Lama takde entri makan-makan, masak-masak kan kan kan ....
Aku suka buat sup ayam tapi ada la satu hari tu bekalan sup bunjut dah abihhhhh ... tapi Syabil dah cakap nak sup ayam jugak. Jadi terpaksa fikir jalan penyelesaian. Terus teringat kat chef wan sebab ada sekali tu dalam rancangan memasak dia ada buat chicken stew. Bahan-bahan exact memang aku tak ingat tapi cara memasak tu aku ingat sangat-sangat sebab mudah. Jenis campak-campak je tapi hasilnya yummyyyy ... anak-anak aku suka sangat. Kalau buat sup biasa, selalunya supnya boleh bawak ke esok tapi bila buat stew ni, habis masa tu jugak.
Rupa chicken stew aku macam gambar kat bawah ni. Gambar ni aku amik tanpa izin dari sini.
Macam gulai kari tapi ada sebabnya warna jadi macam tu. Yang bestnya masakan jenis ni, boleh letak apa jenis sayur pun. Lagi banyak lagi best.
Bahan-bahan:
Ayam (potong ikut suka)
Tepung gandum
Bawang besar (potong 8)
Bawang putih
Halia
Carrot
Kentang
Button mushroom
Lobak putih
Celery
Tomato
Kayu Manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
Bunga lawang
Lada hitam dalam 1 sudu besar (tumbuk kasar)
Garam, gula secukup rasa
Marjerin (4 sudu besar)
Cara:
1) Lumur ayam dengan garam, lada hitam. Salut dengan tepung.
2) Cairkan marjerin dalam periuk. Goreng ayam sampai warnanya agak keperangan/separuh masak. Tepung pada ayam tu nanti akan buat warna kuah keperangan dan pekat.
3) Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan halia yang dihiris nipis.
4) Bila dah naik bau rempah2 tu, masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis lagi sampai agak lembut.
5) Masukkan carrot, kentang, celery, tomato, lobak putih, button mushroom yang dipotong agak besar. Sayur-sayur ni kena potong besar-besar, kalau tak nanti akan hancur ketika proses mereneh.
6) Masukkan air sampai menutup semua bahan2 dalam periuk. Eloknya gunakan air dari sisa-sisa tepung yang lumur ayam tadi.
7) Tutup periuk. Reneh dengan api sederhana selama 15 minit. Bila mendidih, kecilkan api dan reneh lagi dalam 30min ke 45min. Memang lama sikit proses mereneh sebab nak sebati/lembutkan semua bahan dan memekatkan kuahnya.
8) Bila stew dah mula memekat, masukkan garam dan gula secukup rasa. Boleh tambah lada hitam kalau nak pedas.
Nota kecik-kenot:
Disebabkan cara masak ni guna teknik mereneh yang lama, jadi amat sesuai juga digunakan segala jenis daging sebagai bahan ganti kepada ayam seperti daging kambing, daging lembu, daging rusa, daging arnab, daging burung unta, daging babi ... ooppsss ... haram ..,
Makanan laut tidak sesuai sama sekali sebagai bahan ganti kepada dedaging ... harap maklum :D
11 comments:
aku pulak kalau meng-sup tu kurang suka guna sup bunjut. aku tumis semua bahan and rempah pas tu curah air. hehehe. kalau guna sup bunjut tuuu macam kureng rasa la plak..
alaaa sup aku mana nak sama dengan sup chef ibu kan kan kan hahahahha
ibu, nak laksa!
aku rajin buat sup guna sup bunjut sebab cara tu yang paling senang dan cepat. hehehhe .. maklumlah anak ramai kan .. mana buleh masak lama2 .. yang penting cepat, sedap.
ko ni kena carik zauj keturunan mamak la. hahahha sebab sup cara hang buat tu style sup mamak. ekekekke
nak laksa? nak resipi ke nak aku masakkan? hehehhee kalau nak aku masakkan ... balik la sini .. hehhehe
dulu2 masak sup guna sup bunjut tu.. skang ni x suka sgt.. skang ni suka 'sup bodoh' yang tumis gitu2 je.. hehe..
oh2 tgh fikir ni nak masak apa.. nampaknya boleh la try masak chicken stew tu.. ;)
NICE Blog :)
Salam…
Nanti nak trylah…
Tahun lepas belajar masak kacang pol & roti mariam (betul ke namanya? tp itulah yang sepupu saya beritahu, so betullah tu agaknya), tahun sebelumnya kek lapis & cheese cake. Dah lama gak tak main masak-masak – rakan sedepartment bising – kata mereka, ‘dia macam tu gak, kita-kita ni yang macam dipam-pam’. Untuk pesta makan-makan kita orang ada masa hingga sebelum raya tahun ni jer, selepas tu dah susah kot, dah pindah ke tempat baru (campur dengan bos-bos besar) & pantry pun kena kongsi dengan dept lain.
Salam…
Nanti nak trylah…
Tahun lepas belajar masak kacang pol & roti mariam (betul ke namanya? tp itulah yang sepupu saya beritahu, so betullah tu agaknya), tahun sebelumnya kek lapis & cheese cake. Dah lama gak tak main masak-masak – rakan sedepartment bising – kata mereka, ‘dia macam tu gak, kita-kita ni yang macam dipam-pam’. Untuk pesta makan-makan kita orang ada masa hingga sebelum raya tahun ni jer, selepas tu dah susah kot, dah pindah ke tempat baru (campur dengan bos-bos besar) & pantry pun kena kongsi dengan dept lain.
*Meleleh air liur*
Akhirnya dah ada dah entri masak-masak..
Besh besh..
Mak saya suka yang sup-sup macam ni..
Tapi tengok macam renyah jek nak masak..
Ha ha ha! Tak jadiklah salin resepi..
awat cam susah jek neh,kak has.
bahan berderet.
mule2 bace cam eksaited jek nak salin segala.
tp bile tgk resepi,cam payah jek.
hahak!
salam jenjalan...
stew ni agak pekat skit kan drpd sup.Kakak saya penah ajor, tp resepi ntah mane ntah...
achik,
dah try? amacam?
aini,
dulu masa keje selalu jugak potluck. saya selalu bawak sambal kering ikan bilis dengan kentang. really miss the good old time.
akirasan & ryn,
renyah ek? korang masak sup bunjut je laa.
cikguzue,
salam perkenalan.
stew memang pekat sikit. sebenarnya buat stew ni terpulang pada berapa banyak bahan kita nak letak. nak sikit pun boleh, nak banyak pun boleh. teknik tu je yang bezakan dengan sup tumis yang biasa kita buat tu.
kak has.. skrg sy dah ada resipi sdiri.. sup cincai campur quaker oats.. mcm bubur.. alternatif utk org x sihat.. haha..
Post a Comment