Tuesday, March 25, 2008

Dilihat ...

"Cikgoo .. apa itu 'dilihat'?"

Aku punyalah jenuh berfikir .. menatang apa laaa budak ni tanya. Budak India yang sorang ni memang banyak bertanya dan cara dia bertanya memang menggelikan hati dan sangat-sangat naif. Boleh dikatakan banyak perkara yang dia tak faham dan nak memahamkan dia memang sangat sukar. Kali ni dia bertanya lagi. Soalan yang aku sendiri tak faham.

"Dilihat apa?" aku tanya pada dia yang duduk dibaris hadapan sekali didalam kelas yang puratanya lebih kurang 40 orang murid. Semua lelaki. Semuanya di darjah 6. Semua di kelas yang paling corot.

Dia dengan muka yang penuh 'innocent' dan ingin tahu datang terus ke meja, tempat aku sedang menyemak buku. Dengan bersemangat dia menunjuk ke arah tulisan aku di sisi kanan bawah helaian mukasurat didalam buku latihannya.

"Ini cikgoo. Cikgoo tulis 'dilihat'. Apa itu?"

Adehhh ... senak perut aku menahan gelak. Budak-budak lain dah gelak besar. Dia terpinga-pinga tak paham kenapa dia diketawakan hanya kerana bertanya satu soalan yang padanya sangat penting dan memerlukan jawapan yang segera.

Aku rasa mungkin sudah lama dia memikirkan pertanyaan itu tapi tak tertanyakan pada sesiapa pun.

"Oooo .. itu maksudnya saya dah semak dan tanda buku latihan awak."

"Ooooooooo .. terima kasih cikgoo." Panjang Oooo dia dan meleret senyum dia. Aku rasa malam tu mesti dia tidur dengan tenang sekali.

Nota kecik-kenot:
Aku pernah jadi guru sandaran selama 6 bulan masa tunggu keputusan STPM, di sekolah rendah lelaki bukit bintang PJ. Semuanya atas saranan ayah. Walaupun tak nak tapi aku turutkan aje. Maklumlah nanti aku terpaksa ikut kata hati aku pulak jika aku ditakdirkan diterima masuk U. hehehhee ... Masa tu aku ajar budak darjah 1, 5 dan 6. Subjek pendidikan jasmani, geografi dan bahasa melayu. Sangat-sangat tough dan sangat-sangat menguji kesabaran aku yang sentiasa tipis .. sampai aku phobia tak nak jadi cikgu sampai bila-bila, termasuklah jadi lecturer. Biarlah aku jadi cikgu kat anak-anak aku je ...

Nanti2 aku akan cerita lagi kisah masa jadi cikgu ek. hehhehe

8 comments:

khairyn said...

hmm ikut cakap ayah ek?

huwaaaaaa!

izinni said...

errr sekalik tu je la. lepas dapat result, terus ikut cakap diri sendiri. huhuhuhu

Mimiamilia said...

saya ada jadi cikgu ganti jap dulu gak.Huhhu..saya ni garang sampai tahap terlempang sorang budak darjah 3.Sib baik dia relax jer tak ngadu kat bapak dia.kalau tak ada yg kena saman...huhu

Pa'chik said...

che'gooooo... apa maksud dikelih? ekekek...

kalau che'gu sandaran... aku panggey che'gu sindiran... ekeke...

kingbinjai said...

telah melihat

Azhar Ahmad said...

Hahahha, lawak2...

Hummm tgh tunggu cerita lagi nihhh

achik said...

hehehe..

saya pun penah jadi cikgu sandaran.. tp 3 minggu je kot.. ;)

izinni said...

mimi,
errr sama la kita ... cengir ya amat tapi idak ler sampai terlempang. ehehehe ... budak2 gelar miss garang .. hahahah

pa'chik,
errr maap ek .. kat sekolah atas bukit nun takde ajor kursus dialek kelantan. hahahahha

king,
ada masanya kena jelaskan dengan panjang lebar, baru faham :)

azhar,
bila ingat semula .. memang banyak peristiwa lucu masa jadi cikgu 6 bulan tu ... ehhehe insyaAllah .. ada masanya memori saya ni selective sikit ... hehehhe

achik,
oooo iya? sampai tersandar ek .. hahahha