Tuesday, May 13, 2008

Selingan ...

Selingan 10 perkara ...

1) Lupa nak war-warkan. Adik yang bongsu baru dapat baby baru 25 April lalu. ya ya .. dah nak sebulan baru nak bagitau. hehhehehe ... Aqil Najmi namanya. Boleh la berkawan dengan Ali Qa'id.
Adik lelaki yang nikah bulan 12 tahun lepas, zaujahnya dah mengandung 3 bulan lebih. Hujung tahun ni InsyaAllah dapat anak penakan baru lagi.

2) Syabil tanya Batu putih yang jadi hitam tu siapa punya dan macamana boleh ada kat Mekah. Aku jawab Batu tu namanya Hajratul Aswad. Allah punya dan asalnya dari Syurga. Allah yang turunkan.
Logik akal Syabil berkata ... kenapa ada SATU je. Kan bagus kalau ada one hundred .. senang orang nak tengok dengan cium. Tak payah beratur-atur.

3) Zinnirah dan Irfan mula peperiksaan pertengahan tahun hari ni. Aku yang nervous. Ya Allah .. bukakan hati dan akal mereka. Permudahkan mereka untuk menjawab setiap butir soalan. Berikan mereka ketenangan dan kelapangan hati dan fikiran pada anak-anakku Ya Allah .... Aminnnn ....

4) Ali dah 3 bulan lebih. Sekejap je masa berlalu. Dah pandai "Auwww .. Gooo Gaaa ..." Suka bersembang. Pandai gelak dan senyum bila diagah. Sedih mencebik bila dengar Nisaa' menangis.

5) Ya. Ya. Patutnya dah lama aku tayang gambar budak2 tapi ... hmmm susah benor nak explain. Aku cuba ikhtiarkan la ya ...

6) Hari Ibu aku disambut dengan berspring cleaning. Dan YES!!! Semua 'harta khazanah' suami aku telah berjaya aku singkirkan dari stor. Adalah dalam 6 kotak yang berjaya aku buang. hahahhahaa ... termasuk satu plastik besar yang penuh dengan botol-botol plastik yang berbentuk seperti buah pear. Memang comel tapi menyemak!!
Errr ... ada satu lagi kotak plastik besar yang masih tidak berjaya diungkai 'misterinya'... bilalaaa nak sambung ...

7) Hanya Nisaa' seorang yang panggil adiknya dengan panggilan nama penuh Ali Qa'id. Tapi dia sebut .. Ali Ku'id. hehehehehe

8) Esok, Rabu 14hb .. harijadi ke-8 anak gadis aku Zinnirah. Dah besar anak ibu ....

9) Selang 2 hari ... 17hb .. ulangtahun ke-10 Muhammad Irfan pula. Dah besar tinggi menjulang anak teruna ibu ...

10) Errrr ... siapa tahu tajuk lagu Awie yang lirik dia ada "Satu .. kasih nan abadi .. tiada tandingan DIA yang satu .. Dua .. sayang berpanjangan membawa ke syurga kasihnya Ibu .. Tiga .. lapar dan dahaga .. rela berpayahan kasihnya Ayah ... bla bla bla ... "

13 comments:

Pa'chik said...

lagu awie tu.. tak tau lah tajuk dia...
kalau lagu aris ariwatan tau lah.. tajuk dia 1,2,3,4... ekekeke...

Zuraini said...

Salam...

mcm Pa'chik btahu... tu lagu Aris Ariwatan... ada suara budak...

Aris Ariwatan

1234

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

( korus )
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

ni tengah dengarlah ni... lagu2 camni mmg ada didownload dlm pc kat ofis ni... tak larat nak dengar lagu2 jiwang karat yang sering diputarkan kat radio ...

Ali Qa'id tu mesti makin cute kan... Nisaa' msh suka nyanyi lagu negaraku lagi ke?

Hari Khamis tu 15hb... tersilap taip kot....

Mcm senior saya masa kat hostel dulu2, dia org Pahang - anak pertama & keduanya berkongsi tarikh yg sama selang 2 thn gak - 30 Sept (02 & 24 Rabiul Akhir) - Ahmad Kholaf & Abdul Fatah...

akirasuri said...

Oh! Zinnirah sebaya dengan alya rupanya..
He he he..

Moga semua kenit-kenit itu membesar dengan sehat dan jadik anak yang soleh dan solehah.. :)

Lagi satu.. Tahniah dapat menambahkan koleksi anak menakan..
Raya mesti makin bertambah-tambah bajet nak kena bagi duwet raya kan :D
He he he..

achik said...

banyaknya 'harta khazanah' kena buang.. hehe..

hepi becoming besday utk Zinnirah & Irfan..wish awal2, kang terlupa.. hehe.. tarikh lahir diorang dekat2.. err perangai pun dekat2 gak ke?? ;p

DeeN said...

HeHeHe dah tertukau Aris jadi Awie ke kak?

Semoga ALLAH SWT merahmati dan memberi yg terbaik utk kak Has sekeluarga.

To Zinnirah & Irfan: Selamat Menyambut Ulangtahun kelahiran. Moga membesar menjadi anak yg soleh dan solehah..!

DeeN said...

Owh, ada soalan rupanya. ;)
PENS Hotel? Yang kat Kuala Perlis tu ke kak? Kawan saya kata dah lama tak ada.Dah tutup. Kalo Berasmana tu ada la. Hehe..

izinni said...

pa'chik,
hahahha ... salah aku la tu. sebab sora depa nak dekat2 sama .. aku ingat awie yang nyanyi. hahahhaa

aini,
terima kasih banyak sebab tolong bagi lirik sekali. memang nak cari lirik tapi sebab tak tau tajuk, susah sikit nak melekat carian cik google. hehehehe

Ali Qa'id makin tembam. Mata tetap sepet. heheheh .. baby .. semua baby cute.
Ya. Nisaa' masih suka nyanyi lagu Negaraku. Lagu wajib. Sehari 20x lebih dia nyanyi tapi tang "Raja Kita selamat bertakhta" je la.
Sungguh patriotik dan setia kepada raja cik mek tu. hehhehe

Dan terima kasih sebab betulkan kesilapan hari tu. hehehhe .. adehhh ... baru 5 orang dah tak ingat hari. huhuhu .. dah buat pembetulan pun :D

ati,
sebab tu masa baca entri hang pasal alya dan rahsia dia tu, terus teringat kat zinnirah ;)

Memang dah bertambah anak ponakan. TAPI memang tak pernah bagi duit raya pun kat depa. hahahahha .. bagi makan je!

achik,
Ucap Selamat akan disampaikan. Kalau achik nak sampaikan sendiri, pegilah kat blog2 irfan dan zinnirah kat tepi kanan bawah tu yang berzaman tak update tu. hehehhe

dari segi perangai, ada yang sama ada yang tak sama. biasalah .. lain individu, lain pulak pembawakannya ;)

Adden,
ha ah .. tertukau .. hahaha.. salah dengar sora sebab lenggok nyanyi nak dekat sama. hehehhe .. syabil suka lagu tu :)

Ucap selamat akan disampaikan. Nanti depa balik sekolah, akak suruh depa baca kat sini :)

Ohh dah tutup ya. bukan apa .. masa berspring cleaning terjumpa balik surat2 lama. ada sorang kawan dulu keje waiter kat PENS hotel dalam t ahun 1992-93 macam tu. tak tau la apa jadi dengan dia sekarang. dah bertahun tak contact. tah2 dah beranak-pinak macam akak jugak. wonder whether he still resides in Perlis?! hmmmm

kingbinjai said...

tahniah untuk adik

Anonymous said...

Wei Anak ko pun taurus gak ke? heheheh

izinni said...

Salam king,
lama tak dengar berita. sihat?

div,
ha ah. taurus. ada 3 'lembu' termasuk suami aku. hehehhe

MakcikMuda said...

adess!

adakah kak has terpengaruh dgn nisaa' ke drpd aris jd awie?muahahahhahahah!

manyaknyer barang.kalah rynn!

izinni said...

haahhaha ryn .. tak tau la sapa ikut sapa.

memang banyak barang yang tak berkenaan. segala laporan yang berzaman2 lamanya masih disimpan. tiap kali nak dibuang dikata jangan. kali ni .. tak pedulik apa dah. heheheh

Zuraini said...

Salam...

sesama tuk lirik & tarikh tu... mungkin sbb kami dah terbiasa ngan tarikh tu yg perasan... kerja sentiasa ada date line… tu yg sesekali bila kepala memasing dah ting tong nak jer minta di‘transfer’ ke dept lain (berangan jerlah… mmg tak kan dpt nyer). Tak yah Izinni yang dah berkeluarga saya yg sesorang ni pun boleh terlupa hari2 cuti sbb bila saya kata nak bercuti 15 & 16 Mei, kekwn ofis boleh ckp nak sambut Wesak sama ke? :-O

Tahniah juga di atas pertambahan anak saudara. Saya lak – kakak2 ipar dah cukup quota, anak sedara yg bongsu pun dah berumur 7 tahun - Muhammad Nuh birthdaynya 20 Mei = 26 Safar… kira lebih kurang ngan ayahnya – thn Hijrah mahupun Masihi.

Good Luck & Salam Ulang Tahun buat Irfan dan Zinnirah utk exam (Y) & birthday (^) mereka.