Saturday, March 01, 2008

KEMPEN

Moh kita kempen ...

errr yang bold tu .. kiranya aku suka sesangat la tu! hehehhee

Urus tadbir

  • memastikan semua pemimpin bersih daripada rasuah
  • menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri
  • menghentikan projek-projek membazir dan rugi
  • ketelusan pentadbiran negeri
  • menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan
  • melarang ahli2 exco terlibat dalam perniagaan

Sosial dan kebajikan (semua aku suka!)

  • membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor
  • bantuan RM75 sebulan bagi anak yang dihantar ke nurseri
  • bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
  • hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang dapat tawaran ke U
  • bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
  • bantuan untuk anak2 muda mendirikan rumahtangga
  • membuka pusat sukan dan rekreasi bagi belia
  • caruman takaful bernilai RM2500 untuk warga emas, OKU dan anak yatim
  • elaun untuk ibu tunggal yang layak
  • elaun khas untuk surirumah yang memilih untuk menjaga anak2 kecil mereka sepenuh masa
  • bantuan untuk setiap rakyat Selangor memiliki kediaman sendiri
  • mewujudkan institusi selaras hal ehwal agama selain Islam

Kesihatan

  • cuti bersalin 90 hari bagi wanita bekerja
  • 14 hari cuti (paternity leave) kepada suami yang isterinya bersalin
  • cuti sebulan buat isteri yang kematian suami
  • perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas

Ekonomi

  • menyediakan premis perniagaan yang cukup
  • bimbingan kepada belia dan wanita muda berniaga
  • galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minima atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk 2 tahun pertama
  • pengurangan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersil sebanyak 10%
  • bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20meter padu pertama setiap bulan
  • menjalankan program membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan mendapatkan pendapatan lebih tinggi di atas garis kemiskinan

Keselamatan

  • penguatkuasaan syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir
  • menggantikan sistem rukun tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan
  • mewujudkan pusat khidmat serenti bagi menangani kes jenayah dan keganasan terhadap wanita

Itu JANJI BA Selangor yang mengujakan terutama yang berkaitan dengan ekonomi, keselamatan, kebajikan dan kesihatan untuk rakyat tu. Aku sebagai surirumah yang 'bodoh' dan tak tau apa-apa bak kata si zam bongok tu ... amat tertarik dengan janji-janji yang merangkumi pelbagai aspek tu. Kalau orang-orang Selangor masih tidak mahu memberi peluang pada pembangkang untuk meringankan beban hidup yang mencanak kat negeri maju ni ... aku tak tau nak cakap apa lagi.

Jika pembangkang diberi peluang aku yakin banyak sumber negeri ni yang jutaan ringgit tu akan terselamat dari penyelewengan. Duit2 tu boleh digunakan untuk kesejahteraan rakyat. Disebabkan rasuah berleluasa, harga barang dan perkhidmatan kat selangor ni naik mencanak-canak sebab nak tampung poket manusia-manusia yang kononnya berkhidmat untuk rakyat. Jadi dari mana nak datangnya berkat untuk terus selamat, aman dan makmur kalau kat selangor ni je ada 2 KILANG ARAK!

Nota kecik-kenot: Semalam dalam berita tb3 kalau tak silap .. buat lintas lansung kempen pilihanraya seripah noli. lawak gila baboon sungguh. wartawan tu lepas abih bercakap terus la nak interview seripah ni .. camera fokus kat dia yang dah standby kat pintu rumah makhluk india mic (of course tak cakap depa orang mic) kat area seri setia .. terus je si seripah tu cakap "oh dah boleh .." dan terus berlakon ketuk pintu rumah, beri salam dan terus bersalaman dengan semua isi rumah yang penuh sebelum diinterbiu. HAHAHAHAHAH ... aku ketawa besor. Nampak sangat berlakon. Bagi jugak si seripah sombong tu menang, tak tau ler apa aku nak cakap. kat area tu je sepanjang tahun lepas ada banyak kes budak2 hilang dan kena cabul. Sharlinie dalam kawasan seripah. kes budak kena rogol kat flat tu pun dalam kawasan si seripah ni jugak. Bila kat DUN, tak pernah aktif pun turut serta .. dok kutip elaun hadir sidang je pandai. peranan exco tapi takde pun buat2 apa untuk kesejahteraan rakyat mengikut apa yang digariskan dalam portfolio dia.

Undi la lagi BeEnd tu yaaaa :p lalalalallalalalalala

10 comments:

Anonymous said...

Salam…

KILANG ARAK! – M’sia negara Islam – sebagaimana yg di dakwa oleh pemimpin2 amno – memang sah puak2 ni tak faham apa ciri2 negara Islam. (mmg nak gelak jer bila isu ni ditimbulkan).

Pada Be End majunya sesuatu negeri tu bila antaranya harga barangan melambung naik, jenayah semakin meningkat, keruntuhan sosial semakin menjadi2. Sebab tu pada puak2 ni Kelantan tak maju, sebenarnya mereka nak emas hitam yang ada di Kelantan tu.

Interview – tulah orang tua-tua kata, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah. Dah biasa dah tengok part ni semua… siap bagi lagi orang-orang tu skrip, kira bila di tanya itulah jawapan mereka, pada hal semuanya telah dirancang… Yang orang-orang ni pula janji dapat masuk tv… hahahah… Teringat pernah sekali Mak Ngah saya yang tinggal kat Sungai Udang Selangor tu keluar kat tv3… isunya air…. Mulanya tak perasan pun, sebab setahu saya kat dalam rumah tu cuma ada 3 orang jer, arwah Pak Ngah (pakcik saya), Mak Ngah (isterinya) & sepupu saya Kak Nana (anak tunggalnya) tapi ni sikitlah punya ramai, bila tengok keadaan pintu depan rumah, memang sah… tapi takat tengok jerlah…

Pa'chik said...

hahaha... nama pun tibitigasuku... ekekeke...

tapi... ish... janji-janji puak BA tuh.. tak riyelistik lah... ekekeke... baik undi BN.. pasal dah tau trek rekod mereka... ekekeke... bengap!!

Azhar Ahmad said...

Orang selangor nak tunggu mahligai ada kat setiap daerah kottt...

izinni said...

salam kembali aini,
kilang2 arak tu penting untuk cukai depa. dengan duit cukai haram tu la depa dok 'besar'kan rakyat selangor. jawabla nanti di akhirat.
sebab untuk jadi wartawan, penting untuk jujur dengan diri sendiri. kalau tak jujur dan sanggup dipergunakan, macam2 boleh jadi. sahamnya nanti kena tanggungla

pa'chik,
bukan takat tak realistik tapi akan bankrapkan negeri maju ni hohohoho podahhhh!

tb3suku mu tengah lintas langsung dari stadium putra bukit jalil pasal pok leh jumpa anak2 kelantan ... separuh dari tempat duduk dalam stadium kosong. hehehhehe

azhar,
orang pahang pulak macamana ya? nak tunggu gempa lebih kuat kot kat bukit tinggi?

Anonymous said...

Salam….

Janji2 BA tu mungkin ada yg kata mcm tak logik jer, teringat masa Pas janji nak beri cuti bersalin 2 bulan. Bila dilaksanakan, Be End pun ikut gak tapi utk nampak mcm tak ikut so disebutlah di beri cuti 60 hari dan bukannya 2 bln. 60 hari tu bukan 2 bulan ke?

Masa perhimpunan Bersih, puak2 tu kata mereka boleh kumpulkan lebih ramai lagi dari apa yg dilakukan oleh BA. Memanglah boleh asalkan segala perbelanjaan ditanggung & diselitkan dgn hiburan, tp bila tengok apa yg berlaku di Bukit Jalil mlm ni, haru sungguh…

Sampai hari ni saya tak tahu lagi sapa calon BA di kawasan saya, yg ada cuma bendera PKR, tu pun tak banyak, yg banyak lambang dacing, gambar calon Be End pun tak banyak, yg banyak gambar Pak Lah & Najib. Apa dia org ke yg nak wakil kawasan tu, P160 & N44. Apa yg pasti Dato’ Shahrir pasti dpt majoriti yg banyak & saya bukan orangnya yg termasuk dlm majoriti tu.

Akhirnya Mahathir mengakui yang dia menyesal kerana telah memecat Anwar Ibrahim. Tak tahulah ni betul ke wayang gak… harap betullah kan dan sekurang2nya ianya menyumbang kepada BA. Bersama keluarga isu ni semua tidak boleh dibincangkan, hampir semua penyokong kuat amno & Be End. Entahlah apa nak jadi ngan family saya ni!!!!!

kingbinjai said...

selamat meyonteng!

khairyn said...

aku rasa aku pernah cover si seripah ni dulu hehehe. Hampas.

Wartawan kalau sanggup digula2kan dan disogok, payahlah nak cakap. Tanggung dan jawablah sendiri.

Di satu negeri di hujung Tanah Malaya, geng kerja aku dulu tu pun lebih sibuk mengumpul dana saja masa pilihanraya, bukan pun laksanakan tanggungjawab masing2. Gerun aku nengoknya.

Hmmm ada gajk yang aku suka dan ada gak yang aku sangat tak suka dengan list welfare state selangor ni hihi

Mak Su said...

macam beshhhhh jer

shafarina said...

suka suka suka entri macam ni!

rasanya dah takde orang caya kat tv dah la ni..

akirasuri said...

Huhu..
Janji yang janji..
Semuanya berjanji..

Erk!
Sehat ke?