Monday, April 21, 2008

Blogger = Journalist?

Blogger adalah seorang yang memberi buah pandangan mengenai berita yang diterima mereka samada sahih atau sebaliknya.

Journalist atau wartawan pula mereka yang keluar mencari bahan berita dan sumber sesuatu maklumat, kemudian menulisnya untuk disiar di dada akhbar atau tv, baik media mainstream atau alternatif. Wartawan yang baik berupaya mendapatkan fakta yang sahih dan menulis tanpa prejudis serta berpihak kepada sesiapa. Semuanya perlukan berasaskan fakta. Sumber perlu ada nama. Perlu ada hitam putih sebelum sesuatu dakwaan dibuat.

Jadi blogger bukan journalist tapi journalist boleh jadi blogger.

Itu pandangan aku. Orang lain mungkin beza pandangan mereka.

Walaupun sudah bersara dari dunia kewartawanan, aku masih lagi mengambil tau kisah-kisah pasal bidang ini, terutama mereka-mereka yang masih lagi bergelumang sehari-hari dengan lumpur selut dunia yang penuh cabaran dan dugaan.

Jadi bila berkesempatan berbual dengan fellow former-journalist, secara tidak langsung akan bercakap juga tentang dunia yang kami telah tinggalkan. Semangat nak melihat dunia kewartawanan dalam negara ni pulih integritinya masih tebal walaupun kami mungkin sudah tidak berupaya untuk mengubahnya sendiri.

Hari ini dua bekas wartawan berbicara tentang bloggers dan kewartawanan.

me: semangat jati anak malaya
aku nak tanya ni

ryhan: hahahahaha
hmm

me: apa kelayakan untuk seseorang menggelarkan diri dia atau orang lain JOURNALIST??

ryhan: apabila dia ada accredation yg dia adalah journalistbekerja dgn syarikat persuratkhabaran atau tv atau freelancing
tapi mesti ada accredation
kenapa?

me: adakah dengan mempunyai sebuah JOURNAL online i.e blog ,... layak digelar JOURNALIST?

ryhan: a blogger is not a journalist

me: jadi ko dan aku sah2 journalist kan

ryhan: siapa ni?meh aku fire

me: hahahaha

ryhan: ye kau aku ex-journalist

me: aku nak fire tapi obvious sangat nanti

ryhan: tapi aku skarang pelajar journalism
siapa?

me: www.n32.blogspot.com .. aku memang tak berkenan dengan mamat ni lama dah ... aku tak tau apa kelayakan dia dalam media tapi perasan sangat tau segala tentang media hanya kerana dia 'press sec' haji hadi .. tapi experience journalism ZERO. buat tugas2 media untuk haji hadi pun tak professional .. pandangan aku laa
gi fire sikit ..

ryhan: oh roslan sms

me: heheheh

ryhan: chisss

me: dah bukak blog dia?

ryhan: dah

me: bangga dia ngan title "journalist' tu ek

ryhan: ish

me: aku pernah fire dia sekali ... tapi dia tak jawab pun

ryhan: orang ingat senang sangat nak jadi journalist

me: he's just a writer not a journalist

ryhan: ini lah yg lecturer aku cakap yogurt journalism
dia bukan keluar cari berita
tapi dok cerna berita orang
ini berita pemalas
a writer is not a journalist

me: kalau ada pun artikel dia keluar kat media macam harakah etc .. bukan bermakna dia wartawan

ryhan: a commentor is not a journalist

me: ya ya
aku rasa macam nak buat entry je

ryhan: journalist adalah org yg KELUAR cari berita dan news break

me: jom buat sesama
hahahaha

ryhan: jom jom
tahu banyak perkara itu pun bukan journalist

me: geram aku dengan bloggers yang perasan depa journalists dan depa la yang bertanggungjawab 'ubah' senario politik sekarang

ryhan: itu gossiper

me: nyampah sangat

ryhan: yep

me: especially orang2 macam rocky and the gengyang perasan depa besaq sangat

ryhan: yep

me: dah lama aku rasa mcm ni tapi malas nak tulis je

ryhan: aku pun

me: sekarang ni dah makin perasan ler pulak

ryhan: aku sensitif sangat bab2 ni

me: ya ya
sebab kita tau susahnya jadi wartawan

ryhan: at least org yg malas kerja kat nst tu masih dikira wartawan
sebab depa keluar dan cari berita

me: susah nak dapat info
pastu orang amik buat opinion sikit
pastu ngaku depa bagus sangat

ryhan: yep

me: pastu yang marah2 wartawan

ryhan: aku ni old school

me: padahal depa semua tu macam kita gak dulu cari makanbuat apa yang termampu

ryhan: ya ya

me: ujung2 story yang kuar bos yang tentukan
iya dak?

ryhan: yep
it still an open debate sebenarnya

me: macam story aku yang bh curi tu

ryhan: hahahaha

me: bukan aku yang bagi

ryhan: ye

me: semuanya bos decide
tapi wartawan yang nampak bodoh

ryhan: sekarang ni yg penting intergriti

me: whatever it is blogger IS NOT a journalist

ryhan: at least kalau wartawan fuck up
intergriti syarikat boleh back up
kalau syarikat fuck up intergriti wartawan back up

me: and they are not the MAIN factor penyebab kekalahan BN

ryhan: org akan kata takkan la wartawan tu buat macam tu
tapi kalau blogger ngaku dia journalist dan dia fuck up siapa nak back up?

me: kawan2 blogger sendiri la

ryhan: definitely they are not
kawan2 kan macam biskut
dorang punya intergriti pun x leh pakai sebab tak ada daftar

me: depa dah ada dalam bubble sendiri sekarang

ryhan: yep

me: dikelilinggi orang2 yang sokong apa je depa cakap

ryhan: yep
hah ni memang boleh buat entri

me: hehehhee

ryhan: kalau nak tengok aku ngamuk laaa

me: aku rasa nak ngamuk ni

ryhan: title - fuck up, bloggers!kakakakaka

me: the moment nengok statement kat blog roslan tu .. menyirap darah akuhahhahaha
dua orang ex-journalist ngamuk
hahahhaa

ryhan: hahahahhaaboleh buat thesis ni

me: ya ya menarik kan
lecturer ko yang suka perli2 tu mesti suka ngan tajuk tu

ryhan: tapi macam aku cakap la open debate
satu lagi kalau host ko blogspot
ni kira rumah haram gak
sebab tak bayar host

me: hahahaha

ryhan: macam kau dapat duduk rumah free la

me: pastu komplen banyak
ehehhee

ryhan: hahahaha

me: aku rasa kalau kita buat entri pasal ni ramai yang terasa beb
ehehehhe

ryhan: hahahaha
yep
tapi itu la hakikat

me: YA YA YA

ryhan: berani beri kena berani terima
berani mengaku kena berani terima risiko
inilah journalism

me: bila nak start .. dah teruja ni
hhehehhehe

ryhan: kalau x berani dikritik tak yah mengaku

me: sebab tu laaa aku sayang journalism

ryhan: boleh aje
aku nak tengok journalism kat mesia naik n ada kredibiliti
tapi apakan daya

me: walaupun orang2 yang 'practice' journalism tu banyak jugakla yang teruk

ryhan: aku dah terlalu tua untuk terima bantuan belajar kakakakakaka

me: hehehhe


Nota kecik-kenot:
Renungkan. Fikirkan. Cernakan.
Mungkin apa yang dibicarakan dua bekas wartawan 'cabuk' itu agak beremosi .. mungkin .. tapi ada asasnya.


9 comments:

Pa'chik said...

hehe...

err... kalau cam mso tu.. masuk buku tak?

Anonymous said...

Salam...

cam na ye nak ckp...
kebetulan kat ofis hari ni ada audit ISO utk 2 hari ni... tu nasiblah sapa yg kena... yg pasti setiap kerja yg dibuat mestilah didokumenkan... rasanya kerja wartawan pun cam tu jugakan, apa jua yg nak dikeluarkan mestilah ada faktanya dan mereka berani bertanggungjawab dgn apa yang mereka keluarkan. Adakah para blogger pun cam tu gak?

Anonymous said...

pa'chik,
mso? dia editor siasah kan ... hehhehe

aini,
ya. setiap yang ditulis mesti berdasarkan fakta. kalau nak quote sumber, dapatkan nama walaupun sumber tak mahu dedahkan identitinya di media.
ya. kena berani bertanggungjawab.
blogger? ada setengah blogger mcm tu tapi x semua.

Pa'chik said...

tapi izi, cam laporan hutusan ke hapa, pasal buku sastera dan komsas hari tu... cam sial je tulisan budak tu, dah lah kuot 'sorang guru yang tidak mahu dikenali...' kira main tulis cenggitu je.. macam tulis blog pulak.. huhuhu...

izinni said...

hehehe .. memang ada sesetengah reporter selesa gunakan "seorang guru yang tidak mahu dikenali" yang pada aku dah jejaskan kredibiliti dia sebagai wartawan dan kesahihan berita tu sendiri. sebab tu aku sendiri tak suka buat macam tu.

tapi kekadang tu ko kena tengok jugak sumber tu. memang kekadang taknak dikenali sebab status sebagai staf kerajaan etc. dalam kes laporan tu .. org tu cikgu. kalau cikgu tu berani bagi open statement kritik satu2 langkah kerajaan, tindakan disiplin boleh diambil atas depa sebab dah langgar akujanji. lagipun depa ada persatuan. boleh kemuka tak puas hati kat persatuan, bukan media.

aku dulu pun paling susah nak dpt komen apa2 dr cikgu ni.

LadyTiz said...

aaaa...

persoaln sy dh terjwb!!

dulu ade pikir2 gak benda ni. dorg ni bukannya pergi siasat isu tuh cam wartawan... tp cam buat rumusan atas isu yg dah sedia ada...

penulisan mereka lebih terjerumus pd pendpt sendiri dan luahan rasa hati.

Anonymous said...

menyirap la darah aku membaca ni. Sengal mana tu? meh sini kalau ada telor meh la jumpa kawan2 wartawan ni tengok sapa bagus. Hangin plak aku membacanya.

dia ingat wartawan macam kita ni chekai ka. haprak ka, main balun ja buat cerita? main balun ja tulis story? Dia ingat aku ni buat story karang dalam mimpi pastu tulis pastu bagi kat ketua biro aku tu suruh hantar kat newsroom bagi cetak ka? Akai ada ka? Kalau macam tu baik la aku duduk je kat dalam opis ni main karang je macam penulis buku cerita.

aku sebenarnya nak komen dalam blog Harny tapi tak dak add blogspot.

makhluk tu ingat senang ke berpanas tengah matahari terik menunggu orang kena reman kat Majistret Banting tu? atau menunggu AI yang lambat datang dalam keadaan aku tengah kelaparan dan nak terkencing sangat2. Nak g toilet pun takut, takut miss story.

Tu la, ingat boleh tulis sikit, ingat dah senang lah kerja wartawan ni, main belasah je la betul ke tak ke cerita tak peduli.

Kita nak buat story longkang pecah pun nak kena tengok betul ke longkang tu pecah, bukan main karang je.

regards
wartawan yang bernama Rafidah Mat Ruzki

p/s aku tengah post menstrual nih (heheh ada ka keadaan tu? hehehee)

izinni said...

tyrah,
begitulah adanya .. macam orang yang dok bergedang-gedang citer pasal law itu ini tapi bukan lawyer ...

diva,
haaa apabila divaku sudah berbicara dan mengeluarkan rasa hati. hehehhe

ya ya fidah. aku yang dah jadi bekas ni pun menyirap darah .. ini kan ko pulak yang masih lagi wartawan.

tu la depa ingat senang nak jadi wartawan. miss makan, miss kencing, miss berak, miss bas, miss teksi, miss tido, miss macam2 ... yang penting story mesti dapat on time! kalau tak kenalah syarah ...

aku ingat masa aku ngan harny dok menjelajah sampai ulu negeri selangor dok kejar khir toyo pasal kes si kudus .. adehhhh sampai lupa makan ... takut miss. belum lagi tersesat barat masa ke dengkil. makan pun tapau mcD .. itu pun dah ujung2 nak balik baru ler beli.

depa kata .. blogger pun boleh buat newsbreak etc .. but again sapa yang boleh verifykan apa yang depa tulis?? macam raja petra la .. citer beriya2 tapi belum tentu sahih sebab dia je yang tau. hehhehe

tapi itulah wartawan. walaupun payah dan selalu kena marah .. tapi tetap seronok kan. yang best sebab dapat lawan marah boss balik. hahahahaha

weii .. rajin2 tu call la aku ni .. datang umah ke .. bukannya jauh mana pun opis ko ngan umah pondok buruk aku ni.

Anonymous said...

buruk2 pon pondok ko, rumah sendiri Has.

Tu la pasal, masalahnya blogers ni kadang ingat depa tu boleh tulis apa saja sebab benda free. Tulis belakang nama samaran. Tak perlu bertanggungjawab. Orang kita pulak, terima seadanya sebagai perkara yang mutlak, sebagai perkara yang benar. Sedangkan kalau setakat dengan orang mendakwa dakwi ni kalau tak ada bukti yang sahih, macam sembang kedai kopilah jawabnya.

banyak perisa, isinya tiada.

bagi aku, kalau selama ini hanya menulis untuk akhbar lidah parti, tak kiralah parti apa sekali pun, kita selalunya jadi tak objektif dah. kita fikirkan kebaikan dan keperluan parti yang kita percaya saja.

tapi, berapa ramai pun wartawan akhbar harian ni yang non-partisan? Aku tau aku non-partisan, tapi dalam non-partisannya aku pun, aku kadang tu ada juga softspot on certain people. Lumrah la. Mana ada manusia lurus macam kayu.

Tapi kalau orang pembangkang nak kata aku sokong pemimpin BN pun tak boleh jugak, sebab ramai yang tau, kalau aku nak 'tembak' ex- em bee dulu pun, aku buat muka kering aku je aku tembak, aku tau ada masa dia pun tak suka bila aku tanya soalan sensitif. Tapi bagi aku, daripada aku kena 'sula' dengan dewa dewi kat newsroom tingkat 4 Jalan Riong tu, baiklah aku kena hamun ngan dia. Paling tidak, tak dapat g trip oversea je or 'peruntukan' duit raya kurang je. hahahaha. tak berkudis pun kalau tak dapat g oversea ikut depa.

tadi stringer aku bagi tau. semalam dia g PC kat rumah MB. sorang Exco muda belia yang juga bloger ni sudah buat statement " I cannot speak in Malay because I'm so angry" hahahaha, drama queen sangat.

kalau aku ada harus aku cakap YB, only I am allowed to be drama queen here, not you. Boleh tak rasa2nya?