Friday, May 23, 2008

BODOH!

Pengarah Eksekutif Womens Aid Organisation (WAO) Ivy Josiah tidak bersetuju dengan saranan PKPIM agar polisi pakaian seragam sekolah pelajar perempuan disemak semula. Ivy berkata yang perlu adalah untuk menyemak semula 'tanggapan-tanggapan salah' berkenaan pakaian wanita. Kata beliau kes rogol berlaku bukan kerana pakaian, ianya akibat kuasa yang si rogol rasakan ia miliki terhadap mangsanya.

*Sumber dari The Star. Cari sendiri la artikel pasal ni. Aku tak daya lagi ni ...

Kenapa yang bukan Islam sibuk? Suruh je la anak-anak perempuan korang pakai pinafore tu. Jangan pakai baju kurung sekolah. Isyyy .. nanti aku pulak dikatakan racist. hahahahah .. pedulik apa!?
Kalau macam tu baik semua perempuan kat Malaya tak payah pakai baju. Berbogel je ... sebab kes rogol bukan sebab pakaian kan kan kan ... duhh!!???!!!

Bodoh-bodoh kat SIS pun makin bengap! Ada ke nak kaitkan baju seragam putih tu dengan baju berkabung perempuan Melayu. HALOOOO!!! Masa arwah tok wan aku meninggal aku pakai baju merah lagi! Masa arwah atok suami aku meninggal, aku pakai baju warna warni tau!! Sejak bila berkabung pompuan melayu pakai baju putih semata??!! Pastu terus membodohkan diri sendiri dengan mengaitkan dengan nenek-nenek dan makcik-makcik dalam amno pulak dahh. adehhhhh .... sempitnya akaiiii ....

The Star dari hari ke hari nak mencabar Islam. Apa??!! Korang tau sangat ke pasal Islam? Bagi cadangan sikit dikatakan Taliban la, itu la ini la. Korang yang bukan2 Islam dalam Star tu jaga la agama korang sendiri. Sibuk nak campur hal ehwal orang Islam dan hukum hakamnya.

Aku ni dari dulu lagi dok terfikir kenapa kat Malaya ni takde satu pun NGO Islam yang betul2 kuat dan berwibawa. Yang boleh sangkal mangkuk-mangkuk hayun yang suka sangat sibuk hal orang Islam. PAS pun senyap je .. apa cerita?? dah menang terus jadi bisu?!

Dah la aku tak kebah demam lagi ni .. buat aku ngamuk je sampai terpaksa lepas geram dalam blog!?! huh!! &%*^#$%&#)_@(_)$#$*^$ ..

ok la ... nak sambung baring balik .. adehhhhh ...


UPDATE (8.50pm):

Mereka sering berkata, orang lelaki mesti jaga mata dari pandang yang bukan-bukan. Memang betul. Aku setuju sangat. Islam sendiri menyuruh umatnya lelaki yang beriman supaya menjaga pandangan mereka. Perkara yang sama termasuk untuk perempuan. Kan Islam saksama.

Jadi .. diandaikan lelaki-lelaki Islam kat Malaya ni semuanya beriman dan betul-betul jaga pandangan dari melihat perkara yang haram ... ALHAMDULILLAH. Tapi HAKIKATnya ... berapa kerat yang betul-betul macam tu??

Jadi .. diandaikan semua lelaki-lelaki beriman ini dah tunduk abih dan paling abih bila ada perempuan bukan muhrim lalu didepan atau ditepi depa ... adakah ini memberi lesen kepada perempuan-perempuan ini untuk lepas bebas berbuat dan berpakaian sesuka hati mereka?

Mereka boleh pakai coli dan seluar dalam sambil jalan-jalan di bandar ... boleh berbogel bila bershopping .. ehhhh .. kalau dah gemar berbogel tak perlu bershopping lagi. Budaya nudism di Eropah boleh dipraktikkan di Malaya. WOW!! pasti tiada jenayah seks termasuk rogol sebab semua lelaki Malaya sungguh-sungguh beriman dan menjaga nafsu mereka.

Tolonglah... setiap satu umat Allah ada tanggungjawab masing-masing. Kita memang boleh salahkan orang lain bila terjadi sesuatu musibah tapi adakah kita lihat dan peduli salah diri kita sendiri?

Biarlah orang Islam jaga agama Islam. Orang bukan Islam JANGAN dan TIDAK BERHAK campur sebab orang Islam tidak pernah dan TIDAK HINGIN nak campur agama kamu semua, sebab agama kami sudah cukup sempurna. Agama kamu, kamu punya ... jadi jaga bebaik. Agama aku .. ISLAM .. aku punya dan suka hati aku nak buat apa pun berlandaskan syariat yang telah ditetapkan agama aku.

Kalau masih tak faham .. belajar. Kalau tak nak belajar .. duduk diam-diam jangan menyibuk!

17 comments:

Anonymous said...

Hrm... hari ini aku terbayang-bayang kembali zaman masa jadi budak sekolah dulu. Masa nakal-nakal dulu. Terbayang-bayang baju-baju transparent budak-budak perempuan. Terbayang-bayang tali coli si dia dan si dia. Terbayang-bayang topik perbualan di asrama lelaki. Hari ini nampak siapa yang punya. Siapa yang besar, siapa yang kecil.

Eh... aku bukan nak melucah. Realiti tu. Zaman itu belum ada lagi yang jenis buat kerja rakam dengan camera phone. Nak dapat jumpa henfon pun belum tentu zaman itu.

Apa yang aku merepek ni? Tak ada apa... nak bagitau aku setuju dengan apa yang cuba diutarakan oleh PKPIM tu.

Yang tak setuju itu, bukan tidak setuju dengan hujah, tapi tidak setuju kerana sememangnya mereka adalah anti Islam. Bila orang Islam bercakap yang nampak Islam bendanya, perlu dibantah. Sedihnya, mereka ialah dari orang-orang yang kad pengenalan mereka tercatat agamanya Islam. Haris Ibrahim contohnya.

Panjanglah pulak... eh, siapa punya yang panjang tu? :D

izinni said...

aku gagahkan jugak duduk depan komputer ni ... hehhehe

tok,
betui tu. mu dulu sekolah mana? kat kelantan kan. aku ni kat PJ. dengar nama Petaling Jaya je dah boleh agak macamana budak2nya kan. aku dulu sekolah semua pompuan tapi tang coli tu depa dok berlawan-lawan sapa yang paling cantik. sapa yang banyak renda, banyak corak ..segala jenis corak ada. tali nipis. adehhhh ... itu sekolah pompuan tu. kiranya tokeh coli triumph bee dees memang kaya raya la.
abih segala penkid kat sekolah aku tu besor biji mata.

aku pulak segan .. pakai camisole.

khairyn said...

makin mengada-ngada plak dorang ni. WAO tu kononnya nak ikut western ideology la tu. Dalam kes rape, perempuan x boleh disalahkan kalau dia x bagi consent untuk sex. Means ko boleh pakai baju senipis, sependek yg boleh pas tu kau mabuk2 sampai tak sedar, but when you say no then its a no no.

So kesimpulannya di sini, wahai budak2 perempuan sekolah, pakailah baju sekolah yang paling jarang kamu jumpa, pakailah yang paling pendek sebab kalau kamu kena rape tu bukan salah kamu. Kamu cuma tayang body jer, yang orang tu gatal-gatal nak rape kamu tu apasal?

ish!

Ya ya.. aku dulu sekolah co-ed, lagilaaa. Alasan tak pakai camisole .. panas! hahaha. Berpinar mata budak2 lelaki kelas aku.

Zuraini said...

Salam...

Harap segera sembuh...

masa sekolah dulu, saya tak bergaun, sentiasa berbaju kurung + t-shirt putih di dalamnya. Kekawan pandang pun cam pelik jer... hahaha... bila ada yg bersuara, alasannya mudah... baju tu kan transparent... lagi pun dah biasa tengok abang2 bila mereka berkemeja putih @ warna yg lembut mesti mereka bersinglet di dalamnya. Alasan tak nak bergaun lak sbb bila turun naik tangga, bila ada yg senaja mendongak ke atas mesti nampak. Alasan semata2 tu sebenarnya, saya lebih suka baju yg dijahit oleh arwah emak sebenarnya, lagi pun kalau bergaun kaki tetap nampak, wpun masa tu saya masih belum bertudung tp nak tayang betis tu mmg tak sanggup. Dari bergaun baik berseluar panjang kan... Dan ianya kekal sampai sekarang.

Tu utk pelajar sekolah, habis camna dengan yg selain daripada mereka. Bertudung tapi telanjang. Bukanlah saya baik sangat pun, berbaju kurung pun hanya pada hari Jumaat, hari lain ttp berseluar panjang + kemeja. Tapi apa maknanya tudung dipakai tapi lurah kat dada tu boleh nampak, alur kat punggung & mcm2lah.

Kalau tak silap kat Negeri Cina ada dikuatkuasakan etika berpakaian bagi pekerja wanitanya di agensi2 kerajaan, yg pada mereka cara berpakaian wanita sekarang mmg mengganggu kaum lelaki. Sapa kata pakaian tu bukan penyumbang kepada kes rogol. Rasanya saya pernah terbaca 1 ayat - tak pasti Al-Quran @ Hadis, tp maksudnya lebih kurang - semua maksiat berpunca daripada lelaki kecuali 1 sahaja yang berpunca daripada perempuan iaitu zina. Bila dibahasakan ttg gangguan seksual, pada saya org perempuan lah yang lebih banyak melakukannya daripada lelaki. Maaf kalau silap...

Islam itu indah - apa susah sangat ke nak ikut.

Sorry panjang... Dah puas tunggu isu2 cam ni... Antara kata2 arwah emak yg sering saya ingat bila disentuh bab pakaian - 'nasiblah Ucu ni perempuan, kalau lelaki tah mcm manalah'. Dan itulah juga yg pernah diucapkan oleh housemates masa belajar di Perak, bila mereka kata saya mcm tak sokong kaum sendiri jer. Dah terang2 salah nak sokong camna kan… Maju macam mana pun kita ni, hukum tetap hukum.

Baru nak post dah diupdate yg baru… tak sempat baca… post dulu yg ni… karang ayat ni dari ptg tadi… Nanti saya baca yg baru diupdate tu, kalau ada idea nnt saya komen ye…

LadyTiz said...

"Org pompuan leh ckp ape saje pasal laki2, sbb dier tak tahu nafsu laki2 cam ner. Cuba kalau dier laki2, entah2 lagi teruk, semua dier rogol. Semuanyer terpulang....sama ader laki2 tuh dpt tahan ke tak. Tuh je."

ayat atas ni kwn lelaki sy yg ckp kt sy...

nafsu mmg payah nk dikawal... tak kiralah laki2 atau perempuan. sy setuju dgn Tok mudin. realitinye camtuh.. mmg org laki2 akan suke tgk perempuan. fitrah.

sy rse dalam keadaan fitrah yg camni.. perempuan yg kena main peranan. kena jaga semua perlakuan. :)

izinni said...

khairyn,
NO can have more than 1 meaning. hehhehe ... kekononnya bergurau cakap NOOOO .. JANGANLAAAA .. tapi sebenornya suka. hampehhh!!
kononnya pakai sexy untuk kepuasan diri sendiri .. bukan untuk tunjuk kat orang. kalau macam tu pakai dalam umah!!

aini,
itulah dianya ... communist pun tau. banyak negara dah buat polisi sediakan kenderaan awam untuk wanita sahaja. kita?? kondem lagi ada bila ada cadangan macam tu. saya pernah buat entri pasal ni .. boleh check entri lama2 kalau berminat nak baca.

tyra,
masalahnya perempuan refused nak mainkan peranan untuk jaga perlakuan dan maruah diri sendiri. asyik harapkan orang je. pastu kalau kena .. senang nak salahkan orang.
lelaki sah2 suka tengok pompuan. kita yang pompuan ni pun ada masanya suka gak nengok pompuan yang cantik lawa kan .. hehehhe

Pa'chik said...

mengamuk taim demam ye... ekeke...
ni kira harbi kan? kan? sayangnya kita bukan negara Islam... huhuhu...

Pa'chik said...

hahaha.. hapuskan jugak undang-undang minor tuh... benarkan mereka gi minum-minum arak... tidur ngan mana-mana jantan yang mereka suka... hahaha.... ini baru liberated.. kan? kan? ekekke...

Anonymous said...

Sejak ada 'Had-hari' tu, makin berani dorang memperlekehkan dan mempersendakan Islam..

Kurang pasti ini hadis atau apa tapi ayatnya lebih kurang beginilah:
"..Pandangan pertama itu harus, pandangan kedua dan seterusnya itu adalah pandangan nafsu yang disertai godaan syaitan.."*citation needeed*

Cuma yang jadi persoalannya, mana perginya para-para politikus yang kata depa memperjuangkan Islam..
Apakah? Hoh!
Sejak jadi politikus ni terus jadi tikus ke..
Haish!

izinni said...

pa'chik,
isyyy mana buleh jadi negara Islam. ni negara berbilang kaum dan agama. tak bulehhhhhhh ....

hmmm ... kalau ikut Islam ... seorang perempuan yang dah dtg haid dah kira dewasa yang sepatutnya boleh membezakan antara yang halal dan haram. lelaki plak bila dah akil baligh.
masalahnya ... orang sekarang .. umur 21 pun pemikiran can 2 tahun. Waima yang 50 tahun cakap macam tak tau beza halal haram.

err .. pastu edar bagi free condom .. huhuhu .. prevention is better than cure. tang aids reti plak guna 'clause' tu kan kan kan

izinni said...

ati,
dan sejak ada had dan ada hari ni orang islam makin layu. sighhhh ...

itu hadis kalau tak silap ... org macam tu bukan paham ada setan ni ... depa tak caya setan ni buleh hasut waima alim ulama sekali pun.

dah nama pun politikus ... sibuk jaga kawasan. hehehehe ... jaga hati orang bukan Islam ... kalau tak jaga lenkali dah tak dapat undi dahhh ...

achik said...

"aku agamaku.. engkau agama engkau"..

org2 bukan islam tu apsal nak menyibuk2 kan.. haih!!!


oh2 saya dari sekolah rendah mmg pakai camisole.. dan sampai skang w/p pakai baju gelap tetap pakai camisole.. kalau x pakai, rasa cam tak pakai apa2 je.. ;p

ustazah saya dulu, sape x pakai camisole kena tarik tali bra.. nak tayang sangat kan.. hoho..

masih demam lagi ke? semoga cepat sembuh.. :)

izinni said...

achik,
depa tak pandang agama ... depa pandang hak asasi manusia. tu yang sibuk sangat tu. kununnya Islam ni takde hak asasi. Padahal Islam dulu yang menaikkan taraf orang perempuan ketika orang2 kat barat masih lagi dialam kegelapan.

Fida Ruzki said...

entah la. aku part ni aku tak setuju orang kata perogol tu merogol sebab teruja tengok pakaian anak sekolah sexy ke apa ke. sebab orang nak merogol ni bukan kisah ko pakai apa.

ingat tak kes Noor Suzaily tu. Pakai punya tutup litup, tetap la kena rogol. siap kena bunuh lagi.

Tapi aku setuju la kalau orang kata berpakaian mencolok mata tu sebenarnya boleh membawa kepada maksiat. ha yang tu aku setuju sangat la. Sebab bila yang menengok dah teruja, dia mungkin memulakan langkah menggoda. perempuan pun boleh juga tergoda la kan.

Part budak sekolah tu, wei, zaman kita puas la cikgu semua pulas telinga kalau tak pakai anak baju, tak pakai kain dalam dan bertudung.

Aku ingat lagi masa sekolah kat EC dulu, siap cikgu disiplin aku panggil semua budak perempuan masuk dalam dewan lepas tu kena bebel kenapa tak pakai baju dalam, kain dalam dan tudung untuk yang Islam tu.

Yang bukan Islam pun kena gak. Skirt jangan sampai nampak paha semua.

Baju oun kalau kain nipis, harus la kena bebel lagi.

Ala babe, kalau ada orang kata kain tebal tu panas, tipu la. Aku dulu pakai kain cotton tu yang tebal punya siap pakai baju dalam lagi, elok je.

kan ke ada cotton bagus yang tebal dan tak nampak sexy yang boleh dibuat baju.

aku rasa kalau pakai baju warna warni ni pun tak sesuai gak. karang ada yang pakai sutera, ada yang pakai kain cotton, nanti ada antara dua darjat plak.

kecualilah kalau nak kasi budak2 tu pakai baju warna biru atau hijau ke atau pun kelabu ke ha boleh la. tapi nak ke depa.

aku sebenarnya tak kisah la apa pun warna baju tu, sebab kalau putih tu karang yang jenuh nak membasuh mak bapak budak2 tu gak.

tapi kata2 yang kata pakaian yang sebba kan ornag kena rogol tu,m bukan 100% betul sebba orang yang berhijab pun boleh kena rogol. Pokok pangkal hati. Kalau kita ajar anak2 kita tak kira lelaki perempuan untuk hormat orang dan jangan ambil yang bukan hak, Insyaallah kalau tak semua, banyak kes rogol ni dapat kita kurangkan.

Anonymous said...

alangkah bahagianya kalau semua perempuan berfikiran macam kamu. Aman doniaa..

Aku kurang bersetuju dengan fida ruzki. bagi aku, yang seksi tu tulah sebenarnya merangsang lelaki durjana utk melampiaskan nafsu terhadap yang bertudung litup. Kan elok kalau kita hapuskan dulu si perangsang tu supaya tiada yang dirangsang.

Fida Ruzki said...

mungkin betul juga saad, tapikan Allah bagi kita akal fikiran. Sekali tengok jangan tengok lagi. Bukan lah saya memperjuangkan ornag berpakaian sexy, perlu diingat yang kita bicara ni pakaian anak ke sekolah, bukan pakaian remaja lepak di Bukit Bintang.

Jadinya, kalau ibu bapa sedar apa yang anak dia buat, perlu lah sedar bahawa pakaian anak2 pun nak kena jaga juga. Kalau rasa baju sekolah putih tu terlalu nipis, belilah yang tebal sikit. belilah baju dalam dan kain dalam. bukan susah.

Saya dulu pun pernah bersekolah co-ed, pernah bersekolah all girls and pernah bersekolah dalam sekolah all boys, so kalau benda2 ni dijaga, elok dan molek la jadinya.

remaja, di mana-mana pun sama. Tapi kalau ditanam perasaan malu sejak kecil, jadi malulah nak buat macam tu.

macam saya cakap la, perogol ada diransang oleh pakaian sexy, ada diransang dengan kanak-kanak, ada diransang dengan perilaku. jangan salahkan pakaian atas perbuatan. tapi salahkan diri sendiri.

kalau pun pakai baju kurung ke sekolah berwarna gelap atau berwarna warni, tapi perilaku tak jaga, pun penyumbang juga.

tak penat ke nak menyalahkan baju, orang, latar belakang, suasana persekolahan atas perbuatan macam tu, perbuatan sendiri.

Tak payah tengok jauh, pergi lah ke KLCC tu, waktu maghrib masa nak solat di masjid kat KLCC tu bawak2 la berjalan depan kolam. beritahu saya pasangan anak melayu yang macam mana yang duduk di tepi tembok sambil selok menyelok?

Saya berani potong jari cakap, pasangan melayu yang wanitanya memakai tudung labuh atau molek, tetapi membiarkan lelaki meraba sana sini depan orang ramai, depan keluarga yang membawa anak2 mereka bermain kat kolam tu.

so jangan salahkan pakaian atas perbuatan semata-mata sebab pokok pangkal hati. memanglah pakaian yang sexy ada masanya mengundang, tetapi takrifan sexy tu terlalu subjective. Ada orang melihat saya pakai baju kurung sebagai sexy sehingga meransang nafsunya, ada yang melihat saya memakai seluar jeans dengan t-shirt sebagai sexy, so different perception, different people.

part awak cakap orang lelaki teruja tengok wanita pakai sexy menyebabkan dia rogol wanita berhijab menunjukkan lelaki itu tidak layak menjadi pemimpin walaupun untuk dirinya sendiri sebab tidak mampu menjaga mata dan nafsunya sendiri.

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus