Penat ...
Baru balik dari Taiping. InsyaAllah ... kisah Syabil akan disambung. Maaf pada yang tunggu lama ... errr kalau ada laa ... hehehehe
Kita boleh menciptakan segala-galanya kerana memang pun kita boleh. Dengan kuasa ada pada kita, kita boleh. Kita boleh. Kita boleh adakan yang tiada. Kita boleh tiadakan yang ada kerana kita berkuasa dan kita boleh. Kita boleh hasilkan kebusukan baru, kalau kita mahu. Kita boleh terus kekalkan kebusukan yang sedia ada. Kalau kita mahu - S.A
Baru balik dari Taiping. InsyaAllah ... kisah Syabil akan disambung. Maaf pada yang tunggu lama ... errr kalau ada laa ... hehehehe
dari minda izinni at 8:34:00 PM 6 minda berkongsi sembang
dari minda izinni at 11:41:00 PM 18 minda berkongsi sembang
dari minda izinni at 9:45:00 PM 15 minda berkongsi sembang
Blogger adalah seorang yang memberi buah pandangan mengenai berita yang diterima mereka samada sahih atau sebaliknya.
Journalist atau wartawan pula mereka yang keluar mencari bahan berita dan sumber sesuatu maklumat, kemudian menulisnya untuk disiar di dada akhbar atau tv, baik media mainstream atau alternatif. Wartawan yang baik berupaya mendapatkan fakta yang sahih dan menulis tanpa prejudis serta berpihak kepada sesiapa. Semuanya perlukan berasaskan fakta. Sumber perlu ada nama. Perlu ada hitam putih sebelum sesuatu dakwaan dibuat.
Jadi blogger bukan journalist tapi journalist boleh jadi blogger.
Itu pandangan aku. Orang lain mungkin beza pandangan mereka.
Walaupun sudah bersara dari dunia kewartawanan, aku masih lagi mengambil tau kisah-kisah pasal bidang ini, terutama mereka-mereka yang masih lagi bergelumang sehari-hari dengan lumpur selut dunia yang penuh cabaran dan dugaan.
Jadi bila berkesempatan berbual dengan fellow former-journalist, secara tidak langsung akan bercakap juga tentang dunia yang kami telah tinggalkan. Semangat nak melihat dunia kewartawanan dalam negara ni pulih integritinya masih tebal walaupun kami mungkin sudah tidak berupaya untuk mengubahnya sendiri.
Hari ini dua bekas wartawan berbicara tentang bloggers dan kewartawanan.
me: semangat jati anak malaya
aku nak tanya ni
ryhan: hahahahaha
hmm
me: apa kelayakan untuk seseorang menggelarkan diri dia atau orang lain JOURNALIST??
ryhan: apabila dia ada accredation yg dia adalah journalistbekerja dgn syarikat persuratkhabaran atau tv atau freelancing
tapi mesti ada accredation
kenapa?
me: adakah dengan mempunyai sebuah JOURNAL online i.e blog ,... layak digelar JOURNALIST?
ryhan: a blogger is not a journalist
me: jadi ko dan aku sah2 journalist kan
ryhan: siapa ni?meh aku fire
me: hahahaha
ryhan: ye kau aku ex-journalist
me: aku nak fire tapi obvious sangat nanti
ryhan: tapi aku skarang pelajar journalism
siapa?
me: www.n32.blogspot.com .. aku memang tak berkenan dengan mamat ni lama dah ... aku tak tau apa kelayakan dia dalam media tapi perasan sangat tau segala tentang media hanya kerana dia 'press sec' haji hadi .. tapi experience journalism ZERO. buat tugas2 media untuk haji hadi pun tak professional .. pandangan aku laa
gi fire sikit ..
ryhan: oh roslan sms
me: heheheh
ryhan: chisss
me: dah bukak blog dia?
ryhan: dah
me: bangga dia ngan title "journalist' tu ek
ryhan: ish
me: aku pernah fire dia sekali ... tapi dia tak jawab pun
ryhan: orang ingat senang sangat nak jadi journalist
me: he's just a writer not a journalist
ryhan: ini lah yg lecturer aku cakap yogurt journalism
dia bukan keluar cari berita
tapi dok cerna berita orang
ini berita pemalas
a writer is not a journalist
me: kalau ada pun artikel dia keluar kat media macam harakah etc .. bukan bermakna dia wartawan
ryhan: a commentor is not a journalist
me: ya ya
aku rasa macam nak buat entry je
ryhan: journalist adalah org yg KELUAR cari berita dan news break
me: jom buat sesama
hahahaha
ryhan: jom jom
tahu banyak perkara itu pun bukan journalist
me: geram aku dengan bloggers yang perasan depa journalists dan depa la yang bertanggungjawab 'ubah' senario politik sekarang
ryhan: itu gossiper
me: nyampah sangat
ryhan: yep
me: especially orang2 macam rocky and the gengyang perasan depa besaq sangat
ryhan: yep
me: dah lama aku rasa mcm ni tapi malas nak tulis je
ryhan: aku pun
me: sekarang ni dah makin perasan ler pulak
ryhan: aku sensitif sangat bab2 ni
me: ya ya
sebab kita tau susahnya jadi wartawan
ryhan: at least org yg malas kerja kat nst tu masih dikira wartawan
sebab depa keluar dan cari berita
me: susah nak dapat info
pastu orang amik buat opinion sikit
pastu ngaku depa bagus sangat
ryhan: yep
me: pastu yang marah2 wartawan
ryhan: aku ni old school
me: padahal depa semua tu macam kita gak dulu cari makanbuat apa yang termampu
ryhan: ya ya
me: ujung2 story yang kuar bos yang tentukan
iya dak?
ryhan: yep
it still an open debate sebenarnya
me: macam story aku yang bh curi tu
ryhan: hahahaha
me: bukan aku yang bagi
ryhan: ye
me: semuanya bos decide
tapi wartawan yang nampak bodoh
ryhan: sekarang ni yg penting intergriti
me: whatever it is blogger IS NOT a journalist
ryhan: at least kalau wartawan fuck up
intergriti syarikat boleh back up
kalau syarikat fuck up intergriti wartawan back up
me: and they are not the MAIN factor penyebab kekalahan BN
ryhan: org akan kata takkan la wartawan tu buat macam tu
tapi kalau blogger ngaku dia journalist dan dia fuck up siapa nak back up?
me: kawan2 blogger sendiri la
ryhan: definitely they are not
kawan2 kan macam biskut
dorang punya intergriti pun x leh pakai sebab tak ada daftar
me: depa dah ada dalam bubble sendiri sekarang
ryhan: yep
me: dikelilinggi orang2 yang sokong apa je depa cakap
ryhan: yep
hah ni memang boleh buat entri
me: hehehhee
ryhan: kalau nak tengok aku ngamuk laaa
me: aku rasa nak ngamuk ni
ryhan: title - fuck up, bloggers!kakakakaka
me: the moment nengok statement kat blog roslan tu .. menyirap darah akuhahhahaha
dua orang ex-journalist ngamuk
hahahhaa
ryhan: hahahahhaaboleh buat thesis ni
me: ya ya menarik kan
lecturer ko yang suka perli2 tu mesti suka ngan tajuk tu
ryhan: tapi macam aku cakap la open debate
satu lagi kalau host ko blogspot
ni kira rumah haram gak
sebab tak bayar host
me: hahahaha
ryhan: macam kau dapat duduk rumah free la
me: pastu komplen banyak
ehehhee
ryhan: hahahaha
me: aku rasa kalau kita buat entri pasal ni ramai yang terasa beb
ehehehhe
ryhan: hahahaha
yep
tapi itu la hakikat
me: YA YA YA
ryhan: berani beri kena berani terima
berani mengaku kena berani terima risiko
inilah journalism
me: bila nak start .. dah teruja ni
hhehehhehe
ryhan: kalau x berani dikritik tak yah mengaku
me: sebab tu laaa aku sayang journalism
ryhan: boleh aje
aku nak tengok journalism kat mesia naik n ada kredibiliti
tapi apakan daya
me: walaupun orang2 yang 'practice' journalism tu banyak jugakla yang teruk
ryhan: aku dah terlalu tua untuk terima bantuan belajar kakakakakaka
me: hehehhe
Nota kecik-kenot:
Renungkan. Fikirkan. Cernakan.
Mungkin apa yang dibicarakan dua bekas wartawan 'cabuk' itu agak beremosi .. mungkin .. tapi ada asasnya.
dari minda izinni at 4:14:00 AM 9 minda berkongsi sembang
Cubaan pertama menconteng guna hujung jari sebab tikus takde. Best gak ek .. heheheh ... buleh ketagih nih. huhuhuhu ....
Nota kecik-kenot:
Sepatutnya nak tayang gambar2 terbaru Irfan, Zinnirah, Syabil, Nisaa' dan Ali tapi ada teknikal problem. Kesemua gambar tak boleh upload kedalam komputer ni. Jadi terpaksa ikhtiar lain. Pada yang nak sangat nengok gambar depa terutama nisaa' dan ali, terpaksa la tunggu ya. hehehhehe .. kesulitan anda amat dikesali. Harap Maaf.
dari minda izinni at 9:24:00 PM 17 minda berkongsi sembang
Aku suka ayam.
Aku suka resipi nyonya ni. Nama ayam ni AYAM PONG TEH.
Pernah cuba buat 2,3 kali.
Simple tapi sedap. Tak pedas. Sesuai untuk kanak-kanak seperti Akira dan Ryn. hehehhee
Cubalah kalau rajin.
Kalau malas, nengok je la gambor tu.
Bahan-bahan:
Ayam sekor
3 sudu minyak untuk menumis
10 ulas bawang merah (dikisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
4 sudu taucu (basuh dan tapis)
2 cawan air
3 biji ubi kentang (belah 8. nak besar belah 4 je pun boleh)
1 sudu teh kicap pekat
Garam, gula secukup rasa.
Cara:
1) Tumis bawang2 yang dah dikisar sampai naik bau. Pastu masukkan taucu. Goreng sampai garing.
2) Masukkan ayam, gaul sebati. Pastu masukkan air, kicap pekat.
3) Masak sampai mendidih. Masukkan kentang, masak sampai ayam dan kentang empuk dan kuah menjadi sederhana pekat.
4) Masukkan garam dan gula. Ikutkan citarasa orang nyonya, depa selalu letak gula tu lebih sebab resipi ni memang manis sikit. Dah boleh hidang dengan nasi panas. Nak makan dengan nasi impit pun boleh. Maknanya boleh dimasak time raya juga.
Nota kecik-kenot:
Sebenarnya aku boleh post resipi ni kat blog yang satu lagi ni tapi aku kemalasan. Nak bagi jari jemari pa'chik exercise lebih ... maklumlah baru baik demam ;-)
dari minda izinni at 10:55:00 PM 12 minda berkongsi sembang
dari minda izinni at 8:22:00 PM 19 minda berkongsi sembang
Mak masuk hospital pagi tadi. Sesak nafas seawal jam 3 pagi.
Doktor kata jantung mak lemah.
Doktor bilang ada cecair dalam paru-paru mak.
"Ya Allah ... ampunilah dosa ibuku. Berikan dia kekuatan dan kesihatan, Ya Rabbi. Aku sayang mak. Aku mau menangis, Ya Rahman tapi melihat wajah mak siang tadi membuat aku paksa diri ini untuk senyum. Ya Allah ... panjangkan usia mak ... "
Dapat tidurkah mak malam ni?
Lenakah tidurnya nanti?
I feel soooo helpless ...
dari minda izinni at 9:14:00 PM 13 minda berkongsi sembang
dari minda izinni at 9:49:00 PM 6 minda berkongsi sembang
Lama takde entri makan-makan, masak-masak kan kan kan ....
Aku suka buat sup ayam tapi ada la satu hari tu bekalan sup bunjut dah abihhhhh ... tapi Syabil dah cakap nak sup ayam jugak. Jadi terpaksa fikir jalan penyelesaian. Terus teringat kat chef wan sebab ada sekali tu dalam rancangan memasak dia ada buat chicken stew. Bahan-bahan exact memang aku tak ingat tapi cara memasak tu aku ingat sangat-sangat sebab mudah. Jenis campak-campak je tapi hasilnya yummyyyy ... anak-anak aku suka sangat. Kalau buat sup biasa, selalunya supnya boleh bawak ke esok tapi bila buat stew ni, habis masa tu jugak.
Rupa chicken stew aku macam gambar kat bawah ni. Gambar ni aku amik tanpa izin dari sini.
Macam gulai kari tapi ada sebabnya warna jadi macam tu. Yang bestnya masakan jenis ni, boleh letak apa jenis sayur pun. Lagi banyak lagi best.
dari minda izinni at 11:51:00 PM 11 minda berkongsi sembang
dari minda izinni at 11:39:00 PM 8 minda berkongsi sembang
dari minda izinni at 12:53:00 AM 9 minda berkongsi sembang