Satu ...
Rupanya dah setahun usia blog ni. Aku sendiri tak perasan. 1 Mac 2008, blog ni sambut ulangtahun pertama. Tak sangka dah setahun rupanya. Hari ni umur dah masuk setahun 6 hari. Entah ada lagi setahun? Hanya Dia yang tahu ...
Hari ni juga genap satu bulan usia Ali Qa'id. Dan ... dia masih kuning. Makin tembam, makin panjang, makin semangat. Tapi ... dia masih kuning. Hari Isnin dia kena cucuk ambil darah lagi. Kalau angka lebih 150, Ali Qa'id akan di'refer' ke hospital. Untuk apa aku tak pasti ... mungkin perkara yang aku takutkan hampir terjadi pada Irfan dulu .. diambil darah dari tulang belakangnya. Aku tak pasti. Yang pasti, aku tak tidur sampai sakit-sakit pinggang dan punggung sebab nak pastikan Ali cukup susu. Bila dia cukup susu, dia kencing banyak dan kerap berak. Berpantang pun aku abaikan. Kali ni aku masak dan makan segalanya kecuali air sejuk. Kunyit tak jamah dan halia pun aku kurangkan sangat laaa banyak. Lantak la .. asalkan Ali sihat.
Nota kecik-kecot:
Pagi Sabtu nak pakai baju kuning gi ngundi .. huhuhuhu .. excited sungguh sebab dah lama benor 'terkurung' dalam rumah .. tak leh join sarkas. Kat area rumah aku ni macam takde pilihanraya pun .. susah benor nak nampak poster, bendera.
9 comments:
Semoga Ali Qa'id cepat sihat.
Selamat mengundi.
Allahuakbar!
semuga ali sehat terus...
dan ko pun... jaga kesehatan la weh...
Allahu Akbar!!
InsyaAllah. Pakchik mudin doakan ya :)
Selamat mengundi buat kamu dan ummu adam juga. kamu ngundi mana, ummu adam kat mana pulak?
pa'chik,
InsyaAllah ...
bila ali dah sehat, aku jaga la balik kesihatan aku nih. ni pun dah teruk gak ni sakit2 badan. ekekkeke
ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR
Sahabat,
Semoga Qa'id cepat sembuh. Besar sungguh pengorbanan seorang ibu kan? Tak tidur siang malam bila anak tak sehat. Semoga diberkati Allah.
Selamat Hari Jadi to at the back of my mind.
Selamat mengundi. Pilih dgn tepat :-)
semoga adikku cepat sembuh.
kak has pun cepat2 sembuh ya!
kak has jaga diri baik2 tau.. esok kita kuar ngundi pagi-pagi ek..
azah doakan ali qa'id cepat sembuh!
Salam…
Didoakan semoga Ali Qa'id cepat sembuh…
Selamat mengundi… Walau banyak mana pun hantu-hantu yang disediakan oleh pihak Be End… kuasa Allah tiada siapa yang dapat mengatasinya, insya Allah…
Be End (amno) cakap pun dah ada gaya Firaun… So bolehlah depa-depa ni pilih laut mana yang nak di seberanginya…
Elviza :)
Bila dah jadi ibu baru kita tau betapa besarnya pengorbanan ibu kita sendiri yang banyak makan hati dengan karenah kita ...
InsyaAllah .. lawan tetap lawan ;)
ryn,
InsyaAllah .. mungkin ambil masa sikit tapi akan sihat Ali nanti :)
undi tak?
azah,
undi DUN/Parlimen mana? area abang zek ka? hehehhe
aini,
Selamat mengundi untuk awak jugak. kalau tak buleh nak menang pun kat area awak tu .. yang pentingnya kurangkan majoriti tu banyak2 :)
moga kenit cepat sembuh..
aminn..
Post a Comment