X
Jam 11 aku keluar rumah nak gi pangkah-memangkah. Ali tinggal kat rumah dengan ayahnya yang balik kejap dari markaz kat Puchong. Aku mengundi di Sekolah Menengah Seafield USJ2. Calon Parlimen dan DUN, dua-dua dari PKR. Orang muda. Hannah Tan untuk DUN Subang Jaya dan "The One With The Camera' Burne untuk Parlimen Kelana Jaya. Depa tanding lawan Ah Beng (Lee Hwa Beng) P. Kelana Jaya dan sorang lagi aku tak perasan la pulak. hehhehehe
Anak-anak yang lain ikut. Dari rumah di Pinggiran USJ, aku pandu masuk KESAS dan terus menuju USJ2. Ada la dalam 15 minit. Sampai je, aku parking dekat dengan pondok panas BN. Pondok panas BA nun jauh sikit. Aku ni sibuk la pastikan anak2 aku yang 4 orang tu jalan tepi2 sebab takut kena langgar ke apa ke ... sampai salam ahkak BN bercermin mata gelap tu aku tak dengar. Sampai dia berjalan ke arah aku sambil hulurkan salam. Aku senyum jawab salam. Dia pelawa check nama ... aku kata dah check dari rumah lagi. Terus aku masuk sekolah tuju terus ke pondok SPR untuk dapatkan pengesahan saluran dan nombor siri.
Saluran 5 aku tuju. Anak-anak aku suruh lepak kat kawasan taman dekat tangga sekolah sementara aku nak memangkah. Nisaa' aku bawak sama. Sampai di pintu bilik Saluran 5, polis terus bangun bila nampak aku. Rupanya tak nak bagi aku bawak Nisaa' masuk sekali masa nak pangkah.
"Saya tak kisah dia tunggu kat luar tapi kalau dia nangis atau merayap sampai ada yang kidnap siapa nak jawab?"
"Tapi budak2 tak boleh ikut masuk dalam bilik mengundi."
"Saya tahu tapi nak pangkah bukannya lama."
Polis tu tanyalah Puan Polis samada boleh tak aku bawak masuk anak aku sekali. Puan polis tu tanya anak aku tak nak orang dengan orang ke. Aku cakap memang la sebab kat tv pun diajar jangan bagi anak2 percaya atau dekat dengan orang yang tak kenal. Sengih Puan Polis tu. Last-last depa tanya petugas2 dalam bilik mengundi mintak izin. Kebetulan salah sorang petugas tu aku kenal. Cikgu, isteri sahabat suami. Anak dia satu sekolah dengan Irfan. Dapat la green light.
Bila masuk, Nisaa' dengan sopan santunnya bukak selipar sebelum masuk dalam kelas tu. Lawak. Pak Polisi dengan semua petugas gelak. Melayu abih anak dara kecik aku. hehhehehe
Dapat kertas kuning dengan oren, aku terus gi balik kotak kadbod untuk buat kerja pangkah-memangkah. Bismillahirrahmanirrahim......
X
X
Rasanya dah dapat agak kan aku pangkah sapa kan kan kan. hehehhhe
Dalam perjalanan balik, Irfan tanya aku pangkah apa. Aku cakap aku pangkah BN. Terkejut dia. "Peliklah ibu ni. Irfan tak paham la kenapa ibu pangkah BN. Kan ibu patut pangkah PKR."
"Ibu tak suka PKR tu. PAS tak lawan kat sini jadi ibu pangkah la BN," aku balas sambil sengih.
"Isyyyy ibu ni. Confuse irfan. Nak bagitau ayah."
Lama sikit Irfan declare ... "Takpelah. Ramai yang dah pangkah PKR tadi. Bilik ibu tu bilik BN kan. Ibu sorang je pangkah BN, yang lain pangkah PKR. Oklah. Takpe." Dia cakap macam tu sebab kat saluran 5, kebetulan takde orang lain yang beratur, cuma aku sorang. Saluran-saluran lain ramai gak yang beratur tunggu giliran. Akal budak dia buat kesimpulan saluran-saluran lain tu saluran BA, sementara saluran 5 tu saluran BN. hehhehehhee
Sampai rumah, Ali Qa'id baru je bangun tido. Just in time. Irfan, Zinnirah dengan Syabil cepat2 lapor kat ayah yang ibu dah pangkah BN. Suami aku terus pandang aku ... senyum terkejut. "Issyyy takde la kan?"
Apa laaa suami aku ni .... hahahhahahha
Kesimpulannya, ekspidisi mengundi aku sangat membosankan. Sepanjang perjalanan takde pun kenderaan yang berbendera, sampai sekolah pulak pondok2 panas sangatlah sejuk. Tak happening sungguh area USJ ni time election ... dulu masa 2004 pun sama. 1999, aku undi kat Alam Megah, so agak meriah sebab ramai Melayu.
Nota kecik-kenot:
Takat ni, Sabah/Sarawak/ Melaka negeri angkat Khairyn .. BN mendahului. Bandar Kuching je jatuh ke DAP. Putrajaya si Tengku Adnan retain. Hot seats, states aku rasa hanya akan diumumkan lewat malam atau awal pagi .... rasa macam nak semput pun ya .. dah ler sengsorang kat rumah tunggu keputusan dengan ditemani anak2 yang tak tau apa kecuali Irfan yang paham sikit-sikit ... sungguh tak happening.
4 comments:
Salam...
Baguslah Nisaa' tu, dari kecik dah tunjukkan akhlak yang baik, TAHNIAH buat ibu & ayahnya.:-)
Ni saya pun tengah tunggu keputusan juga, baik radio mahupun tv asyik umumkan yang Be End menang, tu yang kat kod selamat. Kat negeri-negeri yang lain tu kenapa tak berani nak umumkan, dah sah-sah PP jadi milik BA. Begitu juga dengan Kedah. TAHNIAH buat rakyat Kelantan kerana masih sayangkan Tuan Guru nya, saya suka sesangat... Mengalir jugalah air mata ni, kalau rakan sekerja tahu mesti dia orang gelak sebab saya ni tergolong dalam mereka yang tak berperasaan.
Sepatutnya malam ni saya ke Pasir Gudang dan tidur sana kerana esok ada majlis bertunang anak saudara sepupu (sebelah arwah emak), esok jerlah saya gi. Telefon pun asyik bunyi jer, kenapa tak sampai lagi, macam jauh sangat JB-PG. Alasannya mereka tu semua (yang dari kampung pun) penyokong kuat Be End, nanti saya yang tak tahan sabar. Baik duduk rumah sesorang tunggu keputusan, sampai ke pagi pun sanggup.
Salam...
Alhamdulilah, Nurul Izzah & Dr Lo' Lo' dah menang (setakat ni) & Zainuddin Maidin kalah. Biar puak-puak ni semua rasa. Tengah tunggu KJ jer macam mana.
TAHNIAH BA!!!!!!!!!!!!
hah! Bagus anak dara kau. Melayu sungguh!
OK negeri yang kita uli dah jadi BA. Macamana aku nak uli Melaka plak ni??? Buang duit merata-rata. Tiap2 2 3 bulan tukar bunga kat tepi jalan. Ish!
hahaha tahniah untuk Kelantan, dari solo terus dapat 4 isteri ek? Tapi kalau tambah lagi kan bagus hahahaha
Zaman kebangkitan rakyat sudah bermula. Satu mesej dan pengajaran besar kepada mereka yang masih tak sedar diri.
Post a Comment