Aku yang menulis ...
Ada kalanya aku cemburu bila membaca tulisan-tulisan kamu-kamu semua tentang kehidupan seharian. Apa yang kamu buat, apa yang terjadi, apa yang kamu nampak, apa yang kamu fikir, apa yang kamu ingin dan macam-macam lagi.
Aku pula bermasalah. Aku tidak mampu menulis semua itu. Bukan sebab aku tak pandai menulis. Menulis adalah sebahagian daripada hidup aku. Ianya pernah menjadi kerjaya aku. Perkara yang aku lakukan saban hari tanpa jemu.
Tapi tulisanku dulu adalah mengenai kamu, kamu, kamu dan kamu. Semuanya mengenai orang lain. Masalah orang. Apa yang terjadi pada orang itu, orang ini, orang sinun. Aku memang pakar dalam menulis dan menyelesaikan masalah orang lain. Apa yang tidak aku tulis. Masalah itu dan ini. Macam-macam. Dari yang marah kerana sampah mereka tidak diangkut hingga berhari-hari. Hati yang panas kerana yang dihajati tidak dimiliki. Jiwa yang kacau apabila yang berkuasa menggunakan kuasa yang ada untuk menindas mereka yang lemah dibawah.
Ada masanya aku suka cerita-cerita mereka. Aku teruja untuk membantu mencari jalan penyelesaian sedaya yang termampu menggunakan statusku sebagai wartawan. Siapa yang tidak 'gerun' mendengar perkataan itu. Jika diberitahu ... pasti keluar ayat-ayat prejudis seperti .. "isyyy tak boleh percaya ni ..." "isyy .. tak boleh bagitau rahsia ni .. nanti masuk paper."
Aduh!!! apa mereka ingat kami semua ni kaki gossip dan kaki dedah rahsia orang ke? Bukan semua begitu. Lagipun bukan semua wartawan hiburan. Lagipun adakah masalah dan cerita mereka amat layak untuk digossip? Banyak lagi kerja yang aku boleh buat dari bergossip .. hehehhe
Sebenarnya wartawan seperti manusia biasa. Seperti kamu, kamu dan kamu juga. Aku misalnya, tak ramai yang tahu aku wartawan. Bahkan jiran tetangga tidak tahu resmi pekerjaanku biarpun bertahun berjiran. Aku tidak suka bercerita dan jika ditanya aku hanya menjawab yang aku bekerja di Kuala Lumpur. Aku juga tidak suka bercerita dengan saudara mara mengenai kerjaya aku ketika itu. Dan bila aku berhenti dari menjadi wartawan, tidak ramai yang tahu juga.
Itulah. Menulis dan bercerita tentang orang lain. Tapi tidak apa yang terjadi pada diri aku. Bahkan sepanjang menulis di blog ini aku banyak bercerita tentang mereka-mereka yang ada dalam hidup aku sekarang ... terutamanya anak-anak. Sungguh aku tidak selesa bercerita tentang diri sendiri semata-mata. Aku rasakan yang semua mata memerhati dan mengenali. Malu. Segan. Padahal korang semua bukannya kenal aku .. kan, kan, kan ....
Itu salah satu sebab aku jarang menulis terutamanya sekarang. Dicampur dengan kesibukan mengurus rumahtangga dan anak-anak yang ramai dan sudah tentu faktor kemalasan yang memuncak selalu. Ini pun menaip dengan sebelah tangan. Sebelah lagi tengah pangku Ali yang tengah menyusu. hehehehe ....
Sekian untuk kali ini ... bila ada yang nak diceritakan ... aku akan menulis lagi.
12 comments:
hikhik... ko cerita la pasal kucing ke, ayam ke, ikan belaga ke... heheh....
oit ali dah sehat ke? dah tak yak gi kinik dah?
tulis apa yang kau tahu
oit oit..
PEMBERITAHUAN
JAWATAN KOSONG TVPAS.COM
TVPAS.COM mengalu-alukan warga Negara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan berikut.
1. WARTAWAN (2 kekosongan)
Tugasan:
- merangkumi membuat liputan berita, menulis skrip dan membuat suara latar (VO).
Kelayakan:
- Ijazah Sarjana Muda komunikasi media atau mana-mana bidang berkaitan.
- Sekurang kurangnya 1 tahun pengalaman.
- Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan.
- Bersedia bekerja lebih masa, menepati “deadlines”.
- Mampu menangani tekanan kerja.
- Memahami situasi politik semasa satu kelebihan.
- Graduan baru digalakkan memohon.
ekeekeke.... budak yang degil ngan ko dah berenti keje kot.. ekeke...
Buk Izzi, saya mempunyai masalah untuk bercerita secara langsung dengan orang. kadang2 jadi tekanan hidup pula. Akhirnya, saya jumpa blog. Itu medium pelepasan tekanan saya. Akhamdulilah, saya dah tak bad mood macam dulu dah. Tak puas hati? Luah pada blog... Hummm...
Salam
Tulis je, kata orang menulis dari hati, tulis je sesuka hati.
pa'chik,
errr .. aku tak gemor kucing tapi aku suka makan ayam dan kesian kat ikan belaga.
kat tepi2 mata Ali masih kuning. belum abih sepenuhnya. tak yah berulang dah tapi kalau lepas 6hb 4 nanti masih kuning gak aku nak bawak gi spital terus.
king,
banyak yang aku tau tapi tak semua boleh ditulis .. hehehhe
pa'chik sekali lagi,
Oooooo ... errr ko tak nak apply ke? hehehehe
tersedak aku bila baca kriteria yang ini -->> - Bersedia bekerja lebih masa, menepati “deadlines”
- Mampu menangani tekanan kerja.
masa aku keje sana dulu ... budak2 tu tak reti makna deadlines pun .. sesuka hati depa je nak hantar story bila.
aku rasa yang berhenti tu staff pompuan kot sebab sorang tu preggy dan sorang tu memang ada cakap nak resign masa kitaorang blah dulu.
azhar,
saya pulak tak boleh ... susah nak luahkan walaupun dalam blog. terlalu sulit dan peribadi untuk dibaca orang lain. terasa ada breach of privacy, which i treasure most.
akuatik,
haaa ... macamana nak tulis sesuka hati ek? sungguh tak reti. aku ni kalau menulis mesti nak something yang make sense .. kalau merapik tu macam buang masa sendiri dan orang lain pulak.
uik, blog dah tukar hitam.. hehe..
lama gak Ali kena kuning ek.. moga dia cepat sihat sepenuhnya.. :)
achik,
rasa macam cantik la pulak kaler hitam. hehehhe
memang lama ... lebih kurang irfan jugak.
see bila ko tanya aku apasal, aku sendiri tak tahu nak bagi jawapan.
hidup aku pun tak interesting.. asyik cerita pasal makan makan makan hahahahaha
tapi apa yang kita tulis ni sama ke dengan apa yang kita rasa?
kenapa aku rasa macam nak nyanyi lagu 'kita serupa' plak? ekekekeke
begitulah hidup kita ...
kan ke kita ni hipokrit bertauliah. pandai selesaikan masalah orang tapi masalah sendiri .. hancus.
tapi ko tau kan .. i'm always here for you .. echewahhhhh ...
xpe,kak has.
kak has tules ape pon,ryn sudi jek bace. huhu!
mmg u ni ada bakat menulis la, mmg best baca penulisan blog u. bagusla selalu luahkan wpn hal peribadi. at least release tension sbb yg dlm kepala semua dah kuar ek,, best je baca ttg kehidupan u. sbb we have different life culture and condition. best la cite ttg pengalaman semua. masukkan dan sumbatkan je dlm blog u. kot2 ada yg blh jd panduan.. best baca ttg pengalaman u jd cikgoo!!
Post a Comment