Wednesday, April 02, 2008

Kek Pelangi untuk Widad ...

Bicara sms 2 tahun lalu ... lebih kurang macam ni ...

Aku: Yang mana satu best? Widad An-Nisaa', Nisaa' Az-Zahra, Widad Az-Zahraa.

HAK: Nisaa' Az-Zahraa

Aku: Aku suka nama Widad tu. Kasih Sayang.

HAK: Kalau macam tu Widad Nisaa' Az-Zahraa.

Aku: Makk aihh .. panjangnya.

Penyudahnya undi dibuat. Irfan, Zinnirah, nenek dan ayah sukakan Nisaa' Az-Zahraa dan itulah nama rasminya sekarang hingga akhir hayatnya. Hanya aku dan Syabil yang pilih Widad An-Nisaa'. Sebab tu hingga sekarang aku panggil Nisaa' .. Widad.

Jam 6.30pm tadi, genap Nisaa' Az-Zahraa 2 tahun. Aku buatkan kek pelangi untuk dia. Alaaa .. butter cake kukus yang dikaler-kaler. hehhehe ...


Tapi ... Nisaa' bantai demam. Kek yang dimakan dengan bersungguh-sungguh lepas maghrib tadi habis dimuntahkan semula.

Viral fever dah melanda....

Ali pun batuk-batuk dan selsema. Gara-gara berjangkit dari ibu yang juga batuk dan selsema.

Nota kecik-kenot:
'Perbualan' sms tu rasanya tak sama dengan 'perbualan' yang asli. Maklumlah dah 2 tahun. Ingatan tu tak berapa nak jelas. hehehehhe ... harap HAK tu buleh clarify kot.

10 comments:

khairyn said...

kwang kwang kwang

HAK kata dia suka Khairunnisaa' sebab maksudnya sebaik-baik wanita tapi ibu nak gak Az-Zahraa tu.. Jadi HAK pun suggest banyak nama sampai boleh tak muat borang nak isi hehehe

Dan bila editor HAK suggest Zahrah (bunga putih), HAK terima dengan hati terbuka. Kira ada bau bau bacang gitu

hak hak hak

aini fatimah hassan said...

Salam.....

Masa kecik-kecik saya sering tertanya-tanya kenapa nama saya tak macam nama arwah emak, ayah & abang-abang - anak & cucu kesayangan Rasulullah, para sahabatnya dan gelaran Baginda. Puas juga cari maknanya, alhamdulilah maknanya baik. Tapi tulah kenapa pula panggilan hariannya beza sesangat dengan yang betul. Rupanya sebab saya yang pelat nak sebut nama sendiri masa kecik-kecik. Ucu tu pula bila dapat anak sedara pertama masa 5 tahun.

Setelah bekerja barulah timbul nama di komen ni, tu pun sesekali bila abang-abang terasa ingin berbual secara serious dengan saya. Dan ex-housemate pula pernah cakap yang nama tu macam tak sesuai dengan saya, alasannya nama tu nampak lembut & dewasa, sedangkan penampilan saya tidak sebegitu. Jadi dia tetap gunakan nama masa kecik saya.

Lawa warna kek pelangi tu. Harap Nisaa’ & Ali kembali sihat, insya Allah.

achik said...

hepi besday ichak ahharra.. :D

so'od said...

selamat ulang tahun utk widad!

sabin tu mmg sebulu dgn ibu la.. hehe..

pa'chik said...

:)

izinni said...

khairyn,
ya ya. betul la tu. hehehehe ... kirim salam kat HAK tu ek

aini,
sekurangnya nama kamu ada maknanya. nama saya tak bermakna apa-apa pun.

achik,
acihhhh ...

am,
mungkin sabin tu mengingatkan hang pada seseorang??? hehehhe

pa'chik,
alahaiii ... demam tak kebah lagi ke?
blog hang berat la ... aku tak leh nak post komen sebab belum abih download page dah padam window nih ... hehhehe

mudin001 said...

Selamat ulangtahun kedua untuk Nisa' Azzahraa :)

Pa'chik said...

chomeinya kuwei... bagi la sikit weh... heheh..

berat eh blog aku.. banyak sangat pilim kot.. haha...

izinni said...

najmudin,
tak lama lagi 3 tahun. makin besor baby aku ...

pa'chik,
kuwei dah abih! ekekekeke

tu la. blog mu berat, laptop aku rendah tahap memori. heheheheh

akirasuri said...

Selamat ulangtahun yang terlewat Widad :)

Moga membesar jadik anak yang solehah..
aminn..