Thursday, April 10, 2008

Ayam oh Ayam ...

Aku suka ayam.
Aku suka resipi nyonya ni. Nama ayam ni AYAM PONG TEH.
Pernah cuba buat 2,3 kali.
Simple tapi sedap. Tak pedas. Sesuai untuk kanak-kanak seperti Akira dan Ryn. hehehhee
Cubalah kalau rajin.
Kalau malas, nengok je la gambor tu.

Bahan-bahan:
Ayam sekor
3 sudu minyak untuk menumis
10 ulas bawang merah (dikisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
4 sudu taucu (basuh dan tapis)
2 cawan air
3 biji ubi kentang (belah 8. nak besar belah 4 je pun boleh)
1 sudu teh kicap pekat
Garam, gula secukup rasa.

Cara:
1) Tumis bawang2 yang dah dikisar sampai naik bau. Pastu masukkan taucu. Goreng sampai garing.
2) Masukkan ayam, gaul sebati. Pastu masukkan air, kicap pekat.
3) Masak sampai mendidih. Masukkan kentang, masak sampai ayam dan kentang empuk dan kuah menjadi sederhana pekat.
4) Masukkan garam dan gula. Ikutkan citarasa orang nyonya, depa selalu letak gula tu lebih sebab resipi ni memang manis sikit. Dah boleh hidang dengan nasi panas. Nak makan dengan nasi impit pun boleh. Maknanya boleh dimasak time raya juga.




Nota kecik-kenot:
Sebenarnya aku boleh post resipi ni kat blog yang satu lagi ni tapi aku kemalasan. Nak bagi jari jemari pa'chik exercise lebih ... maklumlah baru baik demam ;-)

12 comments:

Pa'chik said...

hakhak... nak hapdet blog aku pun malas lah sekarang...

Tyra said...

serupa cam ayam masak kicap...

menyelerakan... :)

aini fatimah hassan said...

Salam.....

paling suka ayam masak kicap... sbb mmg suka kicap...

editor? ohhhh tak mungkin kot... baca utk tambah pengetahuan ...

pesta buku tak seberapa, tak rancang nak gi pun tu yg dah kirim buku2 ilmiah kat anak sedara tunggu dia pos je ni, ... yg utamanya nak ke pc fair & jalan2 ngan sepupu kat IKEA.

CikguZue said...

kene cari taucu kat swansea la...:D

achik said...

oh2 resepi hari tu pun x try.. sbb duk ralit bloghop, x sempat.. ekeke.. ;p

khairyn said...

hahahahaha ayam!

ayam adalah seekor binatang yang sangat cantik bila hidup dan sangat seksih bila sudah disembelih dan bulu-bulunya dicabut.

Lebih menyelerakan lagi bila selesai dimasak.

Tadi dah pi makan ayam... erk ayam lagi! lalalalala

akirasuri said...

Huhu!
Ayam yam yam nyam yam yam..
Sedap dap dap!
*Cepat-cepat salin resepi sebab senang..*

Adeii..
Rindulah nak dengar suara echa :|
Terasa muda bila echa panggil saya kakak..
Kikiki! :p

Rynn Cowbra said...

ahaks!

oke2.
nak kene try.
sbb uper cam sgt senang.
huhu!

malu lau x xreti gak.hiks!

nnt lau ryn da buat,ryn amek gambo segala oke. hihik!

bosanlah hari2 makan bubur dgn ikan haruan :(

zwitterion said...

bleh cuba.tp tak suka taucu...

Mimi Amilia said...

owhh..ini sgt sesuai untuk kami seisi rumah!

kingbinjai said...

ooo ooo macam bess

aini fatimah hassan said...

Salam...

suka tengok berita sekrg ni, baik di newspaper mahupun tv, puak2 yang masih tidak dpt terima kenyataan depa dah kalah. Memang macam kartun betul.