Siang tadi ...
Irfan jadi pemain sekolah untuk pasukan bola baling. Jadi goalkeeper. Siang tadi ada pertandingan antara sekolah. Semangat dia. Suruh ibu bangun pukul 5 pagi untuk buatkan bekal untuk dia. Irfan kata dia nak makanan berat tapi jangan nasi berlauk. hehhehe
Aku pun bangunlah jam 5.30 pagi. Buatkan roti telur mata kerbau 2 set dengan 3 ketul sosej rebus. Untuk Zinnirah buat sama tapi 1 set je roti telur untuk dia.
Tanya Irfan mahu ibu pergi tengok main ke ... dia kata takpe sebab ibubapa orang lain pun tak ikut sama. Dengan berbaju goalkeeper berlengan panjang berwarna biru, berseluar track hitam dan kasut bola hadiah dari rakan sekelas yang dah tak muat lagi pada kakinya, Irfan berselera makan sarapan jam 6 pagi. Selalunya kalau awal sangat dia tak lalu nak makan.
Zinnirah pula berseluar panjang merah terang, t-shirt lengan panjang putih dan bertudung kuning samar. Dia kata ada latihan sukan untuk rumah kuning. Jadi boleh pakai tudung warna lain selain warna hijau cair. Bersemangat juga. Teringat diri sendiri masa sekolah dulu ... bersemangat waktu P.E sebab tak payah masuk kelas belajar. hehehhee
Petang tadi aku jemput mereka dari sekolah. Irfan dari jauh dah berlari, senyum lebar. Masuk dalam kereta dia melompat-lompat. "Team Irfan menang, ibu! Game pertama 3-0, game kedua 6-1, game last 4-1. Dapat masuk semi-final esok!"
Tapi katanya tak berapa nak seronok sebab dia hanya pemain simpanan. Tak dapat bermain. Hanya duduk ditepi padang dan tengok perlawanan. Dia kata murid tahun 6 je yang cikgu suruh main. Kawan baiknya, Ammar pun sama frust sebab hanya jadi pemanas bangku pemain simpanan.
"Takpe. Irfan sabar je. Tahun depan mesti dapat main. Kena berlatih sunguh-sungguh. Tahun ni cikgu bagi budak tahun 6 main sebab tahun depan dah takde dah. Depa masuk tingkatan 1 dah. So, you'll have your chance next year."
As for Zinnirah. She gave me a piece of paper. "Ibu tolong bukakkan blog untuk kakak. Kakak dah tulis ni." hehehhehee
Irfan had written something, too. Something about comet or so. Haven't had the chance to read them through. I was supposed to write the entry on that but I've forgotten his password. Got something to do with his favourite football team but each time I've got it wrong. Better ask him tomorrow.
Syabil pulak masih tak berapa nak tangkap apa yang diajar. Susah benar nampaknya dia nak membaca. Lain yang dieja, lain yang disebut. Ada masanya dia berfikir lama nak sebut apa yang sudah dieja. "M-A .. ma ... S-A ... sa ... errrrrr ... sama ... eh ...salah ... ma...sa." Bila baca buku Peter & Jane ... apa yang dibaca dengan lancar semalam, hari esoknya ... dia dah lupa. Macam tu jugakla bab baca Iqra'. Sangat-sangat mencabar kesabaran ... fuh!
Tapi bab berlari dan melompat .. SANGATTTTTT terer! sampai Nisaa' dah terikut-ikut ... adehhhhh!
Today, Nisaa' like so many other days, has again 'babab-ed' Ali. She is so jealous of the baby. She would either slapped Ali on the face or his tummy. Once, she'd even bitten Ali's fingers. The poor little one ... tak tau nak buat apa dah. Pantang lepa ... Ali mesti menjerit nangis.
But, when she's in the mood, she'll be the most caring and loving big sister. Always smooching Ali's small face. Once, she even tried to carry Ali when he was crying. Shooing the baby when he cried... "Iyam, iyam .. shoooo Ali nanak angis, ok." Tapi tiba angin tak bagus, terus "PANG!" bila Ali nangis. Adehhh .... kuuuu semangat
Nampak sangat dia rasa tergugat sejak ada Ali. Makin nakal. Selalu buat benda yang akan buat aku marah. She wants attention. Bila aku menyusu Ali je ... muka dia dah lain .. "Isyyy Ali ni ... tepi aaa." Adeh laaaa ... sabar je la aku ...
10 comments:
seronoknya dengan anak2....
itu lah... bagi kat aku je lah senang... ekekek...
alala comelnya Nisaa'.. ;)
Salam.....
Baca citer Syabil teringat kat diri sendiri masa kecik2 dulu, arwah emak cakap saya lambat mengenal - apa taknya dah darjah 4 baru lancar membaca, tapi kalau yang melibatkan angka & pengiraan laju jer saya buat. Mujurlah arwah memang penyabar orangnya.
Nisaa' tu saja je nak cari perhatian, lama-lama nanti oklah tu. Harap Ali semakin pulih.
Citer pasal bebudak ni best kan, bermacam-macam ragam mereka.
setiap sorg lain karakter..:)
tp sy rasa bole handle sabin.. ehehe..
azhar,
bila kamu ada anak2 nanti .. kamu pun akan berseronok :)
pa'chik,
mu asik mintak anak aku jer .. nanti ada yg ingat mu mandul pulak!HAHAHAHAHA
achik,
nisaa' pun cakap dia comey ... hehehe
aini,
kita dulu2 lambat pun mak bapak tak risau sgt tapi dgn suasana persekolahan yg amat akademik skrg buat parents mcm saya ni jadi extra risau.
nisaa' tu kena tengok angin dia. nak kena pujuk selalu ...
Ali alhamdulillah dah sihat.
aini ... apa kata bukak blog. saya tengok aini banyak idea dan pendapat yang menarik. kat blog khairyn pun selalu jengah jugak kan. :)
am,
betul. lain karekter, lain cara nak tangani.
cerr cerita mcmana nak handle sabin tu? hehehehe
aku tak mandul.. cuma takleh branak je... ekekek...
dlm ramai2 tu mesti ada sorg.. xpe.. kita ikut rate dia.. mesti ada something that he excels in.. kita fokus kat situ.. insya Allah..
*pandai ckp mcm ada anak sdiri je.. ekeke..
pa'chik,
mana ko tau ko tak mandul? hahaha .. cari la yg buleh branak .. hehehe
am,
rasanya si sabin ni boleah excel in sports sebab sangat hyper. pastu .. he got very good memory. benda yg jadi masa dia 3 tahun dia boleh ingat. so bab2 menghafaz memang bagus ..
*hang pun mcm pa'chik .. carilah zaujah cepat ... buleh bersoneta selalu .. ekekeke
wuaaa!
mau kawen.
mau anak.
kak has,mau colik anak sorang bule x?
mau nisaa' pls!
Post a Comment