Friday, April 25, 2008

Maaf (1)

Lokasi: Dalam kereta dari Subang Jaya menuju ke Pinggiran USJ
Masa: 5:30pm


Seorang ibu sedang memandu. Kereta kecil berwarna jingga terang penuh dengan anak-anak. Lima kesemuanya. Sikecil sedap dibuai mimpi di dalam kerusi kanak-kanak di tempat duduk bahagian depan. Yang berusia 2 tahun sedang bergayut di tempat pemegang pintu belakang sambil menjerit "Cicakmannnn." Sementara 3 beradik lagi sedang rancak berbual.

Zinnirah:
Ibu .. nanti tolong jahit 'batch' dengan nama kakak kat tudung ya. Kalau tak nanti kakak kena denda.

Si ibu mengangguk tanda faham.

Syabil:
Kena denda ya, kakak? Sabin pun kena denda tadi ... cikgu denda Sabin kurung dalam bilik stor.

Tangan si ibu pantas mengalihkan cermin pandang belakang agar wajah anak itu dapat dilihatnya. Dahinya sudah berkerut seribu.
Wajah anak berusia 5 tahun 9 bulan itu tersenyum lebar ketika bercerita. Seakan bangga dengan 'pencapaian'nya di sekolah hari itu.

Irfan:
Kenapa cikgu kurung Syabil? (Wajahnya jelas nampak terkejut dengan pengakuan si adik)

Syabil:
Ya la .. sebab Sabin nakal dengan bising. Gelap sangat stor tu. Sabin takut .. macam nak nangis tapi Sabin tahan je.

Jelas terpampang rasa bangga dalam riak wajah anak kecil itu. Namun, hati si ibu sudah tidak keruan.
Ibu:
Syabil nakal sangat ke? Kenapa cikgu buat macam tu? Kawan-kawan lain pernah kena macam tu jugak ke?

Syabil:
Entah .. Sabin sembang dengan kawan-kawan. Contohnya .. Sabin buat keje sekolah pastu sembang-sembang .. cikgu marah pastu kurung Sabin dalam stor la. Sabin sorang je yang kena.

Ibu:
Ada apa dalam stor? Ingat tak?

Syabil:
Entah .. tak tau la. Sabin tak ingat. Gelap.

Walaupun sedang memandu, tangan si ibu pantas mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan dibawah tempat duduk kanak-kanak disebelahnya. Dengan pantas jari jemari tangan kanannya menaip sesuatu ke dalam telefon bimbit berkenaan. Tangan kiri cekap mengendalikan stereng. Memang dia tahu salah bersikap demikian tapi dia tidak tertahan lagi untuk mengkhabarkan kepada Ayah akan kejadian yang menimpa anak ketiganya itu.

Syabil:
Ibu mesti nak sms ayah kan ...

Coretan di muka skrin telefon bimbit ..
*.... Kalau iya pun s nakal macamana pun, jgnlah denda kurung dalam stor. Dendalah bagi kerja banyak ke, berdiri atas kerusi ke, sit or stand at a corner ke, ketuk ketampi ke .. even rotan sikit kat tangan pun saya boleh terima lagi. But to place him in a dark store room? That's far too much .."

Lokasi: Bilik tidur
Masa: 12.45malam

Ibu duduk berteleku diatas kerusi panjang tepi meja komputer. Ayah pula sedang menaip sesuatu di papan kekunci.

Ayah:
Kalau bersemuka dengan cikgu nanti tak tau pulak apa pulak dibalasnya kat Syabil nanti .. Kalau tak bersemuka ... tak tau pulak apa lagi yang dibuatnya.

Ibu:
Takpe. Nanti dulu. Biar saya tanya Syabil lagi sekali lagi .. biar dia cerita habis-habis. Lagipun cara dia cerita semalam tak tunjuk langsung tanda-tanda macam takut, sedih atau traumatised. He looked and sounded perfectly okay. Ceria je. Macam it's nothing. Tak kesan langsung ...

Malam itu si ibu tidak dapat tidur memikirkan perasaan si anak yang dikurung dalam bilik stor yang gelap. Meruntun hatinya membayangkan wajah anak yang menahan ketakutan dan tangis. Ibu nekad akan meleraikan 'tragedi' itu satu persatu.


... bersambung.

18 comments:

akirasuri said...

Ya Allah.. Terasa si cabil ni comel sangat..
saya dok terbayang muka dia masa cakap tu.. he he he..

Erk! Tapi awat ek letak dia dalam tu..
durhakanya cikgu tu.. :(

izinni said...

Ati,
masa cakap tu .. mata dia bulat besor. penuh perasaan bercerita ...

awat? tunggu episod seterusnya ...hehehhe

izinni said...

ati,
sekarang kemaruk dok melukis .. semua entri kalau takde lukisan bengong rasa macam tak besh ler pulak. hahahahhaah

akirasuri said...

Hahak!
Terpengaruh dengan saya ke kak has.. :))
Tapi melukis memang besh dikala kebengongan kan? :D

Haish bulat-bulat besar-besarkan mata..
mesti mulut dia comel jek masa cakap tu.. He he he..
*terbayang* 8->

izinni said...

ya ya. paling best part kaler .. hehehe ... seronot pilih tona warna macam2.

mulut dia bersungguh2 .. muncung, senget ... heheheh

Pa'chik said...

apa nyembang nih... sambung cepat... hahah...

akirasuri said...

Hap! Pokcik jeles :))
Dah lama tak sepak pokcik :))
*sepak keting pokcik kuat-kuat*

Kak has.. nanti-nanti saya call lagi ek :D
Nak cakap dengan si kenit tu lagi..
He he he.. Kalau ada cabil pun besh jugak :D
borak ngan budak kecik besh.. suara dorang comel.. :D

izinni said...

pa'chik Has ... huhuhu ala2 sama nama kita .. hahaaha

bior ler kami nak sembang2 ... kalau nak meh ler sembang sama .. jangan segan2 .. kami tak ngorat, hehehe

isyyy baru je abis karang yang ini ... nanti2 la sehari dua lagi ke .. hehehe

izinni said...

ati,
amboiii .. kemain anak dara nih nak sepak keting orang .. hahaha

call la. kalau nak cakap dgn feberet so'od si syabil .. before 11.30am atau after 3pm. 12 - 3 masa sekolah syabil. yang kenit feberet pa'chik tu sentiasa ada .. hehehe

khairyn said...

macam adventure jer kot dia rasa dok dalam stor tu hahaha..

bagus..sabin kuat hahahaha tapi apa daa cikgu simpan dalam stor. Tak baik aaa

yep yep Andalusia itu sudah dalam kepala aku. Macam best lah Has. Boleh ke aku ambik ni? Kelab fantasi dalam kepala aku dah kerja overtime dah ni hahahah

Anonymous said...

memang ler best .. dari kepala hotak akU! ekekeke

errrr ... abih aku nak godam apa pulak kalau ko amik tu? huhuhu ..

errrr ... tapi kan kan kan .. kalau aku bagi kan kan kan .. ada habuan RM tak? hahahahhaha

ko telah mengajarku menjadi seorang raksasa mata duitan ... ehehehhe

p/s: baca komen fidah kat posting blogger=journalist? angin satu badan diva kita tu. hehehhe

achik said...

mak aih.. denda cam melampau je..

penah baca pasal sorg ni trauma sbb kena denda ngan cikgu tadika.. terus dia jadi pendiam dan sgt low confident.. huhuhu..

Anonymous said...

Salam...

dari kena denda duduk dlm bilik gelap tu rasanya baiklah klu dirotan sikit kot... maklum dlm bilik stor yg gelap tu kan kita tak tahu ada apa.

teringat masa kecik2 dulu, dlm 8 thn... kan saya ni lambat mengenal huruf... so ayah cam tension jer bila mengajar saya... ada sekali tu dia letak saya kat luar, adalah dlm 10 minit... kat depan pintu rmh jer... (skrg ni dah x leh wat cam tu, bahaya), dia ingat kot lah saya takut, rupanya x kisah pun... siap main lagi... Lps tu dengar arwah emak ckp kat ayah (lbh kurang sbb dlm lama sgt kan), 'tok sah lah .... (nickname ayah, saya tak reti nak sebut) buat Ucu gitu, tak mana nyer dia takut, lagi suka adalah, dpt main'.

nnt smbg lagi... ni nak ke Kota Tinggi, nak gi jln2 ngan kekwn ofis... aktiviti org bujang... happy dah lps audit sistem... Isnin ni audit kewangan lak...

Anonymous said...

sanggup chegu tu buat sabin camtu ye? nak kene belasah gak chegu tu..

MakcikMuda said...

*maghah ngan cikgu*

tp kan,dgn tajuk gini kan,rase cam si sabin jek salah maklumat. huahua!

tp lau betui cikgu g buat die gitu,adelah sgt kejam!
sila kasi nomor tepon beliau kat rynn!

*cam ganeh jek ayat akhir tuh.huahuahua!

Anonymous said...

kalau anak sedara aku, harus dah meraung dalam gelap tu. tiga2 penakut yang amat.

Tapi apa ke halnya yang cikgu dia sengal suruh masuk dalam stor tu?

kalau le budak tu pengsan ke apa ke tak ke naya.

Aku ari tu pun kakak aku bagi tau. ada dua bekas anak murid dia masuk darjah satu.

yang sorang tu penakut, sorang tu sangat peramah. satu hari adalah cikgu ni tanya yang penakut ni kenapa dia tak bawah buku sekolah. yang penakut ni dah mula la menangis.

cikgu ni tak puas hati mula naik angin, so kawan dia yang peramah ni try to explain la kenapa budak yang penakut tu tak bawak buku, dah cikgu sengal tu denda pulak kawan yang peramah tu. sengal tak?

-our- said...

Salam...

Our kalau bab cmni yg selalu buat our terpikir..adakah ini antara punca mslh sosial sekarang atau inilah akibat mslh sosial dari dulu...Bila mana guru menggalas kerja utk gaji bukan menggalas kerja utk berkhdmat.

Bukan pe, secara rasional ada prosedur menangani masalah/disiplin mengikut umur..our bukan guru tapi ibarat guru utk anak2 saudara our yg mana lebih mudah meluahkan masalah serta mudah bertanya sbb pada usia remaja diorg, our layan diorg sebagai seorg sahabat seperti yg di syorkan oleh org bijak pandai.

zwitterion said...

sambung2..:)