Wednesday, April 23, 2008

I need a break ....


Kepala aku yang 'rongak' dek migraine yang hampir seminggu tak hilang-hilang makin bengong. Rancangnya nak bawak berkelana tapi ke mana?? Nak makan pain killer tak buleh .. nanti Ali pulak kebengongan. Tahan je laaa ... dah berapa hari tak tido lena. Macam nak molotop yo kepalo nih!

Molotop melotop jugak tapi kerja tetap jalan.

Bangun sebelum subuh gosok gigi, mandi, solat, menyusu.
Buat sarapan, siapkan anak2 ke sekolah, pastu layan internet sat.
Mandikan nisaa', bagi dia dan syabil makan, menyusu Ali.
Mandikan Ali, tidokan dia. Kemas rumah, sidai kain, basuh pinggan, kemas dapur, bilik. Sapu lantai, mop lantai.
Ajar syabil membaca, mengaji.
Masak. Bagi syabil dan nisaa' makan tengahari. Semuanya mesti sebelum 12tengahari.
11.30 keluar hantar syabil ke taski. Balik, tidokan nisaa' dan Ali, sambung buat kerja. Basuh pinggan, angkat kain yang dah kering. Basuh bilik air, masak air untuk minum, keluarkan ikan atau ayam dari freezer untuk masak makan malam.
Duduk sat dalam 5 minit, solat. Menyusu Ali. Makan sikit isi perut.
2.30pm keluar balik untuk jemput syabil.
Sampai rumah, menyusukan Ali. Start masak nasi. Siapkan rencah masakan.
Teman Syabil buat homework. Layan kehendak dan kemahuan nisaa'.
Solat Asar. Menyusu Ali.
5pm keluar semula jemput irfan dan zinnirah.
Sampai rumah dalam 6pm, terus ke dapur, masak.
Mandikan Ali, menyusu. Mandikan Ali.
Monitor yang lain .. suruh mandi, buat homework kalau ada, ulangkaji dan tengok timetable.
7pm - makan malam untuk anak-anak dan suami. Aku suap nisaa'.
Solat.
Kemas-kemas. Menyusu Ali sambil layan nisaa' dan tengok2 anak2 buat homework. Dengar rungutan dan permintaan anak-anak. Mendisiplinkan syabil dan nisaa' yang nakal.
Pastu pastikan semua barang2 sekolah dah siap. suruh depa tido. Kalau Ali tak meragam .. ada la masa nak makan malam.
Tidokan nisaa' . Pastu bertenet sat. Sambung lipat kain, basuh kain (errr mesin yang buat), basuh pinggan, kemas-kemas.
Baru nak landing sat, Ali bangun nak menyusu.
Tengahmalam masih lagi berjaga. Gosok kain pulak sebab time ni sejuk sikit.
By then, mata badan kepala dah penat tapi tak leh tido. Bertenet laaa ... kalau ada aci kat Glasgow tu buleh ler release tensen borak2 sat ...
Dalam 3 atau 4pagi barulah paksa diri tido. Dapat sejam je pun dah ok sebelum bangun semula untuk bekerja jam 5.30pagi.

Begitulah rutin sehari-hari. Puas tapi Penat. Pegang semua peranan. Ibu, cikgu, tukang masak, tukang cuci, setiausaha bla bla bla bla ...
Ada ketikanya sampai sebulan 2 tak dapat berkomunikasi dengan mana2 orang dewasa selain dari suami sendiri ... hehhehe ... dia pun penat .. mana nak larat nak layan aku bersembang gebang2.
Tu yang masa Ati call aku teruja sat .. hahahhahah

Nasib tak kerja dah. Kalau tak berganda2 rongak kepala aku ni ....

That's why I need a break but I can't!!!!

15 comments:

Anonymous said...

Salam...

Tak jadi nak berehat ke? Apa pun kesihatan tetap perlu diutamakan. Apa khabar emak Izinni? Harap beliau dah kembali sihat sepenuhnya, insya Allah.

Itulah tugas org perempuan kan, kalau kerja lagi letih. Cam tulah arwah emak saya dulu... nampak cam x der kerja, tp hakikatnya lagi banyak urusan yg perlu diselesaikan, mujur ayah jenis ringan tangan. Cuma arwah mmg x gemar saya tlg kerja dapur, katanya lagi lambat jadinya, so kalau nak tlg tu, takat sapu sampah, basuh pinggan mangkuk, lipat & iron baju (baju sendiri), tu jerlah.

Hari ni letih kena 'interview' ngan auditor berkenaan system, smbgan yg semlmnya. Ni baru part audit utk system, lum part utk financial lagi. Dlm pada tu kena cover kerja 2 rakan seunit yg EL & MC, alhamdulilah semangat kesabaran tinggi hari ni... hahaha...

Rakan sekerja yang lain dah gelak2 jer, 1st sbb rakan seunit yg lelaki ni mmg suka EL & MC, boleh dikatakan setiap minggu dia klu x EL mesti MC & secara x langsung saya kena cover kerja2nya, sedangkan saya lak biasanya dah plan apa nak dibuat, jadi bila dia EL @ MC secara x langsung tlh mengganggu apa yg tlh saya plan tu. Yg lagi sorg tu mmg dr semlm dia dah demam, so saya fahamlah.

2nd bila si mamat auditor tu siap nak buat appointment nak jumpa, saya lak ckp, kalau nak tanya apa2, tanya jer sekarang. Masa tu ttp ngan gaya blur, tektik jer tu, moga2 si mamat auditor tu tak tanya banyak2. Tapi dah kerja kita kan, so kang dari si mamat auditor tu tersilap faham & boleh menyebabkan report yang dibuatnya lain dari apa dimaksudkan, jenuh lak nanti nak kena jawab yang lain. Yg boring soalannya lebih kurang sama mcm thn2 lps. Bila dah bersoal jawab, so si mamat auditor ni tahulah yg saya ni sebenarnya x lah sekeras mana pun, sbb dia ternampak saya senyum2 ngan rakan di belakang, isyarat saja nak mengenakannya. Yg letih bila si mamat auditor ni asyik lah nak menyapa bila keluar dr bilik dia ditempatkan ... kekwn dah dok senyum jer lah, hai dah geng nampaknya, x yah lah nak tayang muka ‘garang’ tu tak ke mananya... ni yg malas nak tunjuk baik.

Teringat masa 1st time audit utk system ni, semuanya gara2 pertukaran system lah, lebih kurang 4 thn lps. Gaya ttp sama, x der senyum2, serius jer memanjang. Rupa2nya 2nd boss dok perhatikan jer apa yg saya terangkan pada auditor tu. Rakan yang lain dah risau gak, maklum saya terangkan sikit lah punya laju, 2, 2 system saya buka & tunjukan padanya, siap ngan kerja manual yg dlm Ms Excel lagi. Bila ada yg bertanya pada 2nd boss, faham ke auditor tu dgn apa yg saya terangkan, jwb beliau, auditor tu faham, wpun dia berbahasa English & saya balas dlm bahasa Melayu. Kan Bahasa Jiwa Bangsa. Dlm pada tu 2nd boss senyum jer bila dengar berulang kali saya sebut, ‘U faham ke dgn apa yg I terangkan ni’, ‘ok, nnt mana2 yg U tak faham, U tanyalah ye’. Dan sebab tulah auditor2 tu tahu saya tak se’garang’ mana pun.

Sorry dah melalut panjang ni… lum bersedia nak letak apa2 kat blog sendiri, kalau ada pun cuma gambar2 jer. Ni pun jenuh nak susun ayat.

Wasalam

Pa'chik said...

huhu.. tak tau nak komen hapa... heheh...

izinni said...

aini,
gitulah keje orang pompuan.

bunyi macam complicated sungguh keje kamu ya.

pa'chik,
otak mu dah rongak sama ke? hahhaha

Anonymous said...

kak has, migraine tu insya Allah hilang kalau 'baca2' sikit.. cubalah try test..

1) Al-Fatihah 1x

2) Al-Ikhlas 3x

3) Ayat 58 Surah Yassin: "Salaamun qaulam mirrabbirrahiim" 3x

4) Salawat 3x

baca kat tapak tangan pastu sapu kat kepala. insya Allah :)

izinni said...

am,
selalu baca ayat2 tu ... hari2 in fact .. while driving, masa nak tidokan Ali, Nisaa'. kurang tang sapu kat kepala je.
ok .. will do that doc ... thanks a lot. :)

khairyn said...

wah!
Kena amalkan gak lah petua doc ni. Aku pun la ni selalu kena migrain

heh? tanda bertambah pandai kah itu????

dey mana ada aci. Tanggaci juga! kakakaka

Anonymous said...

ya ya .. orang yang kena migraine ni memang orang2 yang bijaksanasini. hahahhaa

err salah ka panggil aci? hehhe doa tu ...

LadyTiz said...

*ternganga* :O

oh... tibe2 rasa tak mahu kawin dan ada anak.. uwaaaa.... :((

*nmpk sgt x matang* larikk...

achik said...

mak aih.. baca rutin akak pun, dah rasa letih.. yg membuatnya lagi la.. huhu.. sape kata senang jadi surirumah kan..

saya pun akhir2 ni asyik sakit kepala.. malam tadi plg kronik.. seb baik la jenis senang gak tido.. tutup lampu.. letak kepala atas bantal.. pastu dah selamat belayar.. ;p

Anonymous said...

Salam...

complicated tu rasanya x derlah sesangat, mungkin bagi kita orglah sbb dah terbiasa... kekdg terasa gak yg kita org ni bkn saja jaga kewangan sykt, malahan system. Biasalah kan part audit ni mmg sesiapa pun x berapa gemar. Cuma kenyataannya bila sesiapa pun yg di tanya kat sykt ni, camna kiranya mereka dimasukkan ke dept finance ni, mmg x der yg mahu, kalau ke dept lain dia org ok. Tak ke sedih.

selalu gak kena sakit kepala sebelah kiri, tp mmg x amalkan sangat makan ubat (dah muak sebenarnya - pernah kena telah pil & kapsul sampai 13 biji sekali makan setiap hari selama 2 bln, 2 kali seminggu selama 4 bln - sampaikan nak minum air suam kosong cam tu jer pun dah x sanggup, asyik terbau ubat jer), biasanya basahkan kepala lepas tu tutup semua lampu (waktu nak tidur lah), so tidur dlm gelap. Tu masa sakit lah, kalau tidak jgn harap nak tutup lampu. Cuma sakit kepala tu jerlah, sakit yg lain alhamdulilah x der.

MakcikMuda said...

rase cam nak kawen jek.

walaupun diriku maseh x pas memasak.
ade x laki yg sanggup makan nasik gurem ari2 eyh?
huahua!

zwitterion said...

ibu yang penuh semangat..:)

izinni said...

tyrah,
makk aiiihhh besarnya lopong. hehhee
jangan ler lemah semangat plak. hehehhe

aini,
maknanya awak memang handal la bab2 finance ni. kalau saya, bangkrap company. hahahah
saya pun selalu macam tu dulu. tutup semua lampu, pastu balut kepala dengan tuala basah tapi sekarang ni susah sikit la nak macam tu :)

ryn,
hehehe .. kamu tak sabar nak kawen, tyrah takut nak kawen. hehehehe
pasal masak ni .. once you got married .. automatically you will learn to cook. betuii ...

zwit,
kalau takde semangat, anak2 tak makan .. rumah macam kapal karam. hehehhe

akirasuri said...

kak has!
tetiba saya teringat pasal yang kita borak dalam phone tu :))
penat kan jadik surirumah..
huhu.. saya dah rasa cane penatnya jadik surirumahyangtakbertangga..
hoh!

izinni said...

hahaha .. jaga ibunda ... banyakkkkkkkkkkk pahalanya.

sama2 la kita berusaha menjaga amanat kita dengan jayanya walaupub penat dan nak meletup! kan kan kan ...