Monday, March 10, 2008

Esoknya ...

Sungguh tak terasa 9 jam masa berlalu dengan begitu cepat. Dari jam 8 malam hingga 5 pagi. Dalam tempoh itu, televisyen aku tukar-tukar channel. Nak pastikan channel mana yang bagi keputusan yang paling cepat dan mana yang ada penceloteh paling hebat. Ternyata penceloteh rtm boleh tahan juga. Bersungguh si agus hentam media arus perdana yang dikatanya memperbodohkan rakyat dengan propaganda macam tahun 1960-an. hahahhahaa

Jam 9 malam aku beralih ke laptop. Bukak malaysiakini. Fuh ... terbeliak mata aku nengok keputusan demi keputusan. Rasa nak pitam pun ada. Macam tak percaya. Berapa kali aku refresh nak pastikan apa yang aku baca tu betul. Satu demi satu .. dari berita kelantan kekal sampailah sah Selangor jadi hak pembangkang .. huh ... bukan pembangkang dah .. sekarang disebut Barisan Rakyat. Even pengacara rtm pun kata tak boleh digelar pembangkang lagi. hehehhehe

Yang pasti bila Kedah sah menang terus ingatan aku melayang pada Almarhum Ustz Fadzil.

Aku berhubung dengan kawan2 reporter bertanyakan berkembangan terutama di Selangor. Ternyata formula tempe wak khir tak menjadi. Sms tak berhenti2 antara aku dan suami yang bertugas di markaz dan di dewan pengiraan undi di puchong. Sahabatnya yang banyak membantu kami ketika kami susah melarat dulu, bertanding tapi kecundang dengan kelebihan 40lebih undi di pihak lawan .. si satim diman tu. InsyaAllah .. mungkin di pru yang akan datang. Atau by-election? Siapa tahu kan ...

Jam hampir 5 pagi baru aku berani tido. Dengan senyuman. Lega. Puas. Totally Dazed. Cuma sejam aku lelapkan mata sebelum dikejutkan suami yang pulang waktu subuh. Lepas tu terus tak boleh nak tido lagi dah. Aku dah buat BIG plan untuk hari Ahad. huhuhuhu.. CELEBRATE!

BIG breakfast - Toasted bread, scrambled tofu and eggs, baked beans, lempeng kari, freshly squeezed orange juice.

BIG lunch - ayam percik, kerabu pucuk paku, meatball stew, ikan haruan kering goreng bawang

BIG tea time - cekodok pisang!

BIG dinner - cencaru bakar sumbat sambal kelapa, sayur campur lemak putih, chicken stew.

Cuba korang bayangkan kalau BN betui2 kalah tak boleh form federal gomen ... apa agaknya cara aku celebrate? hehehhehe

Sepanjang hari aku melekap depan tv nengok berita dan segala analisa. Paper sold-out!! First time aku betui2 nengok berita kat channel2 mainstream sejak aku berhenti kerja dari MM, 4 tahun dulu.

Hari ni pergi klinik for Ali's check-up. Alhamdulillah dah turun banyak bawah 150 tapi masih dalam angka 100. Jadi masih kena berulang ke klinik sampai kuningnya jatuh below 100.

Balik rumah, badan rasa lain macam. Sakit2 badan makin bertambah. Kepala berat sebelah. Aduuhhh tanda nak migraine la tu. adehhh .... so ni tengah migraine dan demam la ni. hahahhahaha

Nota kecik-kenot:
- Khir toyo terus hilang lari dari press. Semua exco2 dia lari malam2 buta dari kompleks perumahan exco kat seksyen 9. hahahahhaa
- Sekarang aku tunggu cabinet line-up pak lah. Line-up pengampu atau yang boleh bekerja. Aku harap orang2 macam sharir samad akan dilantik dalam kabinet. Walaupun dia amno tapi dia ok pada aku.
- Lepas ni stadium shah alam akan ada solat hajat ramai2 macam kat kelantan, insyaAllah
- jenuh laaaaa tb3 .. dah tak dapat buat jomheboh lagi kat selangor. perkampungan hadhari lagi la tak masuk book .. hehehhe

12 comments:

Anonymous said...

Woah!
Makan besar.. Huhu..

Erk!
Tak sabar rasanya nak tunggu pak khir jadik pembangkang..
Hahak!

Pa'chik said...

Breiking nius...
Sesiapa yang terjumpa seorang rakyat selangor, rambut putih, berkulit licin, keturunan jawa, rendah, dan gemar pegang penyapu, sila hubungi balai polis berdekatan. Kunci pejabat MB ada kat dia...

Pa'chik said...

agaknya ali pun seronok bi-ar menang...

semuga dia semakin sehat dan gumbira...

wei.. ko ni baru beranak, makan seghopa orang baru dekat nak bersalin lah.. hahaha....

Anonymous said...

wei.. coba ke sini...
http://nydablogs.blogspot.com/

tegar gila weh.. hahaha...

izinni said...

akira san,
hehhehe .. seronok bebudak la dapat makan besor. ayah depa jaga makan. hehehhe
aku rasa semua orang nak nengok wak khir tu jadi pembangkang. kunun pembangkang sifar .. last2 terus hilang negeri.

pa'chik,
hehehe ... lari kemana la dia ek.

pa'chik lagi,
insyaAllah .. sikit2 lagi ok la Ali tu.

aku tukang masak je la. jamah sikit2 je sebagai syarat. ko macam tak tau anak aku ada berapa. hehehhe

aku tak nak bagi budak kecik tu woiiii ... hahahhaah ...
tuh blog nyda yang kat blog tyrah ke? hehehhehe .. bebudak .. biasalaaa

Anonymous said...

uishhh...ini baru 5 state dapat kat pembangkang...kalau lagi banyak agaknya kak has buat kenduri kot :D

ala kak has, diorg ni pikir DAP, PKR, dgn PAS menang, maruah melayu tergadai. diorg tak pikir yg selama ni org2 BN pun dok gadai maruah melayu. kan..kan..kan..

tempe wak khir laku kat tpt dia je kak :D

Pa'chik said...

oit.. dato' zek mati.. ko tak gi melawat dia ke?

achik said...

wah makan besar.. hehehe.. ;D

tgk gambar solat hajat kat kelantan tu, rasa sayu sungguh.. kalaulah kat negeri2 lain pun buat camtu.. ni asyik ngan hiburan melampau je.. huhuhu..

Azhar Ahmad said...

Huhuhuhu, di rumah, saya dengan adik perempuan saya sahaja yang celebrate.... Kami Penyokong gelombang rakyat secata diam. mak dan Abah orang kuat panji biru.... Huhuhuhu

MakcikMuda said...

hoh ! lame da xde entry makan2 :p

adehhla! kalau sume negeri kat mesia BA dapat,xtau la kenduri kak has camne. maunyer tumbang lembu tige,pat ekor :))

Anonymous said...

Salam...

Tadi pagi tiba jer kat pejabat, terus dikhabarkan yg Datuk Zek tu meninggal dunia. Ada suara yg tanya sakit apa ye? Antara jawapan selain dah ajal, risau pasal Selangor dah jatuh ke tangan BA, pulak tu dia kan baru balik dari PWTC. Mati tu pasti hidup tu insya Allah. Cuma bila fikirkan 'jenayah' yg telah dilakukannya semasa berkuasa, tak tahu nak cakap macam mana. Ni tadi si anaknya siap tersedu-sedu minta orang ramai memaafkan segala kesalahan yg telah dilakukan oleh arwahnya.

Saya pun tengah tunggu ni kot lah Pak Lah sangguh lantik Dato' Shahrir (wakil tempat saya) & Ku Li sebagai menteri. Kiranya benar, tu tandanya adalah sedikit kesedaran pada diri Pak Lah tu tapi kira sebaliknya, tak tahulah nak cakap kan. Nak-nak kalau dia lantik si menantunya tu, lagi parah.

Si Khir Toyo tu pun satu hal gak. Ada kawan yg menyebut tadi, tulah beri lagi penyapu kat orang, kan betul-betul bawa sial. Betul-betul dia kena sapu.

Lagi satu pasal si tv3, tah ye kenapa kami satu dept ni memang tak berkenan dengan jomheboh tu. Kira lepas ni susahlah depa nak masuk Kedah & mungkin Perak gak. Rasanya banyak buruk dari baiknya acara tu.

Harap apa yg telah dijanjikan oleh BA semasa PRU tempoh hari dapat dipenuhi, kalau tidak serentak, beransur-ansur. Dan kiranya tu benar-benar mampu dilaksanakan maka makin teruklah Be End nanti.

Bagus gak kan sesekali buat solat hajat ramai-ramai di stadium shah alam macam kat Kelantan, moga bertambah berkatnya kerajaan baru ni, insya Allah.

Mak Su said...

err... melantak?

hahahaha