta dalam sekelip mata. Bukan ribuan, malah puluhan juta ringgit jatuh dari langit.

9) Kes bunuh perempuan Mongolia tidak ada kena-mengena dengan rakyat di Ijok. Adakah rakyat di Ijok berada di luar Malaysia hingga tidak perlu tahu tentang ketidakadilan serta keganasan yang berlaku tidak jauh dari kampung mereka?

10) Pemilik rumah dan tanah dimana kini disewa sebagai bilik gerakan parti pembangkang diugut akan dipindahkan ke Sarawak jika penyewanya tidak mengosongkan bangunan itu, sedangkan wang sewaan sudah dilunaskan.
11) Calon PKR dihalang dari meninggalkan kawasan beliau berkempen oleh seorang pemuda BN. 2 orang jurukamera bebas cedera. Naib ketua pemuda bernama Khairy Jamaludin tidak menyedari terjadinya kejadian berkenaan dan mendakwa ianya bukan dilakukan orangnya.

12) MB Selangor kata akan jadikan Ijok kawasan angkatnya jika rakyat Ijok mengundi partinya. Banyak kelebihan akan mereka dapat jika MB jadikan kawasan tu kawasan angkat. Tapi jika pengundi buat keputusan memberi kemenangan kepada parti selain partinya, dia tidak akan peduli lagi kerana katanya dia tidak boleh bekerjasama dengan orang lain dari orangnya sendiri. Wah! angkuhnya MB yang sekarang kelihatan lebih putih melepak dari isterinya sendiri.



13) Konsert meniru gaya Marudur Gopalamenon Ramachandran atau lebih dikenali sebagai MGR telah diadakan. Bergembiralah mereka.

14) Mawi turut sama menambah rasa gembira penduduk Ijok.
15) Para pengundi Cina di Machap dimana memilih calon BN sebagai wakil mereka, telah membeli sebuah iklan didalam akhbar berbahasa Cina Oriental Daily mengucapkan TERIMA KASIH kepada DAP (bukan MCA dan BN) kerana bertanding di Machap. Dakwa mereka, jika tidak kerana DAP bertanding di kawasan mereka, sudah tentu mereka TIDAK akan dapat durian runtuh dan pembangunan dari kerajaan - sesuatu yang mereka dambakan selama puluhan tahun.

Itu antara yang terjadi di sepanjang minggu ini di Ijok dan sedikit perkembangan terbaru dari Machap.
Ini pula apa yang berlegar-legar di belakang minda aku yang terpaksa bergelumang dengan politik setiap hari. Bukan setakat di pejabat tetapi juga politik di rumah. Remember the jokes? hehehhee

Ada yang mengatakan yang oleh kerana kita sebagai rakyat yang diberi peluang pendidikan yakni bersekolah di sekolah bantuan kerajaan, mendapat pinjaman kerajaan untuk belajar, projek kerajaan dan macam-macam lagi, kita sebagai rakyat tidak sepatutnya mengkritik serta menuding kepada kesalahan yang individu didalam kerajaan buat. Tindakan sebegini dikatakan seolah-olah menggigit tangan yang memberi rakyat makan. Tidak bersyukur. Tidak berterima kasih.

Politik memang memeningkan kepala tapi hakikatnya selagi rakyat tidak celik politik dan amalkan hak mereka, selagi itulah mereka akan terus diperkotak-katikkan. Sampai bila sikap tidak apa, malas nak ambil tahu serta asalkan tidak kacau periuk nasi aku mahu diteruskan? Tahukah kita bahawa bangsa lain terutama bangsa Cina begitu celik dan tahu politik mereka?

Perpaduan pula. Apa makna perpaduan pada kita? Hanya kerana kita lihat dua kelompok orang politik berbalah maka kita katakan kesemua kita tidak bersatu-padu? Pemikiran yang bagaimanakah itu?
Bagi aku politik itu menarik. Politik itu membuat kita nampak perangai serta pemikiran manusia. Bagaimana manusia bermain politik untuk dapatkan apa yang mereka mahu. Politik bukan bermakna untuk berkuasa sebagai pemerintah sahaja. Politik ada dimana-mana.

Kalau tidak masakan akira san sedang berkira-kira samada mahu menjadi kritis atau tidak dalam tesisnya. Disebabkan ada unsur politik, akira yang seorang itu perlu membuat percaturan yang terbaik untuk masa depannya. Akira sudah pandai bermain politik :)

Aku ingat lagi dengan kisah khairyn yang turut dipermain politik ketika berkira-kira hendak mencuba nasib mendapatkan bantuan dari kerajaan yang dah memang tanggungjawabnya untuk membantu rakyatnya tidak kira bangsa, agama, status dan tahap umur. Besides, I honestly feel that education and health care should be free for all.
Akhir sekali, kalau tidak kerana politik, aku tidak akan disaman lebih RM7juta sebab mendedahkan gila kuasa manusia yang pantang nampak tanah walaupun seinci besarnya. Mungkin juga kerana hendak mempertahankan gelaran "Mr Green"nya. hehhehehe

Politics : It's a source of entertainment to me most of the time. Without it, life would be soooo dull :D










Nota kecik-kenot: Apa laa yang aku repekkan panjang2 ni. hehehhee ... malam-malam ni teringin pulak nak makan jambu air cicah sambal kicap. takpe esok carik ... hulalalalalalala ...

Thursday, April 19, 2007

Saat ku idamkan

Tajuk di atas tidak ada kena-mengena dengan lagu Search ya. :)

Sekarang tengah demam Ijok tapi aku malas nak cerita pasal Ijok. Dah nak termuntah pasal Ijok. hehehhee

Aku nak ulas pasal apa yang dikatakan En Azhar Ahmad di blog dia beberapa hari lalu. http://azharahmad.com/blog/2007/04/16/dalam-perut-ada-air-batu/#comments

“Masa anak pertama dahulu, suka sangat makan betik, sampai habis pokok betik tu punya keturunan. Masa yang nombor dua, suka makan beras pula. Ishhh, beras tu memang sedaplah. Macam putu piring pula rasanya. Yang nombor tiga pula, suka makan asam katak. Nombor empat suka mengunyah kopi. Tapi itu dahulula, sekarang anak-anak tak mahu pulak makan benda tu. Dah puas makan dalam perut kot“
Tergelak saya bila terdengar perihal masa mengandung. Macam-macam perangai! Kamu perempuan-perempuan (tulen), jangan susahkan pula suami kamu bila mengandung, mengidam nak makan benda-benda pelik. Kesian kat suami tau. Ajarlah anak dalam perut tu, bersabar sedikit."


Aku teramatlah tertarik dengan ungkapan yang aku warnakan dengan kuning itu.

Adakah mengidam ketika mengandung sesuatu yang sengaja diminta seorang wanita? Adakah seorang lelaki merasa ianya suatu kesusahan yang amat sangat untuk melayan isteri yang teringin makan sesuatu benda?

Aku dah 4 kali mengandung, 4 kali la jugak mabuk kronik sampai 5 bulan. Muntah hijau, tak boleh tengok matahari, tak boleh masak, berdiri je pitam, tak lalu makan, tak larat bangun dan macam-macam symptom yang tak masuk dek akal. Aku pernah amik MC sampai 2 minggu sebab tak boleh bangun langsung. 5 bulan dapur tak berasap ... sampai nak tanak air pun tak boleh sebab aku tak tahan bau wap air mendidih yang menyelubungi satu rumah. Nak mandi pun sampai tak bersabun sebab bau sabun boleh menyebabkan aku muntah bermacam-macam warna dari putih, kuning ke hijau. Itu belum kaki bengkak, sakit pinggang, sakit belakang, tak larat jalan, terkencing dalam seluar dalam kalau terbatuk, terbersin, terketawa lebih.

Itu semua bukan rungutan tapi hakikat yang aku perlu hadapi sepanjang 9 bulan tiap kali aku mengandung. Pada adik-adik yang belum nikah tu jangan takut pulak sebab bukan semua perempuan bermasalah macam aku. Ada yang tak mabuk langsung. Tapi hikmah disebalik semua tu, aku amat mudah melahirkan. Hanya setengah jam didalam bilik bersalin .. belum pernah lagi merasa sakit nak melahirkan sampai 10, 24 jam macam sesetengah wanita lain. Kemudian lepas bersalin, aku rasa teramatlah segar. Pagi bersalin, tengahari dah balik, petang dah mula buat kerja rumah sampai kena marah dek emak.

Kenapa aku cerita semua tu? Niat aku cuma satu. Aku nak lelaki-lelaki diluar sana tahu yang permintaan seorang wanita ketika mengandung hanyalah sedikit cuma. Tidak sepatutnya permintaan wanita yang mengidamkan sesuatu dianggap sebagai satu bebanan, sedangkan wanita perlu membawa bonjolan besar di perut mereka selama 9 bulan 10 hari, ditatang bagai minyak yang penuh. Apa yang ada dalam bonjolan itu? Zuriat. Seorang waris untuk si lelaki. Seorang anak yang bakal berbin atau berbinti seorang lelaki, bukan berbin atau berbinti ibu yang melahirkan mereka.

Kesakitan ketika melahirkan? Mana-mana lelaki dalam dunia ni pun tak akan dapat membayangkan betapa sakitnya untuk melahirkan permata hati ke dunia. Kalau diteman 2 hari 2 malam dalam bilik bersalin pun belum tentu dapat diagak betapa sakitnya seorang wanita menanggungnya. Entah-entah ada yang pengsan sebab takut sedangkan isteri perlukan teman dan kata-kata semangat dari suami ketika sedang bersabung nyawa.

Jadi, adakah susah nak melayan permintaan isteri yang mengandung? Isteri selalu kesiankan suami. Sampai kekadang teringin nak makan apa-apa cari sendiri kecuali kalau memang tak boleh cari sendiri. Kalau itupun dikatakan menyusahkan dan tidak kasihan pada suami, aku tak tau apa lagi yang lelaki mahukan lagi. Apa lagi yang lelaki mahu wanita korbankan lagi? Sudahlah memboyot bawak badan, pada waktu yang sama perlu bekerja MEMBANTU ekonomi keluarga, membantu suami. Kalau surirumah pula dari celik biji mata sampai lewat malam tak habis dengan kerja rumah.

Azhar, aku harap kamu tak akan rasa diri kamu disusahkan bila isteri kamu teringin makan durian ditengah malam dingin ketika kamu enak dibuai mimpi. Apatah lagi ketika itu bukan musim durian.

Ayah aku cari durian jauh sampai ke Semenyih pada tahun 1971 hanya kerana mak teringin nak durian kampung ketika mengandungkan kakak yang sulong. Ayah berjaya dapat 5 biji tapi mak hanya jamah seulas cuma. Ayah senyum je .. puas hati dapat lunaskan permintaan mak. Yang selebihnya ayah balun makan dengan pulut dan santan keesokan harinya. hehehhehe

Nota kecik-kenot: Aku paterikan rasa kagum, hormat dan sayang sangat pada suami yang sanggup menjaga isteri yang mabuk teruk, tidak dilayan makan minum sepanjang masa itu, carikan apa yang aku idamkan walaupun cuma coleslaw dan buah kundang. Menjaga aku ketika aku dalam pantang, pakaikan bengkung, panaskan tungku, buat kerja rumah, masakkan dan banyak lagi la. Terima kasih suamiku. I love you .. hehehhehe maluuuu :D

Tuesday, April 17, 2007

Tempoyak lagi!

Resipi masak tempoyak pada yang suka. Pada yang tak suka abaikan je. hehehhe

Ikan patin (sederhana besar, potong ikut suka)
3/4 sudu tempoyak (seeloknya tempoyak baru)
5 biji bawang merah (tumbuk)
2 batang serai (dititik)
1 sudu serbuk kunyit (guna kunyit hidup pun boleh)

10 biji cili padi (tumbuk)
1 biji timun cina (timun biasa pun boleh)
garam & gula secukup rasa
asam keping (ikut suka .. nak masam lebih, letak le banyak)


Cara:
Cara masaknya senang sangat. Tak payah tumis. Campak semua dalam periuk.

Errr cara campaknya ... semua bahan yang ditumbuk tadi masuk dalam periuk .. nak power guna periuk tanah.

Pastu masukkan air, asam keping dengan serbuk kunyit, garam, gula. Kalau nak kuah banyak, airnya lebih la kan.

Jerang sampai mendidih. Pastu masuk timun + ikan. Bila dah mendidih, kira dah masak la tu. Bolehlah hidang .. pastu makan tanpa perlu toleh kat depan, belakang, kiri atau kanan.

* Kalau suka bersantan, lain pulak caranya. Cili api, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup ditumbuk lumat kemudian masuk dalam periuk. Serai yang dah dititik letak sekali. Masukkan santan cair, asam keping. Jerang sampai mendidih guna api sederhana besar. Pastu masukkan ikan patin atau keli atau sembilang. Masuk santan pekat, daun kunyit yang dihiris halus. kacau gulai sampai mendidih dengan api kecil.



Nota kecik-kenot: Oiitttt pa'chik .. kalau lepas ni hang tak masak gak .. ni resipi last aku bagi kat hang. hahahhaha

Monday, April 16, 2007

Meeting Barata II

Why is the US-run Guantanamo Bay, where international terror suspects are detained, in Cuba?


This is a question that has often been asked by people when they meet Cuban ambassador to Malaysia Pedro Monzon Barata and his staff. I asked the same question, too. In fact, not many people know the story behind Guantanamo Bay. Why didn't Fidel Castro do anything about his most loathed enemy?

"Imagine your most loathed nemesis living at your doorstep and you have no way of getting rid of it," said Barata when asked his feeling about US naval base and terrorist detention camp, which sit on the south-eastern corner of Cuba.

Barata fed me with the story behind the "occupation" of the US of his country's land.

"United States assumed territorial control over Guantanamo Bay under the 1903 Cuban-American Treaty, which granted the US a lease of the area. But we had always insisted that the US had come to our country in the 19th century with "imperialistic ambitions and the disposition to apply force in order to realise US objectives"."

Barata said in February 1898, after 20 years of Cuban forces fighting the Spanish army, the US battleship USS Maine arrived in Cuba on a courtesy visit.

"After a few days, it mysteriously exploded, killing 260 of its crew. That explosion was a pretext for invasion and a US admiral, G.H. Rickover, had admitted decades later that the Spanish had not blown up the ship. In fact, US "specialists" had blown up explosives on board the battleship."

Due to that twisted fact, US declared war against Spain and occupied the Cuban territory.

"The aim of intervention was to take the place of Spain. From the very beginning, the Cubans did not count. All the Americans could think of was to defeat Spain. Cuba and its people is nothing to them."

On Dec 10 that year, the Treaty of Paris was signed between the US and Spain, ending what they called the Hispano-American war.

"Under American influence, a "Cuban pseudo government" was formed, with a constitution that would eventually include the US Platt Amendment. The amendment basically included articles which ultimately led Cuban foreign policy into becoming subservient to the US," Barata said.

The Guantanamo Base is a direct result of the Platt Amendment that was imposed by force.
After the Cuban Revolution, led by Fidel Castro in 1959, Cuba began asserting strongly that Guantanamo should be returned but nothing came out of it. Cuba considers the American presence in Guantanamo to be an illegal occupation.

In protest, Cuba has refused to accept rent payments. Castro had once said, "that base is there just to humiliate Cuba; just like a knife stuck in the heart of Cuba's dignity and sovereignty... But from a military standpoint, the base is completely useless".

Walaupun Cuba menyampah nak mampus dan tak boleh terima kehadiran US bersetinggan di tanah milik negara mereka, Barata cakap Cuba tidak akan menggunakan kekerasan untuk mendapatkan semula Guantanamo Bay.

"We are a small country. We don't believe in the use of force."

Cuba katanya hanya boleh meneruskan lobi kerajaan negara-negara dunia untuk menekan US supaya keluar dari Teluk Guantanamo.

Bila aku tanya samada kerajaan Cuba dibawah Castro pernah menunaikan cek bayaran "sewa" yang diberi kerajaan US yang berjumlah US$2,000 setahun, Barata ketawa sinis.

"It was a mere US$2,000 a year! We don't need the money. We don't care about it. All we want is our land back. America is preaching to the world about just and democracy but they are not practicing what they preach. The fact they are actually squatting on other people's land. They have no shame. And yet they are posing economy sanctions on us. They want to get rid of Cuba of Castro but we, the people of Cuba are with Castro because he is our leader."

According to Barata, Fidel Castro is getting better ....

Nota kecik-kenot: Bahagian akhir tentang "Meeting Barata" akan menyusul ... tentang sosio-politik Cuba ... bagaimana mereka menjalankan pilihanraya dengan peruntukan kewangan yang terhad, polisi pendidikan, kesihatan dsbgnya. InsyaAllah ....

Tempoyak

Selemah mana pun seorang wanita, dia tidak akan dijatuhkan kerana berputus asa. Dorongan dan keinginan untuk terus hidup, boleh mengubah selemah-lemah wanita menjadi seorang yang paling kuat dalam dunia.

Ya. Nurzaidah Fitriah Suziyanti sudah kembali ceria, ketawa, bergurau senda. Katanya cukuplah masa seminggu untuk dia menangisi takdirnya. Dia tidak mahu lagi menjadi seorang manusia yang menangis kerana nasib.

"That's definitely not you, Zy. The Indon woman I've known is a strong person. The Suzy I've known is a person who fight back. If you continue crying like last week, you know I will be the first person to come scolding coz I'm good at scolding and putting senses back into people's head. You need the strenght to fight your illness. Crying definitely won't help at all."

"Ya. I know that. That's what I told myself. Stop self pitying or Has would start scolding. HAHAHAHAHAA ...."
Alahaiiii .. senang hati dengar dia ketawa :)

Kini, dia kembali seperti sediakala. Dia Nurzaidah Fitriah Suziyanti @ Suzy yang dulu. Seorang ibu yang kuat, penyayang dan rakan yang baik, kuat ketawa. Sebenarnya dia takut aku marah dia tu. ekekekekeke

Telah kusampaikan ucapan dan doa kalian semua kepadanya. Dia yakin, berkat doa kalian, keluarga dan rakan-rakan telah menyuntik kembali semangat dan kekuatan untuknya terus hidup dan berjuang melawan penyakit.

InsyaAllah, hari ni genap kandungannya 6 bulan. Suzy dan Amin tekad untuk meneruskan kandungan itu sampai bulan ke-7. InsyaAllah, jika kandungan darah putihnya stabil, dia akan dibenarkan pulang hari ini dan berehat dirumah.


"Has, the next time you came, bring masak tempoyak daun kayu along ek." Chet!! ada hati lagi nak makan tempoyak ...

hmmmmm tuan doktor so'od ... 'Moi' tempoyak dia buleh makan tak? ekekekke ...




Nota kecik-kenot: Lepas ni aku boleh tuntut pecal power dari dia .. hahahhahaha

Thursday, April 12, 2007

Suzy

Pagi yang agak sibuk. Ya. Macam selalu. Semua suratkhabar didepan mata dah habis diteroka dan digunting. Ya. Aku dah seperti bos aku yang dulu. OOhhhh tidakkkkkk .....cuma aku tidak mencarut atau menjerit. Lebih kepada memerli dan melaser ....

Masuk je ofis terus tangan mencapai longgokan akhbar bahasa Melayu dan Inggeris. Suratkhabar bahasa Cina aku campak atas meja staff yang mengaji di Beijing ambil jurusan bahasa mandarin. "Kalau dia tak baca gak dan tak brief aku apa yang dia baca ... saja nak cari nahas lagi," kata hati kecil. Ya. Staff yang sememangnya fasih berbahasa Mandarin ni jarang membaca akhbar yang dilanggan semata-mata kerana dia. Katanya dia tak faham bahasa Mandarin orang cina Malaysia. Pada aku, dia faham atau tidak, bukan alasan untuk tidak baca dan bagitau aku apa yang dia baca. Titik. Noktah.

Selesai baca suratkhabar realiti, aku beralih ke berita di alam maya. Sekejap-kejap alat pencetak disebelah memuntahkan artikel yang aku perlukan. Staff sorang-sorang masuk. Semua menanti kerja untuk hari baru.

Tugasan diberi. Soalan apa yang perlu ditanya turut diberi. Kemudian periksa email. Banyak skrip yang perlu dibersihkan. Sesungguhnya tahap kekotoran pada setiap satu skrip amatlah memerlukan peluntur yang kuat. Bermulalah kerja-kerja pembersihan dan mencantikkan yang jelik. Ya. Aku juga seorang pencuci.

Ekekekkek Ekekekkeke Ekkekekeke

Suara si kecil sudah berbunyi bergelak ketawa. Ya. Itu nada dering telefon mudah alih. Suara kanak-kanak comel ketawa.

"Suzy .... calling"

Dah lama tidak ku hubungi kawan yang seorang ni. Dia teman sekolah di menara atas bukit tu. Dia belajar perhubungan awam tapi kini jadi pensyarah kolej swasta. Pernah jadi wartawan sekejap sebelum berhenti kerana peristiwa yang tidak sepatutnya terjadi.

Kali terakhir kami bersms ketika aku sedang melihat kumpulan BoyzIIMen ditemuramah Harith Iskander dalam rancangannya. Aku tahu Suzy gilakan lagu-lagu kumpulan tu. Jadi aku sms suruh dia tengok rancangan tu.

Aku: Hei! Sihat?
Suzy: Ko sihat?
Aku: Boleh laa .. Actually I'm aching all over. hehehhehe
Suzy: Jaga diri ko Has.
Aku: Will do. How about you? You sounds not well.
Suzy: Has ..... aku tak tau nak cakap macamana ni
Aku: Zy .. was it the baby? (dia mengandung 5 bulan)
Suzy: No and Yes.
Aku: What's wrong? You can tell me ...
Suzy: Has ... Aku sakit. Dah 9 hari kat hospital.
Aku: Sakit apa? Mabuk ko teruk lagi ke?
Suzy: Has ... Aku sakit. I got leukemia ....
Aku: ...............................................................
Suzy: Has ... you still there? (she has start crying softly ...)
Aku: Ya. I'm here. Ko nak mainkan aku ni.
Suzy: No. I'm not.
Aku: But how come? (Stupid question!)
Suzy: I know. I asked the same stupid question.
Aku: When did you know about this? Where are you? I'm coming over (aku dah leleh dah masa ni ..)
Suzy: Few days ago. I miss you Has, but don't come visit me. Nanti aku nangis.
Aku: Do you have any symptoms before?
Suzy: No. Aku kan dah masuk 5 bulan. So, aku gi check up kat hospital. They did all the routine full body check up. A couple of days later the doctor called and asked me to see him. He said there's something wrong with my blood. Then he told me laa ... since then i'm in hospital. Aku asyik ingat kawan-kawan je.
Aku: How's your baby?
Suzy: (Dia terus nangis ...)
Aku: ..............................................................
Suzy: Has ... doktor suruh abort. The baby is healthy, Has. dah active sangat. Dah cukup sifat segala. Aku tanya doktor kalau boleh tunggu lagi 2 bulan sebab anak-anak aku yang dua tu lahir at 7 months tapi doktor cakap my life is primary than the baby.
Aku: ..................................................................
Suzy: I have to undergo chemo, Has.
Aku: What stage are yours?
Suzy: Chronic stage ....

Sepanjang hari aku kelam, macam cuaca jugak. Aku teringat kat anak-anak Suzy. Yang sulung lelaki Luqman NurHakim baya Muhammad Irfan. Yang nombor 2, perempuan baya Zinnirah. Bayi yang kini dikandungnya ... 7 tahun dinanti.



Nota kecik-kenot: Semalam aku tau tentang penyakit Suzy. Sepatutnya hari ni aku ziarah dia tapi Nisaa' dan Syabil Iman demam panas. Aku sendiri tak sihat sepenuhnya lagi. Dan buat pertama kali aku kehilangan kata-kata bila berbicara dengannya ....
Ya Allah! Tabahkanlah hati Suzy. Kuatkanlah semangatnya. Berikan dia kesembuhan.....

Nota enot-enot: Khairyn ... ko ingat dia lagi tak? She's dying, my fren ..... and it reminds me of your dream ....

Tuesday, April 10, 2007

Dunia si kecil itu

Dunia kanak-kanak sememangnya indah. Tiada yang buruk pada pandangan mata. Tiada yang jelik suasana sekeliling. Tiada yang jahat pada manusia lain. Tiada syak wasangka.

Si kecil itu sekitar usia delapan tahun. Diari hidupnya mudah. Pagi ke sekolah. Tengahari ke masjid mengaji. Petang bermain bersama teman seusia membawa ke senja. Adakalanya si ayah terpaksa menghambat dengan ranting kayu. Berlarilah si kecil itu ketakutan. Sakit kalau kaki disebat nanti.

Sememangnya, semua dikawasan kejiranan itu kenal si kecil itu. Siapa ayahnya. Siapa ibunya. Si kecil memang peramah orangnya. Suka menegur dan bertanya. Senyum selalu. Padanya semua di kawasan kejiranan itu keluarga besarnya. Tidak pernah sekalipun si kecil merasa gusar atau takut jika berjalan berseorangan di kawasan kejiranan itu.

Petang itu si kecil bermain sembunyi-sembunyi. Gemar sungguh dia permainan itu kerana dia memang pakar dalam bab-bab sembunyi ni. ....9,8,7 .... berlari si kecil mencari tempat yang paling sesuai untuk menyorok.

6,5,4 ... "Adik, mari sembunyi kat sini," lelaki itu memanggil dari arah tingkap biliknya.
Si kecil memang kenal lelaki itu. Umurnya sekitar lewat 30 tahun, mungkin. Lelaki itu ada masalah dengan tangan kirinya yang agak kecil. Kaki kirinya pun begitu. Lelaki itu bapa saudara seorang kakak yang baik. Kakak yang selalu mengajak bermain masak-masak. Kakak yang selalu ajar buat baju patung kertas. Kakak yang digemarinya kerana kakak kandungnya sendiri tidak pernah menyukainya, malah seolah membencinya.

Si kecil tersenyum. Akhirnya dia dapat bersembunyi di tempat yang pasti tidak akan dijumpai sesiapa.

3,2,1 .. dengan segera si kecil masuk ke dalam rumah lelaki itu. Agak suram dan kelam suasana didalam. Lelaki itu tinggal dengan ibu dan beberapa orang saudara perempuan. Memang besar keluarga itu. Rumah itu sahaja ada 8 buah bilik. Tapi hari itu, rumah itu agak sunyi, tidak riuh seperti biasa.

Si kecil segera ke arah pintu bilik lelaki itu. Diketuknya perlahan. Diluar operasi mencari telah bermula. Si kecil bangga dia tidak akan dapat dicari kali ini.

"Marilah masuk. Kat sini takde siapa boleh carik adik."

Si kecil senyum. Lelaki itu terus bergerak ke arah pintu bila si kecil sudah masuk ke dalam bilik itu. Tiba-tiba si kecil teringatkan ibunya. Ibu pernah pesan jangan ikut sesiapa walaupun orang yang dikenali.

"Pakcik, adik dah balik la." Si kecil terus menoleh dan terus berjalan ke arah pintu.

Lelaki itu rupanya sudah melurutkan kain pelikatnya. Lelaki itu memegang benda yang hanya pernah dilihatnya pada adik lelakinya yang baru berusia 2 tahun.

Si kecil takut. "Pakcik, adik nak balik."

"Tunggulah sekejap. Mari pegang dulu."

Si kecil marah. Terus si kecil meluru ke arah lelaki itu dan menendang benda itu. Lelaki itu terjelepuk jatuh, mengerang kesakitan. Si kecil cepat-cepat buka pintu dan berlari pulang. Rumah si kecil dan lelaki itu mengadap jalan yang sama.

Si kecil tidak pernah menceritakan kisah itu kepada sesiapa pun walaupun pada ayah atau ibu. Si kecil tahu ayah pasti akan marah padanya kalau diberitahu.

Sejak hari itu juga, si kecil tidak percayakan sesiapa lagi. Terutama lelaki. Si kecil itu tidak lagi mahu bermain sembunyi-sembunyi. Si kecil tidak lagi mahu pergi dekat rumah itu walaupun kakak yang baik itu selalu mengajak bermain masak-masak seperti selalu.

Sejak hari itu juga si kecil tidak pernah lagi nampak lelaki itu duduk santai di depan rumah. Tingkap bilik juga jarang dilihat terbuka.

Dunia si kecil sudah berubah. Ada kejahatan dimana-mana. Ada syaitan bertopengkan manusia.


Nota kecik-kenot: Doaku agar Muhammad Nazrin kembali dengan selamat pada ayah dan ibu yang teramat merinduinya.....

Friday, April 06, 2007

Api

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan
Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar
Kuala Lumpur.

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Di
Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei,
Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

---------------------------------------------------------

Kenapa aku berkisah tentang tragedi 13 Mei? Sebabnya mungkin ramai tidak tahu punca kepada peristiwa hitam itu adalah kerana parti Gerakan yang dimasa itu adalah sebuah parti pembangkang. Kini Gerakan adalah salah satu parti komponan terpenting dalam Barisan Nasional.

Peristiwa 13 Mei hanya berlaku di KL dan Selangor. Negeri-negeri lain seperti di Kelantan dimana PAS besar tidak terkena tempiasnya.

Seminggu ini, parti Gerakan yang kini sebuah parti kerajaan lagi sekali membuat onar. Cuba bermain api perkauman dan sentimen agama. Sedang bermain api dengan cuba mencari kemarahan umat Islam. Kurang ajar! Semburan air liur Lim Keng Yaik tiap kali bercakap pun tidak akan mampu memadamkan api perkauman ini.

Aku tidak mahu buat sebarang spekulasi negatif. Cukup untuk mengingatkan agar sejarah hitam itu tidak berulang lagi. Jangan kerana Gerakan kini sebuah parti kerajaan, ia berpendapat sudah mendapat lesen untuk berkata yang tidak sepatutnya.

Tidak juga aku bermaksud jika parti pembangkang menang besar, akan terjadi satu lagi rusuhan kaum, kerana itu yang sering dikias orang-orang berkeris bersongkok tinggi berfikiran cetek.

Nota kecik-kenot: Untuk baca keseluruhan artikel ni ... pergi ke http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

Thursday, April 05, 2007

Tak suka

aku tak suka tingkap haloscan!!
dah banyak kali aku tinggal komen kat tingkap tu tapi hilang. tingkap tu macam batu belah batu bertangkup, suka makan komen aku. aku tau la komen aku sedap, cukup perisa dan rasa, tapi janganlah asyik makan komen aku je.
aku dah penat masak, bila aku titip kat tingkap, tingkap tu kata"DONE", tapi terus putih takde apa yang keluar.
orang lain mungkin takde masalah ni tapi aku selalu kena. aku tak suka sungguh tingkap haloscan tu.

disebabkan tingkap tu jugak, umah yang aku pegi asyik banjir je. bukan sikit-sikit, tinggal cucur atap je. bahagian lain umah abih tenggelam. pastu pintu nak ke tingkap tu pun sama hilang. abih camana aku nak titipkan komen aku yang sedap tu pada tuan rumah?

aku dah tutup si peneroka, pastu bukak si musang api ... pastu masuk balik umah-umah yang ada tingkap haloscan ni... tetap banjir jugak. Arrghhhhhh .... tak suka tingkap haloscan!

Nota kecik-kenot : pa'chik, king .. tukor tingkap la. tensen aku! penat taip komen! sampai terpaksa buat entri. nanti aku majuk gi umah korang. huhuhuhuhu ...

Wednesday, April 04, 2007

BODOH!

i saw this interesting footage at marina mahathir's blog and found it soooo funny. Nak share dengan korang semua. Moh gelakkan orang amerika! hahahahhaha



Nota kecik-kenot: hari ni kurang mood dan masa untuk menulis. banyak kerja :)

Tuesday, April 03, 2007

Meeting Barata

Selepas hampir 3 bulan tidak keluar membuat tugasan, hari ini 2/4/07, aku kembali ke lapangan. Jam 2.30 petang aku dijadualkan menemuramah Duta Cuba ke Malaysia, Pedro Monzon Barata. Beberapa jam sebelum ke kediaman rasmi Batara di Jalan Semarak, aku buat sedikit ulangkaji. Ya. Ulangkaji memang amat penting. Tanpa ulangkaji maknanya aku bakal memperbodohkan diri sendiri nanti. Aku cari segalanya tentang negara sosialis itu. Baca tentang Fidel Castro, terutama tentang hubungan "cinta" negara itu dengan Amerika Syarikat. Paling utama, aku mahu tahu kisah disebalik Teluk Guantanamo. Aku cari gambar teluk itu. Memang sangat indah dan yang paling penting, lokasinya amat strategik dari segi pertahanan.


Setiap kali kisah tentang tahanan tanpa bicara serta kekejaman tentera Amerika Syarikat terhadap ratusan tahanan terutama tahanan Muslim di Teluk Guantanamo dipaparkan di media, setiap kali itulah aku tertanya-tanya kenapa kem tentera laut Amerika ada disana. Lebih-lebih lagi sekarang 2 warga Malaysia telah ditahan di Penjara Guantanamo atas tuduhan terbabit keganasan pengeboman. Apa nasib mereka? Apa pula tindakan kerajaan? Dibiarkan sahaja hanya kerana AS kata mereka pengganas?
Satu dunia tahu Cuba dan Amerika Syarikat tidak pernah sebulu dalam apa jua perkara. Fidel Castro simply hates the U.S.A and vice versa, ever since Castro took power in 1959.

Apa status Teluk Guantanamo? Jika ianya hak Amerika Syarikat, mengapa masih digelar Teluk Guantanamo, Cuba bukan Teluk Guantanamo, Amerika Syarikat? Macam-macam persoalan berlegar di kepala. Dari pembacaan, aku tahu kenapa tapi aku mahu dengar dari Duta negara itu sendiri.

2.15 petang aku tiba dihadapan kediaman Mr Barata. It was an old mansion set among lush greenery. Senyap, tenang .. seakan-akan di pinggir sebuah desa yang nyaman. Who would have thought the white painted bungalow was just a stone's throw away from the heart of Kuala Lumpur. Myself and the cameraman were warmly greeted and invited in by the ambassador's house manager, Lucy. A Filipino lady with a very pleasant smile and nice accent. She reminds me of Philipines' telenovela actresses. We were ushered in and were asked to wait as the ambassador was on his way from his office. He had decided to have the interview at the residence rather than the office as, according to Barata, "it would be more comfortable and cozy." The interior decor was simple but nice. No big chandelier, no expensive looking furnitures. Just a set of sette, a couple of arm chairs and sofa. What interest and impressed me most was the paintings. Paintings from Cuba (as was told to me by Barata) lined up the walls beautifully. How I wish I had the money to purchase at least one good painting ....

We were offered drinks. I asked for warm water as I was not feeling quite well. Lucy also served us cookies, too.

Mr Barata arrived just 5 minutes after we sat down. Tall, curly brown with a dash of white hair here and there. Mancung sungguh hidungnya boleh disangkut hanger. Berkaca mata orangnya. There was no air about him. Wide smile, friendly. I found to be at ease talking with him. His accent .... waaaaa ... macam dengar pelakon Latin Amerika bercakap. Pekat abis accent dia ... hhahhaha


While I'm on the job, I'd usually cut down on the small talks. I like to get straight to work. The interview session lasted for more than one-and-a-half hour. My left hand was a bit shaky while holding the mic. Mana taknya ... sejuk weiii! Air-cond betul-betul kat atas kepala. Cuaca pulak mendung. Mr Barata tu relax je. Pakai kot .. memang ler tak rasa sejuk.

Misi aku untuk tahu tentang Guantanamo sudah selesai. Aku berpuas hati. Sebelum pulang ke pejabat, aku bersembang sekejap dengan Mr Barata. Berkenaan Cuba, Fidel, demokrasi, pendidikan, pilihanraya dan beberapa perkara. Banyak perkara menarik yang aku belajar. Aku akan berkongsi kisahnya nanti.

Nota kecik-kenot: Harapan aku untuk balik bertugas di lapangan rupanya terbantut. Big boss buat keputusan untuk kekalkan aku dengan apa yang aku buat sekarang, which is maning the desk. Cuma sekali sekala aku akan keluar membuat tugasan jika keadaan memerlukan. Z, who start work today after 2 months maternity leave will be given a new job scope to prepare for the election. Mula-mula tu kiciwa gak .. tapi seronok bila fikir duit minyak dan parking tak banyak abis. hehehheheh ... YIIEEHAAAA!!!!

Nota enot-enot: Font text utama aku perbesarkan bermula dengan entry ni untuk memudahkan korang-korang yang kurang daya penglihatan untuk membaca tanpa perlu mengecilkan lagi mata yang dah kecil. :D

Sunday, April 01, 2007

Kerabat dan biri-biri

ADUAN SAYA YANG INGIN SAYA BUAT DI BUKIT AMAN SEMASA MEMBUAT REPOT ANAK SAYA TELAH DIBERITAHU OLEH C/INSP MARINA UNTUK MEMBUATNYA DI MANA-MANA BALAI ATAU DI JOHOR BAHRU. SELEPAS SELESAI SIASATAN DI BUKIT AMAN PADA 14/3/2007 SAYA MENINGGALKAN ISTERI DAN KELUARGA SAYA DI KUALA LUMPUR DAN SAYA PULANG KE JOHOR BAHRU UNTUK MEMBUAT ADUAN. PADA 15/3/2007 SAYA MEMBUAT PANGGILAN KEPADA ASP MAZLAN UNTUK MEMBUAT ADUAN TETAPI BELIAU MEMBERITAHU SAYA DIA BERADA DI LUAR KAWASAN DAN AKAN MENGHUBUNGI SAYA SEMULA. PADA 15/3/2007 SAYA MASIH MENUNGGU DAN TELAH SMS BELIAU BAGI TUJUAN REPOT SAYA, DAN SAYA PERGI KE IPK JAM LEBIH KURANG 2.20 PETANG HINGGA 3.15 PETANG TETAPI TIDAK ADA DI PEJABAT DAN SAYA TERUS KE BALAI POLIS JOHOR BAHRU.


SAYA MOHD YASIN BIN MOHD YUSOF, BAPA KEPADA ANAK (P) SAYA NAMA YASMIN BINTI MOHD YASIN TIDAK TERIMA DAN KECEWA DIATAS TINDAKAN TENGKU MAHKOTA JOHOR MEMUKUL ANAK PEREMPUAN SAYA. MENGIKUT LAPORAN KES ANAK SAYA DAN UGUTAN YANG DITERIMA OLEH ANAK SAYA DAN KELUARGA SAYA YANG TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU. SEKIRANYA BERLAKU APA-APA TERHADAP SAYA DAN KELUARGA SAYA, TENGKU MAHKOTA JOHOR AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA. SEKIAN LAPORAN SAYA.
---------------------------------------------------------------------------------

Samada benar atau tidak tuduhan yang dibuat oleh bapa kepada perempuan yang didakwa dipukul Tengku Mahkota Johor ni, aku tak mahu nak ulas. Polis sepatutnya menyiasat tanpa prejudis walaupun pelakunya seorang yang bakal menduduki takhta negeri Johor.


What's happening with this country? The royals are a big mess who thinks they are all above the law, though not all. The ones with powers are pathetic-power-crazy bunch of losers. Arrghhhh ... menci tau! (pinjam ek akira. heheheh)

Aku nak migrate pi New Zealand, buleh tak? Bela biri-biri. Sembelih biri-biri. Bogelkan biri-biri. Pastu,
berlari-lari bersama anak-anak di padang kehijauan sambil mengembala ratusan bebiri comel berbulu putih lebat. Rumah ala cottage lengkap dengan kemudahan memasak yang moden, itu sudah semestinya. Setiap pagi minum susu kambing atau lembu segar. Hari-hari dapat makan steak kambing, lamb chop, stew kambing, rendang kambing, gulai kari kambing, masak lemak cili padi kambing, masak kicap lada hitam kambing, asam pedas kambing, masak tempoyak kambing, masak merah kambing, kambing panggang .. ahhh nikmatnya. Oppsss .. tidak boleh terlalu selalu. Bakal menjadi pencinta hospital nanti.

Diwaktu petang boleh mengutip pelbagai jenis beri untuk dibuat jem segar, dimakan dengan roti bakar yang dibuat sendiri setiap hari. Berkelah di tepian sungai yang jernih. Ya. Sungai-sungai di New Zealand adalah yang terbersih di dunia.







Di musim bunga, alangkah indahnya. Wangian bunga-bungaan tersebar ke serata pelusuk rumah dan laman. Belum lagi waktu putih salju turun. Anak-anak pasti yang paling gembira bermain salji tatkala ibu dan ayah duduk menghirup coklat panas di beranda rumah.

Boleh jugak berjalan-jalan menjelajah hutan-hutannya yang menghijau. Hmmm ke Matamata, melihat sendiri dimana hobbit-hobbit pernah berkampung dan ke lokasi-lokasi indah lain dimana jejaka-jejaka dari bawah bumi berkeliaran mencari cincin yang hilang.

Errr ada sesiapa nak jadi tukang sembelih kambing biri-biri? Boleh ler join sekali.

Ahhhhh .. indahnya angan-angan itu. (khairyn ... bila laa angan-angan aku yang satu ni nak jadi realiti ek? hehehhehe)


Nota kecik-kenot : Laporan polis tu dipetik dari laman rocky's bru. Kisah ni paling hangat di pasaran blogosphere. Kalah kisah filem.
How the crown prince abused the woman who is his mistress for having a illicit affair with a married policeman. How the crown prince gave out instruction for the policeman to be transferred to Sarawak to do desk job. How the mistress found it difficult to lodge police reports in any police stations in Johor and had to go to Bukit Aman to do so. How the family is now under threat, forcing the father to lodge another police report fearing for his family safety. How? How? How?
How far is the truth? We can just wait and see.
I just pity the wife. Such a lovely, cultured, compassionate and caring princess. Macamana laaa buleh dapat laki samseng. Adehhh ....

Nisaa' Az-Zahraa


Begitu cepat masa berlalu
12 bulan hilang begitu sahaja

tapak kakimu dulu
hanya sebesar dua jari ibu
tanganmu sayang sering mengenggam erat
tidak ingin melepaskan jari ibu

jalanmu kini makin tegap
kau sudah berani berlari
kau sudah yakin memanjat
kau sudah pandai menyebut "Ya! Auwaahh"

tiada apa yang kau mahukan
kau cuma mahu ibu
kau mahu ibu sentiasa ada
bermain, bermanja

hari ini usiamu genap setahun
ibu terasa kehilangan
hari-hari yang semakin jauh
tidak bisa ibu kutip semula

jadilah kau anak yang baik
jadilah kau anak yang ingat Tuhanmu
jadilah kau anak yang tertib
jadilah kau anak yang manis

Nisaa' Az-Zahraa
seri wajahmu cerah
indah senyumanmu mesra
besarlah sayang
kutiplah ilmu
simpanlah permata ilmu itu
demi masa depanmu


Nota kecik-kenot: Nisaa' Az-Zahraa lahir pada 1 April, 2006 jam 6.37pm di Hospital Serdang, UPM, Selangor.

WASIAT


Belum terlambat rasanya untuk ucapkan Salam Maulidur Rasul pada semua. Jom hayati wasiat terakhir baginda kepada ummatnya, yakni kita semua di dalam Khutbah terakhir Rasulullah SAW.

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijriah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Nota kecik-kenot: Sumber : wikipedia