Sunday, March 30, 2008

Widadku berbicara ...

ibuuu ... nak chuchu
ibuu ... nak akai udum .. nak olat Auwah Abat ...
ibuuu ... ali nak ido yek?
ibuuu ... engok sabin. sabin tu uat .. akit
syyyy .. iam ... nanak angis. ali aek kan
weeeeee ... cicakmennnnn
name aye ichak ahharra
name kakak aye ciciyaahh
name abam ... sabinnn engan ipannn ... yeaaaaa
ali nak andi yek? ali shejuk yek? iaannnn ali anges shejuk ...
Auwahhh ... jatuh pulak inyak ni ...
isyyyy .. tak payah laaa ...
shape tu? awan ayah yek?
nah ibu! epon ibu unyi ...
fifi ... and awe tot tot ...
ni ate ... ni idung mek mek ... ni ulut ... ni gigi ... ni angan ... ni kaki ... ni pipi ... ni ambut ... ni inge .. tatu .. tua ... tige ... timpat ... tima ... tenam ... tujuh ... tapan ... tetiyan .. tetuyuhhh ... omey tatik!
sabin nak uti tak?
angan aaa sabin ...
hah! tu ikan fish ...
aaaa .. engok tu .. tu ulan ... tatik kan
nak chayam ... uluk pulak .. babai ibuuu ... nak tuwun dahhhh ...

*Minggu depan hari Selasa, genap usia Nisaa' Az-Zahraa 2 tahun.

Nota kecik-kenot:
Alhamdulillah. Ali dah sihat sepenuhnya. Dah tak kuning. Dah cerah.

Thursday, March 27, 2008

Siang tadi ...

Irfan jadi pemain sekolah untuk pasukan bola baling. Jadi goalkeeper. Siang tadi ada pertandingan antara sekolah. Semangat dia. Suruh ibu bangun pukul 5 pagi untuk buatkan bekal untuk dia. Irfan kata dia nak makanan berat tapi jangan nasi berlauk. hehhehe

Aku pun bangunlah jam 5.30 pagi. Buatkan roti telur mata kerbau 2 set dengan 3 ketul sosej rebus. Untuk Zinnirah buat sama tapi 1 set je roti telur untuk dia.

Tanya Irfan mahu ibu pergi tengok main ke ... dia kata takpe sebab ibubapa orang lain pun tak ikut sama. Dengan berbaju goalkeeper berlengan panjang berwarna biru, berseluar track hitam dan kasut bola hadiah dari rakan sekelas yang dah tak muat lagi pada kakinya, Irfan berselera makan sarapan jam 6 pagi. Selalunya kalau awal sangat dia tak lalu nak makan.

Zinnirah pula berseluar panjang merah terang, t-shirt lengan panjang putih dan bertudung kuning samar. Dia kata ada latihan sukan untuk rumah kuning. Jadi boleh pakai tudung warna lain selain warna hijau cair. Bersemangat juga. Teringat diri sendiri masa sekolah dulu ... bersemangat waktu P.E sebab tak payah masuk kelas belajar. hehehhee

Petang tadi aku jemput mereka dari sekolah. Irfan dari jauh dah berlari, senyum lebar. Masuk dalam kereta dia melompat-lompat. "Team Irfan menang, ibu! Game pertama 3-0, game kedua 6-1, game last 4-1. Dapat masuk semi-final esok!"

Tapi katanya tak berapa nak seronok sebab dia hanya pemain simpanan. Tak dapat bermain. Hanya duduk ditepi padang dan tengok perlawanan. Dia kata murid tahun 6 je yang cikgu suruh main. Kawan baiknya, Ammar pun sama frust sebab hanya jadi pemanas bangku pemain simpanan.

"Takpe. Irfan sabar je. Tahun depan mesti dapat main. Kena berlatih sunguh-sungguh. Tahun ni cikgu bagi budak tahun 6 main sebab tahun depan dah takde dah. Depa masuk tingkatan 1 dah. So, you'll have your chance next year."

As for Zinnirah. She gave me a piece of paper. "Ibu tolong bukakkan blog untuk kakak. Kakak dah tulis ni." hehehhehee

Irfan had written something, too. Something about comet or so. Haven't had the chance to read them through. I was supposed to write the entry on that but I've forgotten his password. Got something to do with his favourite football team but each time I've got it wrong. Better ask him tomorrow.

Syabil pulak masih tak berapa nak tangkap apa yang diajar. Susah benar nampaknya dia nak membaca. Lain yang dieja, lain yang disebut. Ada masanya dia berfikir lama nak sebut apa yang sudah dieja. "M-A .. ma ... S-A ... sa ... errrrrr ... sama ... eh ...salah ... ma...sa." Bila baca buku Peter & Jane ... apa yang dibaca dengan lancar semalam, hari esoknya ... dia dah lupa. Macam tu jugakla bab baca Iqra'. Sangat-sangat mencabar kesabaran ... fuh!
Tapi bab berlari dan melompat .. SANGATTTTTT terer! sampai Nisaa' dah terikut-ikut ... adehhhhh!

Today, Nisaa' like so many other days, has again 'babab-ed' Ali. She is so jealous of the baby. She would either slapped Ali on the face or his tummy. Once, she'd even bitten Ali's fingers. The poor little one ... tak tau nak buat apa dah. Pantang lepa ... Ali mesti menjerit nangis.
But, when she's in the mood, she'll be the most caring and loving big sister. Always smooching Ali's small face. Once, she even tried to carry Ali when he was crying. Shooing the baby when he cried... "Iyam, iyam .. shoooo Ali nanak angis, ok." Tapi tiba angin tak bagus, terus "PANG!" bila Ali nangis. Adehhh .... kuuuu semangat
Nampak sangat dia rasa tergugat sejak ada Ali. Makin nakal. Selalu buat benda yang akan buat aku marah. She wants attention. Bila aku menyusu Ali je ... muka dia dah lain .. "Isyyy Ali ni ... tepi aaa." Adeh laaaa ... sabar je la aku ...

Tuesday, March 25, 2008

Dilihat ...

"Cikgoo .. apa itu 'dilihat'?"

Aku punyalah jenuh berfikir .. menatang apa laaa budak ni tanya. Budak India yang sorang ni memang banyak bertanya dan cara dia bertanya memang menggelikan hati dan sangat-sangat naif. Boleh dikatakan banyak perkara yang dia tak faham dan nak memahamkan dia memang sangat sukar. Kali ni dia bertanya lagi. Soalan yang aku sendiri tak faham.

"Dilihat apa?" aku tanya pada dia yang duduk dibaris hadapan sekali didalam kelas yang puratanya lebih kurang 40 orang murid. Semua lelaki. Semuanya di darjah 6. Semua di kelas yang paling corot.

Dia dengan muka yang penuh 'innocent' dan ingin tahu datang terus ke meja, tempat aku sedang menyemak buku. Dengan bersemangat dia menunjuk ke arah tulisan aku di sisi kanan bawah helaian mukasurat didalam buku latihannya.

"Ini cikgoo. Cikgoo tulis 'dilihat'. Apa itu?"

Adehhh ... senak perut aku menahan gelak. Budak-budak lain dah gelak besar. Dia terpinga-pinga tak paham kenapa dia diketawakan hanya kerana bertanya satu soalan yang padanya sangat penting dan memerlukan jawapan yang segera.

Aku rasa mungkin sudah lama dia memikirkan pertanyaan itu tapi tak tertanyakan pada sesiapa pun.

"Oooo .. itu maksudnya saya dah semak dan tanda buku latihan awak."

"Ooooooooo .. terima kasih cikgoo." Panjang Oooo dia dan meleret senyum dia. Aku rasa malam tu mesti dia tidur dengan tenang sekali.

Nota kecik-kenot:
Aku pernah jadi guru sandaran selama 6 bulan masa tunggu keputusan STPM, di sekolah rendah lelaki bukit bintang PJ. Semuanya atas saranan ayah. Walaupun tak nak tapi aku turutkan aje. Maklumlah nanti aku terpaksa ikut kata hati aku pulak jika aku ditakdirkan diterima masuk U. hehehhee ... Masa tu aku ajar budak darjah 1, 5 dan 6. Subjek pendidikan jasmani, geografi dan bahasa melayu. Sangat-sangat tough dan sangat-sangat menguji kesabaran aku yang sentiasa tipis .. sampai aku phobia tak nak jadi cikgu sampai bila-bila, termasuklah jadi lecturer. Biarlah aku jadi cikgu kat anak-anak aku je ...

Nanti2 aku akan cerita lagi kisah masa jadi cikgu ek. hehhehe

Monday, March 24, 2008

Eksperimen

Hari ini aku buat eksperimen. Bukan eksperimen sains. Tapi eksperimen 'sosial-politik' yang telah berjaya menyurutkan kadar fulus kredit di telepon bimbit aku.

Aku telah mengutuskan sms ucapan tahniah kepada beberapa orang ahli majlis kerajaan negeri Selangor yang baru. Mereka-mereka tu dulunya sentiasa mencari orang2 seperti aku untuk mendapatkan liputan agar suara dan pendapat mereka didengar khalayak.

Ya. Sungguh. Aku nak nengok samada depa balas tak sms aku lepas dah jadi orang 'besar'.

Rasa-rasa depa balas ke idak ek?

Kemas-kini:

Thank You. Please continue to support our state government's efforts to make a difference - Eli @ Elizabeth Wong (aku tak berapa nak hafal portfolio dia tapi dia yang set-upkan appointment aku untuk interview lawyer family Altantuya)

Yang lain masih lagi tiada apa-apa ....hehehhehe

Aku yang menulis ...

Ada kalanya aku cemburu bila membaca tulisan-tulisan kamu-kamu semua tentang kehidupan seharian. Apa yang kamu buat, apa yang terjadi, apa yang kamu nampak, apa yang kamu fikir, apa yang kamu ingin dan macam-macam lagi.

Aku pula bermasalah. Aku tidak mampu menulis semua itu. Bukan sebab aku tak pandai menulis. Menulis adalah sebahagian daripada hidup aku. Ianya pernah menjadi kerjaya aku. Perkara yang aku lakukan saban hari tanpa jemu.

Tapi tulisanku dulu adalah mengenai kamu, kamu, kamu dan kamu. Semuanya mengenai orang lain. Masalah orang. Apa yang terjadi pada orang itu, orang ini, orang sinun. Aku memang pakar dalam menulis dan menyelesaikan masalah orang lain. Apa yang tidak aku tulis. Masalah itu dan ini. Macam-macam. Dari yang marah kerana sampah mereka tidak diangkut hingga berhari-hari. Hati yang panas kerana yang dihajati tidak dimiliki. Jiwa yang kacau apabila yang berkuasa menggunakan kuasa yang ada untuk menindas mereka yang lemah dibawah.

Ada masanya aku suka cerita-cerita mereka. Aku teruja untuk membantu mencari jalan penyelesaian sedaya yang termampu menggunakan statusku sebagai wartawan. Siapa yang tidak 'gerun' mendengar perkataan itu. Jika diberitahu ... pasti keluar ayat-ayat prejudis seperti .. "isyyy tak boleh percaya ni ..." "isyy .. tak boleh bagitau rahsia ni .. nanti masuk paper."

Aduh!!! apa mereka ingat kami semua ni kaki gossip dan kaki dedah rahsia orang ke? Bukan semua begitu. Lagipun bukan semua wartawan hiburan. Lagipun adakah masalah dan cerita mereka amat layak untuk digossip? Banyak lagi kerja yang aku boleh buat dari bergossip .. hehehhe

Sebenarnya wartawan seperti manusia biasa. Seperti kamu, kamu dan kamu juga. Aku misalnya, tak ramai yang tahu aku wartawan. Bahkan jiran tetangga tidak tahu resmi pekerjaanku biarpun bertahun berjiran. Aku tidak suka bercerita dan jika ditanya aku hanya menjawab yang aku bekerja di Kuala Lumpur. Aku juga tidak suka bercerita dengan saudara mara mengenai kerjaya aku ketika itu. Dan bila aku berhenti dari menjadi wartawan, tidak ramai yang tahu juga.

Itulah. Menulis dan bercerita tentang orang lain. Tapi tidak apa yang terjadi pada diri aku. Bahkan sepanjang menulis di blog ini aku banyak bercerita tentang mereka-mereka yang ada dalam hidup aku sekarang ... terutamanya anak-anak. Sungguh aku tidak selesa bercerita tentang diri sendiri semata-mata. Aku rasakan yang semua mata memerhati dan mengenali. Malu. Segan. Padahal korang semua bukannya kenal aku .. kan, kan, kan ....

Itu salah satu sebab aku jarang menulis terutamanya sekarang. Dicampur dengan kesibukan mengurus rumahtangga dan anak-anak yang ramai dan sudah tentu faktor kemalasan yang memuncak selalu. Ini pun menaip dengan sebelah tangan. Sebelah lagi tengah pangku Ali yang tengah menyusu. hehehehe ....

Sekian untuk kali ini ... bila ada yang nak diceritakan ... aku akan menulis lagi.

Wednesday, March 19, 2008

Rindu ...

Aku sedang merindu
rindu yang amat dalam
hingga menitis air mata

Rindunya aku padanya
Hanya Dia yang tahu
Sesungguhnya kerinduan ini menyesakkan

Tebal rindu ini
hampir luluh menanti
namun hanya namamu yang mampu ku tutur

Bilakah dapat bersua
hayat ini mungkin tiada
di akhirat mungkin juga

...................................................................

REMEMBER..

When becoming humiliated, remember the Prophet (Peace be upon him) in Ta'if.
When being starved, remember the Prophet (Peace be upon him) tying two stones to his stomach in the battle of Khandaq.
When becoming angry, remember the Prophet's (Peace be upon him) control of anger on the martyrdom of his beloved Uncle Hamza.
When losing a tooth, remember the Prophet's (Peace be upon him) tooth in the battle of Uhud.

When bleeding from any part of the body, remember the Prophet's (Peace be upon him) body covered in blood on his return from Ta'if.
When feeling lonely, remember the Prophet's (Peace be upon him) seclusion in Mount Hira .
When feeling tired in Salaat, remember the Prophet's (Peace be upon him) blessed feet in Tahajjud.
When being prickled with thorns, remember the Prophet's (Peace be upon him) pain from Abu Lahab's wife.

When being troubled by neighbours, remember the old woman who would empty rubbish on the Prophet (Peace be upon him) .
When losing a child, remember the Prophet's (Peace be upon him) son, Ibrahim.
When beginning a long journey, remember the Prophet's (Peace be upon him) long journey to Madinah.
When going against a Sunnah, remember the Prophet's (Peace be upon him) intercession, (Ummati, Ummati, Ummati) (My Ummah).

When sacrificing an animal, remember the Prophet's (Peace be upon him) sacrifice of 63 animals for his Ummah.
Before shaving your beard, remember the Prophet's (Peace be upon him) face rejecting the two beardless Iranians.
When falling into an argument with your wife, remember the Prophet's (Peace be upon him) encounter with Aisha and Hafsa.
When experiencing less food in the house, remember the Prophet's (Peace be upon him) days of poverty.

When experiencing poverty, remember the Prophet's (Peace be upon him) advice to Ashaab-e-Suffa (People of Suffa).
When losing a family member, remember the Prophet's (Peace be upon him) departure from this world.
When becoming an orphan, remember the Prophet's (Peace be upon him) age at six.
When sponsoring an orphan, remember the Prophet's (Peace be upon him) sponsor for Zaid ibn Haritha.
When fearing an enemy, remember the Prophet's (Peace be upon him) saying to Abu Bakr in Mount Thour.

Whatever situation you may find yourself in, remember your role model, the best of creation: Prophet Muhammad (Peace be upon him).
Whatever situation you may find yourself in, remember your role model, the best of creation: Prophet Muhammad (Peace be upon him).

Source: http://weneedtounite.com/remember.htm

Nota kecik-kenot:
Salam Maulidur Rasul semua ....

Sunday, March 16, 2008

Mendung ...



Mendung pasti berlalu pergi
itu pasti ...

Thursday, March 13, 2008

Caged ...



There's blackness outside
blackness caged inside with me
my view from here
does not surpass my fingers
the day ascends, plateaus, and falls
It hoists and drags, and I allow
sometimes light appears before tomorrow
but it's only dreamt
and when breakfast faces get a glimpse
they turn away
they think I just might be contagious...

Monday, March 10, 2008

Esoknya ...

Sungguh tak terasa 9 jam masa berlalu dengan begitu cepat. Dari jam 8 malam hingga 5 pagi. Dalam tempoh itu, televisyen aku tukar-tukar channel. Nak pastikan channel mana yang bagi keputusan yang paling cepat dan mana yang ada penceloteh paling hebat. Ternyata penceloteh rtm boleh tahan juga. Bersungguh si agus hentam media arus perdana yang dikatanya memperbodohkan rakyat dengan propaganda macam tahun 1960-an. hahahhahaa

Jam 9 malam aku beralih ke laptop. Bukak malaysiakini. Fuh ... terbeliak mata aku nengok keputusan demi keputusan. Rasa nak pitam pun ada. Macam tak percaya. Berapa kali aku refresh nak pastikan apa yang aku baca tu betul. Satu demi satu .. dari berita kelantan kekal sampailah sah Selangor jadi hak pembangkang .. huh ... bukan pembangkang dah .. sekarang disebut Barisan Rakyat. Even pengacara rtm pun kata tak boleh digelar pembangkang lagi. hehehhehe

Yang pasti bila Kedah sah menang terus ingatan aku melayang pada Almarhum Ustz Fadzil.

Aku berhubung dengan kawan2 reporter bertanyakan berkembangan terutama di Selangor. Ternyata formula tempe wak khir tak menjadi. Sms tak berhenti2 antara aku dan suami yang bertugas di markaz dan di dewan pengiraan undi di puchong. Sahabatnya yang banyak membantu kami ketika kami susah melarat dulu, bertanding tapi kecundang dengan kelebihan 40lebih undi di pihak lawan .. si satim diman tu. InsyaAllah .. mungkin di pru yang akan datang. Atau by-election? Siapa tahu kan ...

Jam hampir 5 pagi baru aku berani tido. Dengan senyuman. Lega. Puas. Totally Dazed. Cuma sejam aku lelapkan mata sebelum dikejutkan suami yang pulang waktu subuh. Lepas tu terus tak boleh nak tido lagi dah. Aku dah buat BIG plan untuk hari Ahad. huhuhuhu.. CELEBRATE!

BIG breakfast - Toasted bread, scrambled tofu and eggs, baked beans, lempeng kari, freshly squeezed orange juice.

BIG lunch - ayam percik, kerabu pucuk paku, meatball stew, ikan haruan kering goreng bawang

BIG tea time - cekodok pisang!

BIG dinner - cencaru bakar sumbat sambal kelapa, sayur campur lemak putih, chicken stew.

Cuba korang bayangkan kalau BN betui2 kalah tak boleh form federal gomen ... apa agaknya cara aku celebrate? hehehhehe

Sepanjang hari aku melekap depan tv nengok berita dan segala analisa. Paper sold-out!! First time aku betui2 nengok berita kat channel2 mainstream sejak aku berhenti kerja dari MM, 4 tahun dulu.

Hari ni pergi klinik for Ali's check-up. Alhamdulillah dah turun banyak bawah 150 tapi masih dalam angka 100. Jadi masih kena berulang ke klinik sampai kuningnya jatuh below 100.

Balik rumah, badan rasa lain macam. Sakit2 badan makin bertambah. Kepala berat sebelah. Aduuhhh tanda nak migraine la tu. adehhh .... so ni tengah migraine dan demam la ni. hahahhahaha

Nota kecik-kenot:
- Khir toyo terus hilang lari dari press. Semua exco2 dia lari malam2 buta dari kompleks perumahan exco kat seksyen 9. hahahahhaa
- Sekarang aku tunggu cabinet line-up pak lah. Line-up pengampu atau yang boleh bekerja. Aku harap orang2 macam sharir samad akan dilantik dalam kabinet. Walaupun dia amno tapi dia ok pada aku.
- Lepas ni stadium shah alam akan ada solat hajat ramai2 macam kat kelantan, insyaAllah
- jenuh laaaaa tb3 .. dah tak dapat buat jomheboh lagi kat selangor. perkampungan hadhari lagi la tak masuk book .. hehehhe

Saturday, March 08, 2008

YES! YES! YES! ALLAHUAKBAR!

updated:
Unofficial: BN denied its two-thirds - 12.59amUnofficially the opposition parties - DAP, PKR and PAS have managed to deny the BN its two-thirds majority in the Parliament. At the last count, DAP won 27, PKR 25 and PAS 24, bringing a total of 76 seats, one more than the magical number of 75 needed to deny the 2/3. Meanwhile the BN has won 108 seats. There are a total of 222 seats. (source: Malaysiakini)

Yang paling best .. negeriku Selangor pun habis BA sapu. Formula tempe tak menjadi!

==========================

AYOOOOOOOOYOOOOOOOOO ... sudah kalah .... AMMMAAA ...






Takat ni ... Kedah BA menang. Lo Lo menang titiwangsa. Kelantan, PAS retain. Penang, BA menang banyakkkkkk ... Selangor pun dalam belas-belas nak masuk 20.

nanti update lagi bila dah berhenti meragam

X

Jam 11 aku keluar rumah nak gi pangkah-memangkah. Ali tinggal kat rumah dengan ayahnya yang balik kejap dari markaz kat Puchong. Aku mengundi di Sekolah Menengah Seafield USJ2. Calon Parlimen dan DUN, dua-dua dari PKR. Orang muda. Hannah Tan untuk DUN Subang Jaya dan "The One With The Camera' Burne untuk Parlimen Kelana Jaya. Depa tanding lawan Ah Beng (Lee Hwa Beng) P. Kelana Jaya dan sorang lagi aku tak perasan la pulak. hehhehehe

Anak-anak yang lain ikut. Dari rumah di Pinggiran USJ, aku pandu masuk KESAS dan terus menuju USJ2. Ada la dalam 15 minit. Sampai je, aku parking dekat dengan pondok panas BN. Pondok panas BA nun jauh sikit. Aku ni sibuk la pastikan anak2 aku yang 4 orang tu jalan tepi2 sebab takut kena langgar ke apa ke ... sampai salam ahkak BN bercermin mata gelap tu aku tak dengar. Sampai dia berjalan ke arah aku sambil hulurkan salam. Aku senyum jawab salam. Dia pelawa check nama ... aku kata dah check dari rumah lagi. Terus aku masuk sekolah tuju terus ke pondok SPR untuk dapatkan pengesahan saluran dan nombor siri.

Saluran 5 aku tuju. Anak-anak aku suruh lepak kat kawasan taman dekat tangga sekolah sementara aku nak memangkah. Nisaa' aku bawak sama. Sampai di pintu bilik Saluran 5, polis terus bangun bila nampak aku. Rupanya tak nak bagi aku bawak Nisaa' masuk sekali masa nak pangkah.

"Saya tak kisah dia tunggu kat luar tapi kalau dia nangis atau merayap sampai ada yang kidnap siapa nak jawab?"

"Tapi budak2 tak boleh ikut masuk dalam bilik mengundi."

"Saya tahu tapi nak pangkah bukannya lama."

Polis tu tanyalah Puan Polis samada boleh tak aku bawak masuk anak aku sekali. Puan polis tu tanya anak aku tak nak orang dengan orang ke. Aku cakap memang la sebab kat tv pun diajar jangan bagi anak2 percaya atau dekat dengan orang yang tak kenal. Sengih Puan Polis tu. Last-last depa tanya petugas2 dalam bilik mengundi mintak izin. Kebetulan salah sorang petugas tu aku kenal. Cikgu, isteri sahabat suami. Anak dia satu sekolah dengan Irfan. Dapat la green light.

Bila masuk, Nisaa' dengan sopan santunnya bukak selipar sebelum masuk dalam kelas tu. Lawak. Pak Polisi dengan semua petugas gelak. Melayu abih anak dara kecik aku. hehhehehe

Dapat kertas kuning dengan oren, aku terus gi balik kotak kadbod untuk buat kerja pangkah-memangkah. Bismillahirrahmanirrahim......

X
X

Rasanya dah dapat agak kan aku pangkah sapa kan kan kan. hehehhhe

Dalam perjalanan balik, Irfan tanya aku pangkah apa. Aku cakap aku pangkah BN. Terkejut dia. "Peliklah ibu ni. Irfan tak paham la kenapa ibu pangkah BN. Kan ibu patut pangkah PKR."

"Ibu tak suka PKR tu. PAS tak lawan kat sini jadi ibu pangkah la BN," aku balas sambil sengih.

"Isyyyy ibu ni. Confuse irfan. Nak bagitau ayah."

Lama sikit Irfan declare ... "Takpelah. Ramai yang dah pangkah PKR tadi. Bilik ibu tu bilik BN kan. Ibu sorang je pangkah BN, yang lain pangkah PKR. Oklah. Takpe." Dia cakap macam tu sebab kat saluran 5, kebetulan takde orang lain yang beratur, cuma aku sorang. Saluran-saluran lain ramai gak yang beratur tunggu giliran. Akal budak dia buat kesimpulan saluran-saluran lain tu saluran BA, sementara saluran 5 tu saluran BN. hehhehehhee

Sampai rumah, Ali Qa'id baru je bangun tido. Just in time. Irfan, Zinnirah dengan Syabil cepat2 lapor kat ayah yang ibu dah pangkah BN. Suami aku terus pandang aku ... senyum terkejut. "Issyyy takde la kan?"

Apa laaa suami aku ni .... hahahhahahha

Kesimpulannya, ekspidisi mengundi aku sangat membosankan. Sepanjang perjalanan takde pun kenderaan yang berbendera, sampai sekolah pulak pondok2 panas sangatlah sejuk. Tak happening sungguh area USJ ni time election ... dulu masa 2004 pun sama. 1999, aku undi kat Alam Megah, so agak meriah sebab ramai Melayu.

Nota kecik-kenot:
Takat ni, Sabah/Sarawak/ Melaka negeri angkat Khairyn .. BN mendahului. Bandar Kuching je jatuh ke DAP. Putrajaya si Tengku Adnan retain. Hot seats, states aku rasa hanya akan diumumkan lewat malam atau awal pagi .... rasa macam nak semput pun ya .. dah ler sengsorang kat rumah tunggu keputusan dengan ditemani anak2 yang tak tau apa kecuali Irfan yang paham sikit-sikit ... sungguh tak happening.

Detik...


Nota kecik-kenot:
Detik penentuan ... kurang 3 jam dari sekarang ... undilah dengan bijaksana. Demi agama, demi anak-anak kita.

Thursday, March 06, 2008

Satu ...


Rupanya dah setahun usia blog ni. Aku sendiri tak perasan. 1 Mac 2008, blog ni sambut ulangtahun pertama. Tak sangka dah setahun rupanya. Hari ni umur dah masuk setahun 6 hari. Entah ada lagi setahun? Hanya Dia yang tahu ...

Hari ni juga genap satu bulan usia Ali Qa'id. Dan ... dia masih kuning. Makin tembam, makin panjang, makin semangat. Tapi ... dia masih kuning. Hari Isnin dia kena cucuk ambil darah lagi. Kalau angka lebih 150, Ali Qa'id akan di'refer' ke hospital. Untuk apa aku tak pasti ... mungkin perkara yang aku takutkan hampir terjadi pada Irfan dulu .. diambil darah dari tulang belakangnya. Aku tak pasti. Yang pasti, aku tak tidur sampai sakit-sakit pinggang dan punggung sebab nak pastikan Ali cukup susu. Bila dia cukup susu, dia kencing banyak dan kerap berak. Berpantang pun aku abaikan. Kali ni aku masak dan makan segalanya kecuali air sejuk. Kunyit tak jamah dan halia pun aku kurangkan sangat laaa banyak. Lantak la .. asalkan Ali sihat.

Nota kecik-kecot:
Pagi Sabtu nak pakai baju kuning gi ngundi .. huhuhuhu .. excited sungguh sebab dah lama benor 'terkurung' dalam rumah .. tak leh join sarkas. Kat area rumah aku ni macam takde pilihanraya pun .. susah benor nak nampak poster, bendera.

Saturday, March 01, 2008

KEMPEN

Moh kita kempen ...

errr yang bold tu .. kiranya aku suka sesangat la tu! hehehhee

Urus tadbir

  • memastikan semua pemimpin bersih daripada rasuah
  • menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri
  • menghentikan projek-projek membazir dan rugi
  • ketelusan pentadbiran negeri
  • menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan
  • melarang ahli2 exco terlibat dalam perniagaan

Sosial dan kebajikan (semua aku suka!)

  • membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor
  • bantuan RM75 sebulan bagi anak yang dihantar ke nurseri
  • bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
  • hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang dapat tawaran ke U
  • bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
  • bantuan untuk anak2 muda mendirikan rumahtangga
  • membuka pusat sukan dan rekreasi bagi belia
  • caruman takaful bernilai RM2500 untuk warga emas, OKU dan anak yatim
  • elaun untuk ibu tunggal yang layak
  • elaun khas untuk surirumah yang memilih untuk menjaga anak2 kecil mereka sepenuh masa
  • bantuan untuk setiap rakyat Selangor memiliki kediaman sendiri
  • mewujudkan institusi selaras hal ehwal agama selain Islam

Kesihatan

  • cuti bersalin 90 hari bagi wanita bekerja
  • 14 hari cuti (paternity leave) kepada suami yang isterinya bersalin
  • cuti sebulan buat isteri yang kematian suami
  • perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas

Ekonomi

  • menyediakan premis perniagaan yang cukup
  • bimbingan kepada belia dan wanita muda berniaga
  • galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minima atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk 2 tahun pertama
  • pengurangan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersil sebanyak 10%
  • bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20meter padu pertama setiap bulan
  • menjalankan program membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan mendapatkan pendapatan lebih tinggi di atas garis kemiskinan

Keselamatan

  • penguatkuasaan syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir
  • menggantikan sistem rukun tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan
  • mewujudkan pusat khidmat serenti bagi menangani kes jenayah dan keganasan terhadap wanita

Itu JANJI BA Selangor yang mengujakan terutama yang berkaitan dengan ekonomi, keselamatan, kebajikan dan kesihatan untuk rakyat tu. Aku sebagai surirumah yang 'bodoh' dan tak tau apa-apa bak kata si zam bongok tu ... amat tertarik dengan janji-janji yang merangkumi pelbagai aspek tu. Kalau orang-orang Selangor masih tidak mahu memberi peluang pada pembangkang untuk meringankan beban hidup yang mencanak kat negeri maju ni ... aku tak tau nak cakap apa lagi.

Jika pembangkang diberi peluang aku yakin banyak sumber negeri ni yang jutaan ringgit tu akan terselamat dari penyelewengan. Duit2 tu boleh digunakan untuk kesejahteraan rakyat. Disebabkan rasuah berleluasa, harga barang dan perkhidmatan kat selangor ni naik mencanak-canak sebab nak tampung poket manusia-manusia yang kononnya berkhidmat untuk rakyat. Jadi dari mana nak datangnya berkat untuk terus selamat, aman dan makmur kalau kat selangor ni je ada 2 KILANG ARAK!

Nota kecik-kenot: Semalam dalam berita tb3 kalau tak silap .. buat lintas lansung kempen pilihanraya seripah noli. lawak gila baboon sungguh. wartawan tu lepas abih bercakap terus la nak interview seripah ni .. camera fokus kat dia yang dah standby kat pintu rumah makhluk india mic (of course tak cakap depa orang mic) kat area seri setia .. terus je si seripah tu cakap "oh dah boleh .." dan terus berlakon ketuk pintu rumah, beri salam dan terus bersalaman dengan semua isi rumah yang penuh sebelum diinterbiu. HAHAHAHAHAH ... aku ketawa besor. Nampak sangat berlakon. Bagi jugak si seripah sombong tu menang, tak tau ler apa aku nak cakap. kat area tu je sepanjang tahun lepas ada banyak kes budak2 hilang dan kena cabul. Sharlinie dalam kawasan seripah. kes budak kena rogol kat flat tu pun dalam kawasan si seripah ni jugak. Bila kat DUN, tak pernah aktif pun turut serta .. dok kutip elaun hadir sidang je pandai. peranan exco tapi takde pun buat2 apa untuk kesejahteraan rakyat mengikut apa yang digariskan dalam portfolio dia.

Undi la lagi BeEnd tu yaaaa :p lalalalallalalalalala