Sunday, April 01, 2007

Kerabat dan biri-biri

ADUAN SAYA YANG INGIN SAYA BUAT DI BUKIT AMAN SEMASA MEMBUAT REPOT ANAK SAYA TELAH DIBERITAHU OLEH C/INSP MARINA UNTUK MEMBUATNYA DI MANA-MANA BALAI ATAU DI JOHOR BAHRU. SELEPAS SELESAI SIASATAN DI BUKIT AMAN PADA 14/3/2007 SAYA MENINGGALKAN ISTERI DAN KELUARGA SAYA DI KUALA LUMPUR DAN SAYA PULANG KE JOHOR BAHRU UNTUK MEMBUAT ADUAN. PADA 15/3/2007 SAYA MEMBUAT PANGGILAN KEPADA ASP MAZLAN UNTUK MEMBUAT ADUAN TETAPI BELIAU MEMBERITAHU SAYA DIA BERADA DI LUAR KAWASAN DAN AKAN MENGHUBUNGI SAYA SEMULA. PADA 15/3/2007 SAYA MASIH MENUNGGU DAN TELAH SMS BELIAU BAGI TUJUAN REPOT SAYA, DAN SAYA PERGI KE IPK JAM LEBIH KURANG 2.20 PETANG HINGGA 3.15 PETANG TETAPI TIDAK ADA DI PEJABAT DAN SAYA TERUS KE BALAI POLIS JOHOR BAHRU.


SAYA MOHD YASIN BIN MOHD YUSOF, BAPA KEPADA ANAK (P) SAYA NAMA YASMIN BINTI MOHD YASIN TIDAK TERIMA DAN KECEWA DIATAS TINDAKAN TENGKU MAHKOTA JOHOR MEMUKUL ANAK PEREMPUAN SAYA. MENGIKUT LAPORAN KES ANAK SAYA DAN UGUTAN YANG DITERIMA OLEH ANAK SAYA DAN KELUARGA SAYA YANG TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU. SEKIRANYA BERLAKU APA-APA TERHADAP SAYA DAN KELUARGA SAYA, TENGKU MAHKOTA JOHOR AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA. SEKIAN LAPORAN SAYA.
---------------------------------------------------------------------------------

Samada benar atau tidak tuduhan yang dibuat oleh bapa kepada perempuan yang didakwa dipukul Tengku Mahkota Johor ni, aku tak mahu nak ulas. Polis sepatutnya menyiasat tanpa prejudis walaupun pelakunya seorang yang bakal menduduki takhta negeri Johor.


What's happening with this country? The royals are a big mess who thinks they are all above the law, though not all. The ones with powers are pathetic-power-crazy bunch of losers. Arrghhhh ... menci tau! (pinjam ek akira. heheheh)

Aku nak migrate pi New Zealand, buleh tak? Bela biri-biri. Sembelih biri-biri. Bogelkan biri-biri. Pastu,
berlari-lari bersama anak-anak di padang kehijauan sambil mengembala ratusan bebiri comel berbulu putih lebat. Rumah ala cottage lengkap dengan kemudahan memasak yang moden, itu sudah semestinya. Setiap pagi minum susu kambing atau lembu segar. Hari-hari dapat makan steak kambing, lamb chop, stew kambing, rendang kambing, gulai kari kambing, masak lemak cili padi kambing, masak kicap lada hitam kambing, asam pedas kambing, masak tempoyak kambing, masak merah kambing, kambing panggang .. ahhh nikmatnya. Oppsss .. tidak boleh terlalu selalu. Bakal menjadi pencinta hospital nanti.

Diwaktu petang boleh mengutip pelbagai jenis beri untuk dibuat jem segar, dimakan dengan roti bakar yang dibuat sendiri setiap hari. Berkelah di tepian sungai yang jernih. Ya. Sungai-sungai di New Zealand adalah yang terbersih di dunia.







Di musim bunga, alangkah indahnya. Wangian bunga-bungaan tersebar ke serata pelusuk rumah dan laman. Belum lagi waktu putih salju turun. Anak-anak pasti yang paling gembira bermain salji tatkala ibu dan ayah duduk menghirup coklat panas di beranda rumah.

Boleh jugak berjalan-jalan menjelajah hutan-hutannya yang menghijau. Hmmm ke Matamata, melihat sendiri dimana hobbit-hobbit pernah berkampung dan ke lokasi-lokasi indah lain dimana jejaka-jejaka dari bawah bumi berkeliaran mencari cincin yang hilang.

Errr ada sesiapa nak jadi tukang sembelih kambing biri-biri? Boleh ler join sekali.

Ahhhhh .. indahnya angan-angan itu. (khairyn ... bila laa angan-angan aku yang satu ni nak jadi realiti ek? hehehhehe)


Nota kecik-kenot : Laporan polis tu dipetik dari laman rocky's bru. Kisah ni paling hangat di pasaran blogosphere. Kalah kisah filem.
How the crown prince abused the woman who is his mistress for having a illicit affair with a married policeman. How the crown prince gave out instruction for the policeman to be transferred to Sarawak to do desk job. How the mistress found it difficult to lodge police reports in any police stations in Johor and had to go to Bukit Aman to do so. How the family is now under threat, forcing the father to lodge another police report fearing for his family safety. How? How? How?
How far is the truth? We can just wait and see.
I just pity the wife. Such a lovely, cultured, compassionate and caring princess. Macamana laaa buleh dapat laki samseng. Adehhh ....

25 comments:

Pa'chik said...

tahun lepas kawan aku ajak aku gi nz, kerja kutip epal katanya. Lepas tiga pat tahun balik la.

haha... kalau tak pasal ada yang jadik halangan aku dah pegi dah. Bosan aku dengan segala masalah kat sini.

Pa'chik said...

lupa, kau tau, satu penyesalan kerajaan pas kelantan.

Dulu, masa orang yang kena sembur tu mintak hapuskan imuniti raja, mereka (kerajaan pas) tidak ikut sama. Sekarang mereka terpaksa melayan karenah isourou tu.

dan aku rasa nak ketawa bila dititahkan sedemikian.

untuk rekod, nanti aku tulis lam ym la. susah.

izinni said...

aku tau apa halangan ko ... ko menikah! hahahaha

oit pa'chik .. aku tak suka tingkap baru ko. 3 KOMEN aku tak lepas .. menci tau!

Azhar Ahmad said...

Hum... no komen...

Apapun... beh sangat ke dok kat New Zealand...

Kambing biri-biri banyak, pokok kelapa sawit banyak... Humm apa yang menariknya...

Heheh, Kg New Zealand!

zwitterion said...

jom bukak restoren kat NZ

Anonymous said...

ye lah izinni. tengok gambar tu rasa tenang je. tak tahulah kalau bela kambing tu setenang itu jugak. yang pasti, lambchop tu memang sedap. mmm...mmm..

Anonymous said...

has, banyak isu ni dalam persoalan ni. yang pertama, betul ke dakwaan tu? yang kedua wah ada orang mengaku berlaku penzinaan ni, mana pehi Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), yang ketiga, aku rasa setiap kali mana-mana anggota atau pegawai polis didakwa melakukan salah laku atau jenayah dia akan digantung kerja, masuk peti sejuk atau ditukar ke daerah lain, persoalannya, adakah dia ditukar kerana salah laku atau dia ditukar sebab dia sudah pi gatai anu bersemenda dengan gundik sang putera?, yang keempat ialah dakwaan polis enggan ambil report dan menyebabkan keluarga mangsa terkejar ke sana ke sini, dan yang last, moral bakal pemimpin AGAMA, kalau benar dakwaan ini.

aku rasa kalau part cerita balik tabir mengenai perangan putera mahkota itu, kalau ianya benarlah, dah nama pun balik tabir, orang di Johor tu rata-rata dah tak heran kalau dia banyak pasang kekasih, gundik, name it. bukan berita lagi gamaknya. tapi tak pe, akan ku selidik dengan sumber boleh percaya. masalahnya, dek sebab reputasi itu, orang mudah la nak percaya kalau tuduhan palsu sekali pun. so sebelum kita, kita ni jadi penyebar fitnah, baik lah selidik kan.

izinni said...

azhar,
kg new zealand tak mo .. nak new zealand betui gak .. hehehe

zwit,
restoran juai masak tempoyak daging kambing .. hehehe

accia,
dah lama sangat tak makan lamp chop ..yummyyyyy

izinni said...

div,
sebab tu aku tak komen banyak. kan ke ada "perebutan" kuasa antara tmj dengan tengku bendahara. let's just wait and see. if there the truth to it .. hmmmm

kingbinjai said...

tanam dalam fikiran kau, malaya bukan utk rakyat. malaya untuk kroni. kita hanya penjana duit poket mereka. akan tetapi, lepas didunia, kahirat pasti kena

Pa'chik said...

king tulis kahirat lagi. haha.. dulu dah sekali dalam entri dia. haha..

oit, apa ra.. orang lain tulis buleh hapa.
pasal permintaan kawan ko tu, nanti la, aku tak janji, pasal husm ni, memang aku jakun sikit, tak pernah pergi. nak kena ajak member dulu la.

izinni said...

pa'chik,
bukan paksa pun .. kalau ada kelapangan je. kawan aku mintak tolong maknanya dia caya kat hang tu ... hehehe

oit .. aku tak boleh tinggal komen kat tingkap ko. 4 KOMEN aku taip tapi bila tekan butang pukul tu, terus blank putih. tensen aku. renovate tingkap baru la wei.

izinni said...

king,
tak boleh laaa ... malaya ni aku punya, anak2 aku punya ... tapi kalau buleh migrate new zealand, lain citer .. hehhehehe

Anonymous said...

hahak.
dulu masa hi skool kita pernah bercita-cita nak dok sana. hahak. besh-nya..lalalalala~ nanti kita jadi jiran ek kak izinni..ha ha ha..kalau kita dah kawen, kita ada anak, kita jadi besan ek..ha ha ha..[tengah gelak tak sedar diri ni depan pc]..

oh oh! golongan raja-raja memang camtu. oh oh menci tau! ingat ada title Her/His Royal Highness tu boleh lepas ke kat akhirat. ish menci tau!

Pa'chik said...

eleh.. alasan je tu.. haha...

ko dah baca pasal lojing kat laman marhen tak? menarik juga. pasal cina tergugat dengan projek sayur lojing.

Anonymous said...

sori izinni, lupa nak cerita kat awak pasal kerabat.ini pengalaman saya.

dulu semasa remaja, hobi saya mengambil gambar foto. kebetulan adalah ayah ku yem tu datang untuk meresmikan one occasion yang saya dah lupa apa. saya pun snaplah gambar baginda. lepas tu ku yem datang dekat saya dan berkata,"pandai tangkap gambar. awak dari suratkhabar mana?"
saya yang lurus bendul pun jawab, "terima kasih. gambar ni untuk koleksi sendiri".

then bapak saya kata, "you are not suppose to snap dia orang."
"mana nak tau tak boleh", kata saya. kami pun pulang cepat takut perkara tu berlanjutan.

so'od said...

aik. pelik pelik!

1) aku mmg nak pindah NZ.
2) aku mmg minat giler masak tempoyak.

cam tau2 je neh. erm.
nak jadi jiran ke?

so'od said...

alamak! mampos la ter'aku' ngan puan reporter. lupa.

ampun!!!

(harap2 x mcm kerabat tu)

Kemat said...

cuma nanti jika kamu pindah ke New Zealand jemput kami semua ke kenduri masuk rumah kamu tu yer..jgn risau, kami tolong sediakan juadah dan kemaskan rumah..percuma..betul kami ikhlas..cuma kamu kne tolong bayarkan tambang kapal terbang kami, itu sajer..kelas ekonomi pun tak per.. kami tunggu jemputan kamu itu

izinni said...

chit! ramai pulak yang berkongsi angan-angan. tak aci betui! hehehe

akira,
hhuhuhuhu .. gedik nak kawin rupanya budak sekolah sorang nih! hahahhhaa

pa'chik,
sian aku ....
pasal lojing. tengah cuba dapatkan sultanah mu ni. hehehe

accia,
uikksss .. tak boleh amik gambar depa walaupun hanya untuk koleksi peribadi? waaahhhh ... melampau lagak tu.

izinni said...

od,
ni lagi satu tak malu ... tiru aku plak! hehehehe ... taknak la jiran ngan hang ... nanti hang bela cicak bebanyak .. buat bising je. hehehehe .. aku pun aku laaa .. mana2 yang selesa :)

kemat,
errrr aku kenai hang ka? hahahahha

Anonymous said...

hehe laa aku terlupa plak pasal 'perebutan' takhta tu. maklumlah sorang dari mak omputeh, sorang manya sultanah.

tapi kan aku dah tak angkat pot dah. sekarang aku kan menumpang payung mahkota Selangor, dah bukan di bawah teduhan pohon angsana di Bukit Serene. dah lama tak aku merenung ketenangan Tanjung Puteri dari kejauhan jalan Tambak yang sesak sentiasa

izinni said...

div,
hehehehe .. tapi kannn ... payung mahkota selangor sekarang bocor besar sampai rakyat jelata kat bawah bukit istana lencun basah dek banjir. hahhahahaha ...
esok aku call ko kita story-story. hehhehe

MakcikMuda said...

huwa..

nak g NZ,bajet xde,g jekk lew kpg new zealand..

da lame sgt ryn merempat kat pulau borneo,sampai xtau cter yg tjd kat semenanjung tanah melayu...

dunia akhir zaman..cam lew sbb die ade title,die leh tlepas dgn azab diakhirat...

Anonymous said...

izini,
oo..kat NZ le skrg ni? menarik. mmg dah lama pasang angan2 nak ke sana..wish to be there 1 day.